The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PANDUAN KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 2 TAHUN 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nelly Herry, 2023-11-28 07:07:41

KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 2

PANDUAN KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 2 TAHUN 2023

PANDUAN MENULIS KAJIAN LAPANGAN Sekolah Menengah Kebangsaan Pengalat Papar Peti Surat 82 89600 Papar SABAH. TUGASAN KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 2 2023 Calon dikehendaki menjalankan kajian lapangan mengenai pemanasan global di kawasan tempat tinggal/sekolah anda. Kajian lapangan tersebut hendaklah merangkumi perkara-perkara seperti berikut: a) Takrifan pemanasan global. b) Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi pemanasan global di kawasan kajian. c) Menghuraikan kesan-kesan pemanasan global di kawasan kajian. d) Mencadangkan langkah-langkah mengatasi pemanasan global di kawasan kajian. Arahan: 1. Kajian lapangan hendaklah ditulis dengan tangan (TIDAK BOLEH DITAIP DENGAN KOMPUTER ATAU MESIN TAIP kecuali untuk BORANG SOAL SELIDIK). 2. Gunakan kertas kajang yang bergaris untuk menulis laporan. 3. Murid perlu menulis dalam bentuk karangan. Murid DILARANG menggunakan nombor atau point form. 4. Susun helaian kerja lapangan mengikut urutan isi kandungan sebelum dihantar.Gunakan fail di bawah:


PANDUAN MENULIS KAJIAN LAPANGAN KERANGKA PELAKSANAAN TUGASAN KERJA LAPANGAN TINGKATAN 2 BIL. PERKARA HURAIAN 1. Perancangan ⚫ Jadual kerja ( 5 markah) Menyediakan perancangan yang sangat lengkap, tepat, realistik dan mempamerkan sikap bersungguh-sungguh. Penulisan Kajian Lapangan 1. Penghargaan ( 5 markah) Ditujukan kepada semua pihak yang membantu murid dalam menjalankan kajian. Contohnya, ibu bapa, pengetua sekolah, guru geografi, responden, pegawai-pegawai yang terlibat dan rakanrakan. 2. Pendahuluan ( 5 markah) Huraian secara ringkas tentang tajuk kajian, kawasan kajian dan perkara yang menjadi pokok pembicaraan kajian. 3. Objektif kajian ( 5 markah) Menyatakan tujuan kajian dijalankan. Murid dikehendaki menyenaraikan sekurang-kurangnya 4 objektif kajian. a) Grafik/jadual ( 5 markah) Grafik mengikut susunan yang betul,lengkap dan kritis. 4. Jadual yang sesuai berdasarkan borang soal selidik yang telah dijalankan • Tajuk • Idea utama • Maklumat Membina jadual yang lengkap berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada borang soal selidik. Terdapat 3 jadual: 1. Faktor pemanasan global 2. Kesan pemanasan global 3. Cadangan langkah mengatasi pemanasan global. 5. Kaedah kajian 5 markah Mengumpul maklumat menggunakan kaedah yang sesuai. Memperoleh maklumat daripada pelbagai sumber seperti soal selidik / pemerhatian / rujukan Mengumpul dan mengurus maklumat daripada pelbagai sumber (perpustakaan, media elektronik, orang sumber, agensi berkaitan) yang boleh dipercayai, bersesuaian dengan tajuk kerja lapangan dan terkini. Cadangan kaedah kajian: 1.Pemerhatian 2.Borang soal selidik 3. Rujukan buku/internet Bilangan responden : 1. Soal selidik tidak kurang daripada 10 orang. 6. Hasil kajian a)Konsep 10 markah b)Faktor (Fakta + Huraian + Contoh) 10 markah c)Kesan (Fakta + Huraian + Contoh) 10 markah d)Cadangan (Fakta + Huraian + Contoh) 10 markah Menghuraikan konsep dengan tepat dan betul serta contoh. Menghuraikan faktor-faktor pemanasan global yang berkaitan dengan jelas,teratur serta menunjukkan keaslian dan kritis. Menghuraikan kesan-kesan pemanasan global yang berkaitan dengan terperinci, jelas dan relevan serta menunjukkan keaslian. Mencadangkan langkah-langkah mengatasi kesan pemanasan global dengan relevan dan huraian tepat. 7. Rumusan (5 markah) Kesimpulan secara ringkas dan tepat tentang kajian yang dijalankan. Mengemukakan cadangan dan pengalaman semasa menjalankan kajian. Menyelitkan unsur-unsur alam sekitar dan semangat mencintai dan menghargai kawasan sendiri. 8. Rujukan (5 markah) Contoh Cara Tulis Rujukan Buku Mohd Ekhwan Toriman, 2019. Hidrologi Sekitaran: Dari Alur ke Sungai daripada Tercemar kepada Terawat. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Orang Sumber (borang soal selidik) : Encik Zainal bin Kassim, 55 tahun, No 32, Kampung Kuala Rui, 33300 Gerik, Perak 9. Lampiran 10 Markah Pemerhatian: gambar 10 borang soal selidik 10. Pembentangan 10 Markah Membentangkan hasil kajian lapangan menerusi rakaman video tidak lebih daripada 5 minit.


