MODUL PDP SPM PASCA PKP
NEGERI PERAK 2020
Biologi Tingkatan 4
12.5 Isu kesihatan berkaitan sistem saraf manusia
12.5 ISU KESIHATAN BERKAITAN SISTEM SARAF MANUSIA
12.5.1 Isu kesihatan berkaitan sistem saraf
12.5.2 Kesan penyalahgunaan dadah dan alkohol terhadap kordinasi dan gerakbalas
SKLEROSIS BERGANDA ALZHEIMER
• Tindakan sistem keimunan dalam • kehilangan ingatan dan kebolehan
badan yang menyerang salut mielin intelektual secara beransur-ansur di
dalam otak dan saraf tunjang kalangan warga tua dan boleh diwarisi.
• Menghalang penghantaran impuls • Punca : kemerosotan tisu otak dan
• Simptom : otot-otot menjadi lemah kekurangan neurotransmiter seperti
gangguan penglihatan & pendengaran, asetilkolina dalam otak.
kesukaran untuk mengawal • Simptom : Kehilangan ingatan atau nyanyuk
keseimbangan dan koordinasi badan , hilang kepintaran , keliru, lemah tumpuan
dan sensitif, pertimbangan dan kordinasi
PARKINSON terjejas dan hilang keupayaan untuk
• Kemerosotan sistem saraf iaitu bahagian bercakap, membaca, menulis, makan dan
berjalan
otak yang mengawal tindakan otot
• punca : LUMPUH OTAK (CEREBRAL PALSY)
• Kerosakan otak sebelum atau selepas
• pengurangan aras neurotransmiter
(dopamin) di dalam otak kelahiran atau sewaktu berusia 3-5 tahun
• Menyebabkan kegagalan otot dan
• pengerasan arteri serebrum.
• Simptom keupayaan motor untuk berfungsi dengan
baik
• anggota badan terketar-ketar • Punca :
• Sentakan dalam pergerakan • kurang oksigen dibekalkan ke otak
• Otot lemah, kaku dan kejang
• Hilang keseimbangan dan koordinasi sewaktu dalam kandungan atau
kelahiran
LOU GEHRIG/ AMYOTROPHIS LATERAL • Kandungan bilirubin yang tinggi
SCLEROSIS (ALS) • Jangkitan pada sistem saraf
• Simptom : sukar bergerak kerana otot
• Kemerosostan dan kematian neuron motor lemah dan kejang, sawan, kurang
yang mengawal pergerakan otot keupayaan bertutur, melihat dn
mendengar
• Simptom: sukar mengunyah, berjalan dan
bertutur
AUTISME ATTENTION DEFICIT HYPERACTIVITY
• Masalah berkaitan perkembangan saraf
DISORDER (ADHD)
dalam otak • Kegagalan fungsi otak
• Menghadapi masalah berinteraksi dan • Hyperaktif, tidak fokus dan mudah bosan
berkomunikasi
EPILEPSI (SAWAN)
• Masalah berkaitan aktiviti bahagian otak tertentu yang tidak normal yang mencetuskan
impuls yang luar biasa
• Simptom : Kekejangan otot, tidak sedarkan diri
DADAH ALKOHOL
Bahan kimia yang boleh mengubah fungsi badan Bahan kimia berbentuk cecair yang tidak
& kelakuan manusia berwarna dan mudah terbakar.
