The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU EBOOK KU TERBARU124241241'[-converted (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Inana Spices, 2020-05-25 05:09:47

BUKU EBOOK KU TERBARU124241241'[-converted (1)

BUKU EBOOK KU TERBARU124241241'[-converted (1)

Lesen & Peraturan

Keberkatan ilmu daripada E-book ini akan berkurangan, jika E-book ini
disebarkan dengan mengaut untung tanpa keizinan penulis.
[Boleh] mencetak dan mempraktikkan segala ILMU yang diajar
[Tidak Boleh] menjadikannya bonus bagi produk anda
[Tidak Boleh] mengubah sebarang isi kandungan dengan apa jua cara
[Tidak Boleh] mengaku ia produk anda sendiri
[Tidak Boleh] menjualnya di mana sahaja sama ada di laman web, blog, web
lelong atau seumpamanya
Segala ilmu dalam D-book @ E-book ini hanya halal untuk perkara positif yang
membawa kepada saham Akhirat untuk ke syurga sahaja. Ia adalah kerana,
segala kandungan E-book ini berada di bawah tanggungjawab penulis iaitu,
HASHEENABEEVI

p.s: Penulis asal, hasheenabeevi,
https://www.facebook.com/hasheenabeevi.attaullah/

AMARAN KERAS

Segala kandungan dalam ebook ini adalah hakcipta
terpelihara penulis. Dilarang sama sekali mencetak atau
menyalin semula ebook ini dengan apa cara sekalipun

tanpa keizinan saya. Gunakan ianya untuk kegunaan
sendiri.

Ebook ini dilindungi CCTV tersembunyi, iaitu Allah. Saya
hanya menghalalkan ilmu ini kepada pembaca yang

dapatkannya secara sah dan memberikan kredit nama ke
atas nama saya sebagai penulis. Selainnya, pembaca
berurusan terus dengan Allah.
Saya tidak bertanggungjawab, andai rezeki yang
diperoleh dari pengamalan ilmu dalam ebook ini,
membawa bahana dalam kehidupan pembaca, apabila
ebook ini didapatkan melalui cara yang dimurka Allah,
iaitu selain dari saya.

ALLAH ATAS SEGALA GALANYA DAN
DIA NAMPAK APA YANG
KITA LAKUKAN

PERINGATAN

SETIAP RESEPI JAMU DIDALAM EBOOK INI ADALAH
UNTUK PENGGUNAAN SECARA KONSISTEN, RAHSIA

TURUN TEMURUN NENEK MOYANG KITA
JAMU INI ADALAH SUPLEMEN SEMULAJADI DAN BUKAN

BERTINDAK SEBAGAI UBAT
SILA RUJUK KEPADA PIHAK HOSPITAL SEKIRANYA ANDA

MEMPUNYAI PENYAKIT DAN MEMELUKAN KHIDMAT
NASIHAT DARI PIHAK HOSPITAL.

PENGENALAN

Alhamdulillah Syukur ke hadrat ALLAH SWT. Dengan limpah kurnianya dapatlah saya
siapkan Ebook pertama saya ini.

Penulisan ebook ini yang tidak dirancang sama sekali. Hadirnya kerana ILHAM dari
Allah dan terdetik untuk membantu semua tentang Ilmu yang DIKUMPUL Hasil dari
pengalaman serta pembelajaran Saya hanya ingin berkongsi dan berkongsi dari hati
penulis ke hati pembaca. Kerana saya yakin, kita sama, kita serupa ingin tahu serta
sentiasa ingin mencuba sesuatu yang berlainan.

Hanya Allah yang tahu betapa besarnya harapan saya untuk melihat ebook ini dapat
dilancarkan dengan baik dan dapat memberikan nilai tambah atau manfaat dalam
hidup kalian. Aamiin
Ingin saya ucapkan penghargaan kepada mereka yang telah memberi saya inspirasi,
dan motivasi untuk teruskan perjuangan ini.

