MIGRASI DALAMAN DI DAERAH PAPAR NAMA : KELAS : SUBJEK :
ISI KANDUNGAN PENGHARGAAN......................................................................................................................... 3 PENGENALAN.............................................................................................................................. 4 OBJEKTIF KAJIAN....................................................................................................................... 5 KAEDAHKAJIAN......................................................................................................................... 6 Hasil Kajian.................................................................................................................................... 7 JENIS MIGRASIDALAMAN................................................................................................... 7 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MIGRASI DALAMANDI DAERAH PAPAR: ............................................................................................................................................. 8 KESAN MIGRASI TERHADAP KAWASANKAJIAN.................................................. 10 CARA MENGURANGKAN KESAN MIGRASI .............................................................. 11 RUMUSAN................................................................................................................................... 12
PENGHARGAAN Pertama sekali syukur kepada Allah SWT kerana izin serta rahmatnya,dapatlah saya menyiapkan tugasan kerja kursus ini dengan jayanya.Seterusnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru geografi saya, Puan Nelly yang tanpa penat dan Lelah memberikan bimbingan dan tunjuk ajar sehingga kajian ini dapat diselesaikan dengan sempurna. Selain itu,saya amat terhutang budi kepada kedua-dua ibu baa saya yang telah memberikan peruntukkan perbelanjaan serta dorongan dan sokongan sepanjang kajian ini disiapkan. Tanpa sokongan dari setiap pihak yang terlibat tidak mungkin saya dapat menyiapkan kajian ini dengan jayanya kerana kerja-kerja untuk menyiapkan tugasan ini memerlukan motivasi,usaha,buah fikiran dan mahupun peruntukan kewangan bagi memastikan ianya berjalan dengan lancar.
PENGENALAN Kajian lapangan ini merupakan tugasan wajib yang patut dijalankan oleh setiap pelajar tingkatan 4 yang mengambil mta pelajaran Geografi.Tajuk kajian bagi kajian lapangan saya adalah Migrasi Dalaman Di Malaysia dan saya Nurul Hawa Farhana Binti Francisco pelajar tingkatan 4 UKM dari sekolah SMK Pengalat telah melakukan kajian ini di Kawasan daerah Papar. Antara sebab utama saya memilih Kawasan daerah Papar sebagai Kawasan kajian kerana ia merupakan tempat tinggal saya.Ini akan memudahkan urusan saya untuk membuat kajian kerana berhampiran dengan rumah saya. Tempoh masa yang diberikan kepada saya telah saya gunakan dengan sebaiknya dari hari pertama sehingga hari kerja kursus ini disiapkan.
OBJEKTIF KAJIAN Objektif utama kajian ini dibuat adalah untuk memenuhi kehendak tugasan kajian seperti perkara berikut: ✓ Mengenalpasti konsep migrasi dalaman di Malaysia ✓ Menerangkan jenis migrasi dalaman di daerah Papar ✓ Menjelaskan faktor yang menyebabkan berlakunya migrasi dalaman di daerah Papar ✓ Menjelaskan kesan migrasi dalaman kepada pembangunan ekonomi dan alam sekitar di daerah Papar ✓ Mencadangkan cara mengurangkan kesan migrasi di daerah Papar
KAEDAH KAJIAN Bagi kajian ini,saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian yang bersesuaian.Kaedah kajian ini dilakukan adalah bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan sesuai dengan kajian saya.Justeru terdapat dua kaedah kajian yang telah dipilih bagi memastikan kajian ini dapat dijalankan dengan sempurna. 1) RUJUKAN Saya telah merujuk internet dan buku rujukan untuk mencari maklumat yang tepat berkaitan migrasi dalaman 2) PEMERHATIAN Saya juga telah membuat pemerhatian berkaitan migrasi dalaman di Kawasan kajian tersebut
