INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KAMPUS DARULAMAN, 06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN Nama : KHAIRUNNAJWA BINTI ABD HALIM Angka Giliran : 2022182310032 No. K/P : 030217-08-0206 Unit/ Program/ Ambilan : BAHASA MELAYU 2/ PPISMP/ AMBILAN JUN 2022 Kod & Nama Kursus : BMMB1114 Tajuk Tugasan : PENGHASILAN PRODUK Nama Pensyarah : EN. MOHD ZUHAIRI BIN RAFFIEN Tarikh Hantar : 20 APRIL 2023 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar: _______________________ Tarikh: 20 April 2023 PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar: _________________________ Tarikh:
BMMB1114 Sejarah Tulisan Khat & Jenis-jenis Tulisan Khat Tugasan 4: Penghasilan Produk
1.0 Pengenalan Seni kaligrafi Islam atau lebih sinonim dengan nama ´seni khat´ merupakan khazanah tertua di dunia yang masih dimiliki oleh umat Islam. Khat ialah sejenis seni yang terdiri daripada garisan yang indah dan halus. Seni khat berasal dari tulisan Arab dan merupakan sebahagian daripada tamadun Islam. Khat bermaksud "garisan" dalam bahasa Arab, jadi seni khat bermaksud garis-garis indah yang membentuk tulisan. Ia juga bermaksud tulisan-tulisan (kitabah) yang terikat dengan peraturan dan kaedah yang telah dikaji dan ditentukan oleh mereka yang terlibat dengan kemajuan seni. Seni khat bukan sekadar menyampaikan maklumat, ia mempunyai nilai rohani yang mendalam yang boleh disimpulkan dengan kehalusan, kelembutan, kesinambungan, hubungan, pergerakan, keharmonian, dan banyak lagi.
Kedatangan Islam telah membawa perubahan yang besar terutamanya dalam bidang penulisan. Sebagai contoh, ia merupakan cara paling penting untuk merekod, mengajar dan menyebarkan maklumat. Dengan turunnya surah al-Alaq kepada Nabi Muhammad telah menjadi titik tolak kepada kepentingan penulisan. Salah satu sebab mengapa ini penting adalah kerana al-Quran ditulis dalam jenis tulisan khas yang dipanggil 'kaligrafi' atau khat. Penulisan jenis ini sangat penting dan mempunyai tempat yang istimewa dalam budaya Islam sehingga kepentingan sucinya terpelihara sehingga kini. Ia juga merupakan bentuk seni yang paling popular, yang mungkin kerana ia dikaitkan dengan kelahiran Islam. Apabila Allah menurunkan Firman-Nya kepada Nabi Muhammad, sebahagian daripadanya ditulis pada daun, tulang, dan sebagainya. Seni khat ini mempunyai peranan paling utama dan mengatasi cabang seni yang lain dalam perkembangan Islam sehingga wahyu yang diturunkan Allah SWT kepada Rasulullah SAW telah dicatatkan pada daun-daun kayu, tulang-tulang dan sebagainya. 2.0 sejarah tulisan khat
2.0 sejarah tulisan khat Penulisan khat yang pertama di dunia dipercayai dihasilkan di Kufah, Iraq pada kurun ke-7. Fakta yang tercatat daripada sumber bertulis menyatakan bahawa seorang Sufi mendapat ilham menghasilkannya melalui mimpi (Siti Hawa, 2007). Asas seni khat yang timbul pada awalnya hanya seni Khat Kufi, namun perkembangannya yang begitu hebat, maka lahirlah pelbagai gaya khat bertujuan untuk mengindahkan lagi seni khat (Mohd Tahir, 1939). Penulisan khat penting bukan sekadar untuk mendokumentasikan hal-hal rasmi kerajaan bahkan sebagai hiasan kepada dinding-dinding masjid, bangunan kerajaan, rumah dan pelbagai lagi. Menurut Mohd Bakhir (2006), seni khat juga dijadikan tulisan rahsia oleh kerajaan Turki Uthmaniah bagi menyampaikan maklumat rahsia kerajaan. Terdapat beberapa pendapat dalam membicarakan asal-usul khat. Antaranya ialah menyatakan tulisan khat dibawa melalui pedagang yang berniaga di Syam dan Iran. Ini bererti, ketika Islam disebarkan, segelintir kecil orang Arab telah pandai membaca dan menulis walaupun jumlah bilangan mereka agak terhad. Buktinya, tawanan Perang Badar (musyrikin Makkah) dikehendaki mengajar anak umat Islam membaca dan menulis seramai 10 orang sebelum mereka dibebaskan. Tulisan Arab ini akhirnya diperkenalkan ke seluruh negara Islam sehingga mana-mana negara yang tidak mempunyai sistem tulisan sendiri akan mengambil seratus-peratus tulisan Arab menjadi tulisan mereka. Proses ini berlaku begitu cepat seiring dengan perkembangan pembelajaran Al-Quran.
