The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TEKS UCAPAN PERASMI MAGP VOL 2

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by iezankhal, 2023-02-11 12:29:44

TEKS UCAPAN PERASMI

TEKS UCAPAN PERASMI MAGP VOL 2

1


2 UCAPAN PERASMIAN MAJLIS APRESIASI GEMILANG PRASEKOLAH SESI 2022/2023 SK SULTAN ABDUL AZIZ (RUJUK SOLUTASI) Guru-guru prasekolah, Pembantu-pembantu Pengurusan Murid, Murid-murid prasekolah yang diraikan pada hari ini, Ibu bapa, Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati dan dikasihi sekalian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam sejahtera, Salam “Be The Best” Salam “Moving Forward” Salam “Be Better Towards The Best” Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin dan limpah kurniaNya saya dapat bersua muka dan dapat bersama-sama di Dewan Bestari, SK Sultan Abdul Aziz yang serba indah ini untuk menyempurnakan majlis yang penuh bermakna iaitu Majlis Apresiasi Gemilang Prasekolah


3 2022/2023. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa pelaksana yang sudi menjemput saya bagi merasmikan majlis dan menyampaikan sijil-sijil kepada murid-murid prasekolah pada hari ini. Terima kasih kepada guru yang beriltizam menyempurnakan majlis ini sebagai tanda sokongan, galakan dan penghargaan kepada anak-anak didik mereka. Adalah diharapkan majlis penghargaan seperti ini menjadi pembakar semangat kepada murid-murid prasekolah sekolah ini untuk merealisasikan kecemerlangan dalam pelajaran mereka di peringkat seterusnya. Hadirin yang dihormati, Sayugia diingatkan bahawa, kesinambungan pembelajaran di rumah dan di sekolah sangat penting. Saya percaya bahawa semua murid-murid prasekolah di sini mempunyai ibu bapa yang juga pro aktif memantau perkembangan pembelajaran anakanak di rumah. Insya Allah, jika berlaku pertautan pembelajaran di rumah dan di sekolah, murid-murid ini akan berjaya dengan cemerlang dalam bidang pembelajaran di masa hadapan kelak. Saya ingin


4 mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua murid-murid Prasekolah SK Sultan Abdul Aziz yang akan menerima sijil pada hari ini dan tidak lupa juga ucapan penghargaan kepada semua jawatankuasa pelaksana yang telah bertanggungjawab merancang dan melaksanakan dengan jayanya majlis yang gemilang pada petang ini. Para hadirin sekalian, Sebagaimana yang kita semua tahu, Majlis Apresiasi Gemilang Prasekolah ini diadakan bertujuan untuk mengiktiraf kejayaan murid-murid prasekolah yang berjaya menamatkan persekolahan prasekolah mereka bagi sesi 2022/2023 ini. Saya percaya kejayaan mereka tersebut pada hari ini bukan sahaja disebabkan oleh hasil pemusatan mereka terhadap pelajaran yang diajar, malah termasuklah kerja keras yang mereka usahakan selama ini dengan dibantu oleh semua warga guru prasekolah dan pembantu pengurusan murid serta ibu bapa yang tidak jemujemu berusaha ke arah pencapaian maksimum anakanak di sini. Kejayaan anak-anak ini pada keseluruhannya adalah hasil daripada usaha secara


5 kolektif dan kerja berpasukan. Hadirin yang dihormati sekalian, Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua tenaga pengajar dan pembimbing yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap tugas dan amanah yang diberikan dengan jayanya. Saya juga dimaklumkan bahawa terdapat murid-murid prasekolah ini yang telah bertanding sehingga ke peringkat daerah dan negeri. Saya yakin dan percaya, keikhlasan dan usaha yang tuan-tuan dan puan-puan berikan kepada anak-anak kecil ini, pasti akan mendapat kebaikan dan rahmat daripada Allah SWT. Teruskan usaha yang baik ini dan saya pasti ganjaran yang baik juga akan datang kepada pihak tuan puan semua. Para hadirin yang saya muliakan sekalian, Saya yakin bahawa murid-murid yang cemerlang merupakan produk hasilan guru-guru yang cemerlang. Manakala kedua-keduanya itu pula merupakan hasil dari persekitaran sekolah yang turut