KONSEP MIGRASI Hasil Kajian Migrasi bermaksud perpindahan penduduk dari suatu tempat ke tempat yang lain merentasi sempadan kampung,daerah,bandar,negeri dan antarabangsa. Terdapat 2 jenis migrasi iaitu migrasi dalaman dan migrasi antarabangsa. JENIS MIGRASI DALAMAN Migrasi dalaman terbahagi kepada 4 iaitu: I. Luar bandar ke bandar II. Luar bandar ke luar bandar III. Bandar ke luar bandar IV. Bandar ke bandar Kawasan kajian saya ialah luar bandar ke luar bandar dan luar bandar ke bandar kerana daerah papar merupakan daerah luar bandar
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MIGRASI DALAMAN DI DAERAH PAPAR: i. Peluang Pekerjaan terhad Faktor ini menyumbang 50% keseluruhan migrasi di Kawasan.Ini disebabkan Kawasan kajian tidak dapat menampung atau menyediakan peluang pekerjaan di Kawasan tersebut. ii. Faktor Perumahan Faktor ini menjadi punca yang menyebabkan berlakunya migrasi di Kawasan kajian.Pembukaan taman-taman perumahan mendorong penduduk untuk berpindah dengan alasan untuk menjamin kehidupan yang lebih selesa bersama keluarga mereka. iii. Faktor Perkahwinan Faktor perkahwinan iaitu berpindah mengikuti pasangan.Ini terjadi kerana penduduk di Kawasan kajian sama ada lelaki atau perempuan akan mengikut pasangan mereka yang berasal dari kawasan lain.
iv. Kemudahan Infrastruktur Yang Lengkap Kemudahan infrastruktur yang disediakan bagi kemudahan awam untuk penduduk seperti bank.Terdapat beberapa bank disediakan di Kawasan kajian sebagai salah satu kemudahan bagi penduduk yang tinggal di Kawasan kajian ini.
KESAN MIGRASI TERHADAP KAWASAN KAJIAN i. Kehidupan Lebih Baik Kesan ketara akibat migrasi ini ialah sumber kewangan ketua keluarga lebih baik.Ini kerana anak-anak mereka yang bekerja di luar akan memberikan wang setiap bulan kepada ibu bapa mereka yang semakin tua. ii. Kemudahan infrastruktur Kawasan kajian tersebut dapat peluang untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur seperti kemudahan kesihatan,Pendidikan dan pengangkutan untuk lebih menyelesakan hidup para penduduk. iii. Masalah Penempatan Setinggan Migrasi juga akan menyebabkan masalah perumahan di Kawasan bandar seperti setinggan.Hal ini disebabkan oleh perebutan tanah untuk mereka tinggal. iv. Persaingan mendapat peluang pekerjaan Migrasi yang berlaku telah menyebabkan persaingan untuk mendapatkan peluang pekerjaan di Kawasan tersebut.Hal ini kerana peluang yang pekerjaan yang ditawarkan adalah terhad.
CARA MENGURANGKAN KESAN MIGRASI i. Meningkatkan Kemudahan Asas Kita perlu meningkatkan kemudahan asas di luar bandar seperti pusat kesihatan dan pusat Pendidikan bagi mengurangkan migrasi dalaman berlaku ii. Mempelbagaikan kegiatan ekonomi di luar bandar Mempelbagaikan kegiatan ekonomi di luar bandar seperti industri kecil dan sederhana untuk membuka peluang pekerjaan kepada penduduk iii. Membuka Kawasan pertanian baru Membuka Kawasan pertanian baru seperti ladang kelapa sawit bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada orang yang tidak mempunyai pekerjaan
RUMUSAN Migrasi ini merupakan satu perkara yang tidak boleh dielakkan.Apa yang penting ianya perlu dikawal agar tidak menimbulkan masalah terhadap Kawasan kampung ini.Golongan belia atau anak muda diharap akan terus menetap di daerah ini agar dapat mewujudkan suasana yang harmonis.Apa yang ditakuti ialah apabila golongan belia kurang akan mengundang kemasukan warga asing yang pasti akan banyak menimbulkan masalah sosial di daerah ini.