The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by daftargst, 2022-12-06 01:42:59

Manualpengurusanpembekal

Manualpengurusanpembekal

MANUAL LATIHAN

PENGURUSAN PEMBEKAL

Versi Pembekal


1 PENGENALAN

PENGURUSAN PEMBEKAL

Pengurusan Pembekal adalah salah satu modul di dalam Sistem ePerolehan dan berfungsi
sebagai pusat setempat untuk pendaftaran bagi pembekal (Kontraktor dan Perunding) yang
ingin berurus niaga dengan Kerajaan Persekutuan. Modul ini menyokong fasa-fasa perolehan
yang termasuk Pendaftaran Pembekal, Penyelenggaraan dan Pemantauan Akaun. Sub-modul
yang terkandung di dalam Modul Pengurusan Pembekal adalah seperti berikut:

1.1 Pendaftaran Pembekal

Para pembekal perlu mendaftarkan syarikat menerusi Sistem ePerolehan bagi
membolehkan mereka untuk menyertai program perolehan (pembekalan dan
perundingan) Kerajaan Persekutuan. Sistem ePerolehan Baharu memperkenalkan
dua (2) jenis permohonan dan pembekal boleh memilih untuk mendaftar:

a) Akaun Asas yang membolehkan pembekal menyertai program perolehan
Kerajaan untuk pembekalan produk atau perkhidmatan bernilai sehingga
RM20,000 setahun; atau

b) Akaun Kementerian Kewangan (MOF) yang membolehkan pembekal menyertai
semua jenis aktiviti perolehan Kerajaan.

2 OBJEKTIF
Latihan Pembekal ini dibangunkan dengan tujuan memberi kemudahan kepada komuniti
perniagaan agar memahami dengan lebih jelas mengenai modul Pengurusan Pembekal.
Melalui manual ini para pengguna akan dapat memahami dengan lebih terperinci setiap
proses yang terkandung di dalam Modul ini:

i- AKAUN ASAS
a. Pendaftaran Baharu – Akaun Asas
b. Kemas Kini Profil Syarikat – Akaun Asas
c. Permohonan Naik Taraf ke Akaun MOF

ii- AKAUN MOF
a. Pendaftaran Baharu – Akaun MOF
b. Kemas Kini Profil Syarikat – Akaun MOF
c. Pembaharuan Sijil Kementerian Kewangan – Tanpa Lawatan Tapak
d. Tambah Kod Bidang – Dengan Lawatan Tapak
e. Permohonan Status Bumiputera - Dengan Lawatan Tapak
f. Kemaskini Maklumat Cukai Barangan Perkhidmatan


2.1 Dasar dan Peraturan

Pembekal yang ingin bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan hendaklah berdaftar dengan
Kementerian Kewangan sama ada Akaun Asas atau Akaun Kementerian Kewangan (Akaun
MOF)

Akaun Asas Akaun MOF Akaun G2G

Perolehan dengan Kerajaan Perolehan dengan Kerajaan Perolehan dengan Kerajaan
Persekutuan sehingga had nilai Persekutuan tanpa had nilai Persekutuan tanpa had nilai
RM20,000

Dibenarkan mempunyai tidak lebih Dibenarkan mempunyai tidak lebih Dibenarkan mempunyai tidak
daripada 3 orang pegawai yang daripada 10 orang pegawai yang lebih daripada 3 orang pegawai
diberi kuasa untuk urusan diberi kuasa untuk urusan yang diberi kuasa untuk urusan
pendaftaran dan perolehan pendaftaran dan perolehan pendaftaran dan perolehan
bekalan/perkhidmatan seperti bekalan/perkhidmatan seperti bekalan/perkhidmatan seperti
penghantaran cadangan harga bagi kehadiran ke sesi taklimat/lawatan penghantaran cadangan harga
Pembelian Terus tapak, menghantar dokumen bagi Pembelian Terus
cadangan Pembelian Terus/Sebut
dan memberi maklumbalas Harga/Tender dan menandatangani dan memberi maklumbalas
pertanyaan pembelian dan SST/kontrak. pertanyaan pembelian dan
menandatangani SST/Kontrak menandatangani SST/Kontrak

