The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 7141tan, 2021-04-18 11:28:24

Temenggong Daeng Ibrahim-converted (4)

Temenggong Daeng Ibrahim-converted (4)

SEJARAH KESULTANAN JOHOR.
Pengenalan

Pada tahun 1528 Sultan Alauddin Riayat Shah dari keturunan kesultanan Melaka telah
membuka Johor dan bertapak di Johor Lama. Dinasti ini memerintah Johor sehingga tahun
1699 iaitu tarikh kemangkatan Sultan Mahmood yang dikatakan dibunuh oleh Megat Seri
Rama (Laksamana Bintan). Sultan Mahmood tidak mempunyai waris yang sah dan oleh itu
pengurusan dan pentadbiran Johor berpindah kepada Dinasti Bendahara iaitu menteri-menteri
yang membantu Dinasti Kesultanan Melaka. Oleh sebab perperangan dan bagi mengekalkan
kuasa perdagangan, ibu negeri Johor berpindah sebanyak 20 kali di sepanjang Sungai Johor
termasuk pada akhirnya di Kepulauan Riau.

Dalam tahun 1769 Sultan Mahmood lll diangkat sebagai Sultan Johor Riau. Baginda melantik
Temenggong Abdul Hamid sebagai Temenggong Johor. Inggeris mengiktiraf Temenggong
Abdul Rahman Ibni Temenggong Abdul Hamid sebagai Temenggong Johor Singapura.
Perlantikan ini merupakan titik permulaan Dinasti Temenggong memerintah Johor. Inggeris
seterusnya melantik Sultan Husain anakanda Sultan Mahmood sebagai Sultan Johor Singapura
pada tahun 1819. Anakanda Temenggong Abdul Rahman iaitu Temenggong Daeng Ibrahim
dilantik Temenggong Johor selepas kemangkatan ayahanda nya pada 1825. Perlantikan
Baginda disahkan 14 tahun selepas kemangkatan ayahanda Baginda disebabkan keengganan
Inggeris dan keraguan Sultan Husain. Pada 10 Mac 1855 Sultan Johor iaitu Sultan Ali Iskandar
Shah telah menyerahkan keseluruhan kerajaan dan negeri Johor melainkan jajahan Kesang
kepada Temenggong Ibrahim melalui satu perjanjian. Kemangkatan Sultan Ali pada 20 Jun
1877 menandakan tamat pemerintahan Dinasti bendahara. Setelah mempunyai ketuanan Johor,
Temenggong Daeng Ibrahim membuka Bandar Iskandar Puteri di Tanjong Puteri pada

tahun 1855. Bermula dari tarikh itu zahirlah pentadbiran kesultanan Johor moden diasaskan
oleh Temenggong Daeng Ibrahim dan diperkasa dan diperkukuhkan oleh Sultan Abu Bakar.

• 1.Pendahuluan:. Temenggong Daeng Ibrahim PG2
• 2. Sultan Ibrahim PG3
• 3. Sultan Ismail PG5
• 4. Sultan Iskandar PG6
• 5. Sultan Ibrahim PG7
6. Muhammad Ibrahim Munsyi PG9

• Temenggong Daeng Ibrahim



• Daeng Ibrahim menggantikan ayahanda Baginda Temenggong Abdul Rahman yang
telah mangkat pada 8 Disember 1825 sebagai Temenggong Johor. Dengan
kebijaksanaan Baginda di samping mendapat kepercayaan penuh daripada Inggeris,
pemerintahan Johor diserah kepada Temenggong Daeng Ibrahim daripada Sultan Ali
melalui Persetiaan 10 Mac 1855. Dengan ini bermulalah Kesultanan Johor moden
dibawah pemerintahan Dinasti Temenggong. Hasrat British yang ingin menjadikan
Johor sebagai kawasan pedalaman yang banyak membantu pertumbuhan Singapura
sebagai pusat perdagangan antarabangsa, telah membolehkan Temenggong Ibrahim
menjadikan Johor sebagai pusat pengeluaran lada hitam dan gambir melalui Sistem
Kangchu Cina dan Sistem Buruh Kontrak Jawa.

• Tahun 1855 merupakan titik permulaan pemodenan Johor, Temenggong Ibrahim
membuka Iskandar Puteri sebagai Pusat Pemerintahan Johor dengan mendirikan balai
polis, mahkamah dan jabatan-jabatan lain secara berperingkat. Usaha untuk memajukan
Johor bermula dengan mewujudkan keamanan dengan menghapuskan kegiatan
pelanunan dan memajukan pelajaran anak-anak Melayu.

