The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nfefansuri, 2021-10-31 09:15:08

INFO PERGIGIAN

INFO PERGIGIAN

Jabatan P&K

INFO PERGIGIAN

1

Info kesihatan

Jabatan P&K

Amalan Kesihatan Pergigian yang Baik

1. Kenapa penjagaan kesihatan pergigian penting?

Penjagaan kesihatan pergigian penting untuk mencegah kerosakan
gigi dan penyakit gusi di kalangan kanak-kanak. Kesihatan pergigian
yang baik membolehkan mereka mengunyah makanan dengan
selesa dan bertutur dengan jelas.

2. Bagaimanakah cara menjaga kesihatan pergigian yang baik?

Amalan penjagaan kesihatan pergigian yang baik merangkumi 3
langkah pencegahan utama seperti berikut:

a) Penjagaaan kebersihan gigi yang baik :
b) Berus gigi sehingga bersih setiap hari terutama selepas makan

dan sebelum tidur malam.
c) Guna ubat gigi berfluorida untuk kanak-kanak semasa

memberus gigi. Picitkan ubat gigi sebesar biji kacang soya
sahaja untuk anak yang berumur 2 tahun ke atas.
d) Selia atau bantu anak anda memberus gigi sehingga mereka
berumur 6 hingga 8 tahun.
e) Berkumur-kumur dengan segera selepas makan atau minum jika
tidak berkesempatan memberus gigi.
f) Jangan berkongsi berus gigi.
g) Tukar berus gigi jika bulu berusnya mula kembang.

2

Info kesihatan

Jabatan P&K

Makan secara sihat

1. Makan makanan yang seimbang. Lebihkan buah-buahan dan
sayur-sayuran segar.

2. Elakkan menambah gula ke dalam minuman kanak-kanak.
Sekiranya menggunakan botol susu, pastikan minuman tersebut
tidak mengandungi gula.

3. Jangan sekali-kali mencelup puting botol susu ke dalam gula atau
manisan.

4. Elakkan minum minuman berkarbonat dan jus buah-buahan
bergula kerana kandungan gulanya tinggi.

3

Info kesihatan

Jabatan P&K

Pemeriksaan pergigian secara berkala

1. Bawalah anak anda berjumpa doktor pergigian atau jururawat
untuk pemeriksaan seawal usia untuk membiasakan mereka
dengan suasana klinik pergigian.

2. Dapatkan pemeriksaan pergigian sekurang-kurangnya sekali
setahun tetapi bagi mereka yang berisiko tinggi mendapat
kerosakan gigi (karies gigi), pemeriksaan lebih kerap mungkin
diperlukan.

3. Segera dapatkan nasihat dan pemeriksaan dari doktor pergigian
jika berlaku kecederaan gigi atau mengalami masalah pergigian.

4

Info kesihatan

Jabatan P&K

Kajian menunjukkan bakteria mulut mampu mencernakan gula
intrinsik dan ekstrinsik.
Oleh itu, semua jenis makanan berkarbohidrat berpotensi
menyumbang kepada kerosakan gigi/karies.
Bagaimanapun, laktosa (gula dalam susu) adalah kurang
kariogenik (potensi menyebabkan karies) berbanding sukrosa
kerana bakteria mulut tidak boleh menggunakan laktosa sebagai
sumber tenaga sepertimana sukrosa.
Pengambilan makanan manis/bergula juga menyumbang
kepada masalah kesihatan lain seperti masalah obesiti, kencing
manis(diabetes) dan penyakit kardiovaskular.
Pengambilan gula melebihi jumlah yang disyorkan akan
membawa kepada peningkatan berat badan.
Berat badan berlebihan meningkatkan risiko seseorang itu untuk
mendapat diabetes jenis 2 dan penyakit kardiovaskular.

Pemakanan sihat – kurangkan pengambilan gula :

Had pengambilan gula yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan
Sedunia atau WHO adalah tidak melebihi 10% dari jumlah keperluan
tenaga harian. (Rujuk RDA (Recommended Daily Allowances) dan
RNI (Reference Nutrient Intake). Piramid makanan juga boleh
dijadikan panduan pemakanan sihat.

