PANDUAN MENULIS KAJIAN LAPANGAN
Sekolah Menengah Kebangsaan Pengalat Papar
Peti Surat 82
89600 Papar
SABAH.
TUGASAN KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 1 2022
Berdasarkan perangkaan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, Kementerian Kesejahteraan Bandar,
Perumahan dan Kerajaan Tempatan, jumlah sisa domestik yang terhasil di negara kita mencecah 33 000 tan matrik
sehari (Sumber: Sinar Harian, 19 Januari 2016).
Calon dikehendaki menjalankan kajian lapangan mengenai sisa domestik di kawasan tempat tinggal/sekolah
anda.
Kajian lapangan tersebut hendaklah merangkumi perkara-perkara seperti berikut:
a) Takrifan sisa domestik.
b) Menghuraikan jenis- jenis sisa domestik yang terdapat di kawasan kajian.
c) Menghuraikan punca pembuangan sisa domestik di kawasan kajian.
d) Menghuraikan kesan-kesan pembuangan sisa domestik terhadap penduduk dan persekitaran
setempat.
e) Mencadangkan langkah-langkah mengatasi kesan pembuangan sisa domestik tersebut.
Arahan:
1. Kajian lapangan hendaklah ditulis dengan tangan (TIDAK BOLEH DITAIP DENGAN KOMPUTER ATAU MESIN TAIP).
2.Peta lakar perlu dilukis dengan menggunakan pencil dan simbol-simbol tertentu.
3. Gunakan kertas kajang yang bergaris untuk menulis laporan. Peta lakar boleh dilukis di atas kertas putih A4 kosong.
4. Murid perlu menulis dalam bentuk karangan. Murid DILARANG menggunakan nombor atau point form.
5. Susun helaian kerja lapangan mengikut urutsan sebelum dihantar.Gunakan fail di bawah:
PANDUAN MENULIS KAJIAN LAPANGAN
KERANGKA PELAKSANAAN TUGASAN KERJA LAPANGAN TINGKATAN 1
BIL. PERKARA HURAIAN
Perancangan Menyediakan perancangan yang sangat lengkap, tepat, realistik dan
1. ⚫ Jadual kerja ( 5 markah) mempamerkan sikap bersungguh-sungguh.
Penulisan Kajian Lapangan
1. Penghargaan ( 3 markah) Ditujukan kepada semua pihak yang membantu murid dalam
menjalankan kajian. Contohnya, ibu bapa, pengetua sekolah, guru
2. Pendahuluan ( 3 markah) geografi, responden, pegawai-pegawai yang terlibat dan rakan-
3. Objektif kajian ( 5 markah) rakan.
a) Grafik ( 5 markah) Huraian secara ringkas tentang tajuk kajian, kawasan kajian dan
perkara yang menjadi pokok pembicaraan kajian.
Menyatakan tujuan kajian dijalankan. Murid dikehendaki
menyenaraikan sekurang-kurangnya 4 objektif kajian.
Grafik mengikut susunan yang betul,lengkap dan kritis.
4. Jadual yang sesuai berdasarkan Membina jadual yang lengkap berdasarkan maklumat yang
borang soal selidik yang telah diperolehi daripada borang soal selidik.
dijalankan
• Tajuk
• Idea utama
• Maklumat
5. Kaedah kajian 5 markah Mengumpul Mengumpul dan mengurus maklumat daripada pelbagai sumber
maklumat menggunakan kaedah yang (perpustakaan, media elektronik, orang sumber, agensi berkaitan)
sesuai. yang boleh dipercayai, bersesuaian dengan tajuk kerja lapangan dan
Memperoleh maklumat daripada terkini.
pelbagai sumber seperti soal selidik / Bilangan responden :
pemerhatian / rujukan
1. Soal selidik tidak kurang daripada 10 orang.
Hasil kajian Menghuraikan konsep dengan tepat dan betul serta contoh.
a)Konsep 5 markah Menghuraikan jenis sisa domestik yang berkaitan dengan
6. jelas,teratur serta menunjukkan keaslian dan kritis.
b) Punca (Fakta + Huraian + Contoh)
10 markah
c) Jenis (Fakta + Huraian + Contoh) Menghuraikan punca pembuangan sisa domestik yang berkaitan
10 Markah dengan terperinci, jelas dan relevan serta menunjukkan keaslian.
d) Kesan (Fakta + Huraian + Contoh) 10
markah Menghuraikan kesan-kesan pembuangan sisa domestik yang
e) Cadangan (Fakta + Huraian + Contoh) berkaitan dengan terperinci, jelas dan relevan serta menunjukkan
10 markah keaslian.
