The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sufimardhiah, 2021-11-04 03:44:26

KERJA LAPANGAN SYAZA IZZAH

Geografi Tingkatan 2 Hasanah

MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR

KAJIAN TENTANG TELEKOMUNIKASI DI SEKITAR
KAMPUNG BAROKHAS ,KUALA NERANG ,KEDAH.

NAMA : NUR SYAZA IZZAH BINTI SAIDIN.

NO IC : 070215-02-0628

TINGKATAN : 2 HASANAH.

NAMA GURU : PUAN ASIAH BINTI ASMUNI.

ISI KANDUNGAN HALAMAN 2

KANDUNGAN 3
4
PENGHARGAAN 5
PENDAHULUAN 6-7
OBJEKTIF KAJIAN 8
KAWASAN KAJIAN 9-17
KAEDAH KAJIAN 18
HASIL KAJIAN 19
RUMUSAN 20-21
RUJUKAN
LAMPIRAN

PENGHARGAAN

Pertama kali syukur ke hadrat ilahi degan limpah kurnia-nya dapat saya
menyiapkan kerja lapangan geografi saya ini.Setinggi -tinggi penghargaan kepada
pengetua Maktab Mahmud Alor Setar,Puan Hajjah binti Ismail kerana memberi
kebenaran untuk menjalankan kerja lapangan ini.

Saya juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada guru mata
pelajaran saya iaitu Puan Asiah binti Asmuni kerana telah membantu dan memberi
bimbingan kepada saya.Tunjuk ajar sepanjang penyediaan laporan ini merupakan
hasil komitmen yang jitu daripada beliau.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya,iaitu Encik
Saidin bin Yusof dan Puan Rozita binti Majid yang memberi bantuan kewangan dan
kebenaran kepada saya untuk menjayakan kerja lapangan ini.

Terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah memberi kerjasama

serta sumbangan yang ikhlas yang dihulurkan semasa kajian ini dijalankan.Tidak

lupa juga kepada responden-responden yang sudi memberi kerjasama yang baik

kepada saya semasa kajian ini dijalankan. 3

PENDAHULUAN

Saya telah memilih tajuk “ Kesan Penggunaan Alat Telekomunikasi
Di Sekitar Kampung Barokhas, Kuala Nerang, Kedah” sebagai tajuk
kerja lapangan saya. Hal ini kerana alat telekomunikasi dapat
memberi banyak kemudahan kepada penduduk.

Tempoh masa yang saya ambil untuk menyiapkan kerja lapangan
ini ialah selama empat minggu. Pengumpulan data dan maklumat
yang diperlukan dalam kerja lapangan ini dilakukan pada waktu
lapang selepas waktu PDPR. Manakala penulisan laporan pula
dijalankan pada waktu pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran Geografi.

4

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini dibuat adalah untuk memenuhi kehendak tugasan
kajian melalui aspek dan perkara- perkara seperti berikut :

1. Mentakrif dan menghuraikan konsep alat telekomunikasi

2. Melukis peta lakar kawasan kajian

3. Menyenaraikan dan menghuraikan jenis- jenis alat telekomunikasi yang
digunakan di kawasan kajian

4. Mengenal pasti kesan negatif penggunaan alat telekomunikasi di
kawasan kajian

5. Menyatakan dan menjelaskan cadangan cara penggunaan alat 5
telekomunikasi secara beretika

KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya adalah di sekitar Kampung Barokhas, Kuala Nerang,
Kedah. Lingkungan kawasan kajian saya ada lebih kurang 10 kilometer
persegi. Kedudukan kawasan kajian adalah di selatan bandar Kuala
Nerang. Kawasan ini juga terletak dalam Mukim Belimbing Kanan, Daerah
Padang Terap, Kedah dan jaraknya kira- kira 5 km dari bandar. Masa yang
diambil dari kawasan kajian ke bandar Kuala Nerang selama 8 minit
dengan menaiki kereta.

Bentuk muka bumi kawasan ini adalah terdiri daripada tanah pamah
yang rata dan beralun. Ciri budaya yang terdapat di sekitar kawasan kajian
saya adalah sebuah masjid, sekolah,kedai makan, sawah padi, pokok getah,
kelapa sawit dan petempatan.Terdapat jaringan raya yang memudahkan
perhubungan satu destinasi ke destinasi yang lain.

6

PETA LAKAR KAWASAN KAJIAN

7

KAEDAH KAJIAN

Saya menjalankan kajian menggunakan kaedah yang berikut :

1. Pemerhatian : Saya telah menggunakan kaedah ini untuk
mengetahui jenis alat telekomunikasi yang digunakan di kawasan kajian

2. Soal selidik : Saya telah menggunakan kaedah ini untuk
mengetahui kesan negatif penggunaan alat telekomunikasi di kawasan
kajian. Selain itu, kaedah ini digunakan untuk mengetahui cadangan cara
penggunaan alat telekomunikasi secara beretika.

