The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PANDUAN KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 1 TAHUN 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nelly Herry, 2023-11-28 07:26:50

KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 1

PANDUAN KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 1 TAHUN 2023

PANDUAN MENULIS KAJIAN LAPANGAN Sekolah Menengah Kebangsaan Pengalat Papar Peti Surat 82 89600 Papar SABAH. TUGASAN KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 1 2023 Berdasarkan perangkaan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, jumlah sisa domestik yang terhasil di negara kita mencecah 33 000 tan matrik sehari (Sumber: Sinar Harian, 19 Januari 2016). Calon dikehendaki menjalankan kajian lapangan mengenai sisa domestik di kawasan tempat tinggal/sekolah anda. Kajian lapangan tersebut hendaklah merangkumi perkara-perkara seperti berikut: a) Takrifan sisa domestik. b) Menghuraikan jenis- jenis sisa domestik yang terdapat di kawasan kajian. c) Menghuraikan kesan-kesan pembuangan sisa domestik terhadap penduduk dan persekitaran setempat. d) Mencadangkan langkah-langkah mengatasi kesan pembuangan sisa domestik tersebut. Arahan: 1. Kajian lapangan hendaklah ditulis dengan tangan (TIDAK BOLEH DITAIP DENGAN KOMPUTER ATAU MESIN TAIP). 2.Peta lakar perlu dilukis dengan menggunakan pencil dan simbol-simbol tertentu. 3. Gunakan kertas kajang yang bergaris untuk menulis laporan. Peta lakar boleh dilukis di atas kertas putih A4 kosong. 4. Murid perlu menulis dalam bentuk karangan. Murid DILARANG menggunakan nombor atau point form. 5. Susun helaian kerja lapangan mengikut urutsan sebelum dihantar.Gunakan fail di bawah:


PANDUAN MENULIS KAJIAN LAPANGAN KERANGKA PELAKSANAAN TUGASAN KERJA LAPANGAN TINGKATAN 1 BIL. PERKARA HURAIAN 1. Perancangan ⚫ Jadual kerja ( 5 markah) Menyediakan perancangan yang sangat lengkap, tepat, realistik dan mempamerkan sikap bersungguh-sungguh. Penulisan Kajian Lapangan 1. Penghargaan ( 5 markah) Ditujukan kepada semua pihak yang membantu murid dalam menjalankan kajian. Contohnya, ibu bapa, pengetua sekolah, guru geografi, responden, pegawai-pegawai yang terlibat dan rakanrakan. 2. Pendahuluan ( 5 markah) Huraian secara ringkas tentang tajuk kajian, kawasan kajian dan perkara yang menjadi pokok pembicaraan kajian. 3. Objektif kajian ( 5 markah) Menyatakan tujuan kajian dijalankan. Murid dikehendaki menyenaraikan sekurang-kurangnya 4 objektif kajian. a) Grafik ( 5 markah) Grafik mengikut susunan yang betul,lengkap dan kritis. 4. Jadual yang sesuai berdasarkan borang soal selidik yang telah dijalankan • Tajuk • Idea utama • Maklumat Melukis peta lakar kawasan kajian • Tajuk • Petunjuk • Arah • Simbol Membina jadual yang lengkap berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada borang soal selidik. Melukis peta lakar berdasarkan simbol peta lakar yang betul dengan merujuk ciri pandang darat budaya dan ciri pandang darat fizikal di kawasan kajian 5. Kaedah kajian 5 markah Mengumpul maklumat menggunakan kaedah yang sesuai. Memperoleh maklumat daripada pelbagai sumber seperti soal selidik / pemerhatian / rujukan Mengumpul dan mengurus maklumat daripada pelbagai sumber (perpustakaan, media elektronik, orang sumber, agensi berkaitan) yang boleh dipercayai, bersesuaian dengan tajuk kerja lapangan dan terkini. Bilangan responden : 1. Soal selidik tidak kurang daripada 10 orang. 6. Hasil kajian a)Konsep 10 markah b)Jenis (Fakta + Huraian + Contoh) 10 Markah c) Kesan (Fakta + Huraian + Contoh) 10 markah d)Cadangan (Fakta + Huraian + Contoh) 10 markah Menghuraikan konsep dengan tepat dan betul serta contoh. Menghuraikan jenis sisa domestik yang berkaitan dengan jelas,teratur serta menunjukkan keaslian dan kritis. Menghuraikan kesan-kesan pembuangan sisa domestik yang berkaitan dengan terperinci, jelas dan relevan serta menunjukkan keaslian. Mencadangkan langkah-langkah mengatasi kesan pembuangan sisa domestik dengan relevan dan huraian tepat. 7. Rumusan (5 markah) Kesimpulan secara ringkas dan tepat tentang kajian yang dijalankan. Mengemukakan cadangan dan pengalaman semasa menjalankan kajian. Menyelitkan unsur-unsur alam sekitar dan semangat mencintai dan menghargai kawasan sendiri. 8. Rujukan (5 markah) Contoh Cara Tulis Rujukan Buku Mohd Ekhwan Toriman, 2019. Hidrologi Sekitaran: Dari Alur ke Sungai daripada Tercemar kepada Terawat. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Orang Sumber (borang soal selidik) : Encik Zainal bin Kassim, 55 tahun, No 32, Kampung Kuala Rui, 33300 Gerik, Perak 9. Lampiran 10 Markah Pemerhatian: gambar 10 borang soal selidik 10. Pembentangan 10 Markah Membentangkan hasil kajian lapangan menerusi rakaman video tidak lebih daripada 5 minit.