1. Syukur ALHAMDULLILLAH kepada Allah SWT yang telah mengilhamkan buah fikiran
untuk ebook ini. Terima kasih kerana memberikan saya kudrat dan semangat serta
usaha yang gigih untuk saya terus berdakwah membuka mata dan hati manusia
supaya terpegun dengan keagunganmu ya ALLAH.

2. Terima kasih kepada mak dan ayah, keluarga yang saya sayangi juga insan
tersayang yang selalu ada ketika susah dan suamiku serta anak anakku yang
membawa dan menjebakkan diri saya ke dalam dunia perniagaan,
keusahawanan,yang tidak putus putus berdoa buat diriku,

3. JUTAAN TERIMA KASIH kepada Coach Zul. Terima kasih di atas ILMU yang sangat
bermakna buat saya.

4. Dan paling-paling saya HARGAI, PEMBACA SENYAP, LIKERS, FOLLOWERS saya

ISI KANDUNGAN 5

Lesen dan Peraturan
Amaran Keras
Peringatan
Pengenalan
Isi Kandungan
Isi kandungan
Salam buat semu
Alhamdulillah
Istilah Herba dan jamu
50 jenis jamu
Jamu Kencur
Jus Kunyit
Jamu Kunyit Asam Pandan Halia
Jamu Kempis Perut
Jamu menambah berat badan
Jamu untuk menghilangkan kepenatan
Jamu untuk memperbanyakkan Susu Badan
Jamu Cekur
Jamu Betik
Jamu Kesuburan 1
Jamu Kesuburan 2
Jamu Kesuburan 3
Jamu Kunyit
Jamu membesarkan Payudara 1
Jamu membesarkan Payudara 2
Jamu membesarkan Payudara 3
Jamu Bawang Putih
Jamu Masuk Angin dan Kembung Perut 1
Jamu Masuk Angin dan Kembung Perut 2
Jamu Masuk Angin dan Kembung Perut 3
Jamu Untuk Kunci Sirih
Jamu Herba Khas Untuk Batuk
Jamu Batuk (Tanpa Gula)

ISI KANDUNGAN

Jamu untuk Batuk Selesema
Jamu Untuk Antibodi Badan
Jamu Luarbiasa

Jamu Kunyit Cekur Sirih

Kunyit Asam Manjakani

Jamu Kunyit Pinang Manjakani
Jamu Kembali Dara
Jamu untuk membersihkan rahim setelah haid
Jamu Herba selepas Haid
Jamu Keputihan
Jamu rapat wangi
Daun Senduduk Untuk Menghilangkan Cirit Birit
Daun senduduk Untuk Menghilangkan Keputihan
Daun Senduduk Untuk Membuang kesan dari Cacar, Jerawat
Rawatan Khas untuk Ibu bersalin (salah satu bahan yang saya
gunakkan untuk set berpantang,
Daun senduduk untuk Melegakan Luka
Daun senduduk untuk Penawar Kepada Buasir
Daun senduduk untuk PENAWAR KEPADA SAKIT GIGI
Daun senduduk untuk Membuang Angin Dalam Badan Serta
Mengurangkan Sakit Urat Dan Sendi
Kurus Dengan Jemuju Jamu 1
Kurus Dengan Jemuju Jamu 2
Kurus Dengan Jemuju Jamu 3
Jamu Lada Hitam 1
Jamu Lada Hitam 2
Jamu Sirih 1- Detox
Jamu sirih 2- Penjagaan dalaman wanita
Jamu sirih 3 Tangas
Jamu Garam Bukit’ (Freegift)

Akhir Kata dari saya

6

SALAM PERSAUDARAAN BUAT SEMUA

Alhamdullillah, selamat sejahtera dan salam kebahagiaan
buat Anda sekelian
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan jutaan terima
kasih kerana sudi mendapatkan ebook karya pertama saya,
iaitu, ebook MERUNGKAI KHASIAT REMPAH UNTUK
DIJADIKAN JAMU’. Ebook ini saya selitkan pelbagai
ramuan rempah ratus serta khasiat khasiat yang boleh
didapati daripada setiap rempah ratus ini,
Ebook Rempah ni saya selitkan ILMU yang sangat MAHAL
berbentuk ayat-ayat yang padat serta mudah untuk
difahami. Apa yang saya harapkan ialah setiap
penyampaian dan perkongsian saya dapat digunakan
sebaik baiknya.