• Temenggong Daeng Ibrahim mangkat pada 31 Januari 1862 dan dimakamkan di Makam
Temenggong di Teluk Belanga, Singapura.

• Sultan Abu Bakar


• Sultan Abu Bakar diputerakan pada 3 Februari 1833 apabila Temenggong Daeng

Ibrahim mangkat pada 1862, Abu Bakar dilantik sebagai Dato’ Temenggong Sri
Maharaja Johor, dan pada tahun 1868 dipendekkan kepada gelaran Maharaja sesuai
dengan taraf Baginda dikalangan antarabangsa. Baginda berjaya mengukuhkan
kedaulatan dan ketuanan Johor apabila secara rasmi Kesang diletakkan di bawah
pemerintahan Baginda pada tahun 1877. Melalui Perjanjian Setia 1885, Maharaja Abu
Bakar dan waris-waris Baginda yang menyusuli diiktiraf oleh Inggeris memakai gelaran
Sultan Johor. Berikutan Perjanjian Setia, Baginda menubuhkan Askar Timbalan Setia
Negeri Johor. Terdahulu dari itu pada tahun 1866, Baginda menukarkan nama bandar
Iskandar Puteri kepada Johor Bahru. Pada tahun 1871, Baginda mereka semula bendera
Negeri Johor serta bendera peribadi raja.
• Bandar Johor Bahru dan Negeri Johor terus dimajukan, dan Dato’ Jaafar Muhammad
dilantik sebagai Menteri Besar Johor pertama. Pelbagai Jabatan Kerajaan ditubuhkan
seperti Jabatan Perbendaharaan, Polis, Penjara, Jabatan Tanah dan Ukur, Kerja Raya,
Jabatan Laut, Johor Arsenal, Perubatan, Pos dan Pelajaran. Pada 14 April 1895, Sultan
Abu Bakar memasyhurkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor yang merupakan
Negeri Melayu pertama mengadakan undang-undang itu. Perladangan lada hitam dan

gambir dimajukan dengan membawa masuk peladang Cina dan buruh Jawa. Pada tahun
1883 Jabatan Pelajaran ditubuhkan untuk memajukan pelajaran anak-anak Melayu Johor.
Baginda telah dimahkotakan pada tahun 1886 dengan memakai mahkota yang Baginda
sendiri ilhamkan. Dalam istiadat itu Baginda menzahirkan Darjah Kerabat dan Darjah
Mahkota Johor. Mahkota dan darjah kebesaran itu menjadikan Johor negeri pertama
berbuat demikian.
• Sultan Ibrahim


• Sultan Ibrahim diputerakan pada 17 September 1873 bersamaan 25 Rejab 1290 di Istana

Bidadari Singapura. Sejak kecil Baginda telah diberi penuh asuhan dan pimpinan
sebagai bakal raja. Ketika berusia 17 tahun, Baginda mula didedahkan dengan
pengetahuan dunia luar oleh ayahanda Baginda Sultan Abu Bakar dan menitahkan
Baginda berangkat ke Eropah pada Jun 1890. Sultan Ibrahim ditabalkan menjadi Sultan
Johor pada 7 September 1895. Untuk meluaskan pengetahuannya sebagai pemerintah
Johor, baginda berulang kali berangkat ke Eropah, Jepun, China dan Amerika Syarikat.
• Pada tahun 1908 ketika pemerintahan Baginda, jalan kereta api merentasi Negeri Johor
dapat disiapkan, sementara Tambak Johor yang menghubungkan Johor Bahru-
Singapura, telah siap dibina pada tahun 1924. Baginda Sultan Ibrahim sangat mengambil