Pada awal perkembangan seni khat, penghasilannya berlaku dengan menggunakan pokok yang direncongkan hujungnya dan dicelup pada cecair dakwat. Selain itu, khat juga dtemui ditulis pada kepingan kulit tamar, kulit kambing yang dikeringkan dan daun-daun papyrus yang telah dijadikan kertas. Tetapi berbeza pula di Tanah Melayu. Hal ini kerana, penggunaan batang pokok resam dijadikan sebagai alat utama untuk menghasilkan tulisan khat. Penghasilan tulisan khat terhasil dengan hujung batang pokok resam ditiruskan. Kemudian dicelupken pada dakwat dan dilakarkan pada kertas. Penemuan batu bersurat di Terengganu telah berjaya membuktikan bahawa tulisan Arab telah digunakan di Malaysia sejak ratusan tahun dahulu di mana khat ini telah terpahat di lubuk hati masyarakat Melayu yang ditulis menggunakan bahasa Melayu. Sejak itu, penggunaan seni khat ini telah diperluaskan sehingga menjadi tulisan rasmi dalam urusan kerajaan. 2.0 sejarah tulisan khat
3.0 Jenis-jenis tulisan khat Terdapat pelbagai jenis-jenis khat yang ada dalam seni Islam. Namun disini, akan dijelaskan secara ringkas mengenai beberapa jenis-jenis khat yang utama dalam penulisan yang sering digunakan antaranya adalah: 2,1 Khat Rq'ah 2.2 Khat Diwani 2.3 Khat Nasakh 2.4 Khat Thuluth 2.5 Khat Kufi 2.6 Khat Farisi
Khat Riq’ah juga disebut sebagat Khat Riqi’ yang telah diciptakan oleh penulis khat yang bernama Turki Mumtaz Bek pada zaman pemerintahan Sultan abdul Hamid Khan iaitu pada tahun 1280H. Tujuan utama Khat Riq’ah diciptakan adalah untuk menyeragamkan bentuk penulisan dalam semua urusan rasmi di kalangan kakitangan kerajaan menjadi satu. Khat Riq’ah ini lebih cepat dah mudah ditulis berbanding dengan tulisan khat yang lain kerana mempunyai bentuk huruf yang kecil, tegak dan tidak menggunakan baris. Bagi masyaralat Arab, Khat Riq’ah ini penting kerana dijadikan sebagai tulisan harian dalam semua urusan. Penggunaan Khat Riq’ah hanyalah tertumpu pada tulisan untuk menyalin nota dan surat khabar sahaja. 2.1 Khat Riq'ah
Khat Diwani dicipta oleh Muhammad Munif dan disempurnakan bentuknya oleh Syahla Pasya dan al-Hafidz Othman supaya tulisannya mudah dibaca, dan ia menjadi terkenal selepas Konstantinopel (Istanbul) ditawan oleh Sultan Muhammad al-Fateh pada tahun 857H. Khat Diwani ialah tulisan rasmi yang digunakan di jabatan kerajaan. Ia telah berkembang ke semua peringkat masyarakat yang bertujuan untuk menulis pekeliling pentadbiran, keputusan kerajaan dan surat-menyurat rasmi. Kini ia banyak digunakan untuk menulis watikah, sijil dan dijadikan hiasan sama ada di rumah mahupun masjid-masjid. Ciri khusus bagi penulisan khat ini ialah berbentuk condong ke kiri, lembut, bindar (bujur) dan melengkung, bersusun dan bertindih-tindih serta tidak mempunyai baris. 2.2 Khat Diwani
Khat Nasakh merupakan seni khat yang sangat halus bahkan menjadi gaya yang paling mudah untuk dibaca serta difahami. Hal ini kerana, Khat Nasakh merupakan tulisan utama yang digunakan untuk menaskhakkan atau membukukan Al-Quran dan buku-buku ilmiah memandangkan seni khat yang lain agak sukar untuk difahami melainkan jika seseorang itu mendalaminya (Nik Yusri, Ilham Che Daud, Nazri Muslim & Jamsari Alias, 2022). Bentuk Khat Nasakh ini telah diubahsuai oleh Ibnu Muqlah sehingga tulisannya menjadi seperti sekarang. Beliau merupakan individu yang menentukan ukuran, panjang, pendek, jarak huruf, gaya dan irama dalam penulisan khat ini. Khat Nasakh mula muncul pada abad ke-3 Hijrah atau bersamaan 8 Masihi dan telah berkembang meluas pada hujung abad ke-4 Hijrah bersamaan 9 Masihi. 2.3 Khat Nasakh Terdapat beberapa ciri khat ini, antaranya ialah mudah dibentuk, lembut, praktikal dan mudah dibaca kerana memiliki baris. Sehingga hari ini, Khat Nasakh menjadi tulisan utama dalam bahan ilmiah seperti surat khabar, majalah, komputer dan seumpamanya selain daripada menjadi tulisan utama dalam gaya penulisan al-Quran.
