KADET REMAJA
SEKOLAH
i
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG,
JALAN COLLEGE, 93200 KUCHING, SARAWAK
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
PENTAKSIRAN BERTERUSAN
BMMB3063
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
TUGASAN 2: PENULISAN ESEI
NAMA PELAJAR MOHAMAD SHAHRUL HAKIMI BIN MOHAMED RAZIF
ANGKA GILIRAN 2021042340019
NO. KAD PENGENALAN 020729-01-0157
KUMPULAN PISMP BM (SK) JUN 2021
KOD KURSUS MPU3062
NAMA KURSUS KOKURIKULUM- UNIT BERUNIFORM
NAMA PENSYARAH ENCIK V. RAJASEGARA A/L M. VELOO
TARIKH HANTAR 27 OGOS 2022
PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuk
dan fahami.
Tandatangan pelajar: __________________ Tarikh: _________________
i
SENARAI KANDUNGAN HALAMAN
iii
KANDUNGAN v
SOALAN TUGASAN vii
BIODATA ix
PENGHARGAAN xi
CARTA ORGANISASI KRS PISMP JUN 2021 1
SENARAI AHLI KRS PISMP JUN 2021 3
1.0 PENGENALAN
2.0 KONSEP 12
2.1 PRINSIP-PRINSIP ASAS KRS 15
2.2 PERLEMBAGAAN KRS 17
2.3 VISI, MISI DAN COGAN KATA KRS
2.4 OBJEKTIF & TUJUAN PENUBUHAN KRS & TKRS 34
2.5 LOGO, BENDERA DAN IKRAR KRS 45
3.0 SEJARAH KADET REMAJA SEKOLAH 52
3.1 PENGASAS KRS 60
3.2 SEJARAH PENUBUHAN KRS DAN TKRS
4.0 PENGURUSAN
4.1 TATACARA PEMAKAIAN
5.0 KEMAHIRAN PERKHEMAHAN
5.1 KRAF PERKHEMAHAN
5.2 SIMPULAN DAN IKATAN
5.3 ASAS KAWAD KAKI
5.4 PERTOLONGAN CEMAS
6.0 LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN
7.0 PENULISAN PELAJARAN
8.0 PENULISAN LAPORAN HARIAN PERKHEMAHAN
9.0 GAMBAR
ii
SOALAN
TUGASAN
iii
SOALAN TUGASAN
TUGASAN 1: BUKU LOG/ FOLIO - INDIVIDU (20%)
Kokurikulum adalah sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan.
“Kurikulum Kebangsaan ialah satu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan
kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur
kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan
sepenuhnya daripada segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan
mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan,”
Rujukan subperaturan 3(1) dalam peraturan-
peraturan (kurikulum kebangsaan) 1997
yang diterbitkan sebagai P.U (A)531/97
Berdasarkan petikan di atas, anda dikehendaki menyediakan buku log/ folio unit beruniform
yang memperlihatkan maklumat individu dan kumpulan, perlembagaan, sejarah, struktur dan
organisasi dan laporan aktiviti mingguan. Buku log/ folio tersebut hendaklah berbentuk
digital.
iv
BIODATA
v
BIODATA
NAMA MOHAMAD SHAHRUL HAKIMI BIN MOHAMED RAZIF
NO. KAD 020729-01-0157
PENGENALAN
NO. MATRIKS P04200645
ANGKA GILIRAN 2021042340019
PROGRAM PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)
AMBILAN JUN 2021
PENGKHUSUSAN BAHASA MELAYU (SK)
TAHUN DAN TAHUN 2 SEMESTER 1
SEMESTER
EMEL [email protected]
UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH
NAMA INSTITUT INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG
vi
PENGHARGAAN
vii
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada semua pensyarah yang telah membantu
kami untuk menjayakan Perkhemahan Unit Beruniform MPU3062 yang telah dilaksanakan
selama 4 hari 3 malam dan bertempat di tapak perkhemahan IPG Kampus Batu Lintang. Ahli
Kadet Remaja Sekolah yang terdiri daripada 36 orang telah berjaya untuk membina gajet,
memasang khemah, menguasai asas kawad kaki, ikatan serta pertolongan cemas sepanjang
perkhemahan dengan bimbingan daripada 4 orang pensyarah selaku mejar dan kapten Kadet
Remaja Sekolah iaitu Mejar Nor Aznan, Mejar Mahadi, Kapten Dr. Agatha dan Kapten
Salehudin.
