The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MUHAMMAD SYAFIQ IRFAN, 2023-09-18 02:59:31

Assignment Intergriti Dan Anti Rasuah

MPU 2452 (3)

MPU 2452 INTEGRITI DAN ANTI RASUAH TAJUK : JENAYAH KOLAR PUTIH PRESENTED BY : 1 MUHAMMAD SYAFIQ IRFAN BIN MAYENG 23041772 2 MUHAMMAD IRFAN SYAFIQ BIN ILMAM 23041785 3 MUHAMMAD HARIS IZWAN BIN ZAHARUDIN 23041763 NAME LECTURER : CIK FARHANIM BT LEMAN


ISI KANDUNGAN 1 DEFINISI JENAYAH KOLAR PUTIH DAN BIRU 2 PERBEZAAN KOLAR PUTIH DAN BIRU 3 CONTOH KES SEBENAR KOLAR PUTIH DI LUAR NEGARA 4 KESAN JENAYAH KOLAR PUTIH 5 KES TERKINI JENAYAH KOLAR PUTIH DALAM NEGARA 6 KESIMPULAN


DEFINISI JENAYAH KOLAR PUTIH DAN KOLAR BIRU ● DEFINISI JENAYAH KOLAR PUTIH Definisi jenayah kolar putih antaranya ialah jenayah oleh seseorang yang terhormat dan berstatus tinggi dalam pekerjaannya. Dengan disebabkan jenayah ini dilakukan oleh mereka yang berstatus tinggi dalam pekerjaan, jenayah kolar putih bertindan dengan jenayah koporat kerana kesempatan untuk melakukan rasuah, penipuan,penggelapan wang, perdagangan dari orang dalam, pencurian identiti, pemalsuan dan lain lain lebih mudah dibuat oleh pekerja kolar putih. ● DEFINISI JENAYAH KOLAR BIRU Definisi jenayah kolar biru adalah jenayah yang dilakukan oleh individu dari kelas sosial yang lebih rendah. Jenayah kolar biru tidak mempunyai klasifikasi undangundang yang rasmi. Jenayah-jenayah ini adalah berskala kecil, untuk mendapat keuntungan yang bermanfaat kepada individu atau kumpulan yang terlibat di dalamnya. selain itu, Ini juga boleh termasuk jenayah berkaitan peribadi yang boleh didorong oleh tindak balas segera, seperti semasa pergaduhan atau konfrontasi. Jenayah ini termasuk akan tetapi tidak terhad kepada antaranya Pengeluaran atau pengedaran narkotik, serangan seksual, rompakan, pembunuhan dan sebagainya.


PERBEZAAN KOLAR PUTIH DAN KOLAR BIRU ● KOLAR PUTIH kolar putih merujuk kepada pekerjaan pegawai yang melakukan kerja-kerja pengurusan atau profesional untuk organisasi dan mendapatkan jumlah gaji tetap sebagai imbuhan pada akhir setiap bulan. Pegawai sepatutnya memakai pakaian formal berwarna putih, iaitu baju, seluar, dan tali leher . Pekerja-pekerja tidak perlu melakukan apa-apa kerja manual serta kerja mereka sepenuhnya dengan berorientasikan pengetahuan. Selain itu, Pekerjaan kolar putih memerlukan kelayakan pendidikan yang tinggi, antaranya ketajaman mental, kepakaran dan pengetahuan yang baik dalam bidang tertentu. Sebagai pejabat bekerja di pejabat, tempat itu bersih dan tenang, jadi kod bagi pakaian mereka adalah format putih. Pekerja-pekerja kolar putih dibayar dengan sempurna dan asas gaji mereka adalah prestasi. ● KOLAR BIRU kolar biru adalah untuk orang-orang kelas pekerja yang melakukan kerja manual untuk organisasi dan mendapatkan upah dibayar setiap jam. Pekerja sepatutnya memakai pakaian seragam biru semasa waktu bekerja . Selain itu,tugas ini boleh dikirakan sangat susah yang memerlukan ketegangan fizikal, tetapi pekerja tidak dibayar dengan baik. Selain itu, pekerjaan kolar biru tidak memerlukan pendidikan yang sangat tinggi . Akan tetapi, seorang pekerja harus cukup mahir dalam bidang khusus untuk