Mencadangkan langkah-langkah mengatasi kesan pembuangan
sisa domestik dengan relevan dan huraian tepat.
7. Rumusan (5 markah) Kesimpulan secara ringkas dan tepat tentang kajian yang dijalankan.
Mengemukakan cadangan dan pengalaman semasa menjalankan
kajian. Menyelitkan unsur-unsur alam sekitar dan semangat mencintai
dan menghargai kawasan sendiri.
8. Rujukan (5 markah) Contoh Cara Tulis Rujukan Buku
Mohd Ekhwan Toriman, 2019. Hidrologi Sekitaran: Dari Alur ke
Sungai daripada Tercemar kepada Terawat. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Orang Sumber (borang soal selidik) :
Encik Zainal bin Kassim, 55 tahun, No
32, Kampung Kuala Rui,
33300 Gerik, Perak
Lampiran Pemerhatian: gambar
9. 10 Markah 10 borang soal selidik
10. Pembentangan Membentangkan hasil kajian lapangan menerusi rakaman video tidak
10 Markah lebih daripada 5 minit.
PANDUAN MENULIS KAJIAN LAPANGAN
CONTOH MUKA HADAPAN:
KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI
TINGKATAN 1
2022
TAJUK:
KAJIAN MENGENAI SISA DOMESTIK DI
(NAMA KAWASAN KAJIAN)
NAMA MURID :
KELAS :
SUBJEK :
NAMA GURU :
PANDUAN MENULIS KAJIAN LAPANGAN
SENARAI KANDUNGAN
BIL ISI KANDUNGAN HALAMAN
1 PENGHARGAAN
2 PENDAHULUAN
3 JADUAL KERJA
4 OBJEKTIF KAJIAN
5 KAEDAH KAJIAN
6 HASIL DAPATAN KAJIAN
A) KONSEP SISA DOMESTIK
B) JENIS SISA DOMESTIK
C) PUNCA PEMBUANGAN SISA DOMESTIK
D) KESAN PEMBUANGAN SISA DOMESTIK
E) LANGKAH-LANGKAH MENGATASI KESAN PEMBUANGAN SISA
DOMESTIK
7 RUMUSAN
8 LAMPIRAN
9 RUJUKAN
PANDUAN MENULIS KAJIAN LAPANGAN
PENGHARGAAN
Saya berasa sangat gembira untuk menghasilkan Kerja Kursus Geografi. Saya dapat
melaksanakannya dengan sempurna dengan bantuan dan kerjasama daripada beberapa pihak.
Dengan itu, saya mahu mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka.
Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan saya kepada guru penilai saya
iaitu Cikgu………… kerana telah sudi memberikan bimbingan dan tunjuk ajar dalam menjalankan
kajian lapangan ini. Selain itu, saya mahu mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang telah
sudi menjadi responden saya dalam kajian ini dan telah mengambil masa untuk melengkapkan
borang soal selidik yang disediakan. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua rakan saya yang telah memberi bantuan dan keterangan kepada saya apabila saya tidak
memahami apa yang diajar oleh guru. Akhirnya, ucapan terima kasih ini saya tujukan kepada
kedua-dua ibu bapa saya yang telah memberi dorongan dan bantuan untuk saya menjalankan
kajian ini. Jasa mereka semua akan dikenang sepanjang hidup saya.
PENDAHULUAN
Saya ------------ merupakan murid tingkatan 1 ------------- dari SMK ------. Saya telah memilih tajuk
-------- kerana tajuk ini memudahkan saya membuat Pemerhatian dan membuat rujukan daripada -------
---- dan --------. Saya memilih Kawasan kajian iaitu di ---------------- kerana ia berdekatan dengan rumah
saya.