PANDUAN MENULIS KAJIAN LAPANGAN CONTOH MUKA HADAPAN: KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 2 2023 TAJUK: KAJIAN MENGENAI PEMANASAN GLOBAL DI (NAMA KAWASAN KAJIAN) NAMA MURID : KELAS : SUBJEK : NAMA GURU :


PANDUAN MENULIS KAJIAN LAPANGAN SENARAI KANDUNGAN BIL ISI KANDUNGAN HALAMAN 1 PENGHARGAAN 2 PENDAHULUAN 3 JADUAL KERJA 4 OBJEKTIF KAJIAN 5 KAEDAH KAJIAN 6 HASIL DAPATAN KAJIAN A) KONSEP PEMANASAN GLOBAL B) FAKTOR PEMANASAN GLOBAL C) KESAN PEMANASAN GLOBAL D)LANGKAH-LANGKAH MENGATASI KESAN PEMANASAN GLOBAL 7 RUMUSAN 8 LAMPIRAN 9 RUJUKAN


PANDUAN MENULIS KAJIAN LAPANGAN PENGHARGAAN Saya berasa sangat gembira untuk menghasilkan Kerja Kursus Geografi. Saya dapat melaksanakannya dengan sempurna dengan bantuan dan kerjasama daripada beberapa pihak. Dengan itu, saya mahu mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan saya kepada guru penilai saya iaitu Cikgu………… kerana telah sudi memberikan bimbingan dan tunjuk ajar dalam menjalankan kajian lapangan ini. Selain itu, saya mahu mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang telah sudi menjadi responden saya dalam kajian ini dan telah mengambil masa untuk melengkapkan borang soal selidik yang disediakan. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan saya yang telah memberi bantuan dan keterangan kepada saya apabila saya tidak memahami apa yang diajar oleh guru. Akhirnya, ucapan terima kasih ini saya tujukan kepada kedua-dua ibu bapa saya yang telah memberi dorongan dan bantuan untuk saya menjalankan kajian ini. Jasa mereka semua akan dikenang sepanjang hidup saya. PENDAHULUAN Saya ------------ merupakan murid tingkatan 2 ------------- dari SMK ------. Saya telah memilih tajuk -------- kerana tajuk ini memudahkan saya membuat Pemerhatian dan membuat rujukan daripada ------- ---- dan --------. Saya memilih Kawasan kajian iaitu di ---------------- kerana ia berdekatan dengan rumah saya. Saya telah menetapkan ------------- objektif kajian yang perlu saya capai untuk melengkapkan kajian lapangan iaitu ------------------------------------------. Saya juga telah menggunakan tiga kaedah kajian iaitu --------------------------------------------------. Saya mengambil masa selama ------------- untuk menyiapkan kajian lapangan ini.