Khat Thuluth adalah jenis kaligrafi yang cukup indah yang sering digunakan untuk dokumentasi bahkan sebagai hiasan di dinding masjid, kelambu Ka’abah dan bangunan kerajaan. Khat ini dinamakan Thuluth kerana huruf menegaknya ditulis dengan menggunakan mata pen khat yang berukuran tertentu iaitu mestilah mempunyai kelebaran sebanyak 1/3 (thuluth) lebar mata pen semasa menulisnya. Selain nama Khat Thuluth, ia juga dikenali sebagai Ummul Khat (ibu tulisan) dan jarang digunakan dalam penyalinan al-Quran kerana mempunyai pelbagai kaedah dalam menentukan ukurannya dengan bilangan titik yang sesuai pada setiap huruf serta agak rumit kerana memerlukan kemahiran yang tinggi untuk menulisnya. Hal ini menyebabkan seseorang penulis khat tidak akan digelar sebagai penulis khat yang handal selagi tidak menguasai penulisan Khat Thuluth ini. 2.4 Khat Thuluth Seni Khat Thuluth yang ditulis dengan perlahan ini menyebabkan ianya lebih utama penggunaanya dalam penghasilan karya seni berbanding khat yang lain (Mustafa Ughur Darman, 1999). Jenis Khat Thuluth ini dicirikan sebagai huruf yang lembut, mudah dibentuk dan mempunyai baris yang mudah dibaca. Ia juga bersifat dekoratif dengan keseniannya yang tersendiri. Tambahan lagi, disebabkan bentuk tulisannya yang sangat cantik dan unik ini, ia sesuai dijadikan perhiasan.
Khat Kufi merupakan salah satu cabang seni kaligrafi Islam yang tertua. Penggunaanya dalam penulisan Al-Quran adalah secara meluas sebelum munculnya khat-khat yang lain. Dinamakan sebagai Khat Kufi sempena nama sebuah bandar iaitu Al-Kufah di mana seni khat ini mula-mula digunakan dan dipopularkan (Liyana Syamimi, 2023). Selain Khat Nasakh, khat ini juga merupakan sejenis khat yang terkenal kerana para sahabat menggunakannya untuk menyalin mushaf, menulis surat untuk dihantar kepada kerajaan-kerajaan besar pada zaman awal kebangkitan Islam (Nik Yusri, Ilham Che Daud, Nazri Muslim & Jamsari Alias, 2022). Secara umunya, khat ini mempunyai ciri-ciri asas yang tersendiri seperti bentuk yang bersegi, tegak dan bergaris lurus. 2.5 Khat Kufi Khat Kufi yang terkenal di Malaysia ialah Khat Kufi Murabba’ yang juga dikenali sebagai khat empat segi kerana mempunyai bentuk huruf serta susunannya berbentuk empat segi apabila ditulis. Bentuknya yang berunsur geometri iaitu lurus dan tegak amat sesuai diukir di mozek-mozek, jubin dan batu pada bangunanbangunan sebagai perhiasan seperti di masjid, rumah-rumah kediaman dan logo perniagaan.
Khat Farisi atau juga dikenali sebagai Khat Ta’liq mempunyai gaya penulisan yang berbeza daripada khatkhat yang lain. Ianya dikembangkan oleh orang Pasi dan menjadi tulisan rasmi mereka. Keunikan Khat Farisi terletak pada bentuk lengkungnya yang menarik iaitu huruf yang condong ke kanan serta memanjang (Mahdi Syed Mahmud, 2005). Kaligrafi Khat Farisi ialah gaya penulisan yang menekankan elemen garisan dan mutu tulisannya ditentukan oleh kebolehannya bermain dengan ketebalan sesuatu huruf. Gaya ini sering digunakan untuk menghiasi masjid di Iran, dan kadangkala diperkuat dengan warna Arab. Setelah ditulis sepenuhnya, gaya ini juga dapat menyerlahkan kelembutan tulisan penulis dan menunjukkan bagaimana telitinya penulis khat dalam menghasilkan sesebuah karya. Khat Farisi ini biasanya ditemui dalam penulisan buku sastera, nama, tajuk karangan pada majalah dan surat khabar. 2.6 Khat Farisi
4.0 rumusan Kesimpulannya, seni khat merupakan satu cara yang indah untuk menunjukkan sejarah sesebuah tamadun Islam dari awal hingga kemuncaknya. Namun kini, berikutan keputusan kerajaan memansuhkan penggunaan tulisan jawi melalui Akta Bahasa Kebangsaan 1963, ramai yang tidak lagi menghargai seni ini. Justeru itu, untuk mengekalkan tulisan jawi dan seni khat ini, kerajaan perlu melakukan perkara seperti menyokong program J-Qaf di sekolah supaya orang ramai dapat belajar menulis dalam Jawi semula dan tulisan ini dapat disemarakkan semula.
"Pemanfaatan Digital Menjana Kompetensi Guru" menggunakan Khat Kufi
rujukan
Terima kasih si rama-rama, Seribu kasih pada semua. Sekian, terima kasih