The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BIOT4 12.6B PENGLIBATAN SARAF DAN SISTEM ENDOKRIN (BM)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by abdullah zawawi, 2020-11-30 20:21:34

BIOT4 12.6B PENGLIBATAN SARAF DAN SISTEM ENDOKRIN (BM)

BIOT4 12.6B PENGLIBATAN SARAF DAN SISTEM ENDOKRIN (BM)

MODUL PDP SPM PASCA PKP

NEGERI PERAK 2020
Biologi Tingkatan 4

12.6b Penglibatan Sistem Saraf & Endokrin

BIOLOGI TINGKATAN 4
BAB 12: KOORDINASI DAN GERAK BALAS
12.6 Sistem Endokrin

12.6.4 Membincangkan penglibatan sistem saraf dan sistem endokrin dalam situasi cemas.
12.6.5 Membanding dan membezakan antara sistem saraf dengan sistem endokrin.
PENGLIBATAN KEDUA-DUA SISTEM SARAF DAN SISTEM ENDOKRIN DALAM SITUASI CEMAS.

 Ketika individu berada dalam situasi cemas atau ‘lawan atau lari’, sistem saraf dan endokrin
bekerja sama untuk memberikan tindak balas segera untuk mengatasi ancaman mendadak.

 Setelah mekanisme ini berjaya mengatasi bahaya, keadaan dalam tubuh akan kemabli
kepada julat yang normal.

Contoh: Terserempak dengan ular.
Apabila ternampak ular, reseptor deria mengesan rangsangan lalu mencetuskan impuls dan

dihantar ke otak (hipotalamus)

hipotalamus menghantar impuls saraf secara terus ke medula adrenal

Kelenjar adrenal dirangsang untuk merembeskan adrenalina ke dalam aliran darah

Hormon adrenalin
 Meningkatkan kadar denyutan jantung
 Meningkatkan tekanan darah dan pengaliran darah ke otot
 Kadar pernafasan menjadi lebih laju dan lebih dalam
 Merangsang pertukaran glikogen kepada glukosa
 Aras glukosa dalam darah meningkat

Jantung mengepam lebih banyak oksigen dan glukosa ke otak dan otot rangka kerana tenaga
tambahan diperlukan untuk membunuh ular (berlawan) atau lari dari ular dengan cepat(lari).

PERBANDINGAN DIANTARA SISTEM SARAF DAN SISTEM ENDOKRIN.

Terdiri Libatkan Terdiri
daripada saraf koordinasi dan daripada
kelenjar
Maklumat gerak balas Maklumat
dalam Sistem dalam
bentuk Memerlukan Endokrin bentuk
impuls Rangsangan Manusia hormon

Neuron Sistem Saraf Mempunyai Aliran darah
menghantar Manusia sel, tisu atau menghantar
maklumat organ sasaran maklumat

Kadar Melibatkan Kadar
tindakbalas hipothalamus tindakbalas

cepat perlahan

Berkesan Berkesan
untuk jangka untuk jangka
masa yang masa yang

singkat panjang

Kesan Kesan
gerakbalas gerakbalas
melibatkan melibatkan
organ sasaran kawasan badan
yang luas

FAQ Dinamakan untuk membolehkan individu
Mengapa mekanisme ini dipanggil melawan secara fizikal (fight)atau melarikan
diri (flight) ketika menghadapi bahaya. Ini
1. lawan(fight) atau lari(flight)? adalah tindak balas yang membantu anda
bertindak balas terhadap situasi berbahaya
2. Apakah yang menyebabkan situasi
‘lawan atau lari’ didalam diri individu Apabila tindak balas “lawan atau lari’ tidak
berterusan, sebagai contoh degupan normal. Mungkin ada beberapa sebab
jantung sentiasa laju? untuk ini:

 Ketidakseimbangan hormon
 Otak seperti kegelisahan
 Gangguan bipolar.

LATIHAN.

1 Seorang lelaki berlari dengan pantas apabila terdapat kecemasan.
Antara yang berikut, yang manakah berlaku dalam badannya?

I Kadar denyutan jantung meningkat
II Kadar metabolisme meningkat
III Suhu badan menurun
IV Aras glukosa darah meningkat

A I sahaja B III dan IV
C I, II dan IV D II, III dan IV

2. Maklumat berikut adalah mengenai satu gerak balas terhadap rangsangan.

Seorang budak lelaki berlari dengan pantas ketika dikejar oleh anjing yang garang.

Antara berikut, yang manakah berlaku dalam badan budak lelaki tersebut?
A Kadar metabolisma menurun
B Kadar pencernaan meningkat.
C Kepekatan glukosa darah meningkat
D Jumlah glucagon yang dirembeskan menurun

3. Banding dan bezakan di antara sistem saraf dan sistem endokrin. [3 markah]

4. Seorang murid perempuan mendapati dirinya diekori oleh sebuah van dan mengesyaki ada cubaan
untuk menculiknya. Dalam keadaan panik, murid tersebut dapat berlari pantas dan jauh dari van.
Terangkan ‘lawan dan lari ' dalam situasi ini.

[ 8 markah]

AKSES BIO

Flight or Fight

JAWAPAN

1. C

2. C

3.

Sistem Saraf Sistem endokrin

Persamaan

 Mempunyai tisu atau organ sasaran
 Menghasilkan gerak balas terhadap sesuatu rangsangan
 Berfungsi menyelaraskan segala aktiviti badan

Perbezaan

Terdiri daripada rangkaian berjutajuta sel Terdiri daripada kelenjar endokrin tanpa duktus
neuron
Tempoh kesan adalah singkat Tempoh kesan adalah lama
Utusan dihantar dalam bentuk impuls elektrik Utusan diangkut oleh bahan kimia organik iaitu
melalui neuron hormon melalui aliran darah
Gerak balas saraf adalah cepat dan serta-merta Gerak balas adalah perlahan dan berpanjangan
Kesan impuls menghasilkan gerak balas satu Kesan hormon menghasilkan gerak balas terhadap
organ beberapa organ

4.  Dalam situuasi cemas’lawan atau lari’ , impuls saraf dari reseptor di mata dihantar ke otak
 Hipotalamus menghantar impuls saraf secara langsung ke medula adrenal
 Untuk mengeluarkan adrenalin dan noradrenalin
 Adrenalin dihantar ke efektor iaitu pernafasan otot, otot rangka, hati dan jantung
 Otot pernafasan mengecut untuk meningkatkan kadar pernafasan
 Untuk mengangkut lebih banyak oksigen
 Adrenalin dihantar ke hati dan otot
 Untuk menukar lebih banyak glikogen menjadi glukosa dan
 Adrenalin dihantar ke otot jantung
 Untuk meningkatkan degupan jantung
 Jadi jantung akan mengepam lebih laju darah ke tisu badan
 Untuk menghantar lebih banyak oksigen dan glukosa
 Dan meningkatkan pernafasan sel untuk menghasilkan lebih banyak tenaga
 Ini kerana otak mesti sangat berwaspada dan bersedia untuk menggerakkan badan,
 Dan rangka otot memerlukan tenaga untuk melawan atau cepat melarikan diri.


Click to View FlipBook Version