Buat pembaca yang baru sahaja mengenali diri saya, nama
penuh saya ialah Hasheenabeevi Mohamed Attaullah.
Panggilan saya, Sheena Saya merupakan graduan dari
ITMCS dan sekarang dikenali sebagai UITM Merangkap
Pengarah Urusan syarikat HR TRADING selaku PENGASAS
kepada Rempah Inana.

Saya bermula dalam dunia perniagaan pada tahun 2016
dan saya mempunyai kepakaran di dalam rempah ratus
serta Herba

ALHAMDULLILLAH dan syukur
kepadamu Ya Allah Ya Rahman Ya

Rahim

Ya Allah, izinkanlah aku untuk menceritakan SEMUA kebaikan tentang
rempah ratus dan berkongsi ilmu ini. Ya Allah, jadikanlah ia sebagai ibadah
buat ku serta dapat memberi manfaat untuk diriku, juga untuk insan-insan
yang dengan rela hati terpanggil untuk membaca coretanku ini serta
mempergunakan semua yang di ajar di dalam ebook ini sebaik baiknya

Ya Allah jauhkanlah diriku dari sifat ‘ujub, riak dan takabbur tatkala aku
menumpang di bumiMu, berlangitkan kekuasaanMu, bernafas dengan
izinMu serta berezeki dengan limpah kurniaanMu.

Ya Allah sesungguhnya tiada daya dan kuasa melainkan dari Mu jua.”

Saya sangat berharap agar setiap TULISAN serta setiap PERKONGSIAN ILMU
ini dapat memberikan MANFAAT kepada PEMBACA SEKALIAN.
supaya suatu hari nanti ketika kalian di SYURGA,
jika ditakdirkan saya masuk NERAKA, kalian boleh ingat dan sebut saya
sebagai sahabat yang pernah memberikan kalian sedikit manfaat ketika
hidup di DUNIA.
supaya kita boleh bersama-sama di dalam SYURGA. InsyaALLAH. kerana saya
tahu saya tidak layak masuk ke SYURGANYA. Dengan sedikit ilmu dan
perkongsian ini, Saya doakan kalian KAYA, BERJAYA serta BAHAGIA di DUNIA
dan AKHIRAT. Salam ukhwah dari saya Sheena.

Istilah antara Herba dan Rempah adalah
dua perkara yang berbeza,

Kita terpaksa akui adakalanya kita sendiri tidak dapat membezakan yang mana
satu herba dan rempah bukan? Jadi saya akan tunjukkan kepada anda semua
perbezaan kedua dua herba dan rempah ini

Rempah dan herba adalah bahan yang diambil dari tumbuh-tumbuhan yang
mempunyai pelbagai kebaikan terutamanya dari segi khasiat makanan,
perubatan dan bauannya. Masyarakat kita sering menggunakan kedua-duanya
dalam masakan sebagai penyedap rasa dan kecantikan untuk nampak berseri
secara semula jadi.

APA ITU REMPAH RATUS DAN HERBA?

Rempah ratus dan herba bermaksud tumbuhan yang mempunyai nilai dari segi
perubatan, khasiat makanan dan baunya. Ia juga digunakan dalam masakan dan
juga untuk kecantikan.

Rempah Ratus dapat mengekalkan rasa dan khasiatnya lebih lama berbanding
herba.

Jadi APAKAH PERBEZAANNYA DI SINI? APA PERBEZAAN REMPAH RATUS DAN
HERBA?

Rempah ratus ialah datangnya daripada bijian, buah, akar dan juga kulit kayu.