Pendaftaran adalah percuma Pendaftaran adalah RM450 Pendaftaran adalah percuma
termasuk yuran proses RM50

Tiada kod bidang ditetapkan dan Pendaftaran Kod bidang yang Tiada tetapan Nature of
pendaftaran berdasarkan Nature of dibenarkan sehingga 30 bidang Business dan Kod Bidang
Business


2.2 Peranan dan Pengguna Modul Pendaftaran Pembekal
Berikut adalah peranan dan juga pengguna modul modul Pendaftaran Pembekal:

No. Peranan Tanggungjawab
1. Pembekal
• Membuat permohonan baru/pembaharuan/tambah
2. Pegawai Dokumen Sokongan bidang/kemaskini profil/status bumiputera
3. Pegawai Pemproses
• Melantik Pengguna Pembekal/Pengguna
4. Pegawai Pelulus Katalog/Penandatangan kontrak dan lain-lain
5. Penyelaras Lawatan Tapak
6. Pegawai Lawatan Tapak • Memohon sijil digital (Soft Certificate)
7. Urus Setia Tatatertib Menyemak dan memastikan dokumen sokongan yang dihantar

oleh pembekal adalah lengkap sebelum diserah kepada

Pegawai Pemproses.

• Semak permohonan yang diterima daripada Pegawai
Dokumen Sokongan

• Lulus/Tolak permohonan pembekal
• Syor lawatan tapak jika perlu. Permohonan yang lengkap

dikemukakan kepada pegawai pelulus jika tiada lawatan
tapak
• Syor kelulusan/penolakan kepada Pelulus
• Semak permohonan untuk pertimbangan kelulusan.
• Lulus/Tolak syor dari Pegawai Pemproses bagi sesuatu
permohonan yang diterima.
• Terima notifikasi untuk lawatan tapak dari Pegawai
Pemproses
• Selaras dan tetapkan jadual lawatan tapak untuk Pegawai
Lawatan Tapak
• Menjalankan dan menyediakan laporan lawatan tapak.
• Syor untuk lulus/tolak permohonan kepada Pegawai
Pemproses selepas membuat lawatan tapak
• Terima aduan daripada orang awam/PTJ secara atas talian
atau mengunci masuk aduan dari luar talian
• Siasat aduan ke atas Pembekal yang berdaftar dengan
Kementerian Kewangan
• Kemas kini senarai Pembekal yang disenarai hitam atau
digantung berdasarkan keputusan JKTT yang telah
dimuktamadkan


2.3 Carta Aliran Akaun MOF

Berikut adalah carta aliran simulasi system ePerolehan dan proses-proses ringkas
pendaftaran Akaun MOF :


3 Akaun MOF

Pendaftaran MOF boleh dilakukan melalui 2 kaedah:
1. Daftar Akaun MOF
Pendaftaran Akaun MOF dimulakan dengan mendaftar akaun MOF di skrin Utama
Portal ePerolehan.

2. Naik taraf kepada akaun MOF
Bagi Naik taraf kepada akaun MOF, pembekal akan mendaftar sebagai Akaun Asas
terlebih dahulu. Sekiranya pada bila-bila masa pembekal ingin menaik taraf syarikat
kepada akaun MOF, pembekal boleh menaik taraf di skrin aplikasi ePerolehan dengan

menekan pautan yang terdapat di skrin utama Pentadbir
Pembekal.

Terdapat 2 jenis akaun MOF yang boleh didaftarkan di sistem ePerolehan:
1. Akaun MOF: Perunding
2. Akaun MOF: Kontraktor

1


3.1 Cara Penggunaan Manual
Setiap peringkat diterangkan dengan menggunakan langkah-langkah yang terlibat dengan
memaparkan skrin-skrin yang berkaitan. Untuk menjelaskan tindakan yang perlu dibuat, di
skrin yang berkaitan ditandakan dengan nombor dan petak merah. Setiap langkah yang perlu
diambil di skrin berkenaan akan disenaraikan mengikut susunan tindakan di dalam petak
bertajuk ARAHAN.
NOTA juga disediakan di laman-laman tertentu untuk memberi maklumat tambahan kepada
pengguna.
Setiap permohonan yang diluluskan dan telah dijelaskan bayaran pendaftaran (bagi
permohonan yang berkaitan sahaja) akan mendapat sijil secara virtual yang dikeluarkan oleh
Kementerian Kewangan Malaysia. Sijil ini akan dipaparkan di bawah menu ‘Sijil’ apabila
pembekal/perunding telah Login ke dalam modul Pendaftaran Pembekal