Perkhemahan Unit Beruniform MPU3062 telah banyak memberi pengalaman, ilmu baharu
serta pengajaran yang amat bermakna buat kami selaku siswa guru. Ilmu yang amat
bermanfaat ini akan dipraktikan semasa berada di sekolah pada masa hadapan. Walaupun
menghadapi pelbagai rintangan sepanjang tempoh perkemahan, semua siswa guru dapat
menimba ilmu serta mengharungi segala rintangan yang ada dengan amat cemerlang.
Justeru, perkemahan ini amat penting dan memberi impak yang besar kepada siswa guru
dalam menimba pengalaman untuk menjadi seorang guru
Akhir kata, ribuan terima kasih saya ucapkan kepada pengerusi Perkehemahan Unit
Beruniform MPU3062, pensyarah pembimbing, ahli-ahli KRS, rakan-rakan unit beruniform
yang lain dan juga semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak
langsung. Saya berharap agar aktiviti perkhemahan ini akan memberi manfaat kepada semua
siswa guru yang menyertai dan menggunakan ilmu yang diperoleh sebaiknya ketika mengajar
kelak.
viii
CARTA
ORGANISASI KRS
PISMP JUN 2021
ix
x
SENARAI AHLI
KRS PISMP JUN
2021
xi
SENARAI AHLI KRS AMBILAN JUN 2021
JAWATAN/ NAMA
KUMPULAN
Pengerusi Mohd Wafiq Aziq bin Wakeran
Naib pengerusi Siti Nursyahirah binti Abd Hamid
Setiausaha Muhammad Naim Fahmi bin Ahmad Amir
Bendahari Thain Yi Chi
Alpha
Russel Empin anak Winston Rangga (Ketua)
Beta Mohamad Shahrul Hakimi bin Mohamed Razif
Muhammad Naim Fahmi bin Ahmad Amir
Rasman Rizal Gerang anak Charles
Melora Amatus @ Albert
Nurul Syafiqah binti Saidin
Nur Athirah binti Hibatullah
Hii Yee Hui
Thain Yi Chi
Tiong Hieng Kung
A’rif Mizaudin bin Salaudin (Ketua)
Noor Faezah binti Abdul Halim
Muhammad Aiman bin Naim
xii
Charlie Intan Nurhusna Najiha binti Asmuri
Delta Noor Aina Nabilla binti Mohd. Suhaimi
Ferdinand Bantan anak Andrus
Nur Ain Najwa binti Nazari
Marylyn Velarie Bolovin
Nur Shazana binti Arsad
Mohammad Faizul bin Wili (Ketua)
Muhammad Fahad bin Muhammad Fadzil Ameer
Imerxia Wee
Djoeynna Joecy anak Spilak
Nurul Izzatul Zulaikha binti Ahmad Zaidi
Siti Nursyahirah binti Abd Hamid
Ahmad Haziq Hamdani bin Azhan Syamil
Nor Liyana binti Ahmad Sukaimi
Matthaiz Risob anak Jeffrey (Ketua)
Mohd Wafiq Aziq bin Wakeran
Spencer Nat anak Sibat
Rachel Eleanor anak Jerry Mancha
Nursyuhada binti Omar Ojek
Nor Baiduri Amira binti Abd Aziz
Alessandra Senan Henry Lalet
Nur Aimie Ilyani Mohamad Mardy
Arnie Ardiana binti Mohd Nasruddin
xiii
PENGENALAN
1
1.0 PENGENALAN
Unit beruniform merupakan satu kumpulan yang terdiri daripada gabungan keahlian dan
mempunyai dasar-dasar tertentu yang perlu diikuti dan dipatuhi. Badan Beruniform di sekolah
merupakan satu daripada pasukan yang WAJIB disertai oleh murid-murid di sekolah. Hal ini
berdasarkan Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997 menyatakan mengenai penyertaan
murid-murid dalam aktiviti kokurikulum. Berdasarkan hakikat kejadian insan, setiap murid
mempunyai bakat dan potensi untuk memimpin, sekurang-kurangnya untuk memimpin diri
sendiri menjadi apa yang diinginkan. Pengetahuan, kesungguhan dan kemahiran ini
sebaliknya boleh diperolehi melalui proses-proses pengajaran dan pembelajaran formal dan
tidak formal, pengalaman secara langsung, perkongsian pemikiran, pengalaman dan latihan.
2
KONSEP
3
2.0 KONSEP
2.1 PRINSIP-PRINSIP ASAS KRS
1. • Disiplin yang kental
2. • Pegang teguh kepada agama
3. • Cinta akan negara
4. • Sanggup berkhidmat
2.2 PERLEMBAGAAN KRS
Pasukan pakaian seragam ini dikenali sebagai Kadet Remaja Sekolah (KRS) bagi
Sekolah Menengah dan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) bagi sekolah rendah.