Jenis Herba yang sering digunakan dalam jamu

Biji Manjakani Biji Pinang

Biji manjakani berbentuk Pinang merupakan
bulat berkerutu sebesar biji campuran untuk mengunyah
guli. Warna hijau sirih. Pinang juga sering
kebiruannya akan berubah digunakan sebagai agen
menjadi warna kelabu atau pewarna merah semula jadi
putih apabila ia kering dan salah satu herba
penyubur
Antara khasiat manjakani
yang diketahui umum ialah
ia dapat menjadi penawar
pada penyakit keputihan
yang biasa dialami ramai
wanita. Manjakani juga
sinonim dengan fungsinya
yang dapat mengeratkan
hubungan suami isteri

Biji Sawi

Biji sawi atau dikenali juga dengan nama mustard seed merupakan sejenis
rempah yang digunakan dalam masakan Melayu dan India seperti acar goreng
sayur kubis goreng dan lain-lain lagi. Biji sawi merupakan biji benih daripada
tumbuhan yang dikenali dengan nama mustard.

KEGUNAAN:

Ciri-ciri biji sawi yang bersifat pedas dan panas menyebabkan ia digunakan
sebagai rempah untuk masakan sayur ikan dan daging. Dari segi perubatan pula,
biji sawi mempunyai khasiatnya yang tersendiri dan boleh menjadi penawar
untuk :
1. Memanaskan tubuh badan
02. Melawaskan perut dan melicinkan salur tahi perut
03. Mengeluarkan cacing daripada perut
04. Mengelakkan bengkak limpa
05. Mengikis kudis bernanah
06. Merangsang nafsu syahwat

Biji Pelaga

Khasiat buah pelaga bukan sahaja menambah rasa dalam masakan. Malahan,
buah pelaga mempunyai banyak khasiat dalam dunia perubatan.

Berikut ialah 7 khasiat buah pelaga berdasarkan kajian sains:
1. Boleh Merendahkan Tekanan Darah
2. Bersifat antibiotik (antimikrob)
3. Baik untuk kesihatan jantung
4. Boleh menghilangkan bau mulut
5. Mungkin boleh merendahkan kadar gula dalam darah
6. Baik untuk pencernaan
7. Berpotensi untuk kesihatan kulit

APA PULA PERBEZAAN JAMU DAN HERBA?

JAMU, mengandungi pelbagai herba dan setiap herba mempunyai penawarnya
yang tersendiri. Contoh jamu untuk anak dara hanya digunakan oleh anak dara
sahaja demikian juga jamu untuk wanita yang telah berkeluarga hanya digunakan
oleh mereka yang sudah berkeluarga sahaja,

CIRI-CIRI JAMU

Terdapat tiga ciri sifat kumpulan herba dalam kandungan jamu :

1) kumpulan herba utama

Herba-herba yang berfungsi sebagai jamu dan ya lebih Bersifat ubat kepada
pemakannya

2) kumpulan herba pendamping
Herba-herba yang digaulkan bersama herba herba utama dan dijadikan pemangkin
agar menjadi lebih spesifik dan berkesan

3) kumpulan herba pelincir
Herba-herba yang diadun untuk memberi kesan pelincir agar mudah hadam pada
yang memakannya. Ia juga membantu melancarkan pengaliran darah serta
membantu mengurangkan kesan sampingan. Biasanya terdiri dari kunyit dan halia.

khasiat jamu 13

RESEPI RESEPI JAMU (BUAT SENDIRI BARU PUAS HATI)

Ada pelbagai resepi resepi jamu yang saya akan berikan kepada anda, makan
secara teratur jangan putus asa sebab kesan pengambilan jamu ini bukan boleh
dilihat dalam masa yang singkat tetapi ia memang mengambil masa. Anda pasti
dapat merasai kesan nya sekiranya anda memang YAKIN, KONSISTEN serta
TERATUR.

