MODUL PDP SPM PASCA PKP
NEGERI PERAK 2020
Biologi Tingkatan 4
10.2a : Sistem Peredaran Manusia
(Jantung dan Salur Darah)
BIOLOGI TINGKATAN 4
BAB 10 : PENGANGKUTAN DALAM MANUSIA DAN HAIWAN
10.2a SISTEM PEREDARAN MANUSIA ( JANTUNG DAN SALUR DARAH )
10.2.1 Memerihalkan komponen sistem peredaran manusia :
i. jantung
ii. salur darah
iii. darah
10.2.2 Membanding dan membezakan antara jenis salur darah:
i. arteri
ii. vena
iii. kapilari
10.2.3 Melabel struktur jantung manusia dan salur darah berkaitan:
i. aorta
ii. vena cava
iii. arteri pulmonari dan vena
pulmonari
iv. arteri koronari dan vena koronari
v. injap sabit
vi. injap bikuspid dan injap trikuspid
vii. septum
10.2.4 Memerihalkan fungsi bahagian jantung.
Komponen sistem peredaran manusia
Jantung Salur darah Darah
Berfungsi sebagai pam Terdiri daripada Sejenis tisu penghubung
berotot yang mengedarkan arteri yang terdiri daripada
darah ke seluruh badan. kapilari plasma, sel darah dan
vena platlet.
Darah bertindak sebagai
medium pengangkutan.
Struktur bahagian jantung dan fungsinya
vena kava
injap sabit aorta
atrium kanan
arteri pulmonari
arteri koronari
injap trikuspid vena pulmonari
atrium kiri
vena koronari
injap bikuspid
ventrikel kanan septum ventrikel kiri
Bahagian jantung Fungsi
Atrium kanan Untuk menerima darah terdeoksigen dari tisu badan melalui vena cava.
Atrium kiri
Ventrikel kanan Untuk menerima darah beroksgen dari peparu melalui vena pulmonari.
Untuk mengepam darah keluar daripada jantung ke peparu melalui arteri
pulmonari.
Ventrikel kiri Untuk mengepam darah keluar daripada jantung ke tisu badan melalui
aorta.
Arteri koronari Untuk mengangkut darah beroksigen untuk tisu jantung.
Vena koronari
Septum Untuk mengangkut darah terdeoksigen dari tisu jantung.
Untuk memisahkan bahagian jantung kiri daripada bahagian jantung
kanan dan memastikan darah beroksigen tidak bercampur dengan darah
terdeoksigen.
Aorta ( arteri darah utama ) Untuk mengangkut darah beroksigen dari jantung ke seluruh badan .
Vena kava ( vena utama ) Untuk mengangkut darah terdeoksigen dari tisu badan kembali ke
jantung.
Arteri pulmonari Untuk mengangkut darah terdeoksigen dari jantung ke peparu.
Vena pulmonari Untuk mengangkut darah beroksigen dari peparu ke jantung.
Injap trikuspid Untuk memastikan darah yang mengalir ke dalam ventrikel kanan tidak
( terletak di antara atrium mengalir semula ke atrium kanan. Injap ini terdiri daripada tiga cuping.
kanan dengan ventrikel
kanan)
Injap bikuspid Untuk memastikan darah yang telah mengalir ke dalam ventrikel kiri tidak
(terletak di antara atrium kiri mengalir semula ke atrium kiri. Injap ini terdiri daripada dua cuping.
dengan ventrikel kiri)
Injap sabit Untuk memastikan darah yang telah mengalir keluar dari jantung tidak
(terletak di pangkal arteri mengalir semula ke dalam ventrikel apabila ventrikel mengendur.
pulmonari dan di pangkal
aorta )
Dinding ventrikel kiri lebih tebal daripada dinding kanan kerana ventrikel kiri menjana
tekanan yang lebih besar untuk mengepam darah keluar dari aorta ke seluruh badan
manakala ventrikel kanan hanya mengepam darah ke peparu sahaja.