NAMA DAN ALAMAT BERDAFTAR
Peringkat Kebangsaan Bahagian Sekolah, Jabatan Sekolah,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 3&4, Blok E2
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Kuala Lumpur.
Peringkat Negeri Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan
Peringkat Sekolah Sekolah berkenaan/
4
2.3 VISI, MISI DAN COGAN KATA KRS
VISI & MISI KRS
Melahirkan pelajar cemerlang yang beriman,
berakhlak mulia, berilmu dan berketrampilan dengan
hasrat wawasan pendidikan dan Falsafah Pendidikan
Negara ke arah menjayakan wawasan 2020.
COGAN KATA KRS ‘ILMU IMAN AMAL’
ILMU IMAN AMAL
Penghayatan dan perlakuan
Asas keintelektualan dan Keimanan yang mendalam
ketrampilan ahli KRS. merupakan asas pembinaan gaya hidup sihat yang
berterusan merupakan
diri. natijah daripada kekuatan
intelektual dan disiplin diri.
2.4 OBJEKTIF & TUJUAN PENUBUHAN KRS & TKRS
OBJEKTIF
Membina generasi bersemangat patriotik yang cintakan agama, bangsa dan
negara.
Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan
diri, berdaya saing, bersemangat juang, kreatif serta inovatif dalam menghadapi
pelbagai cabaran hidup.
Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan di
kalangan pelajar mengenai isu-isu semasa serta berkeupayaan mewujudkan
integrasi nasional.
Melahirkan generasi yang mengetahui, memahami, menghayati dan
mengamalkan akhlak Islam serta mampu memberikan sumbangan demi
kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bermesra.
Menyediakan peluang kepada pelajar untuk memperolehi pengetahuan,
pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.
5
TUJUAN
Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki
ketrampilan diri, berdaya saing, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai
cabaran kehidupan.
Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan
ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang
mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Menangani masalah salah laki di kalangan pelajar remaja seperti salah guna
dadah, budaya lepak dan juvana.
Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi menyediakan
pelajar-pelajar memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan
mengurus dan memimpin.
Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama,
bangsa dan Negara Malaysia.
Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, manghayati dan
mengamalkan nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi
kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara.
Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan
mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar serta berkeupayaan untuk
bertindak sewajarnya.
6
2.5 LOGO, BENDERA, LAGU DAN IKRAR KRS
LOGO KADET REMAJA SEKOLAH
Perisai PENGERTIAN LOGO
Bulan dan Bintang Melambangkan banteng ketahanan diri daripada gejala yang
Dua Tangkai Padi tidak sihat.
Bersilang Melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi negara
Buku yang Terbuka dan Malaysia.
Rehal Melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan
serta matang dan rasional dalam semua tindakan.
Warna Hijau Melambangkan peranan institusi pendidikan yang
Warna Merah mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira
Warna Kuning keturunan, kaum, agama dan latar belakang budaya ke arah
Warna Putih melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah
Pendidikan Negara.
Melambangkan alam sekitar yang sihat.
Melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang
mempertahankan negara yang tercinta.
Melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak
kedaulatan negara Malaysia
Melambangkan keikhlasan serta kesucian
7
BENDERA KADET REMAJA SEKOLAH
Warna hijau melambangkan:
i. Tunas muda/remaja yang masih boleh dibentuk.
ii. Laluan hidup yang jelas untuk masa depan.
iii. Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS.
8
IKRAR KADET REMAJA SEKOLAH
Bahawasanya kami
Kadet Remaja Sekolah Malaysia
Berjanji dan bersetia
Akan menyemai semangat patriotik
Tetap berdisiplin, berakhlak mulia
Berilmu, beriman dan beramal
Kami juga akan memupuk semangat
Keusahawanan, mencintai alam sekitar
Mempunyai ketahanan mental dan fizikal
Bersedia berkhidmat untuk masyarakat
Demi agama, bangsa dan negara
Serta mendukung
Rukun agama dan rukun negara
Sepapanjang masa kami menjadi ahli kadet.