PANDUAN MENULIS KAJIAN LAPANGAN CONTOH MUKA HADAPAN: KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 1 2023 TAJUK: KAJIAN MENGENAI SISA DOMESTIK DI (NAMA KAWASAN KAJIAN) NAMA MURID : KELAS : SUBJEK : NAMA GURU :


PANDUAN MENULIS KAJIAN LAPANGAN SENARAI KANDUNGAN BIL ISI KANDUNGAN HALAMAN 1 PENGHARGAAN 2 PENDAHULUAN 3 JADUAL KERJA 4 OBJEKTIF KAJIAN 5 KAEDAH KAJIAN 6 KAWASAN KAJIAN 7 HASIL DAPATAN KAJIAN A) KONSEP SISA DOMESTIK B) JENIS SISA DOMESTIK C) KESAN PEMBUANGAN SISA DOMESTIK D)LANGKAH-LANGKAH MENGATASI KESAN PEMBUANGAN SISA DOMESTIK 8 RUMUSAN 9 LAMPIRAN 10 RUJUKAN


PANDUAN MENULIS KAJIAN LAPANGAN PENGHARGAAN Saya berasa sangat gembira untuk menghasilkan Kerja Kursus Geografi. Saya dapat melaksanakannya dengan sempurna dengan bantuan dan kerjasama daripada beberapa pihak. Dengan itu, saya mahu mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan saya kepada guru penilai saya iaitu Cikgu………… kerana telah sudi memberikan bimbingan dan tunjuk ajar dalam menjalankan kajian lapangan ini. Selain itu, saya mahu mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang telah sudi menjadi responden saya dalam kajian ini dan telah mengambil masa untuk melengkapkan borang soal selidik yang disediakan. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan saya yang telah memberi bantuan dan keterangan kepada saya apabila saya tidak memahami apa yang diajar oleh guru. Akhirnya, ucapan terima kasih ini saya tujukan kepada kedua-dua ibu bapa saya yang telah memberi dorongan dan bantuan untuk saya menjalankan kajian ini. Jasa mereka semua akan dikenang sepanjang hidup saya. PENDAHULUAN Saya ------------ merupakan murid tingkatan 1 ------------- dari SMK ------. Saya telah memilih tajuk -------- kerana tajuk ini memudahkan saya membuat Pemerhatian dan membuat rujukan daripada ------- ---- dan --------. Saya memilih Kawasan kajian iaitu di ---------------- kerana ia berdekatan dengan rumah saya. Saya telah menetapkan ------------- objektif kajian yang perlu saya capai untuk melengkapkan kajian lapangan iaitu ------------------------------------------. Saya juga telah menggunakan tiga kaedah kajian iaitu --------------------------------------------------. Saya mengambil masa selama ------------- untuk menyiapkan kajian lapangan ini.


