1
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
(EDUP3013)
NAMA NUR ALYA IWANI BINTI AZMAN
ANGKA GILIRAN 2021192340154
NO. KAD PENGENALAN 020728-11-0578
KUMPULAN PISMP G8
KOD KURSUS EDUP3013
NAMA KURSUS FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI
NAMA PENSYARAH MALAYSIA
PUAN FATIMAH BIVI V.A. ABDUL HAMID
TARIKH HANTAR 30 OGOS 2021
TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS
DARIPADA PENSYARAH
2
ISI KANDUNGAN Muka Surat
ISI KANDUNGAN 4
1.0 PENGENALAN 4
2.0 ISU-ISU DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA
4-5
2.1 Isu Kesan Globalisasi 5-6
2.2 Isu Sahsiah Pelajar 6
3.0 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENANGANI ISU DALAM PENDIDIKAN
DI MALAYSIA 6
3.1 Langkah Menangani Isu Kesan Globalisasi 6-7
3.2 Langkah Menangani Isu Sahsiah Pelajar 7
4.0 RUMUSAN 8
5.0 RUJUKAN 9-10
6.0 LAMPIRAN
3
PENGHARGAAN
Alhamdulillah bersyukur ke atas Ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,
nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya, Nur Alya Iwani Binti
Azman menyiapkan tugasan ini. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada Puan Fatimah Bivi V.A Abdul Hamid kerana banyak memberi tunjuk ajar dan
bantuan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Tugasan ini membincangkan tentang isu-isu dalam pendidikan di Malaysia dari
aspek guru sebagai pendorong kreativiti yang dapat meningkatkan kualiti pendidikan di
Malaysia. Dalam tempoh menyiapkan tugasan ini, terdapat pelbagai halangan yang saya
tempuhi. Dalam masa yang sama, terdapat juga beberapa tugas yang lain yang perlu
disiapkan dalam tempoh yang terdekat. Hal ini sedikit-sebanyak memberi cabaran kepada
saya untuk menyiapkan tugasan ini. Namun keadaan ini tidak membuatkan saya berputus
asa untuk menyiapkan tugasan ini sehingga selesai.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat
secara langsung ataupun tidak kerana tanpa mereka, saya tidak mampu menyiapkan
tugasan ini dengan sebaiknya.
4
1.0 PENGENALAN
Sistem pendidikan merupakan asas yang sangat penting bagi membangunkan
masyarakat dan negara ke arah yang lebih baik. Malaysia merupakan sebuah negara yang
mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa dan agama. Oleh itu, setiap dasar yang
dilaksanakan perlulah selari dengan keperluan masyarakat. Dasar pendidikan juga
dilaksanakan untuk merealisasikan perpaduan bangsa bukannya bertujuan untuk memberi
pelajaran semata-mata. Melalui pendidikan inilah nilai-nilai murni seperti, hormat-
menghormati, bertoleransi, bekerjasama dan sebagainya diterapkan dalam diri masyarakat
yang bertujuan untuk melahirkan pewaris negara yang berkualiti, bertanggungjawab,
berdaya saing, bijak dan mempunyai sifat patriotik yang mana amat penting bagi memupuk
semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat (Khairul Azrin, 2011). Namun, apa yang
dapat kita lihat hari ini, masih terdapat pelbagai isu-isu pendidikan yang timbul berkaitan
dengan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Oleh hal yang demikian, penulisan ini akan membicangkan tentang isu-isu dalam
pendidikan di Malaysia dan bagaiman seorang guru sebagai pendorong kreativiti dapat
mengatasi isu tersebut.
2.0 ISU-ISU DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Dalam penulisan ini, terdapat dua isu dalam pendidikan di Malaysia yang akan saya
nyatakan iaitu isu kesan globalisasi dan isu sahsiah pelajar.
2.1 Isu Kesan Globalisasi
Antara isu yang timbul dalam pendidikan di Malaysia ialah kesan globalisasi.
Globalisasi memberi impak yang besar terhadap sektor pendidikan sama ada dari sudut
positif atau negatif. Antara kesan globalisasi dari sudut negatif ialah penyebaran budaya
negatif dari negara luar meresap masuk ke dalam diri golongan remaja. Pada zaman era
globalisasi ini, segala maklumat dapat diperoleh dengan cepat melalui laman-laman web
atau internet. Segala maklumat kini berada di hujung jari. Maklumat-maklumat ini dapat
diakses dengan begitu mudah dengan hanya melayari internet. Menurut Sohana (2016)
media massa merupakan penyumbang utama kepada keruntuhan akhlak. Sebagai contoh,
5
tayangan filem-filem barat yang menunjukkan adegan-adegan lucah kini dengan mudah
dapat diakses dan ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Dengan ini, sudah tentu
golongan remaja amnya akan meniru gaya dan aksi melalui filem tersebut. Kesannya
timbullah isu-isu moral semasa khususnya yang melibatkan nilai-nilai sosial yang menjadi
begitu kompleks dan sukar untuk diselesaikan. Hal ini kerana, nilai-nilai masyarakat
Malaysia adalah sangat bercanggah dengan nilai-nilai orang barat atau negara maju yang
lain yang mana mereka lebih mementingkan materialistik dan individualistik berbanding
akhlak peribadi.
