The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BIOT4 10.2B _ 10.5 SISTEM PEREDARAN DARAH ( DARAH ) _ KUMPULAN DARAH MANUSIA (BM)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by abdullah zawawi, 2020-11-23 18:25:40

BIOT4 10.2B _ 10.5 SISTEM PEREDARAN DARAH ( DARAH ) _ KUMPULAN DARAH MANUSIA (BM)

BIOT4 10.2B _ 10.5 SISTEM PEREDARAN DARAH ( DARAH ) _ KUMPULAN DARAH MANUSIA (BM)

MODUL PDP SPM PASCA PKP

NEGERI PERAK 2020
Biologi Tingkatan 4

10.2b : Sistem Peredaran Manusia

( Komposisi Darah )

10.5 : Kumpulan Darah

BIOLOGI TINGKATAN 4

BAB 10 : PENGANGKUTAN DALAM MANUSIA DAN HAIWAN

10.2b SISTEM PEREDARAN MANUSIA ( KOMPOSISI DARAH )

10.2.2 Menerangkan komposisi darah :
i. plasma
ii. sel darah

10.5 KUMPULAN DARAH MANUSIA

10.5.1 Memerihalkan kumpulan darah ABO
10.5.2 Menghubung kait kumpulan darah ABO dengan pendermaan darah
10.5.3 Memerihalkan faktor Rhesus
10.5.4 Menaakul faktor Rhesus yang tidak sepadan terhadap kehamilan

Komposisi darah

55% Plasma 45% Komponen sel

Sel darah merah Sel darah putih Platlet
( Eritrosit ) ( Leukosit ) ( Trombosit)

Komponen plasma Fungsi utama
Air ( 90% )
 Medium pengangkutan.
Protein plasma  Pelarut bagi gas respirasi, ion, hasil pencernaan dan bahan perkumuhan.
• Fibrinogen - berfungsi dalam pembekuan darah
Bahan terlarut – • Albumin - mengawal tekanan osmosis darah
nutrien seperti glukosa, • Globulin - sejenis antibodi yang terlibat dalam pertahanan badan
bahan buangan seperti • Nutrien penting untuk tenaga, pertumbuhan dan pengekalan kesihatan.
urea, serta gas respirasi • Bahan buangan ialah bahan toksik yang perlu disingkirkan daripada badan.
Hormon dan enzim • Gas oksigen diperlukan dalam respirasi sel.

 Hormon mengawal aktiviti fisiologi dalam badan.
 Enzim pula terlibat dalam proses metabolisme sel.

ERITROSIT ( SEL DARAH MERAH)

CIRI

eritrosit  Mempunyai membran plasma yang kenyal
 Bentuk cakera dwicekung membolehkan JLP/I yang
2µm
besar bagi pertukaran gas respirasi berlaku dengan
7.5µm cekap
m  Tiada nukleus pada peringkat matang supaya
lebih banyak hemoglobin dapat dimuatkan di
dalamnyA
 Dihasilkan dalam sumsum tulang seperti sternum
dan tulang rusuk
 Tempoh hayat lebih kurang 120 hari
 Dimusnahkan dalam hati atau limpa melalui proses
fagositosis
 Diameter bagi eritrosit ialah lebih kurang 7.5µm.
 Bilangan sel dalam 1mm3 ialah 5 juta/mm3

Pandangan atas Pandangan sisi

FUhNadGaSpI

an Setiap eritrosit mengandungi hemoglobin iaitu pigmen merah yang menyebabkan darah
berwarna merah.

 Hemoglobin mengandungi kumpulan hem. Kumpulan hem mengandungi atom ferum yang
merupakan tapak penggabungan oksigen.

• Hemoglobin berpadu dengan oksigen untuk membentuk oksihemoglobin dalam keadaan
tekanan separa oksigen yang tinggi.

 Oksihemoglobin akan membebaskan oksigen di tisu atau sel apabila tekanan separa oksigen
adalah rendah.

polipeptida ferum
oksigen

haemoglobin

PLATLET

Platlet CIRI

 Terhasil daripada serpihan
sitoplasma sel yang berasal
daripada sumsum.tulang.

 Tidak mempunyai nukleus
 Tempoh hayat lebih kurang

satu minggu.
 Diameter bagi platlet ialah

lebih kurang 2 - 3µm.

