The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nordiana274, 2021-04-20 23:12:02

MINIT MESYUARAT AJK PIBG 3 2020

MINIT MESYUARAT AJK PIBG 3 2020

MINIT MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

( PIBG ) KALI KE-3 / 2020

SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT, SITIAWAN

Tarikh : 22 SEPTEMBER 2020 ( SELASA )
Tempat : BILIK GERAKAN SK CONVENT
Masa : 3.00 PETANG

BIL. Kehadiran (Nama) Jawatan
1 Puan Hjh Ainon Binti Jais Penasihat
2 Puan Nadzrah binti Bakia Setiausaha
3 Puan Nordiana binti Nurdin Naib Setiausaha
4 Puan Siti Hajar binti Zakaria Juruaudit
5 Puan Hjh Suriani binti Suroji Bendahari
6 Encik Jason a/p Solomon John AJK Ibu bapa
7 Encik Nur Afendy bin Ali Hussain AJK Ibu bapa
8 Puan Junaidah binti Junid AJK Ibu bapa
9 Puan Zarina binti Omar AJK Guru
10 Puan Rohayu binti Jubidi Juruaudit
11 Puan Alizawati binti Adnan AJK Guru
12 Puan Mazura bitni Musa AJK Guru
13 Puan Hjh Norhasimah binti Abd Penolong Kanan Pentadbiran ( hadir
bersama)
Rahman Penolong Kanan HEM (hadir bersama)
14 Puan Syaharaini binti Said Penolong Kanan Kokurikulum ( hadir
15 Puan Embam binti Ibrahim bersama)
AJK Ibu Bapa
16 Encik Azri bin Johari AJK Ibu Bapa
17 Puan Siti Hajar binti Zakaria

Tidak hadir bersebab: Jawatan
NYDP
BIL. Kehadiran (Nama) AJK PIBG
1 Encik Shamsul Effendy bin Abdul Hamid
2 Encik Nur Afande

1 UCAPAN PENASIHAT ( PUAN HJH AINON BT JAIS)

1.1 Pn Hjh Ainon mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli jawatankuasa ke mesyuarat AJK Kali
Ke-3. Berterima kasih kerana sudi menghadirkan diri.

1.2 Puan Hjh Ainon memaklumkan serba sedikit tentang perjalanan aktiviti sekolah.
i. Kokurikulum bermula semula pada 23.9.2020 pada setiap hari Rabu. Murid-murid
akan menjalankan aktiviti mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh KPM.

1.3 Puan Hjh Ainon menyatakan tujuan utama mesyuarat pada kali ini ialah membincangkan
tentang SOP Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah ( PPSS). Ia juga bertujuan supaya
pihak PIBG dapat melihat serba sedikit selok-belok persediaan sekolah dibuka semula.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1 Minit mesyuarat dibacakan oleh setiausaha, semua AJK menyemak minit mesyuarat bil

2/2020 untuk disahkan.
2.2 Puan Junaidah binti Junid telah mencadangkan minit mesyuarat disahkan dan telah

disokong oleh Puan Zarina binti Omar.

Tindakan/Makluman: setiausaha

3 PERKARA BERBANGKIT
Tiada perkara berbangkit

4 AGENDA DAN PERBINCANGAN MESYUARAT
4.1 Pembentangan akaun kewangan PIBG bertarikh sehingga 1.9.2020

( merujuk paparan skrin )
Baki tabungan PIBG ialah sebanyak RM 13, 865.33 ( semasa + tunai ).

Tindakan/Makluman: bendahari

PEMBENTANGAN PROGRAM PUSAT SUMBER SEKOLAH
( Program Selangkah ke PSS, Sejuta Ilmu ).
- Rujuk kepada kertas konsep pada slide tayangan
4.2 Puan Hjh Norhasimah ( PK 1) membentang dan menerangkan kertas konsep tersebut.
4.2.1 Objektif: Sebagai kemudahan pergerakan keluar masuk ke Pusat Sumber Sekolah.
4.2.2 Perpindahan tempat melibatkan tiga kiosk iaitu Bilik BOSS, Bilik Pemlihan dan

Kedai Buku.
4.3 PK 1 turut menyatakan rasional akan perubahan tempat PSS:

- memudahkan laluan dan urusan berkaitan PSS murid.
- menjimatkan masa dan tenaga guru PSS, pengawas dan guru-guru yang bertugas.
4.4 PK1 memaklumkan kepada ahli mesyuarat berkenaan jumlah peruntukan sebanyak

RM 5000.00.

