MODUL PDP SPM PASCA PKP
NEGERI PERAK 2020
Biologi Tingkatan 4
10.3 : Mekanisme Denyutan Jantung
BIOLOGI TINGKATAN 4
BAB 10 : PENGANGKUTAN DALAM MANUSIA DAN HAIWAN
10.3 Mekanisme Denyutan Jantung
10.3.1 Memerihalkan mekanisme denyutan jantung manusia:
10.3.2 (i) nodus sinoatrium( perentak jantung )
(ii) nodus atrioventrikel
(iii) berkas His
(iv) gentian Purkinje
Berkomunikasi tentang daya yang menyebabkan peredaran darah dalam manusia:
(i) pengepaman darah
(ii) pengecutan otot rangka
MEKANISME DENYUTAN JANTUNG
MANUSIA:
Dalam setiap pengecutan, jantung bertindak sebagai pam yang mengepam darah ke seluruh
badan.
Jantung terdiri daripada otot kardium yang bersilang dan bersambungan antara satu sama lain
Susunan ini membenarkan impuls elektrik disebar dengan cepat melalui jantung dan pada masa
yang sama, merangsang sel otot kardium untuk mengecut dengan serentak dan seragam.
Otot kardium bersifat miogenik Ini bermaksud jantung mengecut dan mengendur tanpa perlu
menerima isyarat impuls daripada sistem saraf.
Sekiranya otot kardium disimpan dalam larutan beroksigen yang suam dan mengandungi
nutrien, otot-otot akan mengecut dan mengendur secara beritma dengan sendiri.
Atrium kiri Kedudukan nodus sinoatrium,
nodus atrioventrikel,
berkas His dan gentian Purkinje
nodus sinoatrium
atrium kanan berkas His
Purkinje
nodus atrioventrikel ventrikel kiri
ventrikel kanan
gentian Purkinje
PENGEPAMAN JANTUNG MANUSIA
Penghasilan daya yang menyebabkan peredaran darah dalam manusia adalah disebabkan oleh
pengepaman jantung dan pengecutan otot rangka.
Pengecutan jantung dimulakan dan dikoordinasi oleh perentak jantung.
Perentak jantung ialah sekumpulan sel otot jantung khusus yang memulakan kadar pengecutan
jantung dan terletak di dinding atrium kanan.
Perentak jantung menjana impuls elektrik yang merebak dengan cepat melalui dinding kedua –
dua atrium menyebabkan atrium mengecut secara beritma.
Perentak jantung yang utama dikenali sebagai nodus sinoatrium (nodus SA).
Urutan pengecutan otot jantung yang menyebabkan pengepaman jantung
menyebabkan pengepaman
1 Nodus sinoatrium (nodus SA) 2
menjana impuls elektrik.
Nodus Impuls elektrik yang merebak dengan
sinoatrium cepat dalam kedua-dua atrium,
menyebabkan atrium mengecut
secara serentak. Pengecutan atrium
membantu mengepam darah ke
dalam ventrikel.
4 atrium
ventrikel
Impuls elektrik merebak dari bahagian
apeks jantung ke seluruh dinding ventrikel.
Akibatnya, ventrikel mengecut untuk
mengepam darah keluar ke peparu dan
badan.
nodus 3
atrioventrikel
Gentian Impuls elektrik sampai ke nodus
Purkinje atrioventrikel. Impuls elektrik merebak
melalui berkas His, dan gentian
Purkinje sehinggalah ke apeks jantung.
berkas His apeks jantung
gentian Purkinje
Ketika pengepaman jantung, bunyi lub-dub boleh kedengaran. Bunyi lub-dub tersebut ialah bunyi
penutupan injap-injap jantung.
Injap trikuspid Injap bikuspid Injap sabit
Bunyi pertama ‘lub’ dihasilkan apabila injap Bunyi kedua ‘dub’ dihasilkan apabila injap sabit
trikuspid dan injap bikuspid tertutup. tertutup
Pengecutan otot rangka di sekeliling vena
Pengepaman jantung membantu mengedar dan mengalirkan darah melalui arteri, arteriol dan
kapilari darah
Walau bagaimanapun, daya yang dihasilkan oleh pengepaman jantung tidak mencukupi untuk
meneruskan pengaliran darah melalui vena untuk kembali ke jantung.
Di samping itu, darah juga terpaksa mengalir menentang tarikan daya graviti.
Kehadiran injap dalam vena memastikan darah mengalir dalam satu hala ke jantung.
Pengaliran darah dalam vena dibantu oleh:
(a) pengecutan otot licin yang terdapat pada dinding venul dan vena
(b) pengecutan otot rangka di sekeliling vena. Pengecutan otot rangka menekan dan mencerut
vena lalu menyebabkan injap terbuka untuk membenarkan darah mengalir ke arah
jantung. Injap kemudian tertutup untuk menghalang darah mengalir balik semula ke arah
kaki.
.
pengaliran darah ke ke jantung injap tertutup
belakang dihalang
oleh penutupan
injap
vena
otot rangka
mengendur
peningkatan tekanan ke jantung injap terbuka
menolak injap hingga injap tertutup
terbuka dan memaksa
darah mengalir ke jantung
vena
otot rangka
mengecut
mencerutkan
vena
Rajah di atas menunjukkan pengecutan dan pengenduran otot rangka kaki
FAQ
1. Apakah istilah untuk fasa pengecutan otot jantung?
Sistole
2. Apakah istilah untuk fasa pengenduran otot jantung
Diastole
3. Apakah maksud miogenik?
Kebolehan jantung untuk mengecut secara beritma dan automatik tanpa kawalan saraf
4. Mengapa nodus sinoatrium dikenali sebagai perentak jantung?
Ini kerana ia menjana impuls elektrik yang akan tersebar ke dinding kedua-dua atrium. Impuls
eletrik ini akan menyebabkan atrium mengecut secara serentak.