melaksanakan kerja. Antara pekerjaan ialah pembuatan, perlombongan, pembinaan, pembaikan dan penyelenggaraan, pemasangan jentera dan sebagainya. • CARTA PERBEZAAN ANTARA KOLAR PUTIH DAN KOLAR BIRU ASAS PERBANDINGAN KOLAR PUTIH KOLAR BIRU Makna Pekerjaan yang memerlukan kerja seperti perkeranian pekerjaan yang memerlukan tenaga fizikal Warna pakaian Putih Biru Tempat kerja Di pejabat Tempat perindustrian seperti kilang Kerja yang dilakukan oleh Pekerja Pekerja Imbuhan Gaji Upah Asas pembayaran Prestasi Jam bekerja Keperluan kerja Otak Otot Kitaran pembayaran gaji Bulanan Harian


CONTOH KES SEBENAR KOLAR PUTIH LUAR NEGARA Anak-anak bekas Presiden Panama didakwa memberi rasuah kepada pegawai kerajaan Pada 6 Julai 2020, Jabatan Kehakiman (DoJ) telah membuka aduan jenayah dan mendakwa Luis dan Ricardo Martinelli Linares yang bersekongkol untuk mengubah wang haram berjumlah sekitar AS$28 juta daripada sebuah syarikat pembinaan Brazil kepada saudara mereka, seorang pegawai kerajaan berpangkat tinggi di Panama antara 2009 dan 2014. KESAN JENAYAH KOLAR PUTIH Kesan Perbuatan Rasuah 1. Melemahkan pentadbiran Negara - Terdapat kalangan pemimpin dan pegawai kanan kerajaan dikatakan sering menerima rasuah. - Pembangunan Negara gagal berada di atas landasan yang betul. - Kegagalan sesuatu projek yang tidak mematuhi peraturan dan piawaian akibat sogokan menyebabkan keselamatan rakyat akan terancam. - Pelabur asing akan menjauhi diri daripada Malaysia. 2. Kepercayaan kepada kepimpinan negara tergugat - Rakyat sukar mempercayai kepimpinan Negara.


- Sebagai contoh, kontraktor yang menyogok pegawai kerajaan untuk mendapatkan kontrak projek pembangunan, peluang dan hak kontraktor lain dinafikan. - Meluaskan jurang ekonomi dalam kalangan rakyat. - Pembangunan negara dan kebajikan rakyat akan terjejas. 3. Pertambahan gejala sosial - Gejala sosial akan menjahanamkan keamanan dan keharmonian sosial. - Jika pegawai jabatan imigresen menerima rasuah, kadar jenayah akan mencapai aras yang bahaya. - Kemasukan pendatang asing tanpa izin berleluasa akan meningkatkan kadar jenayah. - Rakyat tempatan akan terdedah kepada jenayah curi, ragut dan bunuh. - Keamanan dan kerharmonian sosial akan terjejas jika amalan rasuah berleluasa. KES TERKINI JENAYAH KOLAR PUTIH DALAM NEGARA


Dr Mohammad Khir Toyo dilahirkan di Tali Air 2,Ban 4,Sungai Burung,Tanjung Karang.Beliau merupakan seorang doktor gigi sebelum menceburi bidang politik. Antara jawatan politik yang dipegang oleh beliau ialah : Ketua UMNO cawangan Sungai Burung Timur Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang Menteri Besar Selangor Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor dan Pengerusi Barisan Nasional Selangor Latar Belakang Kes : Dr Khir Toyo terlibat sewaktu memegang jawatan Menteri Besar Selangor Terdapat pembelian dua lot tanah dan sebuah rumah bernilai RM3.5 juta di Selangor daripada Ditamas Sdn Bhd