Saya telah menetapkan ------------- objektif kajian yang perlu saya capai untuk melengkapkan
kajian lapangan iaitu ------------------------------------------.
Saya juga telah menggunakan tiga kaedah kajian iaitu --------------------------------------------------.
Saya mengambil masa selama ------------- untuk menyiapkan kajian lapangan ini.
PANDUAN MENULIS KAJIAN LAPANGAN
JADUAL KERJA
HARI TARIKH AKTIVITI CATATAN
• Menerima soalan dan panduan rubrik perlaksanaan
kajian
• Tajuk: sisa domestik
• Berbincang dengan guru bentuk pelaksanaan yang
hendak dilakukan
• mula mengumpul maklumat melalui buku rujukan/kamus
Dewan Bahasa dan Pustaka mengenai konsep sisa
domestik di dalam kelas dengam bimbingan guru
• mengumpul maklumat melalui internet mengenai
konsep sisa domestik di rumah
• Memerhatikan ciri fizikal dan ciri budaya Kawasan
kajian
• Melukis draf Kawasan kajian
• Melukis peta lakar Kawasan kajian • dengan
• menyediakan borang soal selidik dengan bimbingan bimbingan guru
guru • dengan rakan
• Waktu petang membuat Pemerhatian di Kawasan
kajian untuk melihat jenis-jenis sisa domestik
• waktu petang mengedarkan borang soal selidik kepada dengan rakan
jiran-jiran dan penduduk setempat tentang sisa domestik •
di kawasan kajian..
• membuat analisis daripada temubual 10 responden yang
• dengan
diperoleh.
bimbingan guru
• menghasilkan bahan grafik yang sesuai.
• menulis laporan daripada hasil kajian di hadapan guru. • di hadapan
• menulis laporan daripada hasil kajian di hadapan guru. guru geografi
• menyemak laporan kajian dan bahan grafik.
• membuat penambahbaikan
⚫ Menghantar tugasan
• Guru membuat pentaksiran
⚫ Pembentangan murid
PANDUAN MENULIS KAJIAN LAPANGAN
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan untuk memenuhi objektif-objektif yang berikut :
a) Mentakrifkan sisa domestik
b) Menghuraikan jenis- jenis sisa domestik yang terdapat di kawasan kajian
c) Menghuraikan punca pembuangan sisa domestik di kawasan kajian.
d) Menghuraikan kesan-kesan pembuangan sisa domestik terhadap penduduk dan persekitaran
setempat.
e) Mencadangkan langkah-langkah mengatasi kesan pembuangan sisa domestik tersebut
f) Membentangkan laporan hasil kajian tersebut.
KAEDAH KAJIAN
Saya mendengar taklimat dan penerangan daripada guru Geografi, dan pada masa yang sama membuat
catatan hasil penerangan guru. Saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan membantu saya
mencatat maklumat secara terperinci dan bersistematik. Oleh itu, saya telah menggunakan 3 kaedah ini
untuk menjalankan kajian ini. Berikut adalah:-
1. Kaedah pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian terhadap kawasan kajian untuk mendapatkan maklumat tentang sisa
domestik di kawasan kajian. Saya telah memerhati tentang jenis,punca dan kesan pembuangan sisa sisa
domestik di kawasan kajian.
2. Soal selidik
Saya telah mengedarkan borang soal selidik kepada penduduk di kawasan kajian untuk mengkaji tentang
sisa domestik di kawasan kajian. Saya telah memberi borang soal selidik kepada 10 orang responden dan
memberi mereka masa sebanyak 5 minit untuk menjawabnya. Saya telah mengutip borang tersebut dan
menganalisanya seperti di bahagian lampiran.
3) Rujukan
Saya telah menggunakan pelbagai bahan rujukan untuk saya mencari maklumat tentang maksud sisa
domestik. Saya telah mencari pelbagai sumber dari internet,kamus dewan bahasa dan buku untuk
memudahkan saya membuat laporan kajian.
PANDUAN MENULIS KAJIAN LAPANGAN
KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian saya iada di --------------------------------.Saya tinggal di ----------------------- sejak.
------------------------ merupakan Kawasan yang terletak di daerah ----------------------------.