9
LAGU KADET REMAJA SEKOLAH
Kadet Remaja Sekolah
Menuju satu ikatan bersaudara
Bersatu menjulang keamanan negara
Menjayakan Ilmu, Iman dan Amal
Marilah kita membina peribadi
Membentuk insan yang kreatif
Ke arah kecemerlangan diri
Sepanjang masa yang berterusan
Remaja, sambutlah cabaran
Menjadi bangsa Malaysia
Maju dan cemerlang
Remaja Berwawasan
Jangan kita lupa kepada pencipta
Remaja, hayati budaya
Ilmu, Iman dan Amal
Kekalkan di hati dan jiwamu
Wawasan Kadet Remaja Sekolah
10
SEJARAH
KADET REMAJA
SEKOLAH
11
3.0 SEJARAH KADET REMAJA SEKOLAH
3.1 PENGASAS KRS
MUHAMMAD THANI BIN SHAABAN
Muhammad Thani bin Shaaban telah dilahirkan di Teluk Kumbar Pulau Pinang pada 9
Disember 1963. Beliau merupakan anak bongsu daripada dua orang adik beradik. Bapanya,
Shaaban bin Daud adalah bekas Guru Besar di SK Teluk Kumbar Pulau Pinang. Ibunya,
Norma binti Abdul Rahman adalah suri rumah sepenuh masa. Beliau mendapat pendidikan
awal di SK Teluk Kumbar dan menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Raja Tun Uda,
Bayan Lepas, Pulau Pinang. Beliau merupakan seorang pelajar yang aktif dalam bidang
kokurikulum. Minatnya dalam bidang pendidikan terserlah apabila beliau telah berjaya
menamatkan Kursus Perguruan Asas di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim Johor Bharu
pada 28 Februari 1985. Seterusnya, beliau melanjutkan pengajiannya di peringkat ijazah di
Universiti Malaya dalam bidang Pendidikan Islam dan Sejarah. Beliau memulakan
perkhidatan awalnya sebagai guru di SMK Raja Abdullah dan meneruskan sebagai guru
siswazah di SM Sains Selangor dan SM Sains Hulu Selangor, Ulu Yam. Beliau merupakan
tokoh yang berjasa dalam bidang pendidikan apabila mencetuskan idea penubuhan Kadet
Remaja Sekolah Malaysia.
12
3.2 SEJARAH PENUBUHAN KRS & TKRS
KADET REMAJA SEKOLAH
Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En. Muhammad Thani bin
Sha’aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur pada 27
Jun1987. Pada mulanya, pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM)
yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA
(PERWIRA). Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar sahaja iaitu terdiri daripada pelajar
tingkatan 1 dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang
yang BERILMU, BERIMAN DAN BERAMAL, berakhlak mulia, bersemangat patriotik dan
berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan ke arah Wawasan 2020.
Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan
Wilayah Persekutuan. Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan ISLAM SEBAGAI
CARA KEHIDUPAN (AD DEEN), Mulai tahun 1989, beberapa buah sekolah di Wilayah
Persekutuan telah mula menubuhkan KPIM. Antaranya ialah Sekolah Menengah Taman Tun
Dr. Ismail di bawah pimpinan Ustaz Ahmad Farazilla bin Abdul Ghani, Sekolah Menengah
Seri TItiwangsa di bawah pimpinan En. Anuar bin Abd Aziz dan Sekolah Menengah Agama
Ma’ahad Hamidiah, Kajang, Selangor di bawah pimpinan En. Abu Hassan bin Morad. Pada
tahun 1993, sebanyak 53 buah sekolah menengah di seluruh Malaysia telah menubuhkan
KPIM. Usaha untuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian
Pendidikan Malaysia telah dimulakan pada 10 Ogos 1993. Satu pertemuan telah diadakan
dengan Ybhg. Tan Sri Datuk Wan Mohd Zahid bin Wan Mohd Nordin iaitu Ketua Pengarah
Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993. Di dalam pertemuan ini, tesis mengenai KPIM
telah dibentangkan. Hasilnya, sebuah jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk menyediakan
kertas cabinet. Jawatankuasa ini mencadangkan agar pasukan ini diberi nama KADET
PUTERA-PUTERI ISLAM (KPIM). Walaubagaimanapun, nama pasukan ini kemudiannya
ditukar kepada KADET REMAJA ISLAM (KRIS).
Sementara itu, taklimat dan pendedahan kepada Pengarah-Pengarah Bahagian Kementerian
Pendidikan yang diadakan pada bulan Oktober 1993 dan dipengerusikan oleh Ybhg. Tan Sri
Datuk Wan Mohd Zahid telah membuat keputusan agar nama pasukan ini ditukar kepada
KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) yang bertujuan agar keahliannya terbuka kepada semua
kaum sama ada pelajar lelaki atau perempuan. Upacara pelancaran Kadet Remaja Sekolah
Peringkat Kebangsaan telah dilaksanakan pada 20 Jun 1995 (21 Muharam 1416) oleh YB
13
Dato’ Seri Mohd Najib Tun Hj. Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia di Sekolah
Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur.
TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH
Tunas kadet Remaja Sekolah (TKRS) telah mula diasaskan pada 15 Mac 1999. Sekolah
pertama yang menubuhkan TKRS (perintis) ialah Sekolah Kebangsaan Seri Melati, Kuala
Lumpur yang sekarang dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Setapak Indah. Tunas
Kadet Remaja Sekolah ditubuhkan oleh En. Wan Mohd. Ariffin bin Wan Hussin khas untuk
murid-murid sekolah rendah seperti mana Kadet Remaja Sekolah untuk pelajar-pelajar
sekolah menengah sahaja. Antara tujuan TKRS ditubuhkan adalah untuk memberikan
pendedahan awal kepada pelajar-pelajar mengenai KRS. Hal ini kerana TKRS merupakan
KRS di peringkat awal (sekolah rendah). Kurikulum, matlamat dan objektif serta perjuangan
TKRS adalah berdasarkan KRS. Pada awal penubuhan, pasukan ini dinamakan Tunas Kadet
Remaja Islam Sekolah (TKRIS). Pada masa ini, TKRIS dikenali sebagai Tunas Kadet Remaja
Sekolah. Penubuhan Kadet Remaja Sekolah secara rasminya telah disempurnakan oleh
Timbalan Menteri Pelajaran Y.B Dato’ Noh b. Omar di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah
Darul Aman pada 26 Mac 2006.
14
PENGURUSAN
15
4.0 PENGURUSAN
4.1 TATACARA PEMAKAIAN
16
KEMAHIRAN
PERKHEMAHAN
17
5.0 KEMAHIRAN PERKHEMAHAN
5.1 KRAF PERKHEMAHAN
Kraf perkhemahan merupakan kemahiran asas yang perlu dipelajari untuk
menghadapi cabaran alam semula jadi dalam kegiatan luar. Oleh itu, pengetahuan
dalam kraf perkhemahan adalah penting dan digunakan apabila individu melakukan
aktiviti perkhemahan atau pengembaraan.
OBJEKTIF
Menggalakkan masyarakat untuk mengaplikasi kemahiran dan teknik kraf
perkhemahan dalam kegiatan luar.
Memahami habitat dan alam semula jadi dan mengetahui cara untuk hidup apabila
berada di dalam hutan.
Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar
dengan cara yang sepatutnya.
JENIS-JENIS KRAF PERKHEMAHAN
Fire craft
Khemah Jenis Woodcraft
Tool craft
18
(I) FIRE CRAFT
Api penting digunakan dalam kehidupan seharian. Selain itu, api juga digunakan untuk
membekalkan cahaya, memanaskan suhu badan, keselesaan, memasak dan sebagainya.
Api juga boleh merosakkan alam sekitar jika disalahgunakan iaitu tanah menjadi hitam
serta merosakkan dahan dan akar pokok.
Jenis-Jenis Kraf Api
Hunter’s Fire
Reflector Fire
Star Fire
Teepee Fire
Log Cabin Fire
Council Fire
Jenis Kraf Api Penerangan
1. Hunter’s Fire Selain daripada menjadi bahan bakar,
kayu-kayu ini juga berfungsi sebagai
tungku untuk memasak kerana kayu ini
disusun rapat.
2. Reflector Fire Fungsi utama api jenis ini ialah untuk
menghalakan haba ke satu arah (untuk
memanaskan badan/ memanggang).
19
3. Star Fire Boleh menggunakan kayu pelbagai saiz
dan Panjang.
4. Teepee Fire Paling sesuai dan mudah digunakan
5. Log Cabin Fire tetapi sukar untuk didirikan kerana perlu
susun dan seimbangkan kayu.
Senang dan mudah didirikan kerana ia
sangat stabil. Apabila terbakar, api hanya
membakar bahagian dalam.
20
6. Council fire Dikenali sebagai ‘api piramid’. Sangat
mudah membakar dan senang
(II) WOODCRAFT
Semasa perkhemahan, individu perlu mempelajari cara untuk membina kraf kayu atau
disebut sebagai ‘gajet’. Gajet penting dalam aktiviti luar dan mempunyai pelbagai fungsi
iaitu:
Memudahkan pengurusan tempat atau kawasan perkhemahan.
Menjadikan aktiviti perkhemahan lebih tersusun dan teratur.
