The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Soalan dan panduan kajian lapangan geografi tingkatan 3

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nelly Herry, 2023-01-02 02:10:21

KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 3

Soalan dan panduan kajian lapangan geografi tingkatan 3

Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3

Sekolah Menengah Kebangsaan Pengalat Papar
Peti Surat 82
89600 Papar
SABAH.

TUGASAN KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 3 2022

Calon dikehendaki menjalankan kajian lapangan mengenai amalan kitar semula di kawasan tempat
tinggal/sekolah anda.
Kajian lapangan tersebut hendaklah merangkumi perkara-perkara seperti berikut:

a) Mengenal pasti konsep dan elemen kitar semula.Menghuraikan jenis- jenis sisa domestik yang terdapat di
kawasan kajian.

b) Menjelaskan amalan kitar semula serta kepentingan amalan tersebut untuk dipraktikkan dalam kehidupan
seharian di kawasan kajian.

c) Mengkaji dan menghuraikan halangan dan permasalahan yang dihadapi untuk melaksanakan amalan kitar
semula dalam diri penduduk di kawasan kajian.

d) Menghuraikan cadangan untuk mengurangkan masalah kitar semula di kawasan kajian.
e) Membentangkan hasil kajian lapangan.

Arahan:
1. Kajian lapangan hendaklah menggunakan tulisan tangan (TIDAK BOLEH DITAIP DENGAN KOMPUTER ATAU MESIN
TAIP). KECUALI muka hadapan dan juga borang soal selidik.

2.Peta lakar perlu dilukis dengan menggunakan pencil dan simbol-simbol tertentu.
3. Gunakan kertas kajang yang bergaris untuk menulis laporan. Peta lakar boleh dilukis di atas kertas putih A4 kosong.
4. Murid perlu menulis dalam bentuk karangan. Murid DILARANG menggunakan nombor atau point form. (Rujuk contoh laporan
yang diberikan guru).
5. Susun helaian kerja lapangan mengikut urutsan sebelum dihantar.Gunakan fail di bawah:

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PENGALAT
LAPORAN KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 3 2022

TAJUK:
AMALAN KITAR SEMULA DI SEKITAR

KAMPUNG -------------------

NAMA MURID :

KELAS :

NAMA GURU :

Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3

JADUAL KERJA

TARIKH HARI PERKARA CATATAN
Menerima soalan dan mendengar Taklimat Kerja Ketua Panitia
03 Selasa Lapangan Geografi, Tingkatan 3 Guru Mata
Jan
Pelajaran
Perbincangan tentang : Online
- Tajuk Kajian
- Jadual kerja / pengagihan kerja (Whatsapp)
- Penghargaan
- Pendahuluan Di rumah
- Objektif kajian
- Kawasan Kajian
- Penentuan Kaedah kajian
- Hasil Kerja Lapangan
- Rumusan
- Rujukan
- Sediakan lampiran

Murid menyediakan muka depan kerja lapangan.

Murid menulis pendahuluan, penghargaan, objektif dan PdPc
kaedah kajian. Sekolah

Murid Mencari dan mengumpul maklumat PdPc
Sekolah
- Menghuraikan konsep
PdPc
- Menghuraikan faktor yang mempengaruhi amalan Sekolah
kitar semula di kawasan kajian PdPc
Sekolah
- Menghuraikan kesan amalan kitar semula di kawasan
20 kajian.
Januari
2023 - Mencadangkan usaha-usaha untuk mengatasi amalan
kitar semula di kawasan kajian.

- Membuat rumusan tentang tajuk kajian
Menghantar hasil kajian
Membuat rakaman pembentangan dan menghantar
kepada guru.

Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3

SENARAI KANDUNGAN M/S

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGHARGAAN

2.0 PENDAHULUAN

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

4.0 KAWASAN KAJIAN

5.0 KAEDAH KAJIAN

6.0 HASIL KAJIAN
6.1 Konsep Kitar Semula
6.2 Jenis Bahan dan Amalan Kitar Semula
6.3 Kepentingan Kitar Semula
6.4 Masalah/ Halangan Terhadap Amalan Kitar Semula
6.5 Langkah Penyelesaian Masalah Amalan Kitar Semula

7.0 RUMUSAN
8.0 RUJUKAN
9.0 LAMPIRAN

Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3

1.0 PENGHARGAAN

Saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan Kerja Lapangan
Geografi Tingkatan 3.