Melalui Pemerhatian saya, bentuk muka bumi di ----------------------------- adalah ----------------------.
Ciri-ciri fizikal yang lain terdapat di sini ialah-------------------------------------. Kawasan kajian say aini
mempunyai banyak kemudahan seperti -------------------------------------.
PETA LAKAR KAWASAN KAJIAN
Lukis peta lakar
Contoh:
PANDUAN MENULIS KAJIAN LAPANGAN
HASIL DAPATAN KAJIAN
A) TAKRIFAN SISA DOMESTIK
Menurut modul geografi tingkatan 1, sisa domestik bermaksud sisa buangan yang berbentuk pepejal atau
cecair.
Sisa domestik ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu bahan organik dan bahan bukan organik. Bahan organik
adalah _____________________________________. Manakala bahan bukan organik
adalah__________________________.
Contoh Penulisan laporan:
Sila rujuk buku teks geografi anda dan cari maksud sisa domestik dalam bab tersebut.
Anda juga boleh mencari maksud sisa domestik di dalam laman web wikipedia bahasa melayu.
B. JENIS SISA DOMESTIK DI KAMPUNG __________________________
Setelah mengedarkan borang soal selidik anda boleh menganalisis hasil data dan membina jadual seperti di bawah.
Menerusi jadual tersebut,anda boleh mula menulis karangan berdasarkan hasil dapatan anda.
PANDUAN MENULIS KAJIAN LAPANGAN
PELAPORAN UNTUK PUNCA, KESAN DAN CADANGAN ADALAH DENGAN CARA YANG SAMA.
BINA JADUAL BERDASARKAN DATA BORANG SOAL SELIDIK KEMUDIAN TULIS KARANGAN.
RUMUSAN
(membuat rumusan hasil dapatan / apa yang telah kamu pelajari sepanjang menjalankan kajian lapangan ini).
Contoh:
Setelah menjalankan kajian lapangan ini, saya telah menemui beberapa sumber yang berkaitan dengan sisa-sisa
domestik di ---------------------------------.Antaranya sisa makanan,kertas,plastic,tin,kaca dan botol.
Kajian ini juga membantu saya memahami lebih mendalam tentang punca dan kesan pembuangan sisa
domestic di Kawasan tersebut. Antara punca yang dikenalpasti adalah-----------------------------------------.Manakala
kesan yang terjadi akibat pembuangan sisa domestic adalah-----------------------------------.
Kajian ini juga membantu saya untuk memikirkan Langkah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan
masalah pembuangan sisa domestik di kawasan kajian. Antara Langkah yang boleh dilakukan ialah------------------
-------------------------------------.
LAMPIRAN
-masukkan gambar yang berkaitan seperti gambar sisa domestik
-masukkan borang soal selidik
RUJUKAN
-Masukkan bahan rujukan yang digunakan
PANDUAN MENULIS KAJIAN LAPANGAN
CONTOH BORANG SOAL SELIDIK
SMK PENGALAT
KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI
TINGKATAN 1
Tajuk kajian: Sisa domestik di ----------------------------
Maklumat Diri Responden:
Nama responden :
Umur :
Alamat :
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Borang ini mengandungi 5 soalan. Tandakan (/) pada satu jawapan sahaja bagi setiap soalan.
1. Adakah anda melakukan pengasingan sampah di rumah?
Ya Tidak
3. Apakah jenis sisa domestik yang paling banyak di Kampung ------------------------------?
4.Pada pendapat anda, apakah punca utama yang menyebabkan pencemaran sisa domestik di----------------------?
i. Sikap malas dan tidak endah masyarakat
ii. Pemungutan dan pengendalian sisa domestik tidak mengikut jadual.
iii. Sikap pentingkan diri sendiri.
iv. Tidak mementingkan kebersihan.
v. Tempat pembuangan sampah yang jauh.
vi. Kurang pendidikan tentang kesan terhadap alam sekitar.
vii. Penguat kuasaan yang lemah dari pihak berkuasa.
4. Apakah kesan paling ketara boleh dilihat di------- akibat pembuangan sisa domestik?
5. Cadangkan satu langkah yang berkesan untuk mengatasi masalah pembuangan sisa domestik di----------------