• Ia dikategorikan sebagai depressan
JENIS-JENIS DADAH
melambatkan fungsi sistem saraf
PERANGSANG @ STIMULAN • Memperlahankan penghantaran impuls
• Mengganggu kordinasi & keseimbangan
• Mempercepatkan aktiviti saraf
• Mempercepatkan rembesan badan serta gagal buat pertimbangan
• Kesan jangka masa panjang : kegagalan
neurotransmitter di sinaps
• Mempercepatkan pemindahan impuls fungsi hati dan otak kanser, sirosis hati
dan gangguan mental
ke otak
• Menyebabkan euforia & ketagihan PENYALAHGUNAAN
• Kebaikan : mempercepatkan proses DADAH & ALKOHOL
fisiologi badan seperti degupan Kedua-dua bahan diambil tanpa
jantung & pernafasan preskripsi doktor dan dalam dos
• Kesan jangka masa panjang : yang berlebihan dan menyebabkan
halusinasi dan kemurungan serta ketagihan
kegagalan organ
• Contoh : kokain, nikotina, amfetamin, FAKTOR – FAKTOR
kafein PENYALAHGUNAAN
PENENANG @ DEPRESSAN Faktor persekitaran :
• Mudah didapati
• Memperlahankan aktiviti saraf • Tidak mahal
• Memperlahankan atau menghalang
Faktor Sosial :
rembesan neurotransmitter di sinaps • Pengaruh rakan sebaya
• Memperlahankan atau menghalang • Latarbelakang keluarga
• Pengaruh idola atau orang-orang yang
pemindahan impuls ke otak
• Kebaikan : mengurangkan proses terkenal
• Budaya
fisiologi badan, mengendurkan otot,
melegakan kesakitan, kegelisahan dan Faktor Biologi :
menggalakkan tidur • Keturunan
• Kesan jangka masa panjang : hilang • Personaliti (contohnya: impulsif, mudah
fokus dan ingatan, kanser, kerosakan
otak dan hati, koma gelabah/terangsang)
• Contoh : Opiat, barbiturat, trankuilizer,
morfin dan heroin
HALUSINOGEN @ KHAYALAN
• mengubah pandangan visual dan
menyebabkan ilusi sehingga susah
membezakan yang benar dan tidak benar.
• LSD, DMT, PCP, meskalin dan psilosibin
DADAH NARKOTIK
• Mengganggu kordinasi dan pemkiran
• Melambatkan pemindahan impuls saraf
KESAN KETAGIHAN ALKOHOL
S: Benarkah ubat yang diberi oleh FAQ
doktor sebagai rawatan bagi sesuatu
penyakit adalah dadah?
J: Ya
S: Jika benar ubat adalah dadah,
adakah ia selamat digunakan?
J: Ya. Doktor menggunakan dadah
sebagai rawatan dalam kuantiti atau
dos yang selamat dan tidak
memberi kesan buruk kepada
pesakit.
S: Adakah ketum merupakan dadah?
Mengapa sesetengah negara melarang
penanaman ketum secara besar-
besaran?
J: Ketum tidak dikategorikan sebagai
dadah. Akan tetapi ekstrak daun
ketum adalah bahan psikoaktif yang
boleh memberi kesan ke atas sistem
saraf manusia sama seperti dadah
perangsang atau dadah penenang.
Kebanyakan negara mengkategorikan
ketum sebagai racun yang boleh
membahayakan kesihatan sekiranya
disalahgunakan.
S: Di negara beriklim 4 musim,
minuman beralkohol dihasilkan secara
besar-besaran dan merupakan
minuman rutin bagi penduduk di
sana. Mengapa?
J: Penduduk di negara 4 musim
mengambil minuman beralkohol
terutamanya pada musim sejuk dalam
kuantiti yang kecil untuk memanaskan
badan
LATIHAN PENGUKUHAN
1. Dadah merupakan bahan kimia yang mempengaruhi sistem X. Apakah sistem X?
A. Saraf
B. Neuron
C. Hormon
D. Propriseptor
2. Berdasarkan kepada kesan terhadap sistem saraf, dadah boleh dibahagikan kepada tiga
kumpulan utama. Apakah tiga kumpulan utama tersebut?