Setinggi – tinggi penghargaan kepada Pengetua Puan Zarida binti
Mohd Junaidi kerana memberi kebenaran untuk menjalankan kerja
lapangan ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih
kepada guru mata pelajaran Geografi saya iaitu Puan ------------
kerana telah membantu saya dalam penyediaan laporan kerja
lapangan ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya

iaitu [NAMA IBU/BAPA/PENJAGA] yang memberi

bantuan kewangan untuk menjayakan kerja lapangan ini.

Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah
memberikan kerjasama dan semua pihak yang terlibat dalam
proses menyiapkan kerja lapangan ini.

Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3

2.0 PENDAHULUAN

Saya telah menjalankan kajian tentang kitar semula di Kampung---
----------.

Saya memilih kawasan kajian tersebut adalah kerana kawasan itu
berhampiran dengan rumah saya. Ini memudahkan saya untuk
membuat kajian ini.

Saya menjalankan kajian tentang amalan kitar semula di Kampung
----------- serta kepentingan amalan tersebut untuk dipraktikkan
dalam kehidupan seharian di kawasan tersebut.

Selain itu, saya juga menilai halangan dan permasalahan yang
dihadapi untuk melaksanakan amalan tersebut serta meberi
cadangan yang perlu dilakukan bagi meningkatkan kesedaran
dalam kalangan penduduk di kawasan kajian untuk mengamalkan
kitar semula.

Penulisan laporan kerja lapangan dilakukan di rumah dan pada
waktu pengajaran dan pembelajaran Geografi selama dua minggu.

Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Saya menjalankan kerja lapangan di Kampung------- bertujuan
untuk:

3.1 Mengenal pasti konsep dan elemen kitar semula.

3.2 Menjelaskan amalan kitar semula serta kepentingan amalan
tersebut untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian di
kawasan kajian.

3.3 Mengkaji dan menghuraikan halangan dan permasalahan yang
dihadapi untuk melaksanakan amalan kitar semula dalam diri
penduduk di kawasan kajian.

3.4 Mencadangkan usaha yang perlu dilakukan untuk
meningkatkan kesedaran dalam kalangan penduduk di
kawasan kajian untuk mengamalkan kitar semula.

3.5 Menghuraikan cadangan untuk mengurangkan masalah
kitar semula di kawasan kajian.

Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3

4.0 KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya ialah di Kampung----------. Saya memilih
kawasan ini kerana jaraknya yang dekat iaitu hanya -- km dari
rumah dan sekolah saya. Kampung---- ini berkeluasan kira-kira ----
hektar dan mempunyai bilangan penduduk seramai kira-kira ----
orang.

Penduduk di sini terdiri daripada pelbagai kaum iaitu----. Kawasan
ini terletak berdekatan dengan sekolah dan kawasan perniagaan.

Bentuk muka bumi kawasan ini ialah tanah pamah, iaitu kawasan
rata dan sesuai untuk membina pelbagai jenis petempatan seperti
rumah, bangunan kedai, sekolah dan masjid. Kawasan ini juga
merupakan salah satu kawasan yang mempunyai kadar
pembuangan sisa pepejal dan sisa domestik yang tinggi.

Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3

PETA LAKAR
KAWASAN KAJIAN

PETUNJUK:

Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3

5.0 KAEDAH KAJIAN

Saya menjalankan kajian menggunakan kaedah yang berikut:

5.1 Pemerhatian
Dengan kaedah ini, saya memerhatikan sekitar Kampung-----
untuk mendapatkan beberapa maklumat seperti pandang darat
fizikal, pola petempatan dan masalah petempatan yang ada
disana.

5.2 Rujukan Internet
Saya menggunakan kaedah ini untuk mengetahui tentang
konsep dan elemen kitar semula. Saya merujuk beberapa
laman web untuk mendapatkan beberapa maklumat tambahan
bagi kajian saya.

5.3 Rujukan Bahan Bercetak –
Rujukan bahan bercetak seperti buku, majalah dan surat
khabar digunakan untuk mengetahui konsep dan elemen kitar
semula.

5.4 Soal Selidik

Saya telah mengedarkan 10 borang soal selidik dalam kalangan
penduduk di Kampung----- untuk mendapatkan maklumat kajian
saya.