Jenis-jenis salur darah
arteri endotelium endotelium vena
otot licin otot licin
tisu tisu
penghubung penghubung
arteriol venul
sel endotelium
kapilari darah
Hubungan antara arteri, kapilari dan vena dara
Arteri ialah salur darah yang mengangkut darah keluar dari jantung.
Aorta ialah arteri utama yang mengangkut darah keluar dari jantung.
Arteri bercabang menjadi salur kecil yang disebut arteriol apabila sampai ke tisu badan.
Arteriol terus bercabang dan berakhir dengan kapilari. Himpunan kapilari disebut jaringan
kapilari.
Kapilari-kapilari bercantum semula membentuk salur yang lebih besar iaitu venul.
Venul-venul bercantum membentuk vena yang membawa darah kembali ke jantung.
Vena kava ialah vena utama yang membawa darah terdeoksigen kembali ke jantung.
Perbezaan antara arteri, kapilari darah dan vena
Ciri Arteri Kapilari darah Vena
Fungsi Mengangkut darah beroksigen Kapilari darah membenarkan Mengangkut darah
terdeoksigen dari tisu
dari jantung ke seluruh pertukaran gas, nutrien, badan dan kembali ke
jantung kecuali vena
bahagian badan kecuali arteri bahan buangan dan hormon pulmonari
pulmonari berlaku antara darah dan sel.
Dinding Dinding tebal, lebih berotot Dinding setebal satu sel, tidak Dinding nipis, kurang
dan lebih kenyal berotot dan kurang kenyal
berotot dan tidak kenyal
gentian dinding setebal satu sel
lkuemneynal
lumen
dinding lumen dinding
Saiz Kecil Sangat kecil Besar
lumen
Mempunyai injap untuk
Injap Tiada injap kecuali injap Tiada mengekalkan aliran darah
sabit di pangkal aorta dan sehala
di pangkal arteri pulmonari Sangat rendah
Tekanan Tinggi Rendah Dari seluruh badan ke
darah jantung
Arah Dari jantung ke seluruh badan Dari arteri ke vena Sederhana
aliran
darah
Halaju Laju Perlahan
aliran
darah
FAQ
1. Apakah fungsi septum ?
Dinding berotot yang memisahkan bahagian jantung kiri daripada bahagian jantung kanan dan
memastikan darah beroksigen tidak bercampur dengan darah terdeoksigen.
2. Mengapakah ventrikel kanan lebih nipis?
Ventrikel kanan hanya mengepam darah terdeoksigen ke peparu sahaja
3. Di manakah terletak injap biskuspid dan injap trikuspid ?
Injap bikuspid terletak antara atrium kiri dan ventrikel kiri manakala injap trikuspid terletak antara
atrium kanan dan ventrikel kanan
4. Apakah fungsi injap?
Memastikan pengaliran darah satu hala sahaja
5. Apakah struktur yang mengawal pembukaan dan penutupan injap?
Kordae tendinae
6. Apakah fungsi kapilari?
Menghubungkan arteriol dan venul. Tempat pertukaran gas, nutrien, bahan buangan dan hormon
antara sel dan darah.
7. Apakah lumen?
Rongga dalam salur darah
8. Apakah perbezaan atrium kiri dan atrium kanan?
Atrium kiri menerima darah beroksigen dari peparu melalui vena pulmonari manakala atrium kanan
menerima darah terdeoksigen dari tisu badan melalui vena cava.
9. Apakah fungsi arteri koronari?
Mengangkut darah beroksigen untuk tisu jantung.
LATIHAN PENGUKUHAN
1. Antara berikut, bahagian manakah pada jantung manusia yang menerima darah daripada seluruh
bahagian badan?
A. Ventrikel kiri
B. Ventrikel kanan
C. Atrium kiri
D. Atrium kanan
2. Rajah di bawah menunjukkan keratan memanjang jantung manusia
Apakah U?
