Susu
Pendahuluan :
Susu adalah salah satu minuman yang tidak asing di
kalangan kita. Malah susu merupakan makanan
yang sangat penting se dari usia kita masih bayi.
Definisi Susu :
Susu (Jawi: )سوسوbererti cecair berkhasiat yang
dihasilkan oleh kelenjar mamari mamalia betina.
• Ia membekalkan sumber utama khasiat bagi
anak yang baru lahir sebelum mereka mampu
menghadamkan makanan yang lain.
• Ia juga diproses menjadi hasil tenusu seperti krim,
mentega, yogurt, aiskrim, gelato, keju, kasein,
protein gandum, laktosa, susu pekat, susu
tepung, dan banyak jenis tambahan-makanan
lain dan keluaran pengilangan.
• Susu akan basi jika dibiarkan terlalu lama.
Susu ibu :
Susu ibu diberikan kepada bayi melalui penyusuan
badan, samada secara langsung atau oleh diperah
untuk diberikan kemudian. Susu awal yang dikenali
sebagai kolostrum, dan mempunyai antibodi ibu
kepada bayi. Penyusuan badan mampu
mengurangkan risiko banyak penyakit kepada
kedua-dua ibu dan bayi.
Komposisi susu :
Komposisi Susu banyak berbeza antara spesies
kepada spesies; sebagai contoh kandungan susu
lembu berlainan sama dangan susu kambing, yang
mana seseorang yang merasa keduannya akan
sedari. Faktor seperti kandungan laktosa, perbezaan
kandungan dan saiz (globule) lepa lemak dan
kekuatan (curd), dibentuk oleh enzim manusia
menghadamkan susu, boleh berbeza antara
mamalia dengan mamalia lain.
Sebagai contoh:
1. Susu manusia cair dan kaya dengan laktosa,
kebanyakannya gula.
2. Susu lembu lebih rendah kandungan gula dan
tinggi dalam protein, dan mengandungi sekitar
3.5% hingga 6.5% lemak susu, 4% hingga 8.5%
pepejal susu dan sekitar 88% air. Protien
utamanya (80%) merupakan kasein, sementara
protein whey (air dadih) membentuk bakinya.
Kandungan laktosa :
Laktosa di dalam susu dihadamkan dengan
bantuan enzim laktase dihasilkan oleh tubuh bayi.
Bagi manusia, penghasilan laktasa menurun
kearah dewasa (bergantung kepada gen
seseorang), dalam kebanyakan kes sehingga
tahap dimana laktosa tidak dapat dihadamkan,
mendorong kepada ketidaktahanan laktosa,
keadaan gastrointestinal yang terdapat kepada
ramai orang.
Jenis Susu Yang Anda Perlu Ketahui
1) Susu Segar (Fresh Milk)
Susu Segar adalah satu susu yang selalu diminum. Ia
merupakan susu mentah yang telah dipasteurkan
untuk memastikan tiada kuman di dalamnya.
Harga susu segar adalah lebih mahal berbanding
susu-susu yang lain, lebih-lebih lagi jika ianya susu
yang diimport dari luar negara. Susu ini diimport di
dalam bentuk cecair.
2) Susu Penuh Krim (Full Cream)
Susu penuh krim mempunyai komposisi lemak seperti
susu segar. Namun, harganya lebih murah
berbanding susu segar.
Ia boleh didapati di dalam bentuk cecair ataupun
serbuk. Sesetengah susu penuh krim ini diimport di
dalam bentuk serbuk sebelum dihidrasi semula di
kilang tempatan.
3) Susu rendah Lemak (Low Fat Milk)
Jika anda dalam proses menurunkan berat badan,
susu rendah lemak ini adalah sangat sesuai untuk
diminum. Susu ini adalah susu yang telah dibuang
lemaknya sehingga 1.5%
Susu ini dijual di dalam bentuk cecair dan juga
dalam bentuk serbuk iaitu susu tepung.
4) Susu Skim
Susu skim juga merupakan susu yang bagus untuk
anda minum jika anda ingin menurunkan berat
badan.
Selain tu, susu skim ini adalah susu yang dibuang
lemaknya sehingga mengandungi 0.15% kandungan
lemak.
Lemak susu diasingkan dengan menggunakan mesin
pengempar di mana lemak dikaut dari permukaan
susu.
5) Formula (Infant Formulated Milk)
Susu formula merupakan susu haiwan ternakan atau
tumbuhan yang diubahsuai komposisinya mengikut
nutrisi susu ibu.
Seterusnya, untuk memastikan susu ini selamat dan
sihat untuk bayi, peraturan pembuatannya telah
diperketatkan.
6. Susu Bukan Tenusu (Non Dairy Milk)
Susu bukan tenusu selalunya diperbuat daripada
tumbuh-tumbuhan seperti soya, badam, beras dan
lain-lain.
Susu ini selalu diminum oleh mereka yang
mempunyai masalah alergi kepada susu, vegan
serta intoleransi terhadap laktosa.
7. Susu Pekat Manis (Sweetened Condensed Milk)
Susu pekat manis ini merupakan susu yang sentiasa
digunakan oleh rakyat Malaysia di dalam air
minuman seperti air Milo, teh tarik dan sebagainya.
Terdapat dua jenis susu pekat manis, satu diproses
dari susu lembu, kedua diproses dari sumber
tumbuhan, kebiasaannya krimer sawit.
Kebanyakan susu pekat manis yang dihasilkan di
Malaysia diproses daripada sumber krimer sawit,
manakala di luar negara diproses daripada susu
lembu.