6.0 HASIL KAJIAN

6.1 Konsep dan elemen Kitar Semula :

Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat,
kitar semula ialah ------------------------------------------------------------
----------

Menurut wikipedia bahasa melayu di laman web ------------------,
kitar semula bermaksud ----------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------

(cari maklumat sahih maksud kitar semula daripada sumber yang boleh
dipercayai menggunakan sumber rujukan buku atau internet seperti
kamus dewan dan wikipedia bahasa melayu )

Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3

6.2 Jenis-jenis Bahan dan Amalan Kitar Semula :

Hasil pemerhatian saya ,terdapat pelbagai jenis bahan kitar semula
yang terdapat di Kampung------------------------. Antaranya terdiri
daripada kertas, air, getah, plastik, dan tekstil. Kertas dapat dikitar
semula sama ada berwarna atau tanpa warna seperti akhbar,
majalah , buku−buku lama dan katalog. Air pula seperti air basuhan
beras digunakan untuk menyiram pokok. Botol air plastik dan beg
plastik merupakan bahan plastik yang juga boleh digunakan
semula. Getah pula seperti tayar digunakan untuk tanaman, buaian
dan pelampung. Tekstil pula didermakan dalam bentuk pakaian
kepada orang yang miskin, rumah orang tua dan rumah anak yatim.

Hasil soal selidik yang dijalankan di kawasan kajian, saya dapat ----
--------------------------------

Antara amalan kitar semula yang banyak dilakukan di Kampung--------
-------:

a. Mengitar semula barangan.
Penduduk Kampung------------ akan mengitar semula
barangan mengikut warna tong kitar semula yang biasa
dilihat di tempat awam. Seterusnya, amalan menjual bahan
kitar semula juga diamalkan oleh penduduk kawasan kajian
saya. Antara bahan yang dikitar semula adalah botol plastik
dan akhbar akhbar lama. Wang akan diperoleh mengikut
berat bahan yang dijual. Hal ini menunjukkan bahawa
mereka amat bersyukur kerana dapat menikmati alam
sekitar anugerah Tuhan.

Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3

b. Mendermakan pakaian dan barangan yang masih elok

Penduduk Kampung------------------ telah berganding

bahu untuk mendermakan pakaian dan barangan

yang tidak digunakan kepada beberapa pusat kebajikan

yang kerap dating ke kawasan ini . Hal ini menunjukkan

bahawa mereka amat prihatin dan bersedia membantu

sesiapa yang memerlukan pertolongan.

c. Mengguna Semula Barangan

Komuniti Kampung----------- juga mengamalkan amalan
menghasilkan bahan baru. Misalnya , botol − botol plastik

dijadikan sebagai pasu bunga kecil dan kraftangan yang
lain untuk menghiaskan rumah mereka. Selain itu , tayar −

tayar lama digunakan sebagai buaian , dan juga pelampung
bagi kanak − kanak. Penduduk taman ini mempunyai daya

kreativiti dan inovatif yang sangat tinggi. Hal ini

membuktikan bahawa penduduk di kawasan ini suka
berjimat – cermat dan selalu peka terhadap alam sekitar.

d. Penggunaan beg mesra alam menggantikan beg plastik
Penduduk di Kampung------------ juga mula
menggunakan beg mesra alam untuk menggantikan beg
plastik ketika membeli barangan di pasar raya. Ini dapat
menjimatkan duit kerana beg plastik akan dicaj dan mereka
dapat menjaga alam sekitar juga.

Pesanan guru: SEMUA MAKLUMAT DI ATAS HANYALAH RUJUKAN SAHAJA. MURID HENDAKLAH
MEMBUAT PELAPORAN SENDIRI BERDASARKAN HASIL BORANG SOAL SELIDIK YANG TELAH
DIJALANKAN!

Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3

6.3 Kepentingan Amalan Kitar Semula di kawasan kajian :

Kepentingan amalan kitar semula di Kampung------- adalah seperti yang
berikut:

a. Mewujudkan persekitaran yang bersih dan selesa
Apabila sisa pepejal dan sisa domestik diasingkan dan dilupuskan
dengan kaedah yang betul, persekitaran kawasan perumahan
tersebut akan menjadi lebih bersih. Penduduk akan hidup dengan
lebih selesa dan mempunyai tahap kesihatan yang berkualiti.

b. Mengurangkan pencemaran
Amalan kitar semula dapat megurangkan sampah di tempat
pelupusan kerana sisa akan diurus dengan sistematik. Jadi,
pencemaran bau dapat diatasi.

c. Menjamin bekalan sumber semula jadi
Sikap prihatin terhadap isu-isu alam sekitar akan menjadikan
penduduk lebih mengambil berat mengenai kepentingan
memelihara dan memulihara sumber semula jadi, terutamanya
sumber hutan. Mereka juga sedar akan kesan yang akan berlaku
sekiranya sumber semula jadi tersebut tidak dijaga.

Pesanan guru: SEMUA MAKLUMAT DI ATAS HANYALAH RUJUKAN SAHAJA. MURID HENDAKLAH MEMBUAT PELAPORAN
SENDIRI BERDASARKAN HASIL BORANG SOAL SELIDIK YANG TELAH DIJALANKAN!

Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3

6.4 Masalah/Halangan Amalan Kitar Semula

Ketika menjalankan kerja lapangan ini, beberapa masalah
telah dikenalpasti iaitu:

6.4.1 Ketiadaan pusat pengumpulan barangan kitar semula
Melalui pemerhatian saya, oleh kerana tiada pusat kitar
semula di sekitar Kampung---------, penduduk membuat
keputusan untuk tidak mengumpulkan barangan yang boleh
dikitar semula di rumah. Keadaan itu juga dalam masa yang
sama tidak mewujudkan kerjasama antara penduduk untuk
mengamalkan amalan ini.

6.4.2 Sikap negatif dalam diri individu
Melalui pemerhatian saya juga, sikap penduduk yang masih
berdegil dan tidak mahu menggunakan beg mesra alam
ketika membeli barang. Bagi mereka, perkara ini tidak penting
kerana lebih mudah menggunakan beg plastik.

6.4.3 Memilih untuk membakar atau membuang barangan
Penduduk juga lebih memilih jalan yang lebih mudah iaitu
membuang dan membakar barangan yang tidak digunakan
lagi. Disebab kan sudah terbiasa dengan amalan tersebut,
mereka tidak terfikir untuk mengguna atau mengitar semula
barang yang masih baik.

.

Pesanan guru: SEMUA MAKLUMAT DI ATAS HANYALAH RUJUKAN SAHAJA. MURID HENDAKLAH
MEMBUAT PELAPORAN SENDIRI BERDASARKAN HASIL BORANG SOAL SELIDIK YANG TELAH
DIJALANKAN!

Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3

6.5 Cadangan mengurangkan masalah amalan kitar semula di
kawasan kajian

a) Menyediakan pusat kitar semula
Dengan menyediakan pusat kitar semula di Kampung---------,
penduduk tidak perlu bersusah payah untuk membawa
barangan yang berat ke pusat pengumpulan kitar semula.
Selain itu, mengganti semua tong sampah dengan tong kitar
semula merupakan kaedah yang berkesan untuk
memudahkan orang mengamalkan amalan kitar semula. Jadi,
semua buangan yang boleh dikitar semula akan pergi ke pusat
kitar semula, dan bilangan sampah yang keluar setiap tahun
akan berkurang secara signifikan.

b) Mengadakan kempen kesedaran secara berkala
Semangat untuk menjaga alam sekitar dapat disuntik kepada
masyarakat dengan mengadakan kempen cintai alam sekitar.
Dalam kempen tersebut, kepentingan serta cara-cara untuk
menjaga lama sekitar akan diterangkan supaya penduduk
akan lebih faham dengan amalan kitar semula. Maka, pihak
kerajaan dan bukan kerajaan perlu berganding bahu untuk
memastikan misi ini terlaksana.

c) Menjadikan amalan kitar semula sebagai aktiviti mingguan
Ibu bapa haruslah mendidik anak-anak sejak dari kecil dengan
mengadakan amalan ini sebagai rutin mingguan. Dengan itu,
ia akan menjadi tabiat dan ikutan yang berterusan.

Pesanan guru: SEMUA MAKLUMAT DI ATAS HANYALAH RUJUKAN SAHAJA. MURID HENDAKLAH
MEMBUAT PELAPORAN SENDIRI BERDASARKAN HASIL BORANG SOAL SELIDIK YANG TELAH
DIJALANKAN!

Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3

7.0 RUMUSAN

Dalam kajian di Kampung------- ini, saya mendapati amalan kitar
semula merupakan salah satu kaedah mengurangi jumlah buangan
dengan memproses sampah dan membuatnya menjadi barangan
yang berguna semula. Amalan tersebut juga mudah dan praktikal
kerana kita hanya perlu menghantar barangan kita ke pusat
pengumpulan kitar semula yang terdekat, dan hampir semua
barangan yang kita buang adalah barang yang boleh dikitar
semula.

Amalan kitar semula sangat penting untuk mengurangkan jumlah
sampah serta mencegah penerokaan sumber baru yang berlebihan
dan menjaga alam. Jadi, amalan kitar semula amatlah digalakkan
dan mesti diamalkan.

Tetapi, ada juga masalah dalam mengamalkan kitar semula, seperti
kemudahan yang tidak mencukupi dan kurangnya kesedaran
masyarakat tentang kepentingan amalan kitar semula. Tetapi,
dengan kerjasama antara kerajaan, pihak berkuasa dan
masyarakat, masalah-masalah tersebut pasti dapat ditangani dan
kitar semula dapat terus diamalkan.

Selain itu, saya juga telah mendapat banyak pelajaran dalam kajian
ini, salah satunya ialah berusaha untuk tidak merosakkan alam
dengan mengamalkan 3R.

Pesanan guru: SEMUA MAKLUMAT DI ATAS HANYALAH RUJUKAN SAHAJA. MURID HENDAKLAH
MEMBUAT PELAPORAN SENDIRI BERDASARKAN HASIL BORANG SOAL SELIDIK YANG TELAH
DIJALANKAN!

Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3

8.0 RUJUKAN

8.1 Buku
Ahmad Ridzuan Bin Abdul Rahman, Rajini Gauri
Muthusamy, Pau Anak Utek (2018). Geografi Tingkatan 3
Johor: IMS Books Trading Sdn. Bhd.

8.2 Internet
•http://ms.wikipedia.org/wiki/kitar_semula.htm
• http://maps.google.com/
• http://geogarang.blogspot.com/2009/07/aneka-jenis-tong-
kitar-semula.html
• (PDF Document) Mohd Rashidi Mohd Nor, Recycle, Mei
2009

Pesanan guru: SEMUA MAKLUMAT DI ATAS HANYALAH RUJUKAN SAHAJA. MURID HENDAKLAH
MENULIS SUMBER RUJUKAN SENDIRI BERDASARKAN HASIL KAJIAN YANG TELAH DIJALANKAN!

Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3

9.0 LAMPIRAN

- Boleh masukkan gambar di kawasan kajian
- Wajib masukkan 10 borang soal selidik yang telah diisi oleh responden.

Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3

Contoh borang soal selidik

Tajuk : amalan kitar semula di sekitar Kampung ------------------

Nama responden : :
Alamat responden

Borang ini mengandungi 4 soalan. Pilih satu jawapan sahaja bagi setiap soalan.

1. Apakah jenis bahan kitar semula yang terdapat di Kampung-----------------?

Kertas Plastik

Botol Tin

2. Apakah amalan kitar semula yang dilakukan di Kampung------------------?
Mengitar semula barangan.
Mendermakan pakaian dan barangan yang masih elok.
Menggunakan semula barangan .
Penggunaan beg mesra alam menggantikan beg plastik.

3. Apakah kepentingan amalan kitar semula yang dilakukan di Kampung------------------?
Mewujudkan persekitaran yang bersih dan selesa.
Mengurangkan pencemaran.
Menjamin bekalan sumber semula jadi.
Lain-lain (Nyatakan):________________________________________

4. Apakah halangan amalan kitar semula yang dihadapi di Kampung------------------?
Ketiadaan pusat pengumpulan barangan kitar semula.
Sikap negatif dalam diri individu.
Memilih untuk membakar atau membuang barangan.
Lain-lain (Nyatakan:____________________________________________

5. Berikan cadangan mengurangkan masalah amalan kitar semula yang dihadapi di Kampung------------------.
Menyediakan pusat kitar semula.
Mengadakan kempen kesedaran secara berkala.
Menjadikan amalan kitar semula sebagai aktiviti mingguan.
Lain-lain (Nyatakan:____________________________________________


Click to View FlipBook Version