2


LANGKAH 1

Layari laman sesawang https://www.eperolehan.gov.my untuk ke skrin ePerolehan Online Learning
ePOL

ARAHAN:
1. Klik pada ikon ePerolehan Online Learning untuk ke skrin ePOL

3


LANGKAH 2

Pengguna perlu klik pada link berwarna biru system pengurusan pembelajaran (LMS)ePOL untuk ke
paparan berikutnya.

ARAHAN:
1. Klik pada tulisan berwarna biru Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) ePOL.

4


LANGKAH 3

Pengguna log masuk ke system ePerolehan Online Learning dengan mengunci masuk No.Mykad dan
Katalaluan.

ARAHAN:
1. Masukkan No. Mykad dan Kata Laluan
2. Klik butang Log Masuk untuk meneruskan dengan log masuk ke portal ePerolehan Online Learning.
3. Klik Lupa Katalaluan jika terlupa Katalaluan
4. Klik Tiada Akuan?Daftar Sekarang jika tiada Akaun ePOL

5


LANGKAH 4

Di paparan ePerolehan Online Learning Pengguna perlu klik pada ikon pelajar kemudian carian
katalog dan latihan dalam kelas untuk memulakan latihan ePOL.

ARAHAN:
1. Klik pada tab Pelajar
2. Klik pada Carian Katalog
3. Klik Latihan Dalam Kelas

6


LANGKAH 5

Pengguna scroll down ke bawah dan cari tab mula latihan untuk meneruskan latihan.

ARAHAN:
1. Klik pada tab Mula Latihan untuk memulakan latihan.

7


LANGKAH 6

Pengguna berada di paparan simulasi system ePerolehan modul Pengurusan Pembekal

ARAHAN:
1. Klik pada icon Pengurusan Pembekal untuk ke proses-proses latihan ePOL

8


LANGKAH 7

Paparan simulasi system ePerolehan dan proses-proses Pengurusan Pembekal untuk pengguna
Pentadbir Pembekal.

ARAHAN:
1. Klik pada proses yang pertama untuk Mengunci Masuk Maklumat

9


LANGKAH 8

Paparan Portal dalam sesi simulasi sistem ePerolehan pengguna untuk pendaftaran kali pertama.

ARAHAN:
1. Klik pada ikon Pendaftaran Pembekal Baharu untuk ke skrin pendaftaran

10


LANGKAH 9

Pengguna memilih Jenis Akaun: Akaun MOF untuk mendaftar akaun baharu .

ARAHAN:
1. Pilih Akaun MOF untuk pendaftaran akaun
2. Klik butang Seterusnya untuk meneruskan dengan Pendaftaran Pembekal

11


LANGKAH 10

Pengguna mengunci masuk maklumat yang diperlukan dan bersetuju dengan terma dan syarat yang
ditentukan.

ARAHAN:
1. Baca Terma Dan Syarat
2. Masukkan ‘captcha’ seperti yang tertera
3. Tanda pada kotak untuk bersetuju dengan Terma Dan Syarat Pendaftaran Dengan Kementerian

Kewangan
4. Klik butang Seterusnya meneruskan dengan Pendaftaran Pembekal

12


LANGKAH 11

Pengguna memilih Jenis Pembekal MOF,Jenis Perniagaan/Syarikat dan No. Pendaftaran Perniagaan
yang didaftarkan di SSM.

ARAHAN:
1. Pilih Jenis Pembekal MOF , Jenis Perniagaan/Syarikat dari ‘dropdown’ yang disediakan dan

masukan No.Pendaftaran Perniagaan yang di daftarkan di SSM.
2. Klik butang Seterusnya meneruskan dengan Pendaftaran Pembekal

13


LANGKAH 12

Pengguna mengunci masuk semua maklumat yang diperlukan untuk Pendaftaran Pembekal Baharu.