berat hal pendidikan dengan menitahkan pelajaran wajib kepada semua kanak-kanak
melalui Enakmen Pelajaran Wajib 1902. Baginda Sultan juga sangat mengambil berat
terhadap perkembangan Bahasa Melayu. Baginda telah berkenan menjadi penaung
kepada Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku DiRaja (P.B.M.P.B Di-Raja) Johor.
Pendidikan Agama Islam dimajukan dengan membina sekolah agama dan masjid. Pada
2 Februari 1900, Masjid Abu Bakar dirasmikan pembukaannya. Lagu ‘Bangsa Johor’
dijadikan lagu rasmi negeri yang dinyanyikan dalam majlis rasmi dan di sekolah.
• Walaupun Baginda menerima tekanan Inggeris melantik D.G Campbell pada tahun 1910
sebagai Penasihat, Baginda menetapkan diberi gelaran Penasihat Am dan bukan
‘Resident Adviser‘ sebagaimana negeri-negeri lain, dan dipersyaratkan pegawai-
pegawai melayu diberikan sama taraf dengan pegawai Inggeris, dan bahasa Melayu
dijadika bahasa rasmi kerajaan dengan penekanan kepada tulisan jawi. Bangunan Sultan
Ibrahim di Bukit Timbalan yang menempatkan jabatan-jabatan kerajaan siap dibina pada
tahun 1941. Pada 17 September 1955, telah diadakan sambutan Jubli Intan bagi
memperingati 60 tahun Baginda memerintah Negeri Johor. Baginda mangkat di London
pada hari Jumaat, 8 Mei 1959 dan dimakamkan di Makam DiRaja Mahmoodiah Johor
Bahru.
• Sultan Ismail


• Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Ibrahim diputerakan pada 28 Oktober 1894 di

Istana Semayam, Johor Bahru. Pada 7 September 1895, Baginda dilantik menjadi Tunku
Mahkota Johor, dan dimasyhurkan perlantikannya sebagai Sultan Johor apabila Paduka
Ayahandanya mangkat di London pada 8 Mei 1959. Baginda telah dimahkotakan pada
10 Februari 1960. Sultan Ismail mula menerima pendidikan Melayu dan Inggeris di
Johor Bahru dan kemudian meneruskan pendidikan Baginda di England bersama dua
orang adindanya dan Onn Jaafar pada tahun 1904. Pada tahun 1910 Baginda kembali ke
Johor meneruskan pelajarannya di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Pada 1913, sekali
lagi Baginda berangkat ke London untuk mempelajari tentang pentadbiran negeri.
• Semasa pemerintahan Baginda Sultan Ismail, Negeri Johor menjadi maju dan makmur.
Sebelum ditabalkan menjadi sultan, Baginda telah beberapa kali dilantik menjadi
Pemangku Raja dan berupaya melaksanakan pemerintahan dan tugas penting . Baginda
telah merasmikan Kongres Melayu pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru yang
membawa kepada penubuhan UMNO. Sultan Ismail telah menerima tabik hormat
perarakan raksasa menyambut kemenangan Inggeris memerintah semula Tanah Melayu
pada 8 Jun 1946 di Jalan Ibrahim, Johor Bahru, setelah Jepun menyerah kalah.

• Ketika menjadi Sultan, Baginda sentiasa memberi perhatian kepada pembangunan
Negeri Johor, antaranya ialah Penubuhan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri
Johor (PKENJ), Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Projek Johor Barat,
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Lembaga Penyatuan dan Pemulihan
Tanah Persekutuan (FELCRA) dan Pelabuhan Pasir Gudang. Lapangan Terbang di
Senai, mula beroperasi pada tahun 1973. Bagi memajukan Agama Islam, Majlis Agama
Islam juga ditubuhkan ketika pemerintahan Baginda. Baginda mangkat pada 10 Mei
1981 bersamaan 6 Rejab 1401 H dan dimakamkan di Makam Diraja Mahmoodiah Johor
Bahru.

• Sultan Iskandar


• Sultan Iskandar diputerakan pada 8 April 1932 di Istana Semayam, Johor Bahru.

Baginda menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Bahru dan
pendidikan menengah di English College, Johor Bahru. Pada tahun 1952, Baginda
berangkat ke Australia untuk melanjutkan pelajaran di Trinity Grammar School. Setelah
tamat persekolahan menengah Baginda meneruskan pelajaran tinggi di Isle of Wight,
United Kingdom. Pada Mei 1959 Baginda dilantik menjadi Tunku Mahkota Johor.

• Sultan Iskandar dimasyhurkan menjadi Sultan Johor pada 11 Mei 1981. Pada 12
Disember 1981, Baginda dilantik sebagai Canselor Universiti Teknologi Malaysia
(UTM) Skudai, Johor. Pada 9 Februari 1984 hingga 1989, Baginda dilantik menjadi
Yang Di-Pertuan Agong Malaysia kelapan. Dibawah pemerintahan Baginda, Johor terus
maju. Pelbagai pembangunan prasarana, perumahan, ekonomi, pelajaran, agama
berkembang dengan pesat. Pembangunan Wilayah Selatan Johor dikenali sebagai
Iskandar Malaysia telah dirasmikan oleh Baginda. Pusat Pentadbiran Baru Kerajaan
Johor dikenali sebagai Kota Iskandar di Nusajaya telah dirasmikan oleh Baginda pada
16 April 2009 bersamaan 20 Rabiul Akhir 1430 H.