5

Info kesihatan

Jabatan P&K

Umur Kalori RNI Jumlah Gula Sukatan
pengambilan tambahan dalam
sudu teh
gula (dalam (5g = 1
(10%) gram) sudu teh)

Kanak- 1000 - 1200 < 10% <15g 3
kanak
todler dan 1500 - 1600 <10% <20g 4
pra-sekolah 1800 - 2000 <10% 25-40 g
(2-6 tahun) 2000-2700 <10% <50-65g 5-8
Kanak-
kanak <10-13
(7-10
tahun)
Remaja
(11–18
tahun)
Dewasa
(lebih dari
18 tahun)

Jadual 1: Saranan pengambilan gula

Jadual 1 menunjukkan pengambilan kalori harian bagi individu yang
sederhana aktif. Orang dewasa yang tidak aktif sepatutnya
menghadkan pengambilan gula tidak melebihi 50 gram sehari. Gula
tersembunyi sering wujud sebagai gula tambahan seperti di dalam
kek, biskut, sos, kuih muih, minuman, buah-buahan kering serta
makanan dan minuman terproses lain.

Sila semak petua-petua berikut : 6

Info kesihatan

Jabatan P&K

1. Kurangkan pengambilan gula dengan mengelakkan snek manis
antara waktu makan. Hadkan pengambilan makanan sedemikian
semasa majlis tertentu/istimewa sahaja.

2. Pilihlah snek yang berkhasiat seperti buah-buahan segar dan
sayuran (contoh: timun, lobak merah, sengkuang, tomato, jagung
dan lain-lain), sandwich, bijirin tanpa gula dan kekacang.

3. Kurangkan penggunaan gula dalam masakan dan minuman.
Anda boleh mengurangkan jumlah gula sedikit demi sedikit untuk
menyesuaikan diri dengan rasa kurang manis. Gunakan 1 sudu teh
gula untuk satu cawan minuman (200 ml).

4. Semasa makan di luar, pesan minuman kurang manis atau tanpa
gula. Air kosong adalah minuman terbaik untuk menghilangkan
rasa dahaga.

5. Elakkan mengambil minuman bergas/berkarbonat dan isotonik
terlalu kerap. Minuman ini mempunyai kandungan gula yang
tinggi dan juga berasid. Minuman berasid akan menyebabkan
kehausan pada permukaan enamel gigi.

6. Penyusuan ibu adalah cara pemakanan terbaik untuk bayi anda.
Jangan sesekali menambahkan gula semasa menyediakan susu
formula bayi. Pilihlah susu formula tanpa gula tambahan. Jangan
biarkan anak anda tidur dengan botol susu. Kanak-kanak kecil
mungkin akan mendapat karies awal sekiranya dibiarkan menyusu
botol dalam tempoh yang lama terutama jika minuman tersebut
manis atau mengandungi gula tambahan.

7. Jangan perkenalkan makanan manis kepada kanak-kanak di
bawah umur 12 bulan (1 tahun). Memperkenalkan rasa manis
pada usia muda akan menyebabkan kanak-kanak gemarkan rasa
yang manis. Ibu bapa, guru dan orang dewasa juga perlu
mengelakkan memberi gula-gula, manisan, biskut dan ais krim
sebagai hadiah atau ganjaran kepada kanak-kanak.

8. Periksa label kandungan gula makanan terproses dan minuman
pada panel Informasi Pemakanan (Nutrition Information). Pilih
makanan atau minuman yang rendah gula. Ini biasa dilabel
sebagai kurang gula (less sugar) atau bebas gula (sugar-free).

7

Info kesihatan

Jabatan P&K

Kesimpulan:

✓ Pengambilan makanan dan minuman manis/bergula tidak baik
untuk kesihatan termasuk kesihatan pergigian.

✓ Untuk mencapai kesihatan pergigian yang optima, beruslah gigi
sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Adalah juga penting untuk
memflos gigi bagi membersihkan antara celah gigi. Cuba
dapatkan pemeriksaan pergigian setiap tahun. Anda tidak perlu
menunggu sehingga mempunyai masalah pergigian untuk
mendapatkan temu janji dengan doktor gigi. Akhir sekali, kekalkan
kesihatan dengan amalan pemakanan sihat dan kurangkan gula
di dalam diet anda!

Rujukan
http://www.myhealth.gov.my/amalan-kesihatan-pergigian-yang-baik/
https://ohd.moh.gov.my/index.php/en/
https://www.infosihat.gov.my/multimedia/infografik/tag/Pergigian.html

8

Info kesihatan


Click to View FlipBook Version