Oleh kerana susu pekat manis sememangnya sedap
dan manis, kita disarankan untuk mengawal
pengambilannya kerana boleh mendatangkan
masalah kesihatan seperti kencing manis.
8. Susu Sejat (Evaporated Milk)
Berbeza dengan susu pekat manis, susu sejat tidak
dicampur dengan gula. Susu ini selalunya digunakan
dalam masakan seperti kari dan kek serta minuman.
Tetapi cara pembuatannya lebih kurang sama
dengan susu pekat manis di mana ianya merupakan
susu asli yang dipanaskan sehingga menjadi lebih
padat.
9. Krimer
Krimer boleh didapati dalam bentuk serbuk dan
cecair. Ia diperbuat daripada lemak sayuran, gula,
pemanis, emulsifier dan penstabil.
Biasanya krimer digunakan di dalam air minuman
seperti kopi dan teh.
Perbezaan dan Kategori Susu Segar :
Terdapat 7 kategori susu segar yang boleh kita pilih di
pasar raya. Pernahkah anda terfikir kenapa ada
sesetengah susu yang sejuk dan tidak sejuk?
Di bawah, kami kongsikan beberapa jenis susu segar
dan perbezaannya.
1. Susu Segar (Organik dan belum diproses)
• Susu segar yang belum diproses ini selalunya
boleh didapati di kawasan pendalaman dan
kampung di mana ianya datang terus dari
haiwan ternakan seperti lembu.
• Menurut CDC Amerika, susu yang tidak
dipasteurkan boleh membahayakan nyawa
kerana ianya mengandungi kuman dan bakteria
dari haiwan tersebut.
• Susu segar ini mengandungi lemak susu
sebanyak 3% dan tidak ditambah dengan
bahan-bahan yang lain.
2. Susu Segar Berperisa
• Pernahkah anda ingat tentang program minum
susu segar berperisa yang selalu datang ke
sekolah dulu?
• Susu segar berperisa merupakan susu yang telah
dicampur dengan bahan-bahan tambahan
seperti pewarna, perisa seperti strawberi, jagung
dan coklat, gula dan kondisioner makanan.
3. Susu Segar (Suhu Ultra Tinggi)
• Susu Segar Suhu Ultra Tinggi ataupun dikenali
juga sebagai Ultra-High Temperature (UHT)
menggunakan suhu sekurang-kurangnya
sebanyak 135°C untuk merawat susu.
• Susu dipanaskan untuk membunuh
mikroorganisma yang terdapat dalam susu
dengan menggunakan stim sebelum disejukkan
dan dibungkus.
• Susu UHT ini selamat diminum walaupun nutrisinya
tidak sebagus susu biasa yang telah
dipasteurkan. Susu UHT ini boleh tahan selama 5-
6 bulan jika simpan di tempat yang kering.
4. Susu Segar (Dipasteurkan)
• Berbeza dengan susu UHT yang boleh disimpan
lama, susu segar yang dipasteurkan mempunyai
jangka hayat yang lebih pendek.
• Susu ini menggunakan kaedah pemanasan yang
melebihi 72°C untuk membuang bakteria dalam
susu selama 15 saat.
• Susu yang dipasteurkan merupakan susu yang
paling selamat untuk diminum dan tidak
mengandungi bakteria yang berbahaya. Susu ini
selalu di simpan di bahagian rak sejuk.
5. Susu UHT Campuran Semula. (UHT Recombined
Milk)
• Susu campuran semula merupakan susu yang
telah diimport dari negara luar ke Malaysia
dalam bentuk serbuk lemak dan pepejal susu.
• Kedua-dua serbuk lemak dan pepejal susu ini
akan diproseskan semula di kilang. Kedua-dua
bahan tersebut dicampur bersama air, susu,
gula, dan bahan berperisa secara UHT.
• Majoriti susu yang kita beli di pasaraya
merupakan susu campuran semula.
6. Susu Rendah Lemak
• Susu rendah lemak mempunyai lemak susu yang
tidak melebihi 1.5%. Susu ini mengandungi
kandungan nutrien seperti vitamin, kalsium
protein tetapi tidak banyak seperti susu biasa.
7. Susu Skim/Susu Tanpa Lemak
• Berbeza dengan susu rendah lemak, susu skim/
tanpa lemak pula tidak mengandungi lemak
susu tetapi masih lagi mempunyai kandungan
nutrien yang bagus dan berkhasiat.
• Anda boleh dapatkan susu skim ini dalam bentuk
cecair ataupun serbuk dan ianya sangat bagus
untuk mereka yang ingin mengehadkan
pengambilan kolestrol.
Kesimpulan :
Kesimpulannya, terdapat pelbagai kategori dan jenis
susu yang anda di pasaran. Kita disarankan untuk
bijak memilih apa jenis susu yang anda perlukan
untuk keperluan harian anda.
Penelitian pada label nutrien adalah sangat penting
lebih-lebih lagi jika anda ingin membeli susu bayi.
Terdapat pelbagai jenis susu bayi di luar sana yang
menawarkan khasiat yang berbeza.
Seperti yang dinyatakan di atas, terdapat beberapa
jenis susu rendah lemak untuk diet untuk
menguruskan badan dan hidup dengan gaya hidup
sihat. Pilih saja mana-mana yang anda mahu.
Rujukan :
https://susupuremil.com/perbezaan-dan-jenis-susu/
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Susu