The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BIOT4 10.4 MEKANISME PEMBEKUAN DARAH (BM)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by abdullah zawawi, 2020-11-23 18:29:29

BIOT4 10.4 MEKANISME PEMBEKUAN DARAH (BM)

BIOT4 10.4 MEKANISME PEMBEKUAN DARAH (BM)

MODUL PDP SPM PASCA PKP

NEGERI PERAK 2020
Biologi Tingkatan 4

10.4 : Mekanisme Pembekuan Darah

BIOLOGI TINGKATAN 4

BAB 10 : PENGANGKUTAN DALAM MANUSIA DAN HAIWAN

10.4 MEKANISME PEMBEKUAN DARAH

10.4.1 Mewajarkan keperluan mekanisme pembekuan darah
10.4.2 Memerihalkan mekanisme pembekuan darah
10.4.3 Memerihalkan isu kesihatan yang berkaitan dengan pembekuan darah:

i. trombosis
ii. embolisme
iii. hemofilia

Keperluan mekanisme pembekuan darah

 Menghentikan atau meminimumkan kehilangan darah pada bahagian salur darah yang terluka.
 Mencegah kemasukan mikroorganisma seperti bakteria ke dalam darah melalui salur darah

yang rosak.
 Tekanan darah juga dapat dikekalkan kerana kehilangan darah yang terlalu banyak boleh

menurunkan tekanan darah ke paras yang berbahaya.
 Membolehkan luka sembuh.
 Mengekalkan peredaran darah dalam sistem peredaran darah tertutup.

Mekanisme pembekuan darah

Salur darah tercedera Merangsang Penggumpalan platlet berlaku

Dihasilkan di hati Menukarkan Platlet merembes
dengan bantuan Trombokinase
vitamin K
Ion kalsium Trombin
Protrombin ( protein plasma aktif )
( protein plasma tidak aktif )
Memangkin penukaran
Darah beku akan menjadi keras
apabila terdedah kepada udara dan Fibrinogen Fibrin
membentuk keruping. Luka akan ( larut ) ( tidak larut )
sembuh di bawah keruping tersebut
Memerangkap sel darah merah

 Apabila salur darah tercedera, platlet yang tergumpal, sel yang rosak dan faktor pembeku
dalam plasma darah membentuk bahan pengaktif iaitu trombokinase.

 Trombokinase, dengan bantuan ion kalsium dan vitamin K, menukarkan protrombin kepada
trombin. Protrombin adalah protein plasma tidak aktif manakala trombin pula ialah plasma
protein yang aktif yang bertindak sebagai enzim.

 Trombin pula memangkinkan pertukaran protein terlarut, fibrinogen kepada fibrin yang tidak
larut

 Fibrin ialah sejenis gentian protein berupa bebenang yang membentuk jaringan pada
permukaan luka untuk menjerat eritrosit dan menutup luka bagi menghalang kehilangan darah..

 Darah beku akan menjadi keras apabila terdedah kepada udara dan membentuk keruping.

Isu kesihatan yang berkaitan dengan pembekuan darah

Hemofilia  Penyakit yang menghalang darah membeku.
Trombosis  Penyakit keturunan yang disebabkan oleh kekurangan faktor
Embolisme
pembeku tertentu dalam darah.
 Pendarahan secara berlebihan akibat luka kecil atau lebam

boleh menyebabkan kematian.

 Pembentukan darah beku yang dikenali sebagai trombus.
 Trombosis berlaku akibat kerosakan dalam salur darah atau

pengaliran darah terlalu perlahan sehingga menyebabkan
faktor pembeku terkumpul.

 Apabila darah beku diangkut oleh aliran darah, darah beku ini
dikenali sebagai embolus.

 Embolus boleh tersekat di dalam salur darah yang terlalu kecil
dan menyebabkan aliran darah akan terhenti.

 Sekiranya embolus menyekat aliran darah ke arteri koronari ,
ia akan menyebabkan serangan jantung.

 Sekiranya embolus menyekat aliran darah ke otak , ia akan
menyebabkan strok.

FAQ

1. Apakah nama lain bagi trombokinase?
Tromboplastin

2. Apakah fungsi vitamin K dalam mekanisme pembekuan darah?
Vitamin K membantu menghasilkan protrombin di hati

3. Apakah sel darah yang terlibat mekanisme pembekuan darah?
Platlet

4. Apakah keruping?
Darah beku akan menjadi keras apabila terdedah kepada udara.

5. Adakah hemofilia penyakit keturunan?
Ya

6. Apakah perbezaan antara trombus dan embolus?
Trombus adalah pembentukan darah beku dalam salur darah ynag tidak tercedera manakala embolus
adalah thrombus yang tertanggal dan bergerak mengikut aliran darah.