JENIS-JENIS WOOD CRAFT
AMPAI KAIN KERUSI
21
TEMPAT BUANG SAMPAH BOWL STAND
MUG TREE COOK SHELTER
(III) TOOL CRAFT
Tool craft adalah kemahiran menggunakan alatan semasa berada di luar atau dalam
hutan. Kemahiran ini penting kerana dapat membantu dan memudahkan individu untuk
melakukan aktiviti ketika berada di hutan.
22
JENIS-JENIS ALATAN ATAU SENJATA
(IV) KHEMAH
Khemah merupakan alatan penting dalam menjalankan aktiviti luar. Ciri-ciri tapak atau
kawasan khemah adalah:
Mendapatkan kebenaran dan maklumat.
Kemudahan asas seperti bekalan air.
Kawasan lapang.
Tidak terlalu jauh dari penduduk atau perkampungan.
23
5.2 SIMPULAN DAN IKATAN
Ikatan dan simpulan memainkan peranan penting dalam sesuatu kerja menyelamat.
Penggunaan tali sebagai medium penyelamatan adalah satu perkara yang terbukti
efektif. Pembelajaran tentang ikatan tidak tertumpu kepada proses penyelamat
sahaja, tetapi pembelajaran ikatan di dalam dunia rekreasi banyak tertumpu kepada
pelbagai bidang antaranya ialah di dalam perkhemahan, jungle tracking, survivor
camp dan lain-lain.
BUKU SILA
Untuk menyambungkan dua utas tali yang sama jenis dan saiz.
Simpulan yang tegap dan tidak terlucut serta mudah dibuka.
Untuk mengikat benda-benda kecil dengan menggunakan tali-tali kecil dan ringan
seperti bungkusan, mematikan simpulan dalam balutan bandage dan untuk mengikat
khemah yang sudah dilipat.
SIMPUL MANUK
Untuk mengikat tali pada tiang atau balak.
Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik atau diangkat dengan selamat.
Digunakan semasa memulakan dan mematikan ikatan tertentu seperti ikatan seraya,
ikatan silang gunting dan ikatan lilit.
24
TINDIH KASIH
Ikatan yang pantas.
Untuk membuat jerat yang tidak boleh menjerut.
Berguna semasa menyelamat, megikat leher binatang dan sebagainya.
IKATAN BUNGA GETI
Menyambung 2 tali yang tidak sama saiz
Mengikat tali ke suatu tanjul.
IKATAN PENGAIL
Digunakan untuk mengikat tali pada gelung besi, kayu dan pancang.
Ikatan ini kuat dan kukuh.
Sesuai digunakan untuk mendaki bukit, abseiling dan rappelling.
25
SIMPULAN ANGKA 8
Sebagai ikatan sementara dihujung tali agar tidak terburai jika tali itu pecah.
Untuk menahan tali tidak tercabut dari blok takal.
Lebih berguna kerana mudah dibuka.
26
5.3 ASAS KAWAD KAKI
Kawad kaki ialah perbarisan oleh anggota pasukan seragam terutamanya tentera, bomba dan
polis yang melibatkan pergerakan kaki, tangan dan badan serentak.
OBJEKTIF KAWAD KAKI
Untuk membentuk seseorang supaya bermegah dengan tatatertib cergas dan taat
setia.
Meningkatkan kemahiran, kecekapan serta berkemampuan mengendalikan hal-hal
berkaitan kawad kaki dan pengurusan perbarisan.
Membentuk sifat kepimpinan yang tinggi kepada pegawai di dalam Jabatan Bomba
dan Penyelamat Malaysia.
Menjadikan seorang pegawai/ jurulatih yang mempercayai diri dan bertatatertib pada
setiap masa.
Membentuk anggota supaya bekerjasama dalam satu kumpulan.
Membina semangat berpasukan, berdisipin dalam membentuk jati diri serta dapat
membentuk sesebuah pasukan supaya sentiasa bekerjasama dalam kumpulan.
Melahirkan anggota pertahanan awam yang berkeyakinan dan sentiasa mengamalkan
budaya cemerlang dan berdisiplin.
27
Membinca dan melahirkan anggota yang bersifat tegas, sentiasa bekerjasama dan
mempunyai kekuatan diri dari segi fizikal dan mental.
BAHASA HUKUMAN KAWAD KAKI KRS
BIL. HUKUMAN BAHASA HUKUMAN
1. Doa kawad Selamat pagi skuad.
Pada pagi ini, saya akan mengawadkan skuad, penanda di
sebelah kanan Koperal _____, penanda di sebelah kiri Lans
Koperal _____ itu adalah barisan hadapan.