A. Aorta
B. Vena kava
C. Arteri pulmonari
D. Vena pulmonari
3. Apakah fungsi injap dalam vena?
A. Mengekalkan kelajuan aliran darah
B. Menghentikan aliran darah semasa kita berehat
C. Menghalang darah daripada mengalir semula ke belakang
D. Meningkatkan tekanan darah
4. Rajah di bawah menunjukkan dua jenis salur darah.
Yang manakah merupakan perbandingan antara saluran darah yang betul?
X Y
A. Terletak jauh dalam badan Terletak berhampiran permukaan kulit
B. Mengangkut darah beroksigen Mengangkut darah terdeoksigen
C. Mengangkut darah pada tekanan rendah Mengangkut darah pada tekanan tinggi
D. Tiada injap Ada injap
5. Rajah di bawah menunjukkan keratan memanjang jantung manusia.
Pernyataan manakah yang betul?
A. Darah beroksigen daripada P mengalir ke S.
B. Darah daripada paru-paru mengalir ke R.
C. Darah daripada tisu badan mengalir ke P.
D. Darah dipam dengan tekanan tertinggi pada Q.
6. Rajah di bawah menunjukkan pandangan hadapan jantung pada keratan memanjang.
A. Menghalang pengaliran semula darah ke dalam atrium apabila ventrikel mengecut.
B. Menghalang pengaliran semula darah ke dalam ventrikel apabila atrium mengecut
C. Menghalang pengaliran semula darah ke dalam aorta apabila ventrikel mengecut.
D. Menghalang pengaliran semula darah dalam atrium bila atrium mengecut
7. Rajah di bawah menunjukkan keratan rentas bagi tiga jenis salur darah.
X Y Z
A. Arteri Kapilari Vena
B. Kapilari Vena Arteri
C. Vena Kapilari Arteri
D. Vena Arteri Kapilari
8. Rajah di bawah menunjukkan jantung manusia.
Pilih aturan aliran darah dalam jantung manusia yang betul.
A. 2 3 1 67 8 54
46
B. 2 31 17 785
62
C. 4 3 2 68 5
D. 5 8 7 314
9. Rajah di bawah menunjukkan graf bagi tekanan darah dalam salur darah yang berbeza.
Tekanan darah
Salur darah
Apakah salur darah yang diwakili oleh Q?
A. Arteriol
B. Kapilari
C. Venul
D. Vena
10. Rajah di bawah menunjukkan satu salur darah. [1 markah]
[2 markah ]
(a)(i) Namakan salur darah tersebut. [1 markah ]
(ii) Berikan dua sebab bagi jawapan pada di a(i)
[5 markah]
(b) Apakah fungsi salur darah ini?
11. Berikan perbezaan antara arteri dan vena
.
BIO AKSES
Jantung Pembedahan jantung Salur darah
CADANGAN JAWAPAN
1. D
2. D
3. C
4. C
5. A
6. B
7. C
8. B
9. A
10. (a)(i) Kapilari
(ii) - Dinding nipis yang setebal satu sel
- Dinding tidak berotot dan tidak kenyal
(b) Membenarkan pertukaran gas, nutrien, bahan buangan dan hormon berlaku antara darah
dan sel .
11. . - Arteri mempunyai dinding lebih tebal, lebih berotot dan lebih kenyal manakala vena
mempunyai dinding nipis, kurang berotot dan kurang kenyal
- Saiz lumen arteri kecil manakalan saiz lumen vena besar.
- Arteri tiada injap kecuali injap sabit di pangkal aorta dan di pangkal arteri pulmonari
manakala vena mempunyai injap untuk mengekalkan aliran darah sehala.
- Tekanan darah pada arteri adalah tinggi manakala tekanan darah pada vena adalah rendah.
- Arah aliran darah bagi arteri adalah dari jantung ke seluruh badan manakala arah aliran darah
bagi vena adalah dari seluruh badan ke jantung.
- Halaju aliran darah bagi arteri adalah laju manakala halaju aliran darah bagi vena adalah
sederhana
SELAMAT BELAJAR