7. Apakah maksud thrombosis koronari?
Darah membeku dalam arteri koronari.

8. Penyakit hemofilia adalah penyakit yang disebabkan oleh kekurangan salah satu faktor membeku.
Apakah nama faktor pembeku tersebut?
Faktor VIII

LATIHAN PENGUKUHAN

1. Rajah di bawah menunjukkan mekanisma pembekuan darah.

Tisu darah Platlet

G F H
I J
Apakah fungsi F?

A. Menukarkan fibrinogen kepada fibrin.
B. Menukarkan fibrin kepada fibrinogen.
C. Menukarkan protrombin kepada trombin.
D. Menukarkan trombin kepada protrombin.

2. Apakah komponen sel yang diperlukan dalam mekanisma pembekuan darah?

A. Eritrosit
B. Leukosit
C. Platlet
D. Plasma darah

3. Antara bahan –bahan berikut yang manakah menyebabkan fibrinogen ditukar kepada fibrin?

A. Vitamin K
B. Trombin
C. Ion kalsium
D. Trombokinase

4. Darah beku dalam salur darah yang bergerak bersama aliran darah dikenali sebagai

A. plak
B. thrombus
C. embolus
D. trombosis

5. Seorang pekebun mengalami pendarahan tidak berhenti setelah kakinya tercedera semasa
berkebun. Apakah akan terjadi jika darahnya tidak dapat membeku?

A. Tekanan darah menurun
B. Kapilari darah membesar
C. Kadar denyutan jantung meningkat
D. Kadar respirasi meningkat

6. Seorang budak perempuan telah terluka jarinya dengan tidak sengaja. Darah membeku dengan
perlahan. Apakah yang menyebabkan darah membeku dengan perlahan?

A. Kurang penghasilan heparin dalam badan
B. Kekurangan vitamin K dalam makanannya
C. Kandungan darah dalam badannya berkurang
D. Darah mengalir dengan tekanan tinggi pada luka tersebut

7. Rajah di bawah menunjukkan keadaan berkaitan dengan pembekuan darah yang boleh
menyebabkan serangan jantung atau strok.

darah beku dinding arteri

Keadaan ini disebut sebagai kolestrol

A. atherosklerosis
B. hemofilia
C. anemia
D. trombosis

8. Rajah di bawah menunjukkan mekanisme pembekuan darah dalam manusia.
Salur darah luka

Platlet berkumpul di kawasan luka

S
P

Protrombin Q
T

R Fibrinogen

(a) Namakan bahagian yang berlabel P,Q,R,S dan T. [ 5 markah ]
(b) Nyatakan kepentingan S dan T. [ 2 markah ]
(c) Tuliskan persamaan perkataan bagi tindakbalas dua jenis enzim dalam
[ 2 markah ]
proses pembekuan darah. [ 1 markah ]
(d) Apakah perbezaan antara fibrinogen dan R?
[ 5 markah ]
9. Nyatakan kepentingan mekanisme pembekuan darah

BIO AKSES

Pembekuan darah Hemofilia Trombosis dan embolisme

CADANGAN JAWAPAN

1. C
2. C
3. B
4. C
5. A
6. B
7. D
8. (a) P: Trombokinase

Q: Trombin
R: Fibrin
S: Vitamin K
T : Ion kalsium
(b) -S / Vitamin K diperlukan untuk menghasilkan protrombin di hati
-T / Ion Kalsium diperlukan dalam proses penukaran protrombin ke trombin

Thrombokinase

(c) -Prothrombin Trombin

Trombin

- Fibrinogen Fibrin

(d) Fibrinogen adalah protein larut manakala R / fibrin adalah protein tidak larut.

9. - Menghentikan atau meminimumkan kehilangan darah pada bahagian salur darah yang
terluka.
- Mencegah kemasukan mikroorganisma seperti bakteria ke dalam darah melalui salur darah
yang rosak.
- Tekanan darah juga dapat dikekalkan kerana kehilangan darah yang terlalu banyak boleh
menurunkan tekanan darah ke paras yang berbahaya.
- Membolehkan luka sembuh.
- Mengekalkan peredaran darah dalam sistem peredaran darah tertutup.

SELAMAT BELAJAR


Click to View FlipBook Version