Barisan tengah, tengah juga.
Barisan belakang, belakang juga.
Hukuman salah jangan dibuat.
Hukuman saya yang betul skuad hendaklah buat dengan
betul dan cergas. Faham itu skuad (3X).
2. Sedia Skuad…sedia.
3. Senang diri Senang…diri.
4. Rehatkan diri Rehatkan…diri.
5. Masuk Baris Panggilan masuk baris:
Dengar sini semua sekali, apabila mendapat hukuman, tiga
barisan di hadapan saya gerak, skuad hendaklah sedia,
berlari, berbaris dalam tiga barisan, di hadapan, di tengah-
tengah, di mana saya menghadap. Faham itu skuad.
6. Membetulkan barisan Hukuman:
Tiga barisan di hadapan saya…gerak
7. Nombor
8. Buka/tutup barisan Ke kanan…lurus.
Pandang…depan.
Ke kiri…lurus.
Luruskan…barisan.
Dari kanan…nombor.
Buka barisan…gerak.
Tutup barisan…gerak.
28
9. Berpusing ke Bergerak ke kanan, kanan…pusing.
kanan/kiri/belakang Bergerak ke kiri, kiri…pusing.
Menghadap ke belakang, belakang…pusing.
10. Berpusing ke kanan/kiri Menghadap ke hadapan, belakang…pusing.
semasa menghadap Skuad akan bergerak ke kanan, kanan… pusing.
belakang Skuad akan bergerak ke kiri, kiri…pusing.
11. Berpusing separuh Bergerak ke kanan, separuh kanan…pusing.
kanan/kiri Bergerak ke kiri, separuh kiri…pusing.
Ber…surai.
12. Bersurai dan keluar Keluar…baris.
baris
5.4 PERTOLONGAN CEMAS
Pengertian Pertolongan Cemas:
Pertolongan atau bantuan segera yang bersifat sementara diberikan kepada mangsa
yang mengalami kemalangan atau kecederaan dengan segala kemudahan yang
terdapat di tempat kejadian sebelum ketibaan bantuan perubatan atau sebelum
mangsa mendapat rawatan perubatan yang sempurna.
Maksud Kecemasan:
Sesuatu situasi kritikal yang boleh mengancam nyawa jika tidak diberi rawatan
segera, kesakitan mangsa menjadi lebih serius, lebih mudarat dan mungkin
meyebabkan kematian.
Prinsip Pertolongan Cemas:
Bertindak segera, cekap dan penuh keyakinan.
Longgarkan pakaian jika perlu.
Hentikan darah jika berdarah.
Kurangkan kejutan dan tenangkan pesakit.
Jangan gerakkan pesakit melainkan perlu.
Dapatkan rawatan segera jika keadaan teruk.
29
PETI PERTOLONGAN CEMAS
Pertolongan cemas ialah bantuan segera atau
rawatan kecemasan yang diberikan untuk orang
yang tercedera sebelum mendapatkan bantuan
atau perawat yang bertauliah. Ia biasanya terdiri
dari satu siri teknik yang boleh dilakukan
walaupun tanpa latihan perubatan oleh hampir
semua orang dengan peralatan yang minimm.
Antara peralatan yang umumnya ialah peti
pertolongan cemas.
ISI KANDUNGAN PETI PERTOLONGAN CEMAS
BIL. PERKARA KEGUNAAN
1. Kain anduh Untuk mengampu bahagian kecederaan/ kepatahan,
membalut luka/ pendarahan yang didapati ada kepatahan
tulang.
2. Pad mata steril Melindung mata yang tercedera/ terkena bendasing.
3. Kain kasa tidak steril -Melakukan pencucian/pembebat luka.
Kain kasa steril -Membuat balutan/ memberi tekanan pada pendarahan
dan menstabilkan kepatahan.
4. Pembalut elastik Menstabilkan kecederaan/ kepatahan/ untuk membalut
Pembalut krep luka dan juga kecederaan ringan (contoh: dislocation).
Pembalut roller
5. Sarung tangan pakai Melindungi diri dari sebarang cecair badan/ sumber
buang/ tidak steril jangkitan.
6. Gunting Memotong kain kasa/ pembalut.
7. Pita pelekat Melekatkan balutan/ pembebat.
8. Sterile multi-trauma Melakukan pencucian/ pembebatan luka.
dressing/ gauze
9. Alcohol prep pads Mencuci sebarang bendasing/ kekotoran pada luka
sebelum membalut.
