The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mataq974, 2023-03-17 02:50:46

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2 (AL-QURAN)

Tilawah Surah Al-Falaq

PENSYARAH : DR AHMAD TAMIZI BIN ABU : DR MOHD ZAINI BIN MD ZAIN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2


STANDARD KANDUNGAN MEMBACA DAN MENGAMALKAN SURAH AL-FALAQ DENGAN BETUL DAN BERTAJWID DALAM KEHIDUPAN HARIAN


MEMBACA SURAH AL-FALAQ DENGAN BETUL DAN BERTAJWID TALAQI MUSYAFAHAH SURAH AL-FALAQ DENGAN BETUL DAN BERTAJWID MENGAMALKAN BACAAN SURAH AL-FALAQ DALAM KEHIDUPAN HARIAN MURID DAPAT : STANDARD PEMBELAJARAN


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani 1- Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk 2- "Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan 3- "Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk 4- Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulansimpulan 5- "Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya". TILAWAH SURAH AL-FALAQ


Seorang Arab Yahudi bernama Labid ibn Asim yang merupakan antara munafiq telah mengenakan Ilmu Hitam (sihir) kepada Nabi Muhammad s.a.w.. Dia telah mengambil rambut baginda dan membuat sebelas ikatan (simpulan) dan meletakkanya di bawah batu berhampiran telaga bernama Zarwan. Akibatnya, Nabi Muhammad s.a.w. telah mengalami kekeliruan dan was-was tentang perkara yang telah dilakukan dan belum dilakukan baginda (walaupun ia tidak mempengaruhi ajaran dan sifat kenabian baginda). Maka, malaikat Jibril turun menghadap baginda dan memberitahu perkara yang sebenar dan menyampaikan dua surah iaitu Surah al-Falaq dan Surah An-Nas. Baginda bersama para sahabat baginda pergi ke telaga tersebut dan mengalihkan simpulan rambut tersebut. Ketika setiap kali surah dibaca, simpulan itu terurai dengan sendirinya dan ketika simpulan yang kesebelas terurai, baginda telah bebas dari pengaruh ilmu hitam tersebut. Kisah Penurunan Surah Al-Falaq


Perbuatan sihir boleh merosakkan akidah dan dalam masa yang sama boleh memecahbelahkan umat islam. Kita patut memohon perlindungan hanya kepada ALLAH dengan membaca surah Al-Falaq dengan betul. RUMUSAN


Click to View FlipBook Version