The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by abdullah zawawi, 2020-11-29 17:43:52

BIOT4 12.3 NEURON DAN SINAPS (BM)

BIOT4 12.3 NEURON DAN SINAPS (BM)

MODUL PDP SPM PASCA PKP

NEGERI PERAK 2020
Biologi Tingkatan 4

12.3 Neuron dan Sinaps

12. KOORDINASI DAN GERAK BALAS.
12.3 Neuron dan Sinaps

12.3.1 Melukis dan melabel struktur neuron deria dan neuron motor:

(i) Dendrit (iii) badan sel (v) nodus Ranvier

(ii) akson. (iv) salut myelin

12.3.2 Mencerakinkan fungsi setiap jenis neuron dalam penghantaran impuls.

12.3.3 Menjelaskan struktur sinaps dan fungsinya.

12.3.4 Menerangkan penghantaran impuls merentasi sinaps.

STRUKTUR NEURON & FUNGSINYA.

Akson

Dendrit

Nukleus Salut Bonggol
Mielin sinaps
Dendron
Sel Schwann
Struktur neuron
Dendrit Nodus Ranvier
Dendron
Badan sel Sel badan
Akson
Fungsi
Nodus Ranvier
Salut Mielin Menerima impuls dan memindahkannya ke arah dendron.

Bonggol Sinaps Menerima impuls dan memindahkannya ke arah badan sel.
Mengawal semua aktiviti neuron

Memindahkan impuls keluar dari badan sel.

Mempercepatkan pemindahan impuls saraf di sepanjang akson.

- Penebat akson untuk mengelakkan kebocoran impuls.
- Mempercepatkan pemindahan impuls
- Membekalkan nutrient dan merupakan lapisan perlindungan kepada

akson

-Menghantar isyarat ke sel otot, sel kelenjar atau dendrit neuron lain.

Jenis-jenis neuron dan fungsinya

dendrit akson dendrit Laluan dendrit
(neuron (neuron (neuron impuls (neuron
Bdaedraina)sel deria) deria) deria)
(neuron
Terminal Badan sel Badan sel
deria) akson (neuron (neuron
deria) deria)
Laluan Laluan
impuls akson impuls
(neuron
deria) akson
Terminal (neuron
akson deria)
Terminal
Neuron deria akson
(Neuron aferen)
Neuron motor
(Neuron eferen)

• Terdapat dalam akar dorsal Neuron Geganti  Terdapat dalam akar ventral
saraf spina. (Interneuron ) saraf spina.

• Membawa impuls saraf dari  Gentian neuron yang terdapat dalam • Menerima impuls saraf dari
reseptor organ deria ke sistem sistem saraf pusat. neuron geganti sistem saraf
saraf pusat. pusat
• Menghubungkan neuron deria
• Badan sel terdapat dalam kepada neuron motor.  Memindahkan impuls saraf ke
ganglion akar dorsal. efektor seperti otot atau
• Badan sel terdapat secara kelompok kelenjar untuk menghasilkan
• Dendrit menerima impuls dalam jirim kelabu sistem saraf pusat. gerak balas yang sewajarnya.
saraf dari reseptor dan
menghantar ke arah • Memindahkan impuls saraf dari • Badan sel terdapat dalam
neuron deria ke sistem saraf pusat jirim kelabu saraf tunjang.
badan sel. dan dari sistem saraf pusat ke neuron
motor.
• Impuls saraf dipindahkan dari
badan sel melalui akson ke
neuron berikutnya.

Laluan Penghantaran Maklumat Daripada Reseptor Kepada Efektor
Neuron geganti

Neuron deria Neuron motor

Gerakbalas

Rangsangan

1 Dikesan Impuls Ke neuron 4
geganti melalui
oleh 3 dipindahkan 1
Rangsangan sinaps
(bunyi telefon) oleh neuron
deria
2
Reseptor Sistem saraf

Reseptor 5
mencetuskan
Impuls 1
impuls dipindahkan
oleh neuron
6
motor ke
menghasilkan efektor

Gerakbalas Efektor

SINAPS

Akson

vesikel

Bonggol sinaps

} sinaps

Sinaps
 ialah ruang sempit diterminal akson satu neuron berada hampir dengan dendrit neuron
yang bersebelahan.
 Impuls saraf dipindahkan ke neuron lain melalui sinaps.
 Terminal akson mempunyai bonggol sinaps yang mengandungi banyak mitokondria dan
vesikel yang mengandungi neurotransmiter.
 Contoh neurotransmiter adalah asetilkolina dan noradrenalina.
 Penghantaran impuls saraf merentasi sinaps adalah dalam satu arah, dari terminal akson ke
dendrit neuron lain.
 Apabila impuls tiba dibonggol sinaps
 Vesikel mengandungi neurotransmiter dirangsang bergerak ke arah membran pra sinaps
 Bergabung dengan membran dan merembeskan neurotransmiter ke celah ruang sinaps
 Neurotransmiter meresap merentasi ruang sinaps ke membran pasca-sinaps.
 Neurotransmiter terikat pada reseptor di membran pasca sinaps.
 Impuls baru dicetuskan