PANDUAN MENULIS KAJIAN LAPANGAN JADUAL KERJA HARI TARIKH AKTIVITI CATATAN • Menerima soalan dan panduan rubrik perlaksanaan kajian • Tajuk: sisa domestik • Berbincang dengan guru bentuk pelaksanaan yang hendak dilakukan Dalam kelas • mula mengumpul maklumat melalui buku rujukan/kamus Dewan Bahasa dan Pustaka mengenai konsep sisa domestik di dalam kelas dengam bimbingan guru • mengumpul maklumat melalui internet mengenai konsep sisa domestik di rumah • Memerhatikan ciri fizikal dan ciri budaya Kawasan kajian • Melukis draf Kawasan kajian • Melukis peta lakar Kawasan kajian • menyediakan borang soal selidik dengan bimbingan guru • dengan bimbingan guru • dengan rakan • Waktu petang membuat Pemerhatian di Kawasan kajian untuk melihat jenis-jenis sisa domestik • waktu petang mengedarkan borang soal selidik kepada jiran-jiran dan penduduk setempat tentang sisa domestik di kawasan kajian.. • dengan rakan • membuat analisis daripada temubual 10 responden yang diperoleh. • menghasilkan bahan grafik yang sesuai. • dengan bimbingan guru • menulis laporan daripada hasil kajian di hadapan guru. • di hadapan guru geografi • menulis laporan daripada hasil kajian di hadapan guru. • menyemak laporan kajian dan bahan grafik. • membuat penambahbaikan ⚫ Menghantar tugasan • Guru membuat pentaksiran ⚫ Pembentangan murid


PANDUAN MENULIS KAJIAN LAPANGAN OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini dijalankan untuk memenuhi objektif-objektif yang berikut : a) Mentakrifkan sisa domestik b) Menghuraikan jenis- jenis sisa domestik yang terdapat di kawasan kajian c) Menghuraikan kesan-kesan pembuangan sisa domestik terhadap penduduk dan persekitaran setempat. d) Mencadangkan langkah-langkah mengatasi kesan pembuangan sisa domestik tersebut e) Membentangkan laporan hasil kajian tersebut. KAEDAH KAJIAN Saya mendengar taklimat dan penerangan daripada guru Geografi, dan pada masa yang sama membuat catatan hasil penerangan guru. Saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan membantu saya mencatat maklumat secara terperinci dan bersistematik. Oleh itu, saya telah menggunakan 3 kaedah ini untuk menjalankan kajian ini. Berikut adalah:- 1. Kaedah pemerhatian Saya telah membuat pemerhatian terhadap kawasan kajian untuk mendapatkan maklumat tentang sisa domestik di kawasan kajian. Saya telah memerhati tentang jenis,punca dan kesan pembuangan sisa sisa domestik di kawasan kajian. 2. Soal selidik Saya telah mengedarkan borang soal selidik kepada penduduk di kawasan kajian untuk mengkaji tentang sisa domestik di kawasan kajian. Saya telah memberi borang soal selidik kepada 10 orang responden dan memberi mereka masa sebanyak 5 minit untuk menjawabnya. Saya telah mengutip borang tersebut dan menganalisanya seperti di bahagian lampiran. 3) Rujukan Saya telah menggunakan pelbagai bahan rujukan untuk saya mencari maklumat tentang maksud sisa domestik. Saya telah mencari pelbagai sumber dari internet,kamus dewan bahasa dan buku untuk memudahkan saya membuat laporan kajian.