2.2 Isu Sahsiah Pelajar
Kualiti sahsiah pelajar dalam pelbagai peringkat pendidikan juga turut menjadi isu
kerana masih terdapat sebilangan pelajar yang mempunyai kualiti sahsiah yang kurang baik
dalam diri. Isu gejala sosial seperti gejala vandalisme, ponteng sekolah, merokok dan
sebagainya dalam kalangan pelajar sekolah semakin hari semakin membimbangkan.
Kewujudan masalah sosial ini membawa kepada masalah disiplin di sekolah yang mana
akan mengganggu pembentukan akhlak dan sahsiah pelajar (Azyyati, 2017). Menurut
Mohamad Khairi dan Asmawati (2015), keruntuhan moral dan gejala sosial yang semakin
meruncing dalam kalangan pelajar sekolah di Malaysia memberi impak terhadap
keberkesanan sistem pendidikan dalam membentuk generasi muda yang berakhlak,
bermoral dan memiliki serta menghayati nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
Contohnya masalah ponteng sekolah dalam kalangan pelajar. Isu ini sudah tidak
asing lagi di Malaysia. Tambahan pula, sejak dunia dilanda wabak Covid-19, proses
pembelajaran dan pengajaran terpaksa dijalankan dalam talian. Menurut Dr. Mohd Nazri
(2021), tinjauan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengenai kesediaan
murid terhadap pembelajaran dalam talian telah mendapati 1.85 juta murid tidak mempunyai
peranti dan menghadapi masalah akses internet yang menyebabkan sukar untuk
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah. Meskipun ramai murid yang tercatat
mempunyai masalah ini, namun masih terdapat segelintir pelajar yang mengambil
kesempatan ponteng kelas dengan memberi alasan mempunyai masalah seperti sukar
mencapai rangkaian internet dan sebagainya. Selain itu, berdasarkan temubual saya
bersama seorang guru yang dikenali sebagai Puan Haizam, beliau berkata bahawa isu
ponteng sekolah merupakan isu utama. Menurut beliau, sebelum pandemik Covid-19,
kehadiran pelajar ke sekolah adalah 80% dan hanya 20% sahaja yang tidak hadir ke
sekolah. Akan tetapi, sejak adanya pandemik Covid-19, Kementerian Pendidikan Malaysia
6
telah menggariskan untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di rumah.
Keadaan ini semakin teruk di mana hanya 20% yang hadir ke kelas dalam talian.
3.0 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENANGANI ISU DALAM PENDIDIKAN DI
MALAYSIA
Guru yang kreatif akan segera mengambil langkah yang bijak dalam menangani isu-
isu dalam pendidikan di Malaysia.
3.1 Langkah Menangani Isu Kesan Globalisasi
Guru yang bertindak sebagai pendorong kreativiti sudah tentulah dapat menangani
isu-isu yang timbul dalam pendidikan di Malaysia. Bagi menangani isu kesan globalisasi,
guru mestilah memainkan peranan penting dalam membina kemahiran-kemahiran yang
seharusnya dikuasai oleh setiap murid. Antaranya ialah kemahiran membaca yang mana
kemahiran literasi menimba ilmu melalui bahan-bahan bercetak mestilah diterapkan sejak di
bangku sekolah lagi. Hal ini kerana, dengan mengamalkan budaya membaca buku-buku
ilmiah, murid-murid dapat memperoleh pengalaman dan ilmu pengetahuan yang akan
menjadi benteng untuk mereka membuat perkara yang tidak baik. Sebagai contoh,
seseorang murid yang suka membaca akan memperoleh banyak ilmu pengetahuan dan
dapat membezakan antara yang baik dan buruk. Jadi, dia tidak akan membuat perkara yang
tidak berfaedah untuk dirinya seperti mengakses laman sesawang yang tidak sepatutnya
dan sebagainya.