5. Nama saraf yang meningkatkan kadar denyutan jantung.
Saraf simpatetik
6. Nama saraf yang menurunkan kadar denyutan jantung.
Saraf parasimpatetik
7. Apakah otot kardium?
Otot yang membina dinding jantung.
LATIHAN PENGUKUHAN
1. Urutan yang manakah betul untuk pergerakan impuls elektrik di jantung?
A. Nodus sinoatrium →Nodus atrioventrikel →Berkas His →Gentian Purkinje
B. Nodus atrioventrikel →Nodus sinoatrium →berkas His →gentian Purkinje
C. Nodus sinoatrium → Berkas His → Gentian Purkinje → Nodus atrioventrikel
D. Gentian Purkinje → Berkas His → Nodus atrioventrikel → Nodus sinoatrium
2. Antara struktur berikut, yang manakah menyebabkan otot kardium mengecut secara spontan untuk
memulakan denyutan jantung?
A. Gentian Purkinje
B. Injap bikuspid
C. Nodus sinoatrium
D. Nodus atrioventrikel
3. Antara yang berikut, yang manakah dikenali sebagai perentak?
A. Septum
B. Berkas His
C. Gentian Purkinje
D. Nodus sinoatrium
4. Apakah yang menyebabkan bunyi ‘lub-dup’ jantung?
A. Pembukaan injap di jantung
B. Penutupan injap di jantung
C. Pengecutan otot jantung
D. Pengenduran otot jantung
5. Rajah di bawah menunjukkan struktur yang terlibat dalam proses pengepaman jantung.
P
Apakah P ?
A. Berkas His
B. Gentian Purkinje
C. Nodus sinoatrium
D. Nodus atrioventrikel
6. Maklumat berikut menerangkan pengecutan otot jantung yang membawa kepada pengepaman
oleh jantung.
S : Impuls tersebar kedua-dua ventrikel dan menolak darah keluar
T: Impuls sampai ke nodus atrioventrikel
U: Nodus sinoatrium menjana impuls
V: Impuls tersebar dengan cepat ke seluruh dinding kedua-dua
atrium dan menolak darah ke dalam ventrikel
W: Berkas His dan gentian Purkinje membawa impuls ke apeks
jantung
Urutan yang manakah betul tentang pengecutan otot kardiak?
A. T → S → U → V → W
B. U → S → T → V → W
C. U → V → T → W → S
D. T → U → V → W → S
7. Seseorang individu menggunakan perentak tiruan apabila nodus sinoatrium gagal berfungsi dengan
baik . Individu ini tidak digalakkan melakukan aktiviti cergas. Antara pernyataan berikut yang
manakah menerangkan situasi tersebut?
A. Denyutan jantung diperlahankan oleh perentak tiruan
B. Denyutan jantung dikawal oleh perentak tiruan
C. Perentak tiruan menghalang pemindahan impuls elektrik
D. Perentak tiruan menyebabkan pengenduran atrium dan ventrikel
8. Rajah di bawah menunjukkan satu keratan memanjang jantung manusia. Anak panah
menunjukkan arah pergerakan impuls elektrik yang memulakan pengecutan otot.
JK [2 markah]
[3 markah]
Pengecutan ventrikel
bermula [1 markah]
(a) (i) Namakan struktur-struktur berlabel J dan K. [5 markah]
(ii) Apakah fungsi struktur J? Jelaskan bagaimana struktur J bekerja.
(b) Pengecutan ventrikel bermula pada bahagian hujung jantung.
Berikan sebab mengapa ini penting bagi pengepaman darah dalam jantung.
9. Terangkan peranan otot rangka dalam membantu pengaliran darah di vena.
BIO AKSES
PENGUKUH
AN
Perentak jantung Kadar denyutan jantung Kitar kardiak
CADANGAN JAWAPAN
1. A
2. C
3. D
4. B
5. B
6. C
7. D
8. (a) (i) J : Nodus sinoatrium
K : Nodus atrioventrikel
(ii) - J ialah perentak jantung utama
- J menjana impuls elektrik yang akan merebak kepada kedua-dua dinding atria
- Impuls elektrik ini akan menyebabkan atria mengecut secara serentak.
(b) Lebih banyak darah dapat dipam dari ventrikel.
9. - Pengaliran darah dalam sistem peredaran darah manusia disebabkan oleh pengepaman
jantung dan pengecutan otot rangka di vena.
- Di dalam vena, daya yang dihasilkan oleh pengepaman darah oleh jantung tidak mencukupi
untuk menolak darah kembali ke jantung.
- Darah kembali semula ke jantung dengan bantuan pengecutan otot rangka di sekeliling
vena.
- Pengecutan otot rangka menekan dan mencerut vena lalu menyebabkan injap terbuka
untuk membenarkan darah mengalir ke arah jantung.
- Injap kemudian tertutup untuk menghalang darah mengalir balik semula ke arah kaki.
- Semakin kuat pengecutan otot rangka, semakin cepat darah mengalir balik ke jantung.
SELAMAT BELAJAR