14


ARAHAN:
1. Tandakan pada kotak Rangkaian Perniagaan untuk memilih rangkaian perniagaan syarikat yang

ingin didaftarkan
2. Lengkapkan bahagian Maklumat Syarikat dengan memasukkan maklumat Pemilik dan Maklumat

Syarikat
3. Lengkapkan Maklumat CBP sekiranya syarikat berdaftar untuk CBP
4. Klik butang Tambah untuk menambah Jenis Perniagaan
5. Klik butang Tambah untuk menambah Maklumat Bank
6. Klik butang Seterusnya meneruskan dengan Pendaftaran Pembekal

15


LANGKAH 13

Pengguna mengunci masuk maklumat Pentadbir Pembekal dan seterusnya menyerahkan
permohonan untuk di daftarkan.

ARAHAN:
1. Tandakan pada kotak sekiranya Pentadbir Pembekal dan Pemilik Syarikat adalah sama
2. Lengkapkan bahagian Maklumat Pentadbir Pembekal dengan memasukkan maklumat

pengguna yang ingin didaftarkan sebagai Pentadbir Sistem ePerolehan
3. Klik butang Serah untuk mendaftarkan Syarikat ke Sistem ePerolehan

16


LANGKAH 14

Tetingkap dialog akan dipaparkan dan Pengguna mestilah bersetuju dengan terma dan syarat yang
ditetapkan sebelum pendaftaran pembekal diteruskan.

ARAHAN:
1. Tandakan pada ‘checkbox’ untuk bersetuju dengan terma dan syarat
2. Klik butang Seterusnya untuk meneruskan dengan Pendaftaran Akaun Pembekal

17


LANGKAH 15

Pengguna yang berjaya mendaftar akan dapat melihat notifikasi ‘Pendaftaran anda telah berjaya.
Maklumat pengaktifan telah dihantar ke e-mel. Sila aktifkan akaun anda dalam tempoh 7 hari dari
tarikh serah.

ARAHAN:
1. Klik pada ikon Klik Sini Untuk Ke Skrin Aliran Proses

18


LANGKAH 16
Kembali kepada paparan simulasi system ePerolehan untuk ke proses yang ke dua
pengaktifan Pendaftaran Akaun MOF.

ARAHAN:
1. Klik pada ikon ke dua Aktifkan Pendaftaran Akaun MOF

19


LANGKAH 17

Contoh e-mel pengaktifan yang akan di terima oleh Pentadbir Syarikat

ARAHAN:
1. Klik pautan pengaktifan akaun di dalam emel yang diterima untuk mengaktifkan akaun anda

20


LANGKAH 18

Skrin Pengaktifan Pengguna Pembekal akan dipaparkan. Pentadbir Pembekal akan mengunci masuk
Kod Pengaktifan dan ID Log Masuk.

ARAHAN:
1. Masukkan Kunci Pengaktifan yang diterima melalui emel
2. Masukkan ID Log Masuk pilihan anda. ID Log Masuk ini akan digunakan setiap kali anda log

masuk ke akaun ePerolehan
3. Klik Serah untuk mengaktifkan akaun Pengguna Pembekal

21


LANGKAH 19

Notifikasi ‘Anda telah berjaya mengaktifkan Akaun MOF anda dengan No. eP berikut: eP-1400f057N .
Sila semak emel anda untuk kata laluan log masuk kali pertama’ akan dipaparkan.

ARAHAN:
1. Klik pada ikon Klik Sini Untuk Ke Skrin Aliran Proses

22


LANGKAH 20
Kembali kepada paparan simulasi system ePerolehan untuk ke proses yang ke tiga Terima
email password sementara.

ARAHAN:
1. Klik pada ikon ke tiga Terima email password sementara

23


LANGKAH 21

Contoh e-mel ‘Log Masuk Kali Pertama’ yang diterima oleh Pentadbir Pembekal.

ARAHAN:
1. Klik pada ikon Klik Sini Untuk Ke Skrin Aliran Proses

24


LANGKAH 22
Kembali kepada paparan simulasi system ePerolehan untuk ke proses yang ke tiga Terima
email password sementara.