PANDUAN MENULIS KAJIAN LAPANGAN JADUAL KERJA HARI TARIKH AKTIVITI CATATAN • Menerima soalan dan panduan rubrik perlaksanaan kajian • Tajuk: Pemanasan global • Berbincang dengan guru bentuk pelaksanaan yang hendak dilakukan • mula mengumpul maklumat melalui buku rujukan/kamus Dewan Bahasa dan Pustaka mengenai konsep pemanasan global di dalam kelas dengam bimbingan guru • mengumpul maklumat melalui internet mengenai konsep pemanasan global di rumah • Waktu petang membuat Pemerhatian di Kawasan kajian untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi pemanasan global. • waktu petang mengedarkan borang soal selidik kepada jiran-jiran dan penduduk setempat tentang pemanasan global di kawasan kajian.. • dengan rakan • membuat analisis daripada temubual 10 responden yang diperoleh. • menghasilkan bahan grafik yang sesuai.(bina jadual) • dengan bimbingan guru • menulis laporan daripada hasil kajian di dalam kelas. • di hadapan guru geografi • menulis laporan daripada hasil kajian di dalam kelas. • menyemak laporan kajian dan bahan grafik. • membuat penambahbaikan ⚫ Menghantar tugasan • Guru membuat pentaksiran ⚫ Pembentangan murid


PANDUAN MENULIS KAJIAN LAPANGAN OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini dijalankan untuk memenuhi objektif-objektif yang berikut : a) Mentakrifkan pemanasan global. b) Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi pemanasan global di kawasan kajian c) Menghuraikan kesan-kesan pemanasan global terhadap penduduk dan persekitaran setempat di kawasan kajian. d) Mencadangkan langkah-langkah mengatasi kesan pemanasan global di kawasan kajian. e) Membentangkan laporan hasil kajian tersebut. KAEDAH KAJIAN Saya mendengar taklimat dan penerangan daripada guru Geografi, dan pada masa yang sama membuat catatan hasil penerangan guru. Saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan membantu saya mencatat maklumat secara terperinci dan bersistematik. Oleh itu, saya telah menggunakan 3 kaedah ini untuk menjalankan kajian ini. Berikut adalah:- 1. Kaedah pemerhatian Saya telah membuat pemerhatian terhadap kawasan kajian untuk mendapatkan maklumat tentang pemanasan global di kawasan kajian. Saya telah memerhati tentang faktor,kesan dan cadangan langkah mengatasi pemanasan global di kawasan kajian. 2. Soal selidik Saya telah mengedarkan borang soal selidik kepada penduduk di kawasan kajian untuk mengkaji tentang pemanasan global di kawasan kajian. Saya telah memberi borang soal selidik kepada 10 orang responden dan memberi mereka masa sebanyak 5 minit untuk menjawabnya. Saya telah mengutip borang tersebut dan menganalisanya seperti di bahagian lampiran. 3) Rujukan Saya telah menggunakan pelbagai bahan rujukan untuk saya mencari maklumat tentang maksud pemanasan global. Saya telah mencari pelbagai sumber dari internet,kamus dewan bahasa dan buku untuk memudahkan saya membuat laporan kajian.