• Ditamas Sdn Bhd membeli hartanah tersebut dengan harga 6.5 juta Antara undang-undang yang terlibat : Seksyen 165 Kanun Keseksaan – Barang siapa yang menjadi penjawat awam,menerima sesuatu benda yang berharga,dengan suatu balasan yang ia ketahui tidak mencukupi,daripada seseorang yang ia ketahui ada mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasminya. Hukuman yang dikenakan : • Pada 23 disember 2011,Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan agar Dr Mohd Khir Toyo dilucutkan hak ke atas hartanah yang dimiliki dan diserahkan kepada kepada kerajaan • Pada 30 mei 2013,Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 12 bulan terhadap Dr Khir Toyo dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam. • Pada 22 september 2015,Mahkamah persekutuan mengekalkan sabitan terhadap Dr Khir Toyo.Panel hakim menolak rayuan terakhir beliau. • Pada 29 september 2015,Dr Khir Toyo diarahkan untuk menjalani hukuman penjara di kajang. • 29 mac 2016,Dr Khir Toyo diberi perintah parol selepas enam bulan di penjara kajang. • 27 mei 2016,Dr Khir Toyo dibebaskan daripada perintah parol KESIMPULAN Perbuatan rasuah adalah suatu perbuatan yang ternyata salah dan batil. Jika dilihat dari sudut maknanya sendiri sudah cukup untuk mengambarkan ia


merupakan suatu perbuatan yang salah. Pelbagai pendapat dapat dilihat dalam memahami apa yang dimaksudkan dengan rasuah. Tidak cukup dengan itu, ciriciri rasuah juga diperbahaskan oleh ramai orang secara panjang lebar dan terang. Hal ini bagi memberikan penjelasan yang benar-benar difahami oleh masyarakat agar masyarakat tidak keliru dengan setiap perbuatan yang dilakukan dalam urusan seharian mereka. Rasuah tidak hanya merangkumi satu perkara, malahan ia boleh dibahagikan kepada beberapa jenis rasuah. Perkara ini berlaku bagi membezakan sesautu perbuatan yang dikatakan rasuah dengan perbuatan lain yang pada dasarnya tidak dikatakan rasuah, tetapi pada hakikatnya merupakan suatu perbuatan rasuah juga. Disebabkan dalam kehidupan masyarakat pada hari ini, amalan memberi hadiah merupakan suatu amalan yang menjadi kebiasaan maka perkara tersebut telah diperhalusi dan diberikan suatu tatacara atau pekeliling yang perlu diikuti oleh mana-mana pihak yang perlu bagi memastikan apa yang diterima oleh mereka sebagai hadiah itu tidak termasuk dalam kategori rasuah.Allah s.w.t telah menerangkan didalam al-Quran berkenaan dengan mengambil sesuatu harta secara batil sama ada melalui perbuatan yang secara zahirnya salah mahupun perbuatan yang apabila diteliti merupakan ia merupakan suatu kesalahan dan dilarang. Pengharaman perbuatan rasuah telah dizahirkan melalui hadis nabi yang mana menunjukkan bahawa Rasulullah melarang perbuatan rasuah. Malah para Ulama’ juga telah membicarakan berkenaan dengan haramnya rasuah melalui sirah para khulafa’ dan para sahabat nabi. Oleh itu, adalah jelas bahawa perbuatan rasuah adalah haram dan sangat dilarang oleh syara’, maka ia perlu dijauhi dan dibanteras dengan secukupnya agar ia tidak menular dalam kalangan masyarakat. Maka dengan itu, pihak yang bertanggungjawab dan diberi kuasa untuk menangani masalah ini terutamanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia perlu mengambil berat dan sentiasa memikirkan inisiatif baru bagi membolehkan mereka sentiasa kehadapan dalam memastikan jenayah rasuah ini dapat dibendung dengan sebaik mungkin. Maka dengan itu, hukuman ta’zir merupakan antara inisiatif yang boleh digunapakai. Walaupun hukuman ta’zir memberikan lebih banyak pilihan kepada para hakim dan pemerintah, namun ianya perlu dilaksanakan dengan telus dan amanah agar ianya tidak mendatangkan mudharat kepada masyarakat.


Click to View FlipBook Version