I. Rangsangan
II. Barbiturat
III. Penenang
IV. Halusinogen
A. I, II dan III sahaja
B. I, II dan IV sahaja
C. I, III dan IV sahaja
D. II, III dan IV sahaja
3. Aktifkan sistem saraf, menyebabkan kesan yang serupa seperti adrenalin, meningkatkan paras
glukosa dalam darah. Semua faktor ini disebabkan oleh
A. Opium
B. Heroin
C. Nicotin
D. Barbiturat
4. Yang manakah antara berikut merupakan maksud penyalahgunaan dadah?
A. Menggunakan dadah dengan preskripsi doktor untuk tujuan perubatan
B. Menyalahgunakan dadah dengan preskripsi doktor untuk tujuan perubatan
C. Menggunakan dadah dalam jumlah yang sedikit dengan preskripsi doktor untuk tujuan
perubatan
D. Menyalahgunakan dadah tanpa preskripsi doktor dan bukan untuk tujuan perubatan
5. Yang manakah antara berikut merupakan kesan penggunaan kanabis?
I. Melambatkan impuls saraf
II. Merosakkan koordinasi otot
III. Melambatkan reaksi terhadap rangsangan
IV. Menyebabkan pengguna mengantuk dan kurang cemas
A. I, II dan III sahaja
B. I, III dan IV sahaja
C. II, III dan IV sahaja
D. I, II, III dan IV
6. Yang manakah antara berikut benar tentang etanol?
I. Larut dalam air
II. Cecair jernih
III. Merupakan bahan dalam minuman beralkohol
IV. Dihasilkan daripada penapaian gula oleh yis
A. II dan III sahaja
B. I, II dan IV sahaja
C. II, III dan IV sahaja
D. I, II, III dan IV
7. Yang manakah antara berikut merupakan kesan apabila paras alkohol dalam darah mencecah
0.12%?
A.Pertuturan tidak sempurna
B.Kesukaran bernafas
C.Kurang peka
D.Meningkatkan kadar degupan jantung dan pernafasan
8. Yang manakah antara berikut merupakan risiko yang dihadapi terhadap bayi yang belum
dilahirkan sekiranya seorang ibu yang mengandung merupakan penagih minuman beralkohol?
I. Janin terencat
II. Kurang berat semasa dilahirkan
III. Perkembangan otak terjejas
A. I dan II sahaja
B. I dan III sahaja
C. II dan III sahaja
D. I, II dan III
9. Apakah yang akan terjadi kepada seseorang sekiranya paras alkohol dalam darah lebih daripada
0.40%?
A. Mati
B. Mabuk
C. Tidak sedar
D. Meningkatkan kadar degupan jantung dan pernafasan
10. Antara berikut, yang manakah merupakan penyakit akibat ketidak akuran sistem saraf yang
berlaku di kalangan warga emas?
A. Epilepsi
B. Parkinson
C. Diabetes mellitus
D. ADHD
11. Pilih pernyataan yang benar mengenai sklerosis berganda
A. Neuron dalam otak merosot
B. Penyakit autoimun
C. Pertumbuhan sel baru membentuk gumpalan dalam otak
D. Mempercepatkan penghantaran impuls
12. Maklumat menunjukkan tiga kumpulan utama dadah.
Perangsang
Penenang
Halusinogen
a. Berikan definisi dadah.
[1 markah]
b. Senaraikan dua jenis dadah daripada kumpulan perangsang.
[2 markah]
c. Senaraikan dua kesan penyalahgunaan dadah daripada kumpulan halusinogen terhadap
sistem saraf dan koordinasi badan.
[2 markah]
13. Doktor menyuntik sejenis dadah kepada seorang pesakit untuk mengurangkan rasa sakit.
Menggunakan maklumat dalam Rajah 7.3, terangkan bagaimana suntikan dadah itu dapat
mengurangkan kesakitan yang dirasai oleh pesakit tersebut.
[6 markah]
How do drugs Synapses and the
affect the brain? effects of drugs
Effects Of Alcohol On
The Brain
CADANGAN JAWAPAN
1. A
2. C
3. C
4. D
5. B
6. D
7. D
8. D
9. A
10. B
11. B
12. a. Bahan kimia yang boleh memberi kesan kepada sistem saraf
b. Nikotin, kokain
c. Merosakkan koordinasi otot, menyebabkan halusinasi
13. a. Jenis dadah yang disuntik adalah depressan atau penenang
b. Impuls yang membawa maklumat tentang sakit sampai di bonggol sinaps
c. Hanya sedikit sahaja neurotransmitter yang dirembeskan ke celahan sinaps
d. Dadah menghalang neurotransmitter dari merentasi celahan sinaps
e. Dengan cara terikat pada neurotransmitter / menguraikan neurotransmitter
f. Juga menghalang pengambilan semula neurotransmitter ke bonggol sinaps melalui
membran pra sinaps
g. Dadah terikat pada reseptor di membran pasca sinaps
h. Menyebabkan neurotransmitter dihhalang dari terikat kepada reseptor
i. Tiada impuls baru yang dicetuskan
j. Tiada impuls yang dihantar ke sistem saraf pusat untuk mentafsirkan rasa sakit