FUNGSI
 Terlibat dalam proses

pembekuan darah

Leukosit LEUKOSIT ( SEL DARAH PUTIH )

CIRI DAN FUNGSI

 Bentuk tidak tetap dan berubah-ubah
 Mempunyai nukleus
 Tidak mempunyai hemoglobin
 Dihasilkan dalam sumsum tulang
 Tempoh hayat kurang daripada lima hari
 Leukosit boleh meresap keluar liang kapilari

dan melawan patogen dalam bendalir tisu.
 Terbahagi kepada dua jenis iaitu granulosit

(bergranul) dan agranulosit (tidak bergranul).
 Granulosit termasuk neutrofil, eosinofil dan

basofil.
 Agranulosit termasuk limfosit dan monosit.
 Diameter bagi leukosit ialah lebih kurang

10-15 µm.
 Bilangan sel dalam 1mm3 ialah

6000 - 10000/mm3

Neutrofil GRANULOSIT ( BERGRANUL ) Basofil

Eosinofil

 Nukleus terdiri daripada  Nukleus terdiri daripada  Bilangan basofil paling
dua hingga lima cuping dua cuping rendah dalam darah

 Menelan sel bakteria dan sel  Membebaskan enzim yang  Mengandungi heparin yang
atau tisu yang mati akibat luka melawan keradangan dan mencegah pembekuan darah
secara fagositosis tindak balas alergi

AGRANULOSIT (TIDAK BERGRANUL)

Limfosit Monosit

 Mempunyai nukleus yang sangat besar  Leukosit yang paling besar
dengan sitoplasma yang sedikit  Nukleus berbentuk bujur
 Menelan bakteria serta sel atau tisu mati secara
 Menghasilkan antibodi untuk memusnahkan
bakteria dan virus yang memasuki badan fagositosis

 Menghasilkan juga antitoksin terhadap toksin
yang dihasilkan oleh bakteria atau virus

Rajah
menggambarkan
keseluruhan sel
darah putih

KUMPULAN DARAH ABO

 Darah manusia dikelaskan kepada kumpulan A, B, AB dan O.
 Pendermaan dan penerimaan darah adalah berdasarkan kesesuaian kumpulan darah

penderma dan penerima.
 Ini adalah kerana penerima mempunyai antibodi dalam plasma darah yang boleh bertindak

terhadap antigen pada sel darah merah seorang penderma.
 Pemindahan darah daripada seorang penderma kepada seorang penerima perlu mengambil kira

jenis kumpulan darah penderma dan penerima
 Jika darah kedua-dua penderma dan penerima tidak sepadan, maka sel darah merah penerima

akan mengalami pengaglutinan (penggumpalan). Keadaan ini boleh membawa maut.
 Antigen adalah sejenis protein yang terdapat permukaan sel darah merah . Antigen ini

merupakan pengenalan kepada jenis kumpulan darah. Sebagai contoh, kumpulan darah A
bermaksud sel darah merahnya mempunyai antigen A.
 Dalam plasma darah pula, terdapat antibodi yang berlawanan dengan antigen ini. Sebagai
contoh sekiranya antigen A terdapat pada sel darah merah maka dalam plasma darah ada
antibodi B.

Jadual menunjukkan antigen dan antibodi dalam kumpulan darah

Kumpulan Antigen pada sel darah merah Antibodi dalam plasma
darah darah
Antigen A
A Antigen B Anti-B
B Antigen A dan Antigen B Anti-A
AB
O Tiada Tiada
Anti-A dan Anti-B

Jadual menunjukkan kesesuaian kumpulan darah penderma
dengan penerima

Kumpulan Boleh menderma kepada Boleh menerima daripada
darah kumpulan darah kumpulan darah
A
A dan AB sahaja A dan O sahaja
B
B dan AB sahaja B dan O sahaja
AB
AB sahaja A, B, AB dan O
O
A, B, AB dan O O sahaja

 Kumpulan darah AB dikenali sebagai penerima universal kerana ia boleh menerima darah
dari semua kumpulan darah tetapi hanya boleh menderma kepada kumpulan darah AB
sahaja.

 Kumpulan darah O dikenali sebagai penderma universal kerana ia boleh menderma
darah kepada semua kumpulan darah tetapi hanya boleh menerima dari kumpulan
darah O sahaja.

Faktor Rhesus

 Sejenis antigen lain yang terdapat pada permukaan sel darah merah dikenali faktor Rhesus
(faktor Rh).

 Sel darah merah individu yang mengandungi faktor Rh atau antigen D dikenali sebagai
Rh-positif.

 Individu yang tidak mempunyai faktor Rh atau antigen D dikenali sebagai Rh-negatif.
 Sekiranya darah Rh-positif penderma bercampur dengan darah penerima yang Rh-negatif, darah

penerima akan bertindak balas dengan menghasilkan antibodi Rhesus atau antibodi anti-D.
 Apabila penerima menerima satu lagi dos darah Rh-positif, antibodi Rhesusnya akan

menyebabkan pengaglutinan sel darah penderma.
 Keadaan ini boleh membawa maut kepada penerima tersebut.

