The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BIOT4 12.4 TINDAKAN TERKAWAL_LUAR KAWAL, REFLEKS (BM)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by abdullah zawawi, 2020-11-29 17:47:04

BIOT4 12.4 TINDAKAN TERKAWAL_LUAR KAWAL, REFLEKS (BM)

BIOT4 12.4 TINDAKAN TERKAWAL_LUAR KAWAL, REFLEKS (BM)

MODUL PDP SPM PASCA PKP

NEGERI PERAK 2020
Biologi Tingkatan 4

12.4 Tindakan Terkawal, Luar Kawal dan Refleks.

BIOLOGI TINGKATAN 4
BAB 12: KOORDINASI DAN GERAK BALAS.
12.4 Tindakan Terkawal dan Tindakan Luar Kawal.

12.4.1 Membanding dan membezakan antara tindakan terkawal dengan tindakan luar kawal.
12.4.2 Memerihalkan tindakan refleks yang melibatkan:

(i) dua neuron (ii) tiga neuron
12.4.3 Melukis arka refleks.

PERBANDINGAN ANTARA TINDAKAN TERKAWAL DENGAN TINDAKAN LUAR KAWAL

Melibatkan Tindakan yang Kedua-dua Tindakan yang Melibatkan
sistem saraf kita sedari dan tindakan berlaku secara sistem saraf
melibatkan automatik dan autonomi
soma dilakukan rangsangan, berlaku tanpa
mengikut impuls, neuron Dikawal oleh
Dikawal oleh kehendak kita kita medula
korteks dan sedari
serebrum Tindakan organ efektor. oblongata
terkawal Tindakan Luar dan
Kawal
hipotalamus

Melibatkan Melibatkan
gerak balas gerak balas
otot rangka otot licin
dan kelenjar

TINDAKAN REFLEKS Gerak balas
pantas terhadap
Melindungi
daripada rangsangan
tanpa dikawal
kecederaan dan
beradaptasi oleh otak.
dengan
persekitaran Dikawal oeh
saraf tunjang

Contoh: Tindakan Pusat Integrasi
Sentakan kaki, Refleks ialah di Medula
Menarik tangan
daripada objek Oblongata

panas

Tindakan Luar Melibatkan
Kawal yang dua atau tiga
jenis neuron
melibatkan otot
rangka Laluan saraf
tindakan refleks

disebut arka
refleks

Sentakan lutut ialah contoh
tindakan refleks yang

melibatkan dua jenis neuron:
 Neuron deria
 Neuron motor

Wah! Tindakan refleks yang bagus.!!!

Reflex arc which involves three types of neur Terpijak pin ialah contoh tindakan
. refleks yang melibatkan tiga jenis

neuron:
 Neuron deria
 Neuron geganti
 Neuron motor

Tindakan Refleks Yang Melibatkan Tiga Jenis Neuron

Tercucuk pin tajam

• Apabila jari tercucuk pin tajam, reseptor deria mengesan rangsangan dan

1 mencetuskan impuls saraf

• Impuls saraf dipindahkan di sepanjang neuron deria ke saraf tunjang.

2

• Dalam saraf tunjang, impuls saraf dipindahkan dari neuron deria melalui

3 sinaps ke neuron geganti
4 • Dari neuron geganti, impuls saraf dipindahkan ke neuron motor

• Neuron motor memindahkan impuls saraf dari saraf tunjang ke efektor (tisu

5 otot)

• Otot biseps bergerakbalas dengan mengecut

6 • jari dialihkan dengan cepat

Tindakan Refleks Yang Melibatkan Dua Jenis Neuron

Sentakan lutut

• Apabila tendon di bawah tempurung lutut diketuk, otot kuadriseps
menjadi regang dan merangsang reseptor regangan untuk mencetuskan

1 impuls saraf

• Neuron deria memindahkan impuls saraf ke neuron motor dalam saraf

2 tunjang.

• Neuron motor kemudiannya memindahkan impuls dari saraf tunjang ke

3 efektor iaitu otot kuadriseps.

• Otot kuadriseps mengecut lalu menyebabkan kaki tersentak ke hadapan

4

FAQ  Buang angin atau kentut adalah perbuatan yang
berlaku tanpa orang menyedarinya.
Adakah ‘membuang angin’
(kentut) adalah tindakan  Ketika kita mencerna makanan, gas, terutama
terkawal? Boleh anda dalam bentuk hidrogen, metana, dan karbon
terangkan? dioksida, dibebaskan.

Mengapakah doktor menjalankan  Semasa gas mengumpul, tubuh mungkin perlu
ujian sentakan lutut kepada menghilangkannya, baik melalui mulut, dengan
pesakit? Apakah tujuan ujian bersendawa, atau melalui angin melalui
tersebut dilakukan? bahagian dubur.

Adakah semua tindakan refleks  Otot dubur akan melonggarkan secara
dikendalikan oleh saraf tunjang? automatik untuk melepaskan gas.

Apakah yang menyebabkan Ujian refleks adalah bertujuan mengukur
kurang gerak balas atau kehadiran dan kekuatan refleks. Dengan
hilangnya reflex pada sentakan berbuat demikian, doktor dapat menilai
lutut? sensitiviti rangkaian saraf sistem saraf tunjang
dan periferi pesakit. Sekiranya tindak balas
lemah, atau tidak ada, itu mungkin
menunjukkan kerosakan pada saraf.

