SYARAT- SYARAT DAN PERATURAN
PERTANDINGAN NASYID TERBUKA
“LAJNAH KESENIAN JAMIUL HASANAT”
1. PENDAHULUAN
Syarat-syarat dan peraturan pertandingan Nasyid Terbuka anjuran Maahad Tahfiz
Jamiul Hasanat diwujudkan sebagai garis panduan dalam pertandingan nasyid ini dan
menentukan pemenang melalui proses pengadilan yang tersusun dan adil.
2. SYARAT- SYARAT PENYERTAAN
a) Pertandingan ini terbuka kepada kumpulan-kumpulan nasyid yang bergiat aktif di
seluruh negeri Selangor Darul Ehsan.
b) Setiap kumpulan hendaklah tidak melebihi daripada 10 orang ahli dan tidak
dibenarkan bercampur lelaki dan perempuan.
c) Penyertaan hanya terbuka kepada warganegara Malaysia dan boleh terdiri
daripada pelbagai kaum yang beragama Islam.
d) Segala perbelanjaan kumpulan yang meliputi kos perjalanan, sarapan, latihan,
susunan music (music arrangement), pakaian dan sebagainya adalah
tanggungjawab kumpulan masing-masing kecuali makanan tengahari yang akan
disediakan oleh pihak penganjur.
e) Rakaman video dan/atau audio oleh pihak penganjur adalah menjadi hak milik
penganjur.
f) Pakaian peserta hendaklah sopan dan menutup aurat sesuai dengan nilai-nilai
Islam.
3. LAGU DAN LIRIK
a) Tema lagu adalah bebas.
b) Peserta dikehendaki menyampaikan sebuah (1) lagu dalam bentuk minus one,
minus two atau diiringi dengan muzik iringan perkusi secara langsung (live).
c) Peserta boleh menggunakan lagu dan lirik ciptaan sendiri, ciptaan sedia ada dan
tidak boleh mengubah lirik asal sekiranya membuat persembahan menggunakan
lagu yang telah dirakamkan oleh mana-mana pihak sebelum ini.
d) Masa yang diperuntukan bagi setiap kumpulan menyampaikan persembahan
adalah 8 minit.
e) Masa akan dikira bermula dengan ketukan pertama atau salam pertama atau
nyanyian pertama.
f) Penggunaan dwibahasa atau multi-language di dalam sesebuah lagu adalah
dibenarkan.
4. MUZIK IRINGAN
a) Peserta boleh menggunakan rakaman iringan muzik (Minus Two) yang tidak ada
suara latar (Back up Vocal) di dalam rakaman muzik tersebut. Rakaman iringan
muzik tersebut hendaklah diberikan kepada pihak penganjur di dalam format
audio semasa pendaftaran dibuat.
b) Pertandingan ini juga membenarkan muzik iringan muzik perkusi secara
langsung (live) dan hendaklah melampirkan senarai peralatan yang akan
digunakan bersama-sama dengan borang permohonan.
7. LAIN- LAIN KETERANGAN
a) Sebarang kemalangan dan kecederaan ke atas peserta semasa pertandingan
berlangsung adalah tanggungjawab peserta dan tidak boleh dituntut daripada
pihak penganjur.
b) Semua syarat dan peraturan yang dikeluarkan oleh pihak penganjur adalah wajib
dipatuhi oleh setiap peserta.
c) Keputusan hakim adalah muktamad, sebarang bantahan tidak akan dilayan oleh
pihak penganjur.