ARAHAN:
1. Klik pada ikon ke empat Log Masuk Kali Pertama Akaun MOF

25


LANGKAH 23

Paparan simulasi Portal ePerolehan untuk Pengguna log masuk kali pertama.

ARAHAN:
1. Klik pada menu Log Masuk untuk log masuk ke portal ePerolehan

26


LANGKAH 24

Paparan simulasi Pentadbir Pembekal log masuk ke sistem ePerolehan untuk kali pertama.

ARAHAN:
1. Masukkan ID Log Masuk dan Kata Laluan Sementara
2. Klik butang Log Masuk untuk meneruskan dengan log masuk ke portal simulasi ePerolehan

27


LANGKAH 25

Pentadbir Pembekal menukar Kata Laluan sementara ke Kata Laluan yang baru.

ARAHAN:
1. Lengkapkan bahagian kata laluan dengan memasukkan kata laluan yang lama dan kata laluan

yang baru
2. Klik butang ‘Submit’ untuk meneruskan dengan log masuk kali pertama

28


LANGKAH 25

Paparan simulasi Pentadbir Pembekal log masuk ke sistem ePerolehan untuk log masuk kali pertama.

ARAHAN:
3. Masukkan ID Log Masuk dan Kata Laluan Baru
4. Klik butang Log Masuk untuk meneruskan dengan log masuk ke portal simulasi ePerolehan

29


LANGKAH 26

Pentadbir Pembekal berjaya log masuk dan akan meneruskan dengan Permohonan Pendaftaran Baru
dengan Kementerian Kewangan.

ARAHAN
1. Klik pautan Isytihar Permohonan untuk meneruskan dengan Permohonan Pendaftaran Baru

dengan Kementerian Kewangan

30


LANGKAH 27

Pentadbir Pembekal berjaya log masuk di paparan senarai tugasan. Pentadbir pembekal klik pada
perihal Draf Permohonan Pendaftaran Baru MOF.

ARAHAN
1. Klik pautan perihal Draf Permohonan Pendaftaran Pembekal Baru MOF untuk meneruskan

dengan Permohonan Pendaftaran Baru

31


LANGKAH 28

Maklumat yang telah dikunci masuk semasa Pendaftaran Akaun akan dipaparkan di skrin ini.
Pentadbir Pembekal perlu mengunci masuk maklumat selanjutnya untuk meneruskan dengan
Pendaftaran Baru Akaun MOF.

32


ARAHAN:
1. Masukan Makulmat Jenis Perniagaan berdasarkan Pendaftran SSM
2. Kemaskini Maklumat Syarikat
3. Masukkan Maklumat Kakitangan
4. Pilih Jenis Premis dari butang radio yang disediakan
5. Klik butang Seterusnya untuk meneruskan dengan Pendaftaran Baru Akaun MOF

33


LANGKAH 28

Seterusnya Pentadbir Pembekal boleh meneruskan permohonan dengan menambah Syarikat
Bersekutu/Projek. Syarikat-syarikat Bersekutu ialah syarikat lain yang mempunyai pegangan saham
dalam syarikat/perniagaan ini. Pentadbir Pembekal mengunci masuk maklumat Pengalaman Projek
Syarikat/Perniagaan sekiranya ada. Abaikan seksyen ini sekiranya tiada maklumat berkaitan.

ARAHAN:
1. Klik butang Tambah untuk menambah Syarikat-Syarikat Bersekutu
2. Klik butang Tambah untuk menambah Pengalaman Projek Syarikat
3. Klik butang Seterusnya untuk meneruskan dengan Pendaftaran Baru Akaun MOF

34


LANGKAH 29

Pentadbir Pembekal mengemaskini maklumat diri sebagai Lembaga
Pengarah/Pengurusan/Kakitangan Syarikat.Pentadbir Pembekal mengemaskini maklumat Cawangan
Syarikat sekiranya ada.

35


ARAHAN:
1. Klik ikon untuk mengemaskini maklumat personel
2. Klik butang Tambah untuk menambah kakitangan syarikat yang lain
3. Klik butang Tambah untuk menambah Cawangan Syarikat
4. Klik butang Seksyen Seterusnya untuk meneruskan dengan Pendaftaran Baru Akaun MOF

36


LANGKAH 30

Pentadbir Pembekal mengunci masuk Modal/Ekuiti syarikat.