Jamu Beras Kencur (Cekur)

Bahan:
1500 ml air
150 gram gula jawa
125 gram kencur (cekur)
50 gram beras
5 senduk makan gula pasir
25g guka merah
5 cm halia
1/2 senduk makan asam jawa

Cara membuat jamu beras kencur:
Cuci beras sehingga bersih, kemudian rendam di dalam air selama 1 jam.
Rebus asam jawa, gula pasir, gula merah dan halia sehingga mendidih. Biar betul
betul sejuk. Kemudian
Cuci cekur sehingga bersih kemudian kupas kulitnya dan potong
Buang air rendaman beras tadi, kemudian Blender beras, cekur, dan air rebusan
gula tadi sehingga halus.Tapis jamu beras kencur, hampas tadi bokeh di blender
menggunakan air tapisan sedikit demi sedikit sehingga patinya tinggal sedikit.
Rebus sekali lagi semua bahan tapisan tadi sehingga mendidih dan disimpan di
peti ais. MINUM sekurang kurangnya 2 kali sehari

APA KEISTIMEWAAN JAMU

Kebaikan herba kunyit/halia

Khasiat Kunyit/ Halia memainkan Hampir semua kandungan jamu
peranan yang sangat sangat penting tradisional mengandungi herba
kepada tubuh badan kita dan KUNYIT/HALIA. Menjadikan
sekiranya:- pengguna jamu selamat
menggunakannya kerana
kunyit/halia membantu dalam
proses penghadaman, pencernaan
serta pelancaran aliran darah.

1) Tubuh kita tidak dapat menyesuaikan dengan pengambilan jamu tersebut ;

kunyit serta halia akan bertindak membantu untuk membuang bahan kotoran
melalui proses pencernaan,.

2) Sekiranya pengambilan jamu tersebut sesuai dengan tubuh kita maka ya akan
membantu penyerapan dan melancarkan aliran ke seluruh badan melalui
saluran darah

3) Jamu dapat membantu memanasan badan agar penyakit dapat dikesan serta
ya akan bertindak dengan cepat.

B) Keberkesanan dari amalan pengambilan jamu ini bukan dapat diihat dalam

tempoh yang singkat jadi pengambilan mesti diamalkan secara konsisten. Telah

terbukti dengan pengamalan makan

Jamu dalam tempoh yang lama dapat membantu memberi khasiat dalam
banyak perkara. Malah ia bukan sahaja berfungsi sebagai penyembuh
untuk satu penyakit sahaja.

JAMU dan HERBA dalam Kesihatan Wanita

Jamu:

Dari akar kayu tidak boleh diambil sesuka hati Cth: Manjakani. Tongkat Ali. Kacip
fatimah. Kerana ia bersifat panas dan boleh menyebabkan sembelit. Ibu yg
mengamalkan jamu serta menyusukan anak harus mengambilnya dalam kuantiti
yang di benarkan sahaja, bagi inu ibu yang baru melahirkan bayi pastikan bayi telah
sembuh dari penyakit kining terlebih dahulu.. Kanak-kanak, ibu mengandung dan
wanita haid tidak boleh mengamalkan jamu.

Herba

Dari rempah ratus amalan pemakanan harian. Sebagai contoh: jintan hitam,
jintan putih, ketumbar, bunga lawang, kulit kayu manis, dan lain lain.
Ya bersifat semulajadi kerana ya dapat.melawas system pembuangan air
besar. Jadi Ibu yang mengamalkan herba in mampu membantu bayi lawas
dalam buangam air dan menurunkan bacaan kuning bayi.
Boleh diamalkan oleh ibu semasa bayi berusia seawal 6 bulan, dan boleh
diambil oleh lelaki, mwanita mengandung serta mereka yang datang haid.

JAMU TIDAK BOLEH DIAMBIL SEMASA PERIOD ATAU HAID?

Penggunaan jamu menggunakan ramuan yang bukan hanya untuk dimakan, ianya
mengandungi herba yang berfungsi untuk merapatkan miss V, mengecutkan
rahim. Ianya mengawal dan memperbaiki hormon wanita. Oleh itu, semasa
period jika mengamalkan jamu ia bakal mengganggu dan menjejaskan aliran dan
pengeluaran darah kotor kita. Jika anda sudah mempunyai kitaran yang normal,
dan adalah sangat-sangat tidak digalakkan umtuk mengambil mana-mana produk
jamu semasa period. Pengambilan jamu DIBOLEHKAN sekiramya anda masih
mengalami masalah hormon semasa period sebagai contoh senggugut teruk,
pengaliran haid yang terlalu banyak anda boleh mengambil jamu tersebut.

Semasa period perut wanita kelihatan seperti buncit. Ini kerana semasa waktu
period atau hampir period rahim kita akan sedikit mengembang pada awal
period, ini adalah disebabkan pengumpulan darah kotor yang menepek pada
dinding-dinding rahim. Sebab tu perut nampak macam buncit sikit.

Bila kita makan jamu semasa waktu period dibimbangi Rahim akan mengecut dan ia
akan menganggu kelancaran pengeluaran darah kotor.

Kemungkinan darah haid akan keluar dengan lebih banyak dari biasa dan akan
memendekkan jangka masa pengeluaran daripada 6-7 hari menjadi kepada 3-4 hari
sahaja. Dan ia boleh mencepatkan proses menopause.

Sekiranya wanita yang memang ada masalah kitaran haid yang tidak teratur secara
tidak lansung ia kaitan dengan gangguan hormon. Jadi kita boleh sarankan mereka
untuk mengambil jamu semasa datang bulan supaya ya dapat menstabilkan semula
hormon mereka dan sekaligus dapat memperbaiki waktu pengeluaran haid menjadi
normal.

Pada mereka yang sering mengalami masalah senggugut di sarankan untuk
mengambil jamu sekurang-kurangnya sebiji sehari bagi tujuan untuk nmemanaskan
rahim dan ya akan mengurangkan kesakitan akibat senggugut.

50 RESEPI
JAMU

Jamu Kencur

Jamu Beras Kencur (Cekur)

Bahan:
1500 ml air
150 gram gula jawa
125 gram kencur (cekur)
50 gram beras
5 senduk makan gula pasir
25g gula merah
5 cm halia
1/2 senduk makan asam jawa

Cara membuat jamu beras kencur:
Cuci beras sehingga bersih, kemudian rendam di dalam air selama 1 jam.
Rebus asam jawa, gula pasir, gula merah dan halia sehingga mendidih. Biar betul
betul sejuk. Kemudian
Cuci cekur sehingga bersih kemudian kupas kulitnya dan potong
Buang air rendaman beras tadi, kemudian Blender beras, cekur, dan air rebusan
gula tadi sehingga halus.
Tapis jamu beras kencur, hampas tadi bokeh di blender menggunakan air tapisan
sedikit demi sedikit sehingga patinya tinggal sedikit. Rebus sekali lagi semua
bahan tapisan tadi sehingga mendidih dan disimpan di peti ais. MINUM sekurang
kurangnya 2 kali sehari,

1. Menyihatkan badan dan menambah stamina badan

Pengambilan jamu kencur secara teratur dapat menambah stamina serta badan
terasa sihat dan kurang letih

2. Mengurangkan berat badan

Ia berfungsi sebagai pembakar lemak pada badan secara semulajadi, dengan
pengambilan secara teratur serta konsisten, anda boleh merasai sendiri berat
badan anda makin kurang.

3. Mengurangkan Kolestrol

Jamu kencur ini dapat membuang kolestrol kolestrol yang degil dengan mudah
kerana didalam jamu kencur ini mengandungi flavonoid seperti kaempferol,
quercetin, dan galanin. Dengan mudah ia dapat menyingkirkan kolesterol dan
trigliserida dari dalam tubuh kita.

4. Kaya dengan antioksidan

Jamu beras kencur mengandung antioksidan yang sangat tinggi sehingga dapat
membasmi radikal bebas pada tubuh badan kita,. Jamu beras kencur juga memiliki
kandungan antiinfeksi dan antiinflamasi yang dapat melawan oelbagai penyakit
yang disebabkan oleh infeksi dan radang.

5. Membantu mengurangkan batuk dan selesema

Jamu beras kencur dapat mengurangkan kegatan di kerongkong serta dapat
mengurangkan selesama sekiranya di ambil secara teratur

6. Membantu mengurangkan sakit perut

Dengan pengambikan jamu beras kencur ini ia boleh membantu mengurangkan
sakit perut. Jamu beras kencur juga dapat digunakan untuk mengatasi masalah
ceret beret karena kencur (cekur) itu sendiri mengandung serat yang boleh
membantu masalah pencernaan. Selain itu, jamu beras kencur juga dapat
membantu mengurangkan sesunggut

Jus Kunyit

1 Ichi Ibu Kunyit
1 Biji limau nipis/ Lemon
Satu sudu teh garam

Cara penyediaannya:_
Blenderkunyit dengan segelas air, tapis campur dengan air limau nipis dan sedikit 1
sudu the garam. Sedia untuk diminum.

Boleh diambil sebelum minum pagi atau sebelum tidur.

Khasiat air kunyit ini
Menghilangkan keputihan
Menurunkan berat badan
Melawaskan sistem pembuangan
Awet muda
Memulihkan luka dalaman

Jamu Kunyit Asam Pandan Halia

5 inchi Ibu Kunyit, Buang kulitnya
1/2 inchi halia
2 sudu besar gula merah
1 paket kecil asam jawa
1 helai daun pandan di potong pendek
1 liter air / 4 gelas air
Sedikit garam

Penyediaannya
Semua bahan di atas di blender kecuali air asam jawa, gula merah dan garam,
ditapis kemuan dimasak sehingga mendidih, masukkan air asam jawa, gula
merah dan garam. Minum semasa suam. Boleh di simpan di peti sejuk.

Sesuai diambil oleh mereka yang lepas datang bulan

Jamu Kempis Perut

BAHAN BAHANNYA
4-5 INCHI HALIA
5 ULAS BAWANG PUTIH
½ SUDU LADA HITAM
2 BIJI LIMAU NIPIS
SEDIKIT GULA MELAKA

CARA PENYEDIAANNYA

Tumbuk semua bahan di atas dengan sedikit air kemudian digentel bulat dan
di simpan di peti sejuk.

Cara pengambilannya
2 biji pagi 2 biji malam

Tujuannya adalah:
Membantu Mengempis perut
Membantu menurunkan berat badan
Membantu membuang angin
Membantu mengurangkan lemak yang berlebihan

Jamu menambah berat badan

BAHAN BAHANNYA
4-5 INCHI HALIA
5 ULAS BAWANG PUTIH
½ SUDU LADA HITAM
6 SUDU MAKAN HALBA

CARA PENYEDIAANNYA

Tumbuk semua bahan di atas dengan sedikit air kemudian digentel bulat dan
di simpan di peti sejuk.

Cara pengambilannya
2 biji pagi 2 biji malam

Tujuannya adalah
Membantu menambah berat badan
Membantu menambah selera makan
Membantu membuang angin

Jamu untuk menghilangkan kepenatan

Bahan-bahannya
3 inci Halia
5-7 helai Daun sirih
3 inci Cekur
3 inci Kunyit hidup
3 inci Temu kunci
4-6 ulas Bawang putih
Air putih 2 gelas
Sesudu Asam Jawa
2 sudu Madu

Cara penyediaannya:-
Cuci bersih dan blender kecuali Madu dan Asam Jawa. Kemudian Masak sehingga
mendidih, masukkan air asam jawa yang sudah dibuang biji. Rebus lagi sehingga
mendidih. Sejukkan dan campur madu.
Cara pengambilannya
Minum semasa perut kosong sebelum mengambil apa apa sarapan, dan minum
sebelum tidur,

Tujuannya
Membantu Mengurangkan berat badan
Membantu Menambah air susu ibu
Membantu Mengurangkan kepenatan

Jamu Untuk Memperbanyakkan Susu Badan

Susu ibu adalah sebaik baik susu yang diberikan kepada anak anda, gunakan ya
sebaik baiknya dan usaha untuk memperbanyakkan susu ibu supaya anda dapat
menyusui anak anda. Banyak faedah yang anda boleh dapati selain membantu
anda menurunkan berat badan anda ya juga boleh merapatkan hubungan anda
dan bayi anda.
Bahan bahan:-
1 Genggam Cangkuk Manis
I Genggam Daun Pegaga
1 Inc Temulawak
1 Inchi Kunyit Hidup
Segelas Air Purih

Cara penyediaannya
Buang kulit temulawak dan kunyit terlebih dahulu, bersihkan, Cuci bersih semua
bahan tadi dan blender dengan sedikit air, tapis airnya , Blender lagi sehingga
tinggal hampas, Minum sekali sehari dan boleh dicampurkan dengan sedikit
madu/ gula merah atau limau nipis ikut citarasa anda sendiri.

Jamu Cekur

Bahan-Bahannya

5 batang Rumput Jarum Mas
10 gm Daun Pegaga
1 biji Limau nipis
10 gm temu hitam
4 gm temu kunci
1 biji nenas muda
Cekur
Garam secukup rasa

Cara Penyediaannya:-

Terlebih dahulu kupas kulit cekur,temu hitam dan temu kunci,kupas
kulit nenas muda
Nenas, daun pegaga dan rumput jarum mas di tumbuh halusm
campur semua bahan kecuali limau dan garam, perah semua bahan
yang telah ditumbuk tadi dan bila hendak minum baru letak garam
dan limau nipis. Untuk mendapat kesan yang optimal, minum setiap
pagi sebelum mengambil apa apa sarapan.

Jamu Daun Betik

Bahan-bahannya
Daun betik
Daun Ubi Jalar

Cara penyediaannya:-
Di celur dan dibuat ulam

Jamu Kesuburan 1

Khasiat jamu kesuburan ini

Untuk yang belum dapat anak
Menghilangkan bau kurang menyenangkan semasa datang haid
Menghilangkan Keputihan
Miss V semakin ketat

Bahan bahannya
Bunga kenangam bunga mawar dan bunga cempaka putih
Limau nipis
Kayu Mesoyi
Kayu Ganti
Kunyit
Cekur
Halia
Gula merah atau gula putih
Segelas air putih

Penyediaannya
Diblender, semua kecuali gula merah atau gula putih ditapis dan di
masak SEHINGGA MENDIDIH, Sejukkan dan dicampur dengan gula.

Minum 3x sehari

Jamu Kesuburan 2

Bahan bahannya
10g akar dari kembang pukul empat
10g daun senduk
20g daun maniran (seiras daun semalu)

Air putih secukupnya

Cara penyediaannya

Buang kulit kunyit dan temu putih cuci bersih dan hiris nipis, campur
semua bahan diatas dan cuci dengan bersih.
Rebus bahan bahan tersebut ke dalam air sebanyak 4 gelas Tunggu
sampai mendidih tapis, jamu ini sebaik baiknya diminum pada waktu
pagi.

Jamu Kesuburan 3

Bahan bahannya
Jamu kencur, daun sirih dan bawang putih

Cara penyediaannya
Ketiga tiga bahan ini di campur dan direbus. Minum waktu pagi

Peringatan

Bahan bahan diatas adalah untuk kesuburan. Ia adalah bahan
semulajadi digunakan sejak turun temurun

Jamu Kunyit

Jamu parem ini bertujuan untuk membantu menghilangkan sakit perut,
mual, sesunggut dan lain lain.