Tindakan/Makluman: bendahari

4.5 Pn Suriani selaku guru media PSS turut menyokong usaha penuh yang akan
dilaksanakan kerana ianya sangat berkait rapat dengan masalah kekangan masa
rehat murid.

4.6 Tuan YDP mengesyorkan cadangan kertas konsep program PSS setelah meneliti
rasional pemurnian PSS SK Convent.

4.7 Sidang mesyuarat telah menyokong dan mempersetujui bajet sebanyak RM 5000.

5 HARI ANUGERAH CEMERLANG / PROGRAM GO GREEN 2020

5.1 SK Convent mendapat penghargaaan sebagai salah sebuah sekolah yang terpilih
dalam Program Go Green anjuran Malaysian Books Of Record dan World Books Of
Record ( MBOR) tahun 2020.

5.2 Maklumat Hari Anugerah Cemerlang 2020:
Tarikh: 12 Disember 2020
Hari: Sabtu
Masa: 8.00 – 11.00 pagi
Tindakan / Makluman: PK Kokurikulum

5.3 Pn Embam menerangkan serba sedikit kertas konsep berkenaan Go Green 2020.
5.3.1 Tawaran adalah percuma dan pihak sekolah berbesar hati menerima tawaran

tersebut.
5.3.2 Ada persembahan khas seperti nyanyian, ikrar dan program menanam pokok.

SK Convent bercadang memilih 10 jenis pokok herba untuk ditanam pada hari
kejadian.

HAL-HAL LAIN
5.4 En. Shamsul mohon pihak sekolah memberikan penghargaan sama ada sijil atau

hadiah kepada murid-murid terutama kepada tahun 6.

5.5 Pn. Suriani menyatakan PSS sekolah ada keluarkan sijil Nilam untuk semua murid tahap
2.

5.6 En.Shamsul memaklumkan jika ada kerosakan pada kad QR (datang reader) murid harap
dapat dibaiki.
Guru besar maklumkan juga bayaran sebanyak rm3 dikenakan untuk kad yang baru.

5.7 Pn Norhasimah (PK 1) memaklumkan ahli mesyuarat tentang Pentaksiran Akhir Tahun
pada 23 hingga 27 November depan yang melibatkan Tahap 2 sahaja.

5.8 En. Azri memberikan cadangan supaya pihak PIBG mencari dana kewangan atau tabung
dengan cara memohon sumbangan kepada syarikat atau badan tertentu.

5.9 En.Jason minta penerangan pihak sekolah tentang cara pentaksiran Tahap 1 dilaksana.
Guru besar memaklumkan bahawa pentaksiran Tahap 1 adalah ama seperti tahun lepas
yang akan diadakan sesi interaksi Bersama ibu bapa / penjaga setelah PBD selesai
dijalankan. Tarikh hari interaksi dijangka pada 18.12.2020 ini.
Pentaksiran khusus untuk Tahun 6 juga akan diadakan sekitar November ini.

6.0 Pn. Syaharaini ( PK HEM ) memaklumkan tentang data kehadiran murid. Harap dapat
dipertingkatkan dengan inisiatif ibu bapa juga. Menurut pihak PPD Manjung, kehadiran
murid sudah menurun di bawah 91% sejak PKP ( COVID19 ) dilaksanakan.
PK HEM juga menyatakan tentang pengisian boring-borang ke asrama untuk murid
Tahun 6 yang ingin memohon. Pentaksiran khusus akan diadakan di 5 buah pusat ujian
untuk saringan ke asrama.

7 Ucapan Penangguhan
7.1 Puan Hjh Ainon meminta agar PIBG dan pihak sekolah meneruskan agenda kerjasama

yang baik dari pihak PIBG meskipun terdapat beberapa kekangan akibat pandemik Covid
terutamanya dari segi kehadiran murid.

7.2 Guru besar melahirkan rasa syukur dengan kerjasama pihak ibu bapa yang memberikan
komitmen dan idea bagi menjayakan program murid-murid walaupun pandemik Covid19
belum berakhir.

Mesyuarat AJK PIBG kali ke-3 ditangguhkan pada jam 5.00 petang.

Disediakan oleh:
Setiausaha Mesyuarat AJK PIBG
Sekolah Kebangsaan Convent, Sitiawan
Bertarikh: 25 September 2020
SYA/nad/mesy.ahlijawatankuasapibgbil.3/2020


Click to View FlipBook Version