The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nfefansuri, 2022-12-25 21:47:47

zat besi

zat besi

Zat besi

Zat Besi merupakan unsur logam besi dalam badan yang
diperlukan oleh kebanyakan organisma kecuali sebahagian kecil
bakteria.
Bagi manusia, zat besi diperlukan dalam pembentukan sel darah
merah, iaitu hemoglobin.

Apa itu anemia iaitu kekurangan zat besi?

Anemia ialah satu keadaan di mana badan kekurangan sel darah
merah. Sel darah merah sangat penting untuk membawa oksigen
ke seluruh badan.
Terdapat banyak jenis anemia dan iron deficiency. Kekurangan zat
besi (anemia) sering berlaku di kalangan kanak-kanak.
Kekurangan zat besi mengakibatkan badan tidak boleh
menghasilkan hemoglobin (Hb) iaitu protein penting dalam sel
darah merah yang mencukupi untuk membawa oksigen ke seluruh
badan. Ini mengakibatkan badan kekurangan sel darah merah
dan akan mengalami tanda-tanda seperti pucat dan mudah
keletihan (gambar 1 & 2).

Gambar 1: sel darah merah normal Gambar 2: sel darah merah kurang

Sumber:http://prohealthinsight.com/diseases-and-conditions/hematologic-diseases/what-is-
anemia-and-its-causes/

Apa yang menyebabkan kurang zat besi?

1. Kehilangan darah
2. Kurang bekalan zat besi dalam badan
3. Kurang kebolehan untuk penyerapan zat besi

Bayi dan kanak–kanak yang mempunyai risiko yang tinggi ialah di
kalangan kumpulan yang berikut :

1. Bayi yang dilahirkan pramatang (awal 3 minggu dari tarikh
dijangka bersalin) dan juga bayi yang kurang berat badan
(<2.5kg)

2. Bayi yang minum susu lembu sebelum berumur 1 tahun
3. Bayi yang menyusu badan dan tidak diberi makanan yang

kaya dengan zat besi apabila mencapai umur 6 bulan.
4. Bayi yang minum susu formula yang tidak diperkaya dengan

zat besi
5. Kanak-kanak berumur 1-5 tahun yang minum susu formula,

susu lembu, susu kambing atau susu soya lebih dari 24 auns
(710 milliliter) sehari
6. Kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan seperti
jangkitan kronik ataupun regim pemakanan yang ketat.
7. Kanak-kanak berumur 1-5 tahun yang terdedah kepada
plumbum
8. Kanak-kanak yang mempunyai masalah kecacingan
9. Remaja perempuan juga berisiko tinggi untuk mendapat
anemia kekurangan zat besi kerana mereka kehilangan zat
besi semasa haid.

Tanda-tanda kekurangan zat besi dalam tubuh badan :

Pada peringkat awal kesan kekurangan zat besi tidak ketara dan
jarang disedari. Lama-kelamaan tanpa rawatan, anemia menjadi
lebih teruk dan kesannya akan mula dirasai. Tanda-tanda
kekurangan darah selalunya ialah:

1. Merasa cepat letih lebih dari biasa
2. Merasa mudah marah
3. Pening kepala
4. Sukar menumpukan perhatian/berfikir

Bila anemia semakin teruk, lebih banyak tanda akan dialami
seperti :

1. Mata putih kelihatan kebiruan
2. Kuku menjadi rapuh dan senang patah
3. Keinginan untuk makan ais atau yang “bukan makanan”

(pika) seperti plastik
4. Berasa pening apabila berdiri dari posisi duduk
5. Kulit menjadi pucat
6. Sesak nafas
7. Lidah merasa pedih
8. Degupan jantung yang cepat

Sumber: http://o.canada.com/health-2/this-week-in-health-iron-deficiency-e-cigarette-bans-
and-more

Ujian makmal :

Anemia boleh dikesan melalui beberapa ujian darah. American
Academy of Pedaitrics (AAP) mencadangkan agar semua bayi
perlu menjalani ujian saringan anemia kekurangan zat besi apabila
mencapai usia 9 – 12 bulan. Mereka yang mempunyai risiko tinggi
perlu mengulangi ujian saringan ini bila mengalami tanda-tanda
anemia.

Ujian-ujian yang diperlukan ialah :

Complete blood count (untuk melihat kadar hemoglobin dan
parameter lain)
Ujian zat besi termasuk serum zat besi, serum ferritin dan kapasiti
untuk mengikat zat besi

Kadar keperluan bacaan Hemoglobin bagi tubuh mengikut umur :

Rawatan :

Rawatan untuk penyakit anemia kekurangan zat besi ialah dengan
pengambilan zat besi tambahan dan juga makanan yang kaya
dengan zat besi.

Bila perlu berjumpa doktor?
Apabila anda mempunyai tanda-tanda anemia.

Cara mencegah :
Risiko untuk mendapat anemia kekurangan zat besi boleh
dikurangkan dengan pengambilan makanan yang kaya dengan
zat besi.

Makanan yang kaya dengan zat besi termasuk :
1. Ayam
2. Kekacang seperti kacang merah dan kacang pea
3. Ikan
4. Daging (hati merupakan bahagian yang kaya dengan zat besi)
5. Jem kacang
6. Kacang soya
7. Roti
8. Oat
9. Kismis
10. Sayuran hijau seperti bayam

Sumber: http://www.medindia.net/

Selain itu digalakkan untuk mengambil makanan yang kaya
dengan vitamin C kerana vitamin C dapat membantu badan
menyerap zat besi dengan lebih baik.

Makanan yang kaya dengan vitamin C antaranya ialah :
1. Broccoli
2. Limau gedang
3. Kiwi
4. Sayuran hijau
5. Tembikai
6. Oren
7. Cili
8. Strawberi
9. Tangerin
10. Tomato

Sumber: http://www.theluxuryspot.com/10-best-vitamin-c-foods-that-arent-citrus/

Bagaimana untuk mengelakkan anemia kekurangan zat besi?

Untuk mengurangkan risiko kekurangan zat besi adalah penting
untuk memastikan pengambilan makanan yang kaya dengan zat
besi dengan cukup.
Pastikan bayi berumur 6 bulan ke atas ditambah dan
diperkenalkan dengan makanan yang kaya dengan zat besi.
Selain itu ibu bapa harus memastikan kanak-kanak berumur lebih
dari satu tahun untuk tidak mengambil susu secara berlebihan (>
24 auns sehari).
Pengambilan susu yang berlebihan ini akan menyebabkan tiada
ruang untuk makanan yang kaya dengan zat besi.

Makanan sumber zat besi heme dan non-heme :

Makanan sumber zat besi Non Heme kurang efektif diserap oleh
tubuh dan perlu dikonsumsi bersama sumber vitamin C.

Rujukan :

Iron and iron deficiency. U.S. Centers for Disease Control and Prevention.
http://www.cdc.gov/nutrition/everyone/basics/vitamins/iron.html. Accessed Sept. 11, 2013.

Brittenham GM. Disorders of iron homeostasis: iron deficiency and overload. In: Hoffman R,
Benz EJ Jr, Silberstein LE, et al., eds.Hematology: Basic Principles and Practice

Paediatric Protocols for Malaysian Hospitals – 3rd Edition. Hussain Imam Hj Muhammad Ismail,
Ng Hoong Phak, Terrence Thomas.


Click to View FlipBook Version