The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pendidikan Seksual dalam Pendidikan Islam

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Zulaihaa, 2022-12-14 00:46:34

Pendidikan Seksual dalam Pendidikan Islam

Pendidikan Seksual dalam Pendidikan Islam

Keywords: Pendidikan Seksual

PENDIDIKAN SEKSUAL
DALAM PENDIDIKAN

ISLAM

Apa yang perlu pelajar ketahui?

pengenalan

Pelaksanaan pendidikan seks banyak bergantung kepada kesedian guru
untuk mengajar isi pelajaran yang mengandungi elemen pendidikan seks.
Elemen ini juga banyak terdapat dalam mata pelajaran Pendidikan Islam

Perbincangan berkaitan pengajaran dan pembelajaran pendidikan seks bukanlah
perkara yang ditentang oleh Islam. Di dalam al-quran dan Hadith banyak
membicarakan persoalan seks terutamanya yang berkaitan dengan kesihatan
seperti sembahyang, puasa, mandi, perkahwinan, perceraian, Haji, hubungan
sesama manusia dan sebagainya. Pendidikan seks dalam Islam termasuk dalam
perkara yang dituntut dalam agama dalam mendidik anak-anak (Ashraf 1998;
Noibi 1998; Sarwar 1996).

Penekanan terhadap keperluan pendidikan seks ini mula timbul apabila meningkatnya
statistik berkaitan keruntuhan moral seperti pergaulan bebas, kelahiran anak luar nikah,
penagihan dadah, rogol, kecurian, pelacuran dan persetubuhan luar nikah semakin
meningkat dari semasa ke semasa. Keinginan untuk mengetahui perkara berkaitan seks
dipercayai adalah punca kepada masalah ini.







CABARAN
PELAKSANAAN

PENDIDIKAN SEKSUAL

Pendidikan seks dilihat sebagai satu keperluan yang perlu diutamakan
masa kini. Ini adalah antara cabaran yang dihadapi oleh umat Islam
keseluruhannya. Pendidikan seks bagaimanakah yang memenuhi ciri-ciri
yang dikehendaki oleh syariah Islam.

Sikap Ibu bapa Kesediaan Guru

Ibu bapa memainkan peranan yang paling Para guru perlulah menyiapkan diri
penting dalam memberikan pendidikan terlebih dahulu dengansegala ilmu yang
seksual kepada anak- anak mereka. diperlukan untuk mengajar pendidikan
Pendidikan seksual haruslah diajar seksual di sekolah. Kementerian
mengikut peringkat umur anak- anak Pendidikan pula perlulah menyediakan
kerana tahap perkembangan mereka sebuah platform yangtepat untuk melatih
adalah berbeza mengikut umur. para guru supaya mereka dapat
meluaskan lagipengetahuan dan teknik
mengajar.

Penerimaan Pelajar Persepsi Masyarakat

Pandangan para remaja terhadap pendidikan Isu pendidikan seks menjadi suatu
seksual perlu diubah agarmereka dapat kontroversi dan sensitif untuk
melihatnya dari sudut yang lebih insani dan diperkatakan secara umum dan
suci. Rakan- rakanmerupakan sumber terbuka. Sebahagian masyarakat
utama dalam mendapatkan maklumat berfikir pendidikan seksual tidak
mengenai hubungandan seks dalam boleh dan tidak sesuai diajar di
kalangan remaja (A.H., 2009). peringkat sekolah.

KEBAIKAN & KEBURUKAN
PELAKSANAAN PENDIDIKAN
SEKSUAL DALAM PENDIDIKAN ISLAM

kebaikan

- Membantu ibu bapa dalam mendidik anak tentang pendidikan seks.
- Menyedarkan pelajar tentang implikasi hubungan seks sebelum kahwin.
- Pelajar mendapat pemahaman yang tepat dengan cara didikan yang betul.
- Melahirkan pelajar yang seimbang dunia dan akhirat.
- Pelajar dapat melindungi diri dari pergaulan bebas dan tidak sihat.
- Memupuk sikap saling hormat- menghormati terutama terhadap berlainan
gender.

keburukan

- Menimbulkan keinginan pelajar mencuba
sesuatu yang baharu untuk melihat kesannya.

- Membebankan pelajar dengan kurikulum
yang baharu.

- Menimbulkan kesan buruk dengan tanggapan
yang negatif terhadap pendidikan seks.

Elemen Pendidikan seksual dalam

Pendidikan Islam akhlak

ibadah akidah

- Menjelaskan apa itu haid, - Menjelaskan - Keperluan menjaga diri,maruah diri
nifas wiladah dan sebab dan kepentingan menutup aurat.
mandi wajib, persetubuhan perbuatan dosa besar - Cara pergaulan mengikut syariat.
dll. seperti zina, syirik - Pengasingan bilik tidur antara ibu
dan minum arak bapa dan anak, adik
- Penggunaan air untuk bersuci
- beradik lelaki dan adik beradik
perempuan

kesimpulan

Ajaran agama Islam yang jelas dan sempurna
mampu melindungi pelajar daripada terjebak
dengan perkara-perkara yang merosakkan diri
mereka dari segi spiritual, emosional, dan
intelektual. Guru Pendidikan Islam haruslah
memastikan bahawa proses pengajaran yang efektif
mampu memberi kesan kepada pelajar terutamanya
sebagai benteng pertahanan diri mereka.

kumpulan pimk-pdpp
pimk2063r-ustazah mahani bt m.ghani

Siti zulaiha bt alias Siti sarah bt ghalip Siti nurhuda bt aminuddin

2022012400083 2022012400084 2022012400082

‫شكرا‬ THANK YOU XIEXIE


Click to View FlipBook Version