3. Rujukan : Saya telah melayari beberapa laman web dan membuat
rujukan berdasarkan buku teks untuk mengetahui konsep alat
telekomunikasi

8

HASIL KAJIAN

TAKRIF DAN KONSEP TELEKOMUNIKASI

Mengikut wikipedia, telekomunikasi pada dasarnya merupakan telekomunikasi
elektronik jarak jauh, sama ada satu hala atau dua hala. Ini termasuklah
komunikasi menggunakan radio, televisyen, telefon dan komputer. Sistem
telekomunikasi merupakan semua sistem atau komponen yang terlibat dalam
proses penghantaran maklumat tersebut.

Menurut buku teks Geografi Tingkatan 2 , perkataan telekomunikasi berasal
daripada perkataan Greek. ‘Tele’ bermaksud “sangat jauh” manakala komunikasi
bermaksud proses untuk menghantar informasi yang melibatkan masyarakat.
Oleh itu, telekomunikasi bermaksud suatu interaksi yang melibatkan jarak yang
jauh antara penyampai dan penerima. Antara alat telekomunikasi ialah telegraf,
telefon , mesin teleks, mesin faks, telefon bimbit dan telefon pintar.

9

JENIS - JENIS ALAT TELEKOMUNIKASI

Terdapat banyak alat telekomunikasi.Berdasarkan soal selidik,berikut adalah alat telekomunikasi
yang responden berikan:

1.Telefon pintar

-Merangkumi perisian komputer seperti GPS,kamera digital,bluetooth,internet dan juga
aplikasi-aplikasi seperti Facebook,Twitter, Instagram, Tik Tok dan permainan.

2.Telefon bimbit

-dikenali sebagai telefon selular atau telefon tanpa wayar merupakan peranti elektronik mudah
alih digunakan sebagai perhubungan suara atau data melalui jaringan stesyen pangkalan yang
dikenali sebagai tapak sel.

3.Laptop

-Alat telekomunikasi yang dilengkapi dengan perisian untuk kerja-kerja seperti 10
mengubah,menyimpan,melindungi,memproses,memindah,melihat dan mendapatkan
maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

MEMBINA JADUAL DAN GRAF UNTUK MENERANGKAN
JENIS ALAT TELEKOMUNIKASI DI KAWASAN KAJIAN

Saya telah menjalankan soal selidik terhadap 15 orang responden di
kawasan kajian untuk mendapatkan maklum balas terhadap jenis-jenis
alat telekomunikasi yang mereka guna.Hasil soal selidik diringkaskan
dalam Jadual 1 dan dipersembahkan dalam Graf 1

Bil Jenis alat telekomunikasi Bilangan responden 11
1 Telefon pintar 8
2 Telefon bimbit 2
3 Laptop 5
15
Jumlah

Graf 1: Jenis alat telekomunikasi di sekitar Kampung
Barokhas,Kuala Nerang,Kedah.

12

Jadual 1 dan Graf 1 menunjukkan jenis alat telekomunikasi di sekitar Kampung
Barokhas,Kuala Nerang,Kedah iaitu telefon pintar,telefon bimbit dan laptop.

Melalui soal selidik, seramai 8 orang responden menggunkan telefon pintar untuk
membantu mereka dalam kehidupan seharian.Sebagai contohnya , adanya aplikasi
seperti GPS dapat membantu seseorang untuk pergi ke suatu tempat dengan mudah.

Seterusnya, sejumlah 2 orang responden masih menggunakan telefon bimbit untuk
berhubung dengan orang lain. Kebanyakkan mereka kurang berkemampuan untuk
membeli telefon pintar.

Berdasarkan soal selidik, didapati 5 orang responden menggunakan laptop sebagai
medium pembelajaran secara dalam talian.Ini kerana kebanyakan pelajar universiti
menggunakan laptop untuk membuat tugasan yang diberikan oleh pensyarah
mereka.Laptop dapat memudahkan mereka membuat tugasan kerana laptop
mempunyai aplikasi yang boleh membantu dalam membuat tugasan seperti
Microsoft Powerpoint dan Microsoft Word.

Kesimpulannya, alat telekomunikasi banyak membantu pengguna memperoleh

segala informasi yang diperlukan, merapatkan hubungan sesama manusia dan dapat

melahirkan masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan. 13

KESAN NEGATIF PENGGUNAAN ALAT TELEKOMUNIKASI

1.Penyebaran unsur-unsur lucah

Penyebaran unsur-unsur lucah seperti gambar dan video amat mudah dengan adanya
telefon bimbit.Kebolehan telefon bimbit untuk memuat turun gambar/video dan juga fungsi
Bluetooth telah memudahkan penyebaran unsur-unsur lucah ini.Ianya telah memberi impak
yang tidak baik kepada para remaja khususnya kerana sikap mereka yang ingin tahu
perkara-perkara yang baru kepada mereka.Ini merupakan salah satu punca akan kenaikan
kadar kes tidak bermoral di sekolah