FAQ Neuron berfungsi untuk menghantar
maklumat dalam bentuk isyarat
1. Mengapakah neuron sangat elektrik yang dipanggil impuls saraf ke
penting dalam sistem saraf otak untuk menghasilkan gerakbalas.
manusia?
Dadah penenang, contohnya adalah
2. Apakah yang boleh barbiturat dan trankulizer.
menghalang neurotransmiter
daripada meresap ke membrane Untuk membekalkan tenaga bagi
pembebasan neurotransmiter ke
pasca sinaps? dalam ruang celah sinaps.

3. Mengapakah terdapat banyak Akan mendapat penyakit saraf
mitokondria didalam bonggol seperti Alzheimir, Dementia dan
sinaps? Parkinson.

4. Apakah yang berlaku sekiranya
terdapat kerosakan sinaps?

LATIHAN

1. Rajah 1 menunjukkan satu sinaps..

Bahan X ialah Rajah 1

A tiroksina B glukagon
C adrenalina D noradrenalina

2. Fungsi akson neuron aferen adalah
A untuk mempercepatkan penghantaran impuls
B untuk membebaskan neurotransmiter dalam celah sinaps
C untuk menghantar impuls ke badan sel
D untuk membawa impuls keluar dari badan sel

3. Rajah 3 menunjukkan tiga jenis neuron.

Apakah X, Y dan Z? XYZ Z
Rajah 3 Neuron aferen
X Neuron eferen
A Neuron perantaraan Y Neuron perantaraan
B Neuron aferen Neuron eferen Neuron aferen
C Neuron eferen Neuron perantaraan
D Neuron eferen Neuron aferen
Neuron perantaraan

4. Rajah 4 menunjukkan tiga jenis neuron..

Rajah 4

(a) Namakan neuron P, Q dan R

(b) Berikan fungsi setiap neuron yang dinamakan di 4(a). [3 marks]
[3 marks]
(c) Berikan dua fungsi struktur X. [2 marks]

5. Rajah 5 menunjukkan tiga neuron yang terlibat dalam proses penghantaran maklumat.

Rajah 5 [4 marks]
Jelaskan pemindahan impuls saraf dari organ kulit ke otot. [ 6 marks]
6.

Rajah 6.2
Diagram 6.2
Jelaskan pemindahan impuls saraf dari neuron M ke neuron N.

NEURON SINAPS

JAWAPAN

1. D
2. D
3. B

(a) P: Neuron aferen
4 Q: Neuron eferen

R: Interneuron

(b) P: Membawa maklumat deria dari reseptor ke otak dan saraf tunjang..
Q: Menghantar maklumat daripada otak atau tunjang ke efektor.
R: Memindahkan impuls dari neuron aferen ke neuron eferen.

(c) - Untuk melindungi dan menebat akson.
- Membantu mempercepatkan penghantaran impuls saraf.

5.  Apabila reseptor pada kulit mengesan rangsangan, reseptor mencetuskan impuls saraf
 Neuron deria memindahkan impuls saraf ke neuron geganti.
 Otak mentafsir dan menterjemah maklumat dan kemudian menghantar ke neuron
motor.
 Neuron motor memindahkan impuls saraf ke efektor sasaran.
 Efektor iaitu otot rangka menerima impuls saraf dan menghasilkan gerak balas.

6  Penghantaran impuls saraf dari neuron M ke neuron N ialah melalui sinaps.
 Sinaps ialah ruang sempit diterminal akson satu neuron berada hampir dengan dendrit
neuron yang bersebelahan.
 Terminal akson mempunyai bonggol sinaps yang mengandungi banyak mitokondrion
dan vesikel yang mengandungi neurotransmiter.
 Contoh neurotransmiter adalah asetilkolina dan noradrenalina.
 Pemindahan impuls saraf merentasi sinaps adalah dalam satu arah, dari terminal
akson ke dendrit neuron lain.
 Apabila impuls tiba dibonggol sinaps
 Vesikel mengandungi neurotransmitter dirangsang bergerak ke arah membran pra
sinaps/M
 Bergabung dengan membrane dan merembeskan neurotransmitter ke celah ruang
sinaps
 Neurotransmiter meresap merentasi ruang sinaps ke membran pasca-sinaps/N
 Neurotransmiter terikat pada reseptor di membran pasca sinaps/N.
 Impuls baru dicetuskan


Click to View FlipBook Version