3.2 Langkah Menangani Isu Sahsiah Pelajar
Dalam menangani isu ini, guru yang bijak berperanan sebagai pembimbing di sisi
pelajar selaku fasilitator yang menasihati, memotivasi dan merangsang kepada pelajar
(Hamdan Said & Nasrudin Talib, 2000). Seorang guru yang bijak akan sentiasa menasihati
muridnya yang melakukan kesalahan di samping memarahi mereka secara melulu. Selain
itu, guru juga perlulah menunjukkan nilai-nilai yang baik kepada pelajar agar dapat dicontohi
daan diikuti oleh pelajar. Hal ini bermaksud, apabila seseorang guru tersebut menunjukkan
nilai-nilai murni seperti menolong orang tua, membuang sampah ke dalam tong sampah dan
sebagainya, ia akan mendorong pelajar untuk mengikuti jejak guru mereka. Secara tidak
7
langsung, sahsiah yang murni akan terhasil dalam diri pelajar. Menurut Wan Ahmad Zakry
(2015), pembentukan sahsiah banyak diperoleh daripada pendidikan sama ada secara
formal ataupun tidak formal. Oleh itu, pelajar mestilah diberi pendidikan awal yang
sewajarnya agar mereka mampu membentuk negara yang unggul di samping mempunyai
sahsiah yang mantap dan syumul.
Selain itu, menurut Puan Haizam juga, antara langkah-langkah yang dapat dilakukan
bagi mengatasi isu ponteng sekolah ialah dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang
menarik seperti memberi penghargaan kepada pelajar yang hadir PdPR yang terbaik. Hal ini
adalah untuk menggalakkan pelajar menghadiri kelas meskipun secara maya. Langkah yang
seterusnya pula ialah dengan memaparkan info kaunseling pada setiap pagi bagi memberi
semangat kepada pelajar untuk bersedia dan menghadiri kelas.
4.0 RUMUSAN
Konklusinya, isu-isu dalam pendidikan di Malaysia masih lagi timbul sehingga hari ini
seperti isu kesan globalisasi dan isu sahsiah pelajar. Isu-isu seperti ini mestilah dibendung
dari awal lagi bagi melahirkan modal insan yang cemerlang dan berguna kepada
masyarakat, agama dan negara pada masa akan datang. Jika isu ini tidak dibendung dari
awal, kelak pasti akan terlahirnya pemimpin yang tidak berwibawa, khianat dan tidak adil
dalam memerintah. Semua pihak mestilah memainkan peranan dalam menangani isu-isu ini.
Namun, gurulah pendorong kreativiti yang utama yang perlu bertindak dengan kreatif dan
bijak bagi memulakan langkah pertama untuk menangani isu ini. Oleh hal yang demikian,
dalam pendidikan hari ini memerlukan seorang pendidik yang kreatif supaya isu-isu seperti
ini dapat diatasi dengan segera.
(1092 patah perkataan)
8
5.0 RUJUKAN
Azyyati Mohd Nazim. (2017). Faktor penyimpangan dalam kalangan remaja berisiko dari
perspektif Islam. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari. 15 :1-19.
Hamdan Said & Nasrudin Talib. (2000). Cabaran era globalisasi ke atas warga pendidikan di
Malaysia. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Jilid 6, 35-46.
Khairul Azrin. (2011). Sistem pendidikan di Malaysia: Dasar, cabaran, dan pelaksanaan ke
arah perpaduan nasional. SOSIOHUMANKA. Jilid 4(1), 33-48.
Mohamad Khairi Othman dan Asmawati Suhid. (2010). Peranan sekolah dan guru dalam
pembanguan nilai pelajar menerusi penerapan nilai murni: Satu sorotan. MALIM-SEA
Journal of General Studies. Jilid 11, 117-130.
Mohd Nazri Abdul Rahman. (2021, Jun 19). Perbaiki pelaksanaan PdPR 2.0 atasi isu
keciciran pelajar. Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2021/06/829593/perbaiki-pelaksanaan-pdpr-
20-atasi-isu-keciciran-pelajar
Sohana Abdul Hamid. (2016). Pengaruh media massa terhadap perubahan sosial
masyarakat. Journal of Social Sciences and Humanities. 214-226.
Wan Ahmad Zakry Wan Kamarudin. (2015). Kajian kes perbezaan jantina dalam
pembentukan sahsiah muslim pelajar. Academia Journal UiTM. Jilid 4 Isu 1.
9
6.0 LAMPIRAN
1) BIODATA PUAN HAIZAM
2) BUKTI TEMU BUAL BERSAMA PUAN HAIZAM
10
3) LINK VIDEO TEMUBUAL BERSAMA PUAN HAIZAM
https://drive.google.com/file/d/1J2FmjYx8LGh4j9Zso4hwdHI9lqiI_EHi/view?usp=sharing