Faktor Rhesus yang tidak sepadan terhadap kehamilan

 Masalah akan timbul apabila seseorang ibu Rh-negatif berkahwin dengan seorang ayah Rh-
positif dan mengandung fetus Rh-positif.

 Dalam bulan terakhir kehamilan, serpihan sel darah fetus yang mengandungi antigen D
merentasi plasenta dan masuk ke dalam sistem peredaran darah ibu.

 Akibatnya, sel darah putih dalam darah ibu bertindak balas dengan menghasilkan antibodi anti-
D yang kemudiannya mengalir kembali melalui plasenta ke dalam sistem peredaran darah fetus.

 Antibodi anti-D boleh memusnahkan sel darah merah bayi yang Rh-positif sebelum atau sejurus
selepas kelahiran.

 Namun begitu, kepekatan antibodi yang terhasil tidak mencukupi untuk memberi kesan kepada
anak pertama. Akan tetapi, antibodi anti-D akan berkekalan dalam sistem peredaran darah ibu.

 Masalah timbul jika anak kedua juga merupakan Rh-positif. Antibodi anti-D yang telah sedia ada
dalam darah ibu akan merentasi plasenta dan memusnahkan sel darah merah fetus tersebut.

 Gejala penyakit ini dikenali sebagai erythroblastosis fetalis. Fetus yang kedua akan mati jika
tidak diganti dengan darah Rh-negatif melalui proses pemindahan darah.

 Dalam keadaan yang tidak serius, bayi mungkin menghidap anemia dan kecacatan akal.
 Walau bagaimanapun, kini, masalah tersebut boleh diatasi dengan merawat ibu berkenaan

dengan globulin anti-Rhesus selepas kehamilan pertama untuk menghentikan pembentukan
antibodi anti-D.

Mengandung pada kali pertama dengan fetus Rh-positif

1 Sel darah merah yang Ibu Rh-negatif
mengandungi

Rh-positif memasuki
peredaran darah ibu

Fetus Rh-positif

Antibodi anti-D
2

dihasilkan

Mengandung pada kali kedua dengan fetus Rh-positif

Antibodi anti-D yang telah ibu Rh-negatif
4 sedia ada dalam darah ibu

akan merentasi plasenta dan
memusnahkan sel darah
merah fetus tersebut yang
dikenali sebagai
erythroblastosis fetalis.

fetus Rh-positif

Antibodi anti-D akan
3 berkekalan dalam

sistem peredaran
darah ibu.

Mengandung kali pertama dengan fetus Rh-positif
dan rawatan dengan globulin anti-Rhesus

Sel darah merah yang ibu Rh-negatif
2 mengandungi
Ibu disuntik dengan
Rh-positif memasuki 1 globulin anti-Rhesus
peredaran darah ibu
semasa mengandung

fetus Rh-positif Penghasilan
3 antibodi anti-D

dihentikan

FAQ

1. Apakah plasma darah?
Cecair yang berwarna kuning pucat dan mengandungi pelbagai bahan terlarut di dalamnya

2. Apakah hemoglobin?
Pigmen merah yang menyebabkan darah berwarna merah. Terdiri daripada empat rantai polipeptida.
Setiap satu mengelilingi satu kumpulan hem.

3. Apakah kumpulan hem?
Mengandungi atom ferum dan merupakan tapak bagi bergabung dengan oksigen

4. Apakah perbezaan antara granulosit dan agranulosit?
Granulosit mempunyai sitoplasma bergranul manakala agranulosit mempunyai sitoplasma tidak
bergranul

5. Apakah nama lain bagi platlet?
Trombosit

6. Apakah serum?
Plasma darah yang tidak mempunyai plasma protein fibrinogen

7. Apakah antigen?
Molekul protein yang terdapat permukaan sel darah merah .

8. Apakah antibodi?
Protein yang dirembeskan oleh limfosit ke dalam plasma darah yang bertindak terhadap antigen.

9. Apakah faktor Rhesus?
Sejenis antigen lain yang terdapat pada permukaan sel darah merah

LATIHAN PENGUKUHAN

1. Antara berikut, yang manakah merupakan komponen cecair dalam darah?
A. Platlet
B. Plasma
C. Nutrien
D. Leukosit

2. Rajah di bawah menunjukkan dua lapisan darah dalam suatu tabung uji.

Yang manakah antara berikut adalah benar mengenai bahagian Y?
A. Y adalah plasma
B. Y adalah bahagian cecair dalam darah
C. Y mengandungi nutrien, air,hormon dan plasma protein
D. Y mengandungi sel darah merah, sel darah putih dan platlet

3. Rajah di bawah menunjukkan sejenis sel darah manusia.

Yang manakah antara berikut adalah benar mengenai sel itu?
A. Ia mengandungi hemoglobin.
B. Ia mempunyai kitar hidup selama 90 hari.
C. Terdapat kira-kira 7000 sel dalam setiap 1 mm3 darah
D. Mengandungi nukleus.