PANDUAN MENULIS KAJIAN LAPANGAN KAWASAN KAJIAN Kawasan kajian saya iada di --------------------------------.Saya tinggal di ----------------------- sejak. ------------------------ merupakan Kawasan yang terletak di daerah ----------------------------. Melalui Pemerhatian saya, bentuk muka bumi di ----------------------------- adalah ----------------------. Ciri-ciri fizikal yang lain terdapat di sini ialah-------------------------------------. Kawasan kajian say aini mempunyai banyak kemudahan seperti -------------------------------------. PETA LAKAR KAWASAN KAJIAN Lukis peta lakar Contoh:


PANDUAN MENULIS KAJIAN LAPANGAN HASIL DAPATAN KAJIAN A) TAKRIFAN SISA DOMESTIK Menurut modul geografi tingkatan 1, sisa domestik bermaksud sisa buangan yang berbentuk pepejal atau cecair. Sisa domestik ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu bahan organik dan bahan bukan organik. Bahan organik adalah _____________________________________. Manakala bahan bukan organik adalah__________________________. Contoh Penulisan laporan: Sila rujuk buku teks geografi anda dan cari maksud sisa domestik dalam bab tersebut. Anda juga boleh mencari maksud sisa domestik di dalam laman web wikipedia bahasa melayu. B. JENIS SISA DOMESTIK DI KAMPUNG __________________________ Setelah mengedarkan borang soal selidik anda boleh menganalisis hasil data dan membina jadual seperti di bawah. Menerusi jadual tersebut,anda boleh mula menulis karangan berdasarkan hasil dapatan anda.


PANDUAN MENULIS KAJIAN LAPANGAN PELAPORAN UNTUK PUNCA, KESAN DAN CADANGAN ADALAH DENGAN CARA YANG SAMA. BINA JADUAL BERDASARKAN DATA BORANG SOAL SELIDIK KEMUDIAN TULIS KARANGAN. RUMUSAN (membuat rumusan hasil dapatan / apa yang telah kamu pelajari sepanjang menjalankan kajian lapangan ini). Contoh: Setelah menjalankan kajian lapangan ini, saya telah menemui beberapa sumber yang berkaitan dengan sisa-sisa domestik di ---------------------------------.Antaranya sisa makanan,kertas,plastic,tin,kaca dan botol. Kajian ini juga membantu saya memahami lebih mendalam tentang punca dan kesan pembuangan sisa domestic di Kawasan tersebut. Antara punca yang dikenalpasti adalah-----------------------------------------.Manakala kesan yang terjadi akibat pembuangan sisa domestic adalah-----------------------------------. Kajian ini juga membantu saya untuk memikirkan Langkah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan masalah pembuangan sisa domestik di kawasan kajian. Antara Langkah yang boleh dilakukan ialah------------------ -------------------------------------. LAMPIRAN -masukkan gambar yang berkaitan seperti gambar sisa domestik -masukkan borang soal selidik RUJUKAN -Masukkan bahan rujukan yang digunakan


PANDUAN MENULIS KAJIAN LAPANGAN CONTOH BORANG SOAL SELIDIK SMK PENGALAT KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 1 Tajuk kajian: Sisa domestik di ---------------------------- Maklumat Diri Responden: Nama responden : Umur : Alamat : --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Borang ini mengandungi 5 soalan. Tandakan (/) pada satu jawapan sahaja bagi setiap soalan. 1. Adakah anda melakukan pengasingan sampah di rumah? Ya Tidak 3. Apakah jenis sisa domestik yang paling banyak di Kampung ------------------------------? 4.Pada pendapat anda, apakah punca utama yang menyebabkan pencemaran sisa domestik di----------------------? i. Sikap malas dan tidak endah masyarakat ii. Pemungutan dan pengendalian sisa domestik tidak mengikut jadual. iii. Sikap pentingkan diri sendiri. iv. Tidak mementingkan kebersihan. v. Tempat pembuangan sampah yang jauh. vi. Kurang pendidikan tentang kesan terhadap alam sekitar. vii. Penguat kuasaan yang lemah dari pihak berkuasa. 4. Apakah kesan paling ketara boleh dilihat di------- akibat pembuangan sisa domestik? 5. Cadangkan satu langkah yang berkesan untuk mengatasi masalah pembuangan sisa domestik di----------------


Click to View FlipBook Version