PANDUAN MENULIS KAJIAN LAPANGAN HASIL DAPATAN KAJIAN A) TAKRIFAN PEMANASAN GLOBAL Menurut buku teks geografi tingkatan 2, pemanasan global bermaksud …………………………………. Sila rujuk buku teks geografi anda dan cari maksud pemanasan global dalam bab tersebut. Anda juga boleh mencari maksud pemanasan global di dalam laman web wikipedia bahasa melayu. B. FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMANASAN GLOBAL DI KAMPUNG __________________________ Setelah mengedarkan borang soal selidik anda boleh menganalisis hasil data dan membina jadual seperti di bawah. Menerusi jadual tersebut,anda boleh mula menulis karangan berdasarkan hasil dapatan anda. CONTOH: Jadual 1: Faktor yang mempengaruhi pemanasan global di ……………………. Bil Faktor yang mempengaruhi pemanasan global Jumlah responden (sumber: Hasil soal selidik terhadap 10 orang responden di …………) Hasil soal selidik yang telah kami edarkan di ……………………..,saya dapati terdapat ………faktor yang Menyebabkan pemanasan global di …………………. Faktor 1 Seramai 4 orang responden yang bernama …………………..,………….,………….,……………… Menyatakan bahawa ………….. merupakan faktor yang………………………. (Terangkan lebih lanjut mengenai faktor tersebut bagaimana ia mempengaruhi pemanasan global. Rujuk buku teks/rujukan/internet) PELAPORAN UNTUK KESAN DAN CADANGAN ADALAH DENGAN CARA YANG SAMA. BINA JADUAL BERDASARKAN DATA BORANG SOAL SELIDIK KEMUDIAN TULIS KARANGAN.TAMBAH HURAIAN DAN CONTOH BERDASARKAN RUJUKAN BUKU/INTERNET.


PANDUAN MENULIS KAJIAN LAPANGAN RUMUSAN (membuat rumusan hasil dapatan / apa yang telah kamu pelajari sepanjang menjalankan kajian lapangan ini). Contoh: Setelah menjalankan kajian lapangan ini, saya telah menemui beberapa sumber yang berkaitan dengan pemanasan global di ---------------------------------. Kajian ini juga membantu saya memahami lebih mendalam tentang faktor yang mempengaruhi pemanasan global dan kesan pemanasan global di Kawasan tersebut. Antara faktor yang dikenalpasti adalah--------------------- --------------------.Manakala kesan yang terjadi akibat pemanasan global adalah-----------------------------------. Kajian ini juga membantu saya untuk memikirkan langkah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kesan pemanasan global di kawasan kajian. Antara langkah yang boleh dilakukan ialah--------------------------------- ----------------------. LAMPIRAN -masukkan gambar yang berkaitan (jika ada) -masukkan borang soal selidik RUJUKAN -Masukkan bahan rujukan yang digunakan


PANDUAN MENULIS KAJIAN LAPANGAN CONTOH BORANG SOAL SELIDIK SMK PENGALAT KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 2 Tajuk kajian: Pemanasan global di ---------------------------- Maklumat Diri Responden: Nama responden : Umur : Alamat : --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Info : Pemanasan global bermaksud peningkatan suhu atmosfera bumi secara berterusan akibat kesan rumah hijau yang melibatkan pertambahan gas karbon dioksida, kloroflurokarbon dan bahan pencemar lain. Borang ini mengandungi 3 soalan. Tandakan (/) pada satu jawapan sahaja bagi setiap soalan. 1.Pada pendapat anda, apakah faktor utama yang menyebabkan pemanasan global di----------------------? i. Aktiviti pertanian yang menggunakan racun serangga dan baja kimia. ii. Penyahhutanan besar-besaran untuk membuka pertanian /petempatan. iii. Pembebasan asap kenderaan bermotor. iv. Pembakaran terbuka. 3. Apakah kesan paling ketara boleh dilihat di------- akibat pemanasan global? i. Banjir memusnahkan kawasan pertanian. ii. Tanah menjadi tandus dan tidak sesuai untuk pertanian. iii. Kemusnahan kawasan hutan. iv. Taburan hujan tidak menentu v. Udara menjadi kering dan jerebu mudah terbentuk vi. Masalah kesihatan seperti strok haba dan dehidrasi. 4. Cadangkan satu langkah yang berkesan untuk mengatasi masalah pemanasan global di---------------- i. Menanam pokok ii. Amalan kitar semula iii. Menggunakan pengangkutan awam /berkongsi kereta iv. Berkongsi kenderaan v. Kempen bebas plastik


Click to View FlipBook Version