4. Yang manakah antara sel darah putih berikut menghasilkan antibodi?

A. Basofil
B. Neutrofil
C. Limfosit
D. Monosit

5. Apakah fungsi plasma?

A. Untuk mengekalkan keseimbangan osmotik darah
B. Untuk mengangkut oksigen secara berkesan
C. Untuk menghasilkan antibodi
D. Untuk mengeluarkan pengaktif prothrombin

6. Sel darah manakah yang dipadankan dengan betul bersama penerangannya?

Sel darah Penerangan
A. Monosit Merupakan granulosit yang memusnahkan patogen melalui fagositosis
B. Platlet Tiada nukleus dan terlibat dengan pembekuan darah
C. Neutrofil Dihasilkan dalam sum-sum tulang dan menghasilkan antibodi untuk
memusnahkan patogen
D. Leukosit Cakera dwicekung bagi memudahkannya bergerak dalam saluran darah

7. Kamilmempunyai kumpulan darah AB. Antara kumpulan darah yang berikut, manakah boleh menjadi
penerima darah Kamil?

A. Kumpulan darah A dan AB sahaja
B. Kumpulan darah B dan AB sahaja
C. Kumpulan darah AB sahaja
D. Kumpulan darah A, B, AB dan O

8. Satu pasangan suami isteri mempunyai faktor rhesus (Rh) yang berbeza. Anak pertama adalah Rh+.
Semasa kehamilan kedua, keguguran berlaku. Apakah faktor rhesus bagi ibu bapa dan fetus yang
tergugur?

Bapa Ibu Fetus yang tergugur
A. Rh-negatif Rh-positif Rh-negatif
B. Rh-negatif Rh-positif Rh-positif
C. Rh-positif Rh-negatif Rh-negatif
D. Rh-positif Rh-negatif Rh-positif

9 . Ujian telah dijalankan untuk menentukan kumpulan darah empat penderma, K, L, M dan N.
Jadual di bawah menunjukkan ringkasan keputusan ujian.

Penderma Anti-A Anti-B Kekunci
K : Penaglutinan berlaku
L
M Tiada penaglutinan
N

Antara penderma yang berikut, manakah dipadankan betul dengan penebreirmlaak?u

Penderma Kumpulan darah penerima
A. K A dan B sahaja
B. L A dan O sahaja
C. M
D. N A, B dan AB sahaja
AB sahaja

11. Rajah di bawah menunjukkan tiga jenis leukosit.

PQ R

(a)(i) Namakan leukosit P, Q dan R . [3 markah]
(ii) Nyatakan satu fungsi bagi setiap leukosit P,Q dan R. [3 markah]

(b) Proses di atas dikenali sebagai______________ dan dijalankan oleh leukosit ____________
dan _________________.
[3 markah]

11. Nyatakan kandungan plasma darah dan fungsi-fungsinya. [6 markah]

BIO AKSES

Fagositosis Komponel sel darah Kumpulan darah

CADANGAN JAWAPAN

1. B
2. D
3. A
4. C
5. A
6. B
7. C
8. D
9. D
10. (a)(i) P: Eosinofil

Q: Neutrofil
R: Monosit
(a)(ii) P: Terlibat dalam tindak balas alergi
Q: Menelan sel bakteria secara fagositosis
R: Menelan bakteria serta sel atau tisu mati secara fagositosis
(b) Fagositosis, neutrofil, monosit

11. a. Air
-medium pengangkutan
-pelarut bagi gas respirasi, ion, hasil pencernaan dan bahan perkumuhan

b. Protein plasma
-Fibrinogen berfungsi dalam pembekuan darah
-Albumin berfungsi untuk mengawal tekanan osmosis darah
- Globulin sejenis antibodi yang terlibat dalam pertahanan badan.

c. Bahan terlarut –nutrien seperti glukosa, bahan buangan seperti urea, serta gas respirasi
-Nutrien penting untuk tenaga, pertumbuhan dan pengekalan kesihatan.
-Bahan buangan ialah bahan toksik yang perlu disingkirkan daripada badan.
-Gas oksigen diperlukan dalam respirasi sel.

d. Hormon dan enzim
-Hormon mengawal aktiviti fisiologi dalam badan.
-Enzim pula terlibat dalam proses metabolisme sel.

SELAMAT BELAJAR


Click to View FlipBook Version