Ya, tetapi bagi tindakan mengkelip mata,
perubahan saiz anak mata terhadap cahaya
dan pengeluaran air mata terhadap ancaman
dikendalikan oleh otak.

Sekiranya doktor menilai reaksi anda 0 atau 1,
otot anda menunjukkan sedikit atau tidak ada
peregangan otot semasa ujian. Kemungkinan
tiada gerakbals refleks adalah disebabkan
menghidap diabetes, anemia, dan kekurangan
vitamin B1, B6 dan B12.

LATIHAN

1 Antara yang berikut, yang manakah tindakan luar kawal?

I Pencernaan
II Bersin
III Membaca
IV Denyutan jantung

A IV sahaja B II dan III
C I, II dan III D I, II dan IV

2 Rajah 1 menunjukkan arka refleks sentakan lutut.

Rajah 1

Antara bahagian berlabel A, B, C dan D, yang manakah membawa impuls ke arah saraf tunjang?

3 Apakah yang akan berlaku apabila akar ventral saraf spina dipotong?

I Kita tidak boleh mengesan sesuatu jika reseptor yang berhubung dengannya dirangsang
II Kita akan bertindak balas jika akar dorsal dirangsang
III Kita tidak boleh bertindak balas jika reseptor yang berhubung dengannya dirangsang
IV Kita akan bertindak balas jika akar ventral yang dipotong itu dirangsang.

A III sahaja
B I dan III sahaja
C I dan IV sahaja
D II dan IV sahaja

4. Rajah 4.1 menunujukkan gambar berkaitan suatu tindakan.

Rajah 4.1 [2 markah]

(a) Perhatikan Rajah 4.1. Terangkan jenis tindakan yang terlibat.

Rajah 4.2 menunjukkan seorang lelaki menarik jarinya dari sentuhan objek tajam.
Rajah 4.3 menunjukkan struktur suatu neuron dari sistem saraf seorang lelaki.
Rajah 4.4 menunjukkan arka reflex dalam tindakan refleks.

P S
R
DiRaagjraahm45..22
Q
Diagram 5.3

Rajah 4.3

Rajah 4.4

(b) Perhatikan Rajah 4.3. Namakan struktur P,Q, R dan S. [4 markah]

(c) Berdasarkan Rajah 4.4, [2 markah]

(i) Adakah impuls perlu diangkut ke otak ?.
Jelaskan .

(ii) Huraikan bagaimana tindakan menarik jari dari sentuhan objek tajam dilakukan oleh lelaki itu
[4 markah]

(d) En Y sedang menjalani pemeriksaan oleh doktor.
En Y

Pada pendapat anda , mengapa anda fikir En Y menyepak doktor yang mengetuk tempurung lututnya?
[2 markah]

5. Rajah di bawah menunjukkan dua tindakan mata yang berbeza apabila terdedah kepada keamatan cahaya
yang berbeza.

Terangkan bagaimana sistem saraf terlibat dalam tindakan pupil terhadap rangsangan kepada cahaya
yang terang

[2 markah]

6. Seorang budak lelaki memijak duri ketika berlari di ladang, dia segera menarik kakinya. Lukis dan labelkan
arka refleks untuk menunjukkan jalan impuls yang terlibat dalam reaksi budak lelaki itu.
[4 markah]

AKSES BIO

Voluntary & involuntary Knee jerk
action

JAWAPAN
1. D
2. A
3. A

4(a) - Tindakan Refleks
- Terdapat Rangsangan/pin tajam/ penukul

(b) - P: Nukleus
- Q: Badan sel
- R: Akson
- S: Salut Myelin

4(c) (i) - Tidak
- kerana tindakan ini adalah berbahaya// memerlukan tindakan automatik

(ii) - Apabila jari tercucuk pin tajam, reseptor deria mengesan rangsangan dan mencetuskan impuls
saraf

- Impuls saraf dipindahkan di sepanjang neuron deria ke saraf tunjang
- Dalam saraf tunjang, impuls saraf dipindahkan dari neuron deria melalui sinaps ke neuron geganti
- Dari neuron geganti, impuls saraf dipindahkan ke neuron motor
- Neuron motor memindahkan impuls saraf dari saraf tunjang ke efektor (tisu otot)
- Otot biseps bergerakbalas dengan mengecut
- Jari dialihkan dengan cepat

4(d) - Tindakan terkawal
- Kerana En Y menyedari perbuatan doctor
- Untuk menunjukkan gerak balas terhadap rangsangan
- Untuk mengelakkan kecederaan serius kepada lututnya

5. - Dalam cahaya terang, reseptor akan mengesan rangsangan
- Reseptor mencetuskan impuls saraf dan menghantar ke neuron deria
- Neuron motor memindahkan impuls saraf ke neuron motor di saraf tunjang melalui sinaps
- Neuron motor memindahkan impuls saraf ini kepada efektor
- Saiz anak mata menjadi lebih kecil.

6.
Neuron deria

Neuron Geganti Neuron motor


Click to View FlipBook Version