30
10. Putik kapas (cotton Mencuci luka pada kawasan sukar.
buds)
11. Acriflavine (ubat kuning) Untuk antiseptik.
12. Dettol Antiseptik dan digunakan sebagai cucian luka luar.
13. LMS solution (minyak Melegakan kesakitan otot.
kuda)
ANDUH DAN BALUTAN
JENIS BALUTAN ANDUH
31
JENIS BALUTAN CARA PENGGUNAAN
1. Anduh Lengan i. Bucu atas kain anduh hendaklah diletakkan
pada siku lengan yang tercedera.
ii. Kemudian ikatan buku sila diikat pada atas
bahu.
iii. Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada
siku tadi boleh dipinkan atau dilipat ke
bahagian dalam untuk lebih kemas.
2. Anduh Lutut i. Lipat sedikit kain anduh dan letakkannya di
atas lutut yang tercedera.
3. Anduh Kepala
ii. Tarik kedua-dua hujung kain anduh
4. Anduh Pergelangan Tangan atau melintasi bawah lutut kemudian ikatkan
Tapak Kaki buku sila pada atas bahagian lutut.
iii. Tutup ikatan tersebut dengan bucu atas
kain anduh untuk lebih kemas.
i. Lipatkan sedikit kain anduh tersebut dan
letakkannya pada atas dahi mangsa dan
biarkan bucu atas kain anduh berada di
belakang kepala.
ii. Pegang kedua-dua hujung kain anduh dan
silang ke belakang kepala kemudian dibawa
ked ahi dan diikat buku sila.
iii. Lipat kain lebihan di belakang untuk lebih
kemas.
i. Letakkan tapak kaki/ tangan yang tercedera
di atas kain anduh, kemudian tarik dan
letakkan bucu atas kain anduh di atas
kaki/tangan.
ii. Silangkan edua-dua bucu hujung kain
anduh di atas dan di bawah.
iii. Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada
atas pergelangan tangan.
32
iv. Ikatan buku sila diikat pada belakang tumit
jika terdapat kecederaan pada bahagian
kaki yang mesti dibalut.
33
LAPORAN
AKTIVITI
MINGGUAN
34
PERJUMPAAN LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN
TARIKH
MASA Minggu 1
TEMPAT 10 Ogos 2022
PENSYARAH 0715 – 0930 pagi
Foyer Blok Pentadbiran IPGKBL & Bilik Kuliah 1F4
1. Tn Hj Ahmadi bin Amnan
2. Encik V. Rajasegara A/L M. Veloo
PERKARA ISI KANDUNGAN CATATAN
Perhimpunan Perhimpunan unit beruniform kali pertama yang
diketuai oleh Tn Hj Ahmadi bin Amnan.
Aktiviti Unit Ketua setiap Unit Beruniform melapor jumlah ahli
Beruniform unit beruniform kepada UB yang bertugas.
MPU3062 Nyanyian Negaraku dan Ibu Pertiwiku.
Siswa guru keluar baris untuk berkumpul mengikut
unit beruniform masing-masing.
Sesi suai-kenal antara guru penasihat dan ahli-
ahli unit beruniform.
Pelantikan ahli jawatankuasa bagi unit beruniform.
Siswa guru bersurai ke kelas masing-masing.
Siswa guru mendengar taklimat RMK mengenai
kursus MPU3062 dan taklimat berkaitan buku log
daripada pensyarah kursus Iaitu En V. Rajasegara
A/L M.Veloo.
Bersurai
35
PERJUMPAAN LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN
TARIKH
MASA Minggu 2
TEMPAT 17 Ogos 2022
PENSYARAH 0715 – 0930 pagi
Foyer Pentadbiran IPGKBL & Bilik Kuliah 1F4
1. Tn Hj Ahmadi bin Amnan
2. Encik V. Rajasegara A/L M. Veloo
PERKARA ISI KANDUNGAN CATATAN
Perhimpunan Perhimpunan unit beruniform diketuai oleh Tn Hj
Ahmadi bin Amnan.
MPU3062 Ketua setiap Unit Beruniform melapor jumlah ahli
unit beruniform kepada UB yang bertugas.
Nyanyian Negaraku dan Ibu Pertiwiku.
Siswa guru keluar baris untuk berkumpul mengikut
unit beruniform masing-masing.
Siswa guru bersurai ke kelas masing-masing.
Siswa guru mempelajari formasi kawad kaki dan
cara memberi arahan kawad kaki daripada
pensyarah kursus iaitu En V. Rajasegara A/L
M.Veloo.
Bersurai
36