• Baginda mangkat pada 22 Januari 2010 dan dimakamkan pada 23 Januari 2010 di
Makam DiRaja Mahmoodiah, Johor Bahru.

• Sultan Ibrahim


• Tunku Ibrahim dilantik sebagai waris apabila Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar

menaiki takhta Kerajaan Johor dan dimasyhurkan sebagai Tunku Mahkota Johor pada 3
Julai 1981. Mulai 25 April 1984 hingga 25 April 1989 Tunku Mahkota Tunku Ibrahim
dilantik sebagai Pemangku Raja semasa Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar
diangkat sebagai Yang DiPertuan Agong. Tuanku memanfaatkan tempoh sebagai

Pemangku Raja untuk menimba ilmu pengetahuan berkaitan urusan negeri serta
berdamping dengan rakyat.
• Tunku Mahkota Tunku Ibrahim dimasyurkan sebagai Sultan Johor pada 23 Januari 2010
di atas kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar.
• Tuanku mendirikan rumah tangga dengan Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah
Binti Almarhum Sultan Idris Shah dan dikurniakan lima orang putera dan seorang puteri.
• Semangat juang dan kecenderungan aktiviti laut yang diwarisi dari keturunan
Temenggong menjadikan Duli Yang Maha Mulia Tuanku amat gemar dengan sukan
lasak. Semasa berusia lima tahun Tuanku memandu bot laju dalam satu pertandingan
bot. Tuanku berkebolehan dan bertauliah memandu kapal laut, kapalterbang jet dan
helikopter dan merupakan Raja Melayu yang pertama yang mempunyai lesen memandu
keretapi. Tuanku cekap menunggang kuda dan bermain sukan polo. Tuanku merupakan
Raja Melayu yang menjelajah setiap pelusuk negeri pada setiap tahun untuk merapatkan
diri dengan rakyat melaui Kembara Mahkota semenjak tahun 2001.

Muhammad Ibrahim Munsyi
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigationJump to search

Bapa Pendidikan Melayu Johor - Dato' Muhammad Ibrahim Munsyi

Muhammad Ibrahim Munsyi merupakan seorang pendidik Malaysia yang mempunyai
banyak jasa di dalam perkembangan pendidikan di Johor. Muhammad Ibrahim adalah anak
bongsu Munsyi Abdullah, tokoh persuratan Melayu.
Pada tahun 1883, sebuah Jabatan Pelajaran ditubuhkan. Tujuannya ialah untuk memberi
pendidikan yang lebih luas, tidak hanya terbatas kepada pelajaran al-Quran sahaja. Pada
tahun ini juga dibina empat buah sekolah Melayu di Johor
Bahru, Pengerang, Padang dan Tanjung Surat. Penubuhan sekolah Melayu ini terus
berkembang ke daerah Muar, Batu Pahat dan tempat lain.
Di samping itu, Muhammad Munsyi memperkembangkan sistem pendidikan Melayu. Selain
Jabatan ini, beliau juga ditugaskan untuk mengawasi perkembangan
sekolah Inggeris dan Cina.
Beliau meninggal dunia pada 1904.[1]
KESIMPULAN:Kita boleh mengguna pemimpin tokoh di atas untuk menjadi guru kita.Contohnya

ialah menggunakan kebaikan mereka dalam kehidupan kita.

Sinopsis Ringkasan keterangan Buku Skrap Digital Tokoh Pemimpin Johor.

Pertandingan penyediaan Buku skrap Digital ini sangat membantu untuk mengenali sejarah
negeri Johor dan pemerintah Johor dengan lebih terperinci. Saya menggunakan kaedah bertulis,
kaedah pandang dengar dan kaedah lisan untuk mengumpulkan sumber sejarah berkenaan
biodata tokoh pemimpin, pendidikan tokoh yang dipilih, kerjaya tokoh, sumbangan tokoh.
Menerusi sumber-sumber yang diperoleh, saya telah berjaya mentafsirkan maklumat dan
memupuk nilai hormat serta bangga sebagai anak Johor. Saya menggunakan aplikasi
Microsoft word dan any flips untuk menghasilkan buku skrap ini. Akhir sekali, dengan
melibatkan diri dalam pertandingan ini dapat membentuk pemikiran yang lebih positif dan
progresif.


Click to View FlipBook Version