The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BIOT4 11.1A PERTAHANAN BADAN PERTAMA DAN KEDUA (BM)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by abdullah zawawi, 2020-11-28 17:42:48

BIOT4 11.1A PERTAHANAN BADAN PERTAMA DAN KEDUA (BM)

BIOT4 11.1A PERTAHANAN BADAN PERTAMA DAN KEDUA (BM)

MODUL PDP SPM PASCA PKP

NEGERI PERAK 2020
Biologi Tingkatan 4

11.1a : Pertahanan Badan

BIOLOGI TINGKATAN 4

BAB 11: KEIMUNAN MANUSIA

STANDARD KANDUNGAN:
11.1a Pertahanan Badan

STANDARD PEMBELAJARAN:

 mendefinisikan:
(i) keimunan
(ii) antigen
(iii) antibodi

 memerihalkan dua barisan pertahanan manusia:
(i) barisan pertahanan pertama
- fizikal
- kimia
(ii) barisan pertahanan kedua
- demam
- keradangan
- fagositosis

ISTILAH MAKSUD
Patogen : Mikroorganisma yang menyebabkan penyakit.
Antigen : Bendasing yang memasuki badan dan boleh merangsang sistem

Antibodi keimunan.
: Protein yang terdapat pada permukaan limfosit atau protein yang
Keimunan
dibebaskan oleh limfosit ke dalam plasma darah.
Gerak balas keimunan : Keupayaan badan untuk melawan jangkitan penyakit yang disebabkan

oleh patogen atau sebarang bendasing.
: Interaksi antara antibodi dan antigen yang menyebabkan antigen

dimusnahkan.

BARISAN PERTAHANAN PERTAMA
 Terdiri daripada barisan fizikal dan barisan kimia yang menghalang patogen daripada
memasuki badan.
 Merupakan barisan pertahanan yang tidak spesifik.

1. Barisan fizikal
- Kulit merupakan pelindung fizikal untuk menghalang kemasukan patogen kerana
sifat yang liat dan sukar ditembusi oleh mikroorganisma.
- Kulit bersifat kalis air disebabkan mengandungi lapisan keratin.
- pH kulit yang berada antara julat 3 hingga 5 menyediakan satu persekitaran berasid
yang tidak sesuai untuk pertumbuhan mikroorganisma.
- Penanggalan lapisan sel mati pada permukaan kulit secara berterusan
menyukarkan pertumbuhan pelbagai jenis mikroorganisma.

2. Barisan kimia

BARISAN PERTAHANAN KEDUA
 Terdiri daripada demam, keradangan dan fagositosis.
 Merupakan barisan pertahanan yang tidak spesifik.
1. Demam
- Menentang jangkitan.
- Menambahkan aktiviti fagosit dan melawan mikroorganisma yang menjangkiti
badan.
2. Keradangan
- Satu gerak balas pantas yang memusnahkan dan meneutralkan tindakan
berbahaya mikroorganisma dan toksin pada peringkat awal jangkitan.
- Bahagian radang membengkak, menjadi merah dan berasa sakit.

Gerak Balas Keradangan

3. Fagositosis
- Sel fagosit ialah sel leukosit yang boleh menjalankan fagositosis.
- Contoh sel fagosit: Neutrofil dan monosit
- Fagositosis ialah proses pemerangkapan dan pencernaan mikroorganisma atau
zarah lain seperti sel mati oleh sel fagosit.
- Fagositosis berlaku apabila patogen melepasi barisan pertahanan pertama.
Peringkat-peringkat Fagositosis
1. Apabila jangkitan berlaku, sel fagosit bergerak ke kawasan yang dijangkiti.
2. Sel fagosit memasuki bendalir tisu melalui liang dinding kapilari.
3. Apabila sel fagosit menemui patogen, sel fagosit mengunjurkan pseudopodium dan
mengepung patogen untuk membentuk fagosom.
4. Fagosom bergabung dengan lisosom yang terdapat di dalam sel fagosit.
5. Lisosom merembeskan enzim lisozim ke dalam fagosom.
6. Enzim lisozim mencerna patogen.
7. Sel fagosit menyingkirkan sisa patogen yang tercerna ke luar sel.

Peringkat-peringkat Fagositosis

FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQ) 2

1. Apakah yang akan berlaku sekiranya Lilin di dalam telinga dan
mikroorganisma masuk melalui lubang air mata serta lendir pada
hidung?
faraj juga berfungsi
2. Apakah contoh-contoh lain untuk barisan sebagai antiseptik untuk
pertahanan pertama selain daripada yang
telah dipelajari? memusnahkan
mikroorganisma yang
3. Manakah merupakan barisan pertahanan
pasif dan barisan pertahanan aktif? masuk melaluinya.

4. Adakah fagosom dan vakuol makanan dalam
sel fagosit adalah struktur yang sama?

5. Apakah kandungan nanah yang terbentuk
pada luka?

1

Jika mikroorganisma masuk melalui lubang hidung,
bulu pada rongga nasal akan memerangkap partikel
habuk. Membran mukus pada salur respirasi akan
merembeskan mukus dalam nasal kaviti dan trakea.

Mukus akan memerangkap mikroorganisma dan
menggumpalkannya. Silia yang terdapat di

permukaan epitelium salur respirasi akan menolak
partikel-partikel mikroorganisma keluar ke farink. Ini
akan mendorong seseorang untuk bersin atau batuk

bagi mengeluarkan partikel-partikel itu.

3 4

Barisan pertahanan PERTAMA juga dikenali YA. FAGOSOM dan VAKUOL MAKANAN
sebagai barisan pertahanan PASIF manakala dalam sel fagosit adalah struktur yang
barisan pertahanan KEDUA juga dikenali sebagai
SAMA.
barisan pertahanan AKTIF.

5

Nanah ialah campuran mikroorganisma, cebisan tisu dan sel darah putih yang telah mati yang
boleh didapati di tapak jangkitan yang serius atau tisu rosak.

SOALAN LATIHAN
1. Rajah di bawah menunjukkan lapisan kulit manusia.

B
A

C

D

Antara bahagian yang berlabel A, B, C dan D, yang manakah merembeskan sebum untuk
memusnahkan mikroorganisma?

2. Rajah di bawah menunjukkan urutan dalam satu proses yang dilakukan oleh leukosit.

Apakah proses itu?
A Fagositosis
B Keradangan
C Pencernaan
D Pemerangkapan

3. Maklumat di bawah menunjukkan beberapa peringkat dalam gerak balas keradangan.

P Q
Mekanisme pembekuan darah Ketelapan kapilari darah
terhadap sel fagosit meningkat.
dicetuskan.

R S
Tisu yang rosak membebaskan Sel fagosit melakukan

histamin. fagositosis.

Antara yang berikut, urutan yang manakah betul bagi peringkat-peringkat dalam gerak balas
keradangan?

A Q, R, S, P
B R, Q, P, S
C Q, S, R, P
D R, P, Q, S

4. Terangkan dua sifat kulit manusia yang membolehkannya bertindak sebagai barisan
pertahanan pertama yang berkesan.
[4 markah]

5. Rajah di bawah menunjukkan tindakan sel darah Q dalam mekanisme pertahanan badan
manusia.

Terangkan tindakan sel darah Q ke atas bakteria.

[4 markah]

BIO AKSES

VIDEO GERAK SOALAN KBAT SEL
BALAS FAGOSIT

KERADANGAN

CADANGAN JAWAPAN
1D
2A
3B
4 - sifat yang liat
- sukar ditembusi oleh mikroorganisma.
- bersifat kalis air
- disebabkan mengandungi lapisan keratin.
- pH kulit yang berada antara julat 3 hingga 5 / yang berasid / yang rendah
- tidak sesuai untuk pertumbuhan mikroorganisma.
Mana-mana 4
5 1. Sel darah Q / Sel fagosit mengunjurkan pseudopodium
2. dan mengepung bakteria
3. Fagosom terbentuk
4. Fagosom bergabung dengan lisosom yang terdapat di dalam sel fagosit
5. Lisosom merembeskan enzim lisozim ke dalam fagosom
6. Enzim lisozim mencerna bakteria
7. Sel fagosit menyingkirkan sisa bakteria yang tercerna ke luar sel

Mana-mana 4


Click to View FlipBook Version