ARAHAN:
1. Masukkan Nilai (RM) bagi setiap Komposisi Pembahagian Modal
2. Klik ikon untuk mengemaskini Modal/Ekuiti Pemegang Saham (Individu)
3. Klik butang Tambah untuk menambah maklumat syarikat yang memegang Modal/Ekuiti
4. Klik butang Seksyen Seterusnya untuk meneruskan dengan Pendaftaran Baru Akaun MOF

37


LANGKAH 31

Pentadbir Pembekal mengemaskini Butiran Bank Akaun. Masukkan dan lengkapkan bahagian
Maklumat Bank.

ARAHAN:
1. Klik butang Tambah untuk mengemaskini Butiran Bank Akaun
2. Klik butang Seksyen Seterusnya untuk meneruskan dengan Pendaftaran Baru Akaun MOF

38


LANGKAH 32

Pentadbir Pembekal memilih Jenis Bidang dan menambah Jenis Bidang yang ingin didaftarkan.

ARAHAN:
1. Pilih Jenis Bidang dari pilihan butang radio yang disediakan
2. Klik butang Tambah untuk menambah Bidang
NOTA:
• Pemilihan Kod Bidang tertakluk kepada Keterangan Perniagaan yang di daftarkan di SSM sahaja
• Pembekal boleh menambah sehingga 30 Bidang
• Pembekal hanya boleh memilih Jenis Bidang Biasa atau Bidang Khas/Pembuat. Sekiranya

Pembekal ingin menukar Jenis Bidang dari Biasa kepada Khas/Pembuat atau sebaliknya, semua
Bidang yang telah dipilih akan dihapuskan

39


LANGKAH 33

Pentadbir Pembekal membuat carian dan memilih Bidang yang ingin didaftarkan.

ARAHAN:
1. Pilih Carian Melalui dari butang radio yang disediakan
2. Pilih Bidang, Sub Bidang dan Pecahan Sub Bidang dari ‘dropdown’ yang disediakan
3. Klik butang OK untuk menyimpan Bidang yang telah dipilih

40


LANGKAH 33

Pentadbir Pembekal meneruskan ke seksyen yang seterusnya.

ARAHAN:
1. Klik butang Seksyen Seterusnya untuk meneruskan dengan Pendaftaran Baru Akaun MOF

41


LANGKAH 34

Pentadbir Pembekal membuat serahan Dokumen Sokongan secara Atas Talian.

ARAHAN:
1. Pilih jenis Serahan Dokumen Sokongan dari butang radio yang disediakan
2. Klik ikon untuk muat turun Dokumen Sokongan
3. Klik ikon untuk muat naik Dokumen Sokongan
4. Klik butang Seksyen Seterusnya untuk meneruskan dengan Pendaftaran Baru Akaun MOF

42


LANGKAH 35

Pentadbir Pembekal mengisytihar Pendaftaran Baru Akaun MOF.

ARAHAN:
1. Klik butang Isytihar untuk mengisytiharkan dan menghantar Pendaftaran Baru Akaun MOF

43


LANGKAH 36

Tetingkap dialog akan dipaparkan. Pentadbir Pembekal mengesahkan Muat Turun atau Teruskan.

ARAHAN:
1. Klik butang Teruskan untuk meneruskan dengan Pendaftaran Baru Akaun MOF

44


LANGKAH 37

Notifikasi Permohonan Baru Untuk Kementerian Kewangan telah berjaya diisytiharkan. Bayaran fi
pemprosesan sebanyak RM50.00 perlu dijelaskan dalam tempoh 60 hari untuk mengelakkan
permohonan anda dibatal secara automatik oleh sistem. Sila klik di SINI atau ke menu Senarai
Tugasan untuk menjelaskan pembayaran’ akan dipaparkan. Pentadbir Pembekal perlu menekan
pautan SINI untuk meneruskan dengan bayaran fi pemprosesan.

ARAHAN:
1. Klik pautan Sini untuk meneruskan dengan bayaran fi pemprosesan
2. Atau Klik butang Senarai Tugasan untuk meneruskan dengan bayaran fi pemprosesan

45


Click to View FlipBook Version