The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zaidfirdaus, 2021-04-10 01:45:35

kertas kerja ihya covid23

kertas kerja ihya covid23

SK LADANG SEGARIA, P/S 212, 91308, SEMPORNA, SABAH

_________________________

KERTAS KERJA
IHYA RAMADAN

2021/1442H

_________________________

ANJURAN:
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SKLS

1. PENGENALAN
Bulan Ramadhan adalah anugerah agung dari Allah untuk umat Islam
seluruhnya bagi menambah amalan demi meraih ganjaran dan ketaqwaan
yang dijanjikan-Nya. Amalan sunat seperti solat sunat tarawih, tadarus al-
Quran, tazkirah, iftar jamaie, sedekah dan seumpamanya adalah amat
digalakkan dilaksanakan khususnya di dalam bulan Ramadhan al-Mubarak.
Oleh itu pelbagai aktiviti agama yang akan dilaksanakan oleh panitia
Pendidikan Islam walaupun kita semua berada dalam cuti PKP. Cuti ini bukan
penghalang bagi kita meraikan bulan Ramadhan Al-Mubarak serta
menyertai program Ihya’Ramadhan yang di atur secara maya.

2. MATLAMAT
Menjana dan menyelaras program pembangunan modal insan di semua
sekolah agar penghayatan Ramadhan dapat meningkatkan keutuhan
sahsiah peribadi dan kredibiliti warga sekolah supaya cita-cita melahirkan
generasi khaira ummah tercapai.

3. OBJEKTIF
3.1 Melahirkan warga sekolah yang memiliki sahsiah diri yang mulia, berbudi
pekerti, berhemah dan cintakan ajaran Islam khususnya di dalam Ramadhan
al Mubarak.

3.2 Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal

ibadat dalam bulan Ramadhan demi menyemarakkan amalan secara

jamaie serta seimbang

dalam mengendalikan urusan duniawi dan ukhurawi.

3.3 Melahirkan rasa bersyukur dengan nikmat keselesaan hidup dan

kesihatan di kalangan warga sekolah serta turut sama bersimpati memberi

sumbangan untuk

mereka yang kurang bernasib baik.

3.4 Sebagai satu wadah menjelas dan berkongsi ilmu serta pengalaman

dalam menghayati keberkatan, kepentingan, tuntutan dan cabaran

beramal sepanjang Ramadhan.

3.5 Memantap dan menyemarakkan lagi ukhuwah Islamiah antara warga
sekolah dan para pelajar.

4. SASARAN
4.1.Pelajar-pelajar
4.2.Guru

5. AKTIVITI
5.1 Istiqbal Ramadhan
5.2 Tadarus Online
5.3 Infak Ramadhan
5.4 Tazkirah Online
5.6 Pamplet Ramadhan
5.7Pertandingan Hafazan tahap 1 & 2
5.8Pertandingan mewarna tahap 1
5.9Pertandingan melukis poster tahap 2

6. JAWATANKUASA INDUK PROGRAM IHYA’ RAMADHAN

PENGERUSI
En. Abdul Maid bin Hamzah
Guru Besar Sk Ladang Segaria

TIMB. PENGERUSI
Pn. Chariintan binti Ali
Penolong Kanan Pentadbiran

NAIB PENGERUSI 1
Pn. Nor Asnah binti Sundali
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

NAIB PENGERUSI 2
En. Mohd Jamidi bin Abdul Rahman
Penolong Kanan Kokurikulum

SETIAUSAHA
Pn. Haisyah binti Muhammad

BENDAHARI
Ust Firdaus binti Mohd Zaid
AJK
Mohd Ashraf Bin Mohd Jamidi

7. SUMBER KEWANGAN
7.1 PCG Panitia Pendidikan Islam
7.2 Kegiatan Islam dan Moral (AKAUN BKKS)

8. ANGGARAN BELANJAWAN KUANTITI JUMLAH
12 BUAH X RM 10 RM 120
BIL PERKARA 12 BUAH X RM 10 RM 120
01 Hafazan (L/P) 6 BUAH X RM 10 RM 60
2 Tilawah Al-Quran (L/P) 6 BUAH X RM 10 RM 60
3 Mewarna tahap 1 RM 360.00
4 Melukis poster tahap 2

9. STRATEGI PELAKSANAAN

BIL PERKARA
1 Menyediakan Kertas Kerja
2 Taklimat Jawatankuasa
3 Pelancaran program Ihya’ Ramadhan
4 Pelaksanaan Program
5 Menyediakan Laporan Program

10. PENUTUP
Semoga program yang dirangka ini dapat memberi kesan dan
penghayatan kepada semua murid dan warga SK Ladang
Segaria walaupun kita berada dalam norma baharu dalam
pendidikan. Selain itu, Murid-murid juga mendapat pendedahan
pelbagai aktiviti yang berfaedah sepanjang Ramadan Al-
mubarak secara online. Diharap program ini akan dapat
melahirkan umat yang cemerlang di dunia dan akhirat. Semoga
kedatangan Ramadan Al-mubarak ini dapat dipenuhi dengan
aktiviti yang bermanfaat dan bakal mendapat ganjaran yang
hebat dariNya, Insya Allah. Wallahu’alam.

Disediakan oleh,

USTZH HAISYAH BINTI MUHAMMAD
Setiausaha Program

Disemak oleh,

PN CHARIINTAN BINTI ALI
Penolong Kanan kurikulum

Disahkan oleh,

(EN. ABDUL MAID BIN HAMZAH)
Guru Besar


Click to View FlipBook Version