6 cemerlang. Saya juga yakin, sikap terbuka pengurusan sekolah dan sikap profesional guru-guru dapat menggalakkan penyertaan masyarakat untuk bersama-sama memikul tanggungjawab memastikan kejayaan murid-murid prasekolah di sekolah ini. Bukan mudah untuk mendidik anak-anak kecil pada zaman yang serba mencabar ini. Oleh itu, kami amat menghargai dan berterima kasih kepada guru-guru yang sudi mendidik anak-anak kecil ini dan memastikan keselamatan mereka di sekolah. Tuan-tuan dan puan-puan, Saya juga percaya semua yang berada di sini bersetuju dengan apa yang saya nyatakan ini. Saya berharap semua guru prasekolah dan semua guru di sekolah ini dapat meneruskan usaha mendidik anak bangsa tanpa jemu dan penuh dedikasi. Kita sedar bahawa dunia pendidikan mengalami banyak perubahan dari masa ke semasa. Kita berharap dapat melahirkan generasi yang mempunyai minda kelas pertama di sebalik kemudahan kelas pertama.


7 Hakikatnya, dengan segala kemudahan dan pelbagai jenis bantuan yang diberikan pihak kerajaan tidak ada sebab atau alasan mengapa anak-anak kita tidak menggunakan sepenuhnya kemudahan pendidikan yang ada untuk mencipta masa depan yang lebih baik. Hadirin yang dihormati, Peluang pendidikan harus digunakan sepenuhnya bagi menguasai ilmu, kemahiran dan membina personaliti yang cemerlang. Jika tanpa kelulusan dan ilmu yang mencukupi, sukar untuk anak-anak kita terutamanya bermula dari peringkat prasekolah ini mempunyai masa depan yang cerah. Apatah lagi anak-anak kita pula hidup dalam zaman yang semakin mencabar kerana masalah sosial dan ekonomi yang kian bertambah. Kita sama-sama berharap agar semua ini tidak terkandas di tengah jalan. Sebagai ibu bapa, adalah menjadi tugas dan tanggungjawab tuan-tuan dan puan-puan semua agar apa yang telah disemai di dalam jiwa anak-anak ini terus dibaja, disiram dan dijaga, agar ia terus subur sehinggalah mereka cukup


8 matang. Janganlah kita menjadi racun, yang membunuh benih-benih ini, atau pun menjadi sabit, yang ‘menebas’ dedaun yang menghijau apabila ia cukup subur. Jika tidak, sia-sialah apa sahaja usaha mereka sepanjang berada di bangku prasekolah ini. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan syabas kepada semua guru prasekolah dan pembantu pengurusan murid yang tanpa mengenal lelah dan penat, mendidik murid-murid ini dengan penuh kasih sayang. Bayangkan kesusahan dan cabaran yang dihadapi oleh mereka dalam melayan karenah anakanak ini yang masih kecil. Tanpa kesabaran dan tekad, tidak mungkin kita dapat berjumpa pada petang ini untuk melihat kejayaan mereka. Terima kasih cikgu, kerana cikgu mendidik anak kami. Akhir kalam, saya merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua warga SK Sultan Abdul Aziz. Tahniah dan syabas sekali lagi saya ucapkan kepada Guru Besar, guru-guru, pembantu pengurusan murid, kakitangan


9 sekolah, dan murid-murid prasekolah yang telah berjaya menamatkan sesi persekolahan prasekolah bagi tahun 2022/2023 ini dan semoga terus cemerlang di tahun seterusnya. Saya berharap usaha untuk melonjakkan kecemerlangan pendidikan akan dilipatgandakan lagi agar kita dapat menyediakan pendidikan terbaik kepada anak-anak kita pada hari ini dan masa hadapan. Semoga usaha kita untuk melahirkan anak yang baik dan lagi cemerlang (ABC) akan diberkati Allah SWT. Hanya ini yang dapat saya sampaikan dan sebelum kata saya noktah, terimalah dua rangkap pantun daripada saya, Tinggi bukit silang-gemilang, Air pasang tenang-tenangan, Budi sedikit takkan hilang, Dalam hati kenang-kenangan. Jejaran mengkudu bias kesuma, Di celah angsana di Kuala Sedeli, Akhir di sini nokhtah bersama, Di lain masa bersua kembali.


10 Dengan kata-kata akhir itu tadi, saya dengan sukacitanya dan dengan lafaz yang mulia Bismillahirrahmanirrahim, merasmikan Majlis Apresiasi Gemilang Prasekolah SK Sultan Abdul Aziz bagi sesi 2022/2023 ini. Sekian, Wabillahitaufiq wal hidayah, Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.


Click to View FlipBook Version