2. Pembaziran wang

Pembaziran wang berlaku apabila penggunaan sms,mms,panggilan dan GPRS yang

terlampau banyak dan melebihi kemampuan.Sekiranya telefon bimbit digunakan oleh

pelajar,ibu bapa terpaksa menanggung kos tersebut.Para remaja khususnya begitu mudah

terpengaruh dengan iklan-iklan yang dipaparkan seperti memuat turun lagu dan aplikasi

yang sesetengahnya dikenakan bayaran.Undian Akademi Fantasia juga merupakan salah

satu pembaziran yang tanpa kita sedari telah memberi keuntungan berganda kepada

pembekal servis talian. 14

3. Menjejaskan kesihatan

Penggunaan telefon bimbit yang terlampau lama boleh menjejaskan kesihatan.Mata
terpaksa bekerja kuat dan akan menjadi cepat letih kerana memberi fokus yang
terlampau lama pada screen yang kecil.Bahu dan tengkuk juga akan terasa sakit
akibat lama menunduk menghadap telefon bimbit.Jari juga boleh sakit sekiranya
terlampau lama membalas sms.Di samping itu,sinaran radiasi juga dikhuatiri
mampu untuk mengganggu kesihatan dalam jangka masa yang panjang.

4.Penyebaran khabar angin

Telefon bimbit telah dijadikan sebagai alat untuk penyebaran khabar angin.Ini

berlaku apabila khabar angin yang nyata palsu telah disebarkan melalui kiriman

sms.Kepada mereka yang mudah percaya tanpa membuat siasatan dahulu dengan

mudah menyebarkan kepada pihak lain tanpa menyiasat kesahihan kahabar

tersebut.Ini sekali gus telah memberi impak yang buruk kepada pihak-pihak

tertentu. 15

CARA PENGGUNAAN ALAT TELEKOMUNIKASI
SECARA BERETIKA

1.Elakkan daripada menganggu dan merosakkan sistem komunikasi orang lain

-Tidak mengekspolitasi dan data peribadi orang lain serta tidak menceroboh dan
menyebarkan virus yang boleh menjejaskan sistem yang dimiliki oleh orang lain.

2.Tidak mendedahkan hal-hal peribadi dan kata laluan kepada umum

-Penggunaan dinasihatkan tidak sewenang-wenangnya berkongsi maklumat
peribadi sama ada nama,tarikh lahir ataupun nombor akaun bank dan tidak
memuat naik gambar yang mengandungi maklumat peribadi contohnya
keputusan peperiksaan di mana di dalamnya terkandung nombor kad
pengenalan dan lain-lain.

16

3.Bersopan santun dan berhemah sewaktu berkomunikasi
-Semasa kita berkomunikasi,kita perlulah sopan dengan individu
atau kumpulan yang kita berkomunikasi.Sebarang tingkah laku
kurang ajar atau tidak menghormati dengan individu atau
kumpulan yang kita sedang berkomunikasi akan menimbulkan rasa
tidak selesa dan tidak minat terhadap mereka yang kita sedang
berkomunikasi.Komunikasi yang tidak selesa antara seseorang ke
seseorang yang lain akan menyebabkan komunikasi itu tidak
berjaya.

17

RUMUSAN

Berdasarkan kerja lapangan saya,terdapat banyak alat telekomunikasi
yang digunakan pada zaman sekarang.Antaranya termasuklah telefon
pintar,laptop dan sebagainya.Walaupun terdapat banyak kelebihan dan
kemudahan alat telekomunikasi, tetapi alat telekomunikasi juga
mempunyai kesan-kesan negatifnya tersendiri seperti terdapat maklumat
yang tersebar di laman sesawang yang tidak tepat.Bagi murid pulak,kesan
negatifnya ialah ketagihan bermain permainan maya yang melampaui
batas sehingga menjejaskan prestasi pelajaran akademi.

Kesimpulannya,kita haruslah bersama-sama mengatasi diri kita daripada
keburukan dan kesan-kesan negatif penggunaan alat telekomunikasi ini
dan memanfaatkan kelebihan dan kemudahan yang ada di masa kini.Oleh
itu,ayolah kita didik diri kita menggunakan alat telekomunikasi secara
berhemah dan beretika ketika menggunakannya.
18

RUJUKAN

BUKU
Zulkifli bin Ismail, Rajanderan Subramaniam dan Kang Chai Yoeng, 2017,
Geografi Tingkatan 2, Johor Bahru : IMS Books Trading Sdn.Bhd

INTERNET

-https://www.scribd.com/document/328713606/Karangan-SPM

-https://www.slideshare.net/NaveenSegaran/kesan-positif-dan-negatif-penggunaan-i
nternet-dalam-kalangan-pelajar

-https://alifjasree.blogspot.com/2017/12/etika-dalam-komunikasi-dan-media-sosial,h
tml?m=0

-https://ms.wikepedia.org/wiki/Telekomunikasi 19

LAMPIRAN

20

21


Click to View FlipBook Version