MODUL PDP SPM PASCA PKP
NEGERI PERAK 2020
Biologi Tingkatan 4
10.1 : Jenis Sistem Peredaran
BIOLOGI TINGKATAN 4
BAB 10 : PENGANGKUTAN DALAM MANUSIA DAN HAIWAN
10.1 JENIS SISTEM PEREDARAN
10.1.1 Mewajarkan keperluan sistem pengangkutan dalam organisma multisel kompleks
10.1.2 Mengenalpasti bahan yang diangkut oleh sistem pengangkutan:
(i) bahan keperluan sel
(ii) bahan buangan sel
10.1.3 Mengkonsepsikan jenis sistem peredaran dalam organisma multisel:
(i) terbuka
(ii) tertutup
10.1.4 Membandingkan dan membezakan antara sistem peredaran dalam organisma multisel
(i) serangga
(ii) ikan
(iii) amfibia
(iv) manusia
Keperluan sistem pengangkutan dalam organisma multisel
kompleks
Setiap sel hidup memerlukan bahan keperluan sel dan menyingkirkan bahan buangan
sel.
Organisma unisel seperti Amoeba sp. memperoleh bahan keperluan dan menyingkirkan
bahan buangan secara resapan dari dan ke persekitaran luar.
Organisma unisel mempunyai isi padu badan yang kecil.
Maka, nisbah jumlah luas permukaan kepada isi padu (JLP/I) organisma adalah besar.
Oleh itu, Amoeba sp. tidak memerlukan satu sistem pengangkutan yang khusus untuk
mengangkut bahan masuk dan keluar sel
Organisma multisel kompleks seperti manusia tidak boleh memperoleh bahan
keperluan sel dan menyingkirkan bahan buangan sel secara resapan seperti Amoeba
kerana jumlah luas permukaan per isipadu (JLP/I) adalah kecil.
Jarak persekitaran luar dari sel adalah terlalu jauh untuk pertukaran bahan secara
langsung.
Untuk mengatasi masalah ini, organisma multisel mempunyai sistem pengangkutan
dalaman yang dikenali sebagai sistem peredaran darah.
Organisma unisel cth. Amoeba sp. Dalam Amoeba pertukaran
bahan boleh berlaku secara
persekitaran luar resapan kerana sel berada
dalam persekitaran.
Organisma multisel
Pertukaran bahan tidak boleh
persekitaran luar berlaku secara resapan kerana
terletak jauh dari sel terletak terlalu jauh dari
sel persekitaran.
epidermis
sel badan
Bahan keperluan sel Bahan buangan sel
Oksigen Karbon dioksida
Nutrien Bahan bernitrogen
Jenis-jenis sistem peredaran dalam organisma multisel
2 jenis
Sistem peredaran Sistem peredaran
terbuka tertutup
Dalam sistem peredaran terbuka, Darah sentiasa
hemolimfa dipam oleh jantung terkandung dalam salur
melalui aorta ( bahagian hujung darah tertutup yang
salur darah yang terbuka ) masuk berterusan dan diedarkan
ke hemoselom ke seluruh badan
dan membasahi sel-sel.
Pertukaran bahan
Hemolimfa ialah cecair keperluan sel berlaku
bernutrien menyerupai darah merentasi dinding
yang terdapat kapilari darah
dalam kebanyakan invertebrata
seperti serangga dan moluska
Sistem Peredaran Serangga
anterior
aorta
jantung
aorta
ostium
jantung
hemolimfa bergerak ke ostium
hemoselom
posterior
Sistem peredaran dalam serangga ialah sistem peredaran terbuka. Ini bermaksud satu atau
lebih jantung mengepam hemolimfa melalui salur darah ke hemoselom.
Hemolimfa mengalir keluar dari jantung ke dalam hemoselom apabila jantung mengecut.
Di hemoselom, pertukaran bahan berlaku antara hemolimfa dan sel badan secara resapan.
Apabila jantung mengendur, hemolimfa mengalir kembali ke jantung melalui liang seni yang
disebut ostium.
Sistem Peredaran Ikan
kapilari insang Sistem peredaran tertutup.
Jantung ikan ada 2 ruang iaitu 1 atrium dan
darah darah
terdeoksigen bercampur 1 ventrikel
Darah dari ventrikel akan dipam melalui
arteri darah
beroksigen arteri ke dalam kapilari insang untuk
jantung pertukaran gas.
ventrikel Kapilari insang mengalirkan darah
atrium beroksigen
ke kapilari sistemik.
vena Dalam kapilari sistemik, oksigen meresap
ke dalam tisu manakala karbon dioksida
darah meresap dari tisu ke dalam kapilari.
Darah terdeoksigen kembali ke atrium
bercampur jantung melalui vena.
kapilari sistemik Sistem peredaran ikan dikenali sebagai
sistem peredaran tunggal kerana darah
mengalir satu hala dan memasuki jantung
hanya sekali.
Sistem Peredaran Amfibia
Sistem peredaran tertutup.
Jantung amfibia ada 3 ruang iaitu 2 atrium dan 1 ventrikel.
Amfibia mempunyai sistem peredaran ganda dua iaitu darah mengalir ke dalam jantung dua kali.
Amfibia mempunyai sistem peredaran ganda dua yang tidak lengkap kerana darah teroksigen dan
terdeoksigen bercampur dalam ventrikel.
Peredaran pulmokutaneus adalah pengangkutan darah terdeoksigen dari jantung ke peparu dan
kulit dan kembali ke jantung. Pertukaran gas berlaku di sini..
Peredaran sistemik adalah pengangkutan darah beroksigen dari jantung ke seluruh tisu badan
dan mengembalikan darah terdeoksigen ke jantung melalui vena ke atrium kanan.
kapilari peparu dan kulit 1 Darah terdeoksigen diangkut dari
badan ke atrium kanan.
peredaran vena
pulmokutaneus pulmonari 2 Darah beroksigen dari peparu dan
kulit diangkut oleh vena pulmonari
darah atrium darah ke atrium kiri.
atrium beroksigen
terdeoksigen 3 Darah dari kedua-dua atrium akan
en venktririikel masuk ke satu ventrikel . Berlaku
sedikit percampuran darah
kanapneredaran sistemik beroksigen dan tidak terdeoksigen
di ventrikel.
kapilari sistemik
4 Ventrikel mengepam darah melalui
peredaran pulmokutaneus ( peparu
dan kulit) dan peredaran sistemik.
Sistem Peredaran Manusia
Peredaran darah tertutup
Manusia mempunyai jantung yang terdiri daripada 4 ruang: 2 atrium dan 2 ventrikel yang
terpisah sepenuhnya.
Manusia mempunyai sistem peredaran ganda dua. Ini bermaksud dalam satu kitar peredaran
yang lengkap, darah mengalir dalam salur darah menerusi jantung sebanyak dua kali .
Oleh keranaterdapat dua peredaran yang berbeza, manusia dikatakan mempunyai sistem
peredaran ganda dua yang lengkap kerana darah terdeoksigen dan darahberoksigen tidak
bercampur.
Sistem peredaran ini adalah sama untuk semua mamalia, burung dan reptilia.
kapilari peparu Peredaran Pulmonari
arteri pulmonari Darah terdeoksigen diangkut
melalui arteri pulmonari ke
vena kava aorta peparu untuk untuk pertukaran
nvaena gas.
darah atrium atrium pulmonari
terdeoksigen Darah beroksigen dari peparu
kanveantrikel venktirriikel darah kembali ke atrium kiri dan
kanan kiri mengalir ke dalam ventrikel kiri.
beroksigen
Peredaran Sistemik
Darah dipam dari jantung ke
semua tisu badan melalui aorta.
Kemudian darah terdeoksigen
kembali ke atrium kanan melalui
vena kava.
kapilari sistemik
Perbandingan dan perbezaan antara sistem peredaran
dalam organisma multisel
Persamaan
Terdapat dalam Jantung
semua organisma mempunyai injap
untuk memastikan
multisel pengaliran darah
Mempunyai sehala
jantung untuk
mengepam darah Berfungsi untuk
atau hemoselom mengangkut
nutrien dan
bahan buangan
Perbezaan
Organisma multisel Serangga Ikan Amfibia Manusia
Sistem peredaran Terbuka
Tertutup Tertutup Tertutup
darah -
Tunggal (darah Ganda dua Ganda dua
Bilangan peredaran mengalir di dalam (darah mengalir
salur darah dan (darah mengalir di dalam salur
melalui jantung di dalam salur darah dan melalui
darah dan melalui jantung sebanyak
sekali sahaja jantung sebanyak dua kali dalam satu
dalam satu dua kali dalam satu peredaran lengkap)
peredaran peredaran lengkap)
lengkap)
Bilangan ruang Banyak segmen Dua (satu atrium Tiga (dua atrium Empat (dua atrium
jantung dalam jantung dan satu ventrikel) dan satu ventrikel) dan dua ventrikel)
Pengasingan darah - - Tidak lengkap Lengkap (darah
beroksigen dan (darah beroksigen beroksigen tidak
bercampur sedikit bercampur dengan
darah terdeoksigen darah terdeoksigen
dengan darah di dalam ventrikel)
terdeoksigen di
dalam ventrikel)
FAQ
aq
1. Apakah maksud JLP/I ?
Jumlah luas permukaan berbanding isipadu sesuatu organisma. Organisma yang besar mempunyai
JLP/I yang kecil manakala organisma yang kecil mempunyai JLP/I yang besar.
2. Apakah maksud hemoselom?
Bahagian rongga badan serangga atau moluska.
3. Apakah maksud hemolimfa?
Cecair bernutrien menyerupai darah yang terdapat dalam kebanyakan invertebrata seperti serangga
dan moluska. Cecair yang tiada sel darah merah, oleh itu ia berwarna kekuningan dan tidak
mengangkut oksigen.
4. Apakah maksud moluska?
Haiwan tanpa tulang belakang (invertebrata), berbadan lembut dan berkulit keras seperti siput,
tiram dan kerang.
5. Apakah ostium?
Liang seni pada jantung serangga.
6. Apakah yang dimaksudkan sistem peredaran terbuka?
Hemolimfa dipam oleh jantung melalui aorta masuk ke hemoselom dan membasahi sel-sel.
7. Apakah sistem peredaran pulmonari ?
Pengangkutan darah dari jantung ke peparu dan kembali ke jantung.
8. Apakah sistem peredaran sistemik ?
Pengangkutan darah dari jantung ke semua bahagian badan kecuali peparu dan kembali ke jantung.
9. Apakah peredaran pulmokutaneus?
Pengangkutan darah terdeoksigen dari jantung ke peparu dan kulit yang berlaku pada amfibia.
LATIHAN PENGUKUHAN
1. Mengapakah kebanyakan organisma multisel kompleks memerlukan sistem pengangkutan?
A. Untuk memastikan bekalan nutrien ke sel-sel berlaku lebih cepat daripada pengumpulan bahan
buangan.
B. Organisma multisel lebih aktif , oleh itu memerlukan sistem pengangkutan.
C. Resapan melalui permukaan badan sahaja tidak dapat memenuhi keperluan badan
D. Nutrien tidak dapat meresap secara terus ke dalam tisu
2. Di dalam organisma unisel, resapan oksigen merentasi permukaan sel membran mencukupi untuk
membekalkan keperluan proses pernafasannya. Mengapakah hal ini tidak mungkin mencukup untuk
organisma multisel yang hidup di atas daratan?
I Mereka mempunyai jumlah luas permukaan kepada Isipadu ( JLP/I) yang kecil
II Luas permukaan organ respirasinya kecil
III Permukaan badannya tidak telap terhadap gas
IV Mereka lebih aktif daripada organisma unisel.
A. I dan II sahaja
B. I dan III sahaja
C. I, II dan IV sahaja
D. II, III dan IV sahaja
3. Rajah di bawah menunjukkan sistem peredaran suatu organisma.
Kapilari insang
X
Kapilari sistemik
Apakah X?
A. Jantung
B. Paru-paru
C. Vena
D. Arteri
4. Rajah di bawah menunjukkan sistem peredaran bagi suatu organisma.
peparu
jantung
badan
Yang manakah antara haiwan berikut mempunyai sistem peredaran ini?
A. Ikan
B. Katak
C. Lembu
D. Belalang
5. Rajah di bawah menunjukkan sistem peredaran dalam suatu organisma.
organ jantung tisu
pertukaran badan
gas
Apakah ciri-ciri sistem peredaran darah tersebut?
I Ia merupakan sistem peredaran tertutup.
II Ia merupakan sistem peredaran ganda dua.
III Jantung organisma tersebut mempunyai dua ruang.
IV Sistem peredaran ini terdapat pada amfibia.
A. I dan II sahaja
B. I dan III sahaja
C. II dan IV sahaja
D. I, III dan IV sahaja
6. Medium pengangkutan dalam manusia dan haiwan adalah darah. Apakah medium pengangkutan
dalam serangga?
A. Air
B. Darah
C. Bendalir tisu
D. Hemolimfa
7. Rajah di bawah menunjukkan sistem peredaran manusia. [ 3 markah ]
[ 1 markah ]
X [ 1 markah ]
P [ 2 markah ]
QS [ 4 markah ]
R
[ 4 markah ]
Y
(a) (i) Labelkan P, Q dan R.
(ii) Apakah fungsi Q?
(b) Mengapakah struktur S penting?
(c) (i) Namakan peredaran X dan Y.
(ii) Huraikan peredaran X dan Y.
8. Banding bezakan sistem peredaran ikan dengan manusia.
BIO AKSES
Sistem peredaran ikan Sistem peredaran serangga Sistem peredaran darah manusia
CADANGAN JAWAPAN
1. C
2. B
3. A
4. B
5. B
6. D
7. (a)(i) P: Atrium kanan
Q: Vena kava
R: Ventrikel kanan
(a)(ii) Mengangkut darah terdeoksigen dari seluruh badan ke atrium kanan
(b) S, injap memastikan darah mengalir satu hala dan menghalang pengaliran semula darah ke
belakang
(c)(i) X: Peredaran pulmonari
Y: Peredaran sistemik
(c)(ii) X: Dalam peredaran pulmonari, darah terdeoksigen diangkut dari ventrikel kanan ke
peparu melalui arteri pulmonari dan darah beroksigen dari peparu ke atrium kiri
melalui vena pulmonari.
Y: Dalam peredaran sistemik, darah beroksigen dari ventrikel kiri diangkut melalui aorta ke
seluruh badan kecuali peparu dan darah terdeoksigen kembali ke atrium kanan di
jantung melalui vena kava.
8. Persamaan
-Mempunyai jantung untuk mengepam darah
-Berfungsi untuk mengangkut nutrien dan bahan buangan
-Jantung mempunyai injap untuk memastikan pengaliran darah sehala
-Mempunyai sistem peredaran tertutup
-Ada salur darah untuk mengangkut darah
Perbezaan
- Ikan mempunyai bilangan peredaran tunggal manakala manusia mempunyai bilangan
peredaran ganda dua.
- Bilangan ruang jantung ikan adalah dua manakala bilangan ruang jantung dalam manusia
adalah empat
- Dalam ikan, dalam keadaan tekanan tinggi atau rendah aorta mengangkut darah terdeoksigen
dari ventrikel ke insang manakala dalam manusia darah beroksigen diangkut dari ventrikel kiri
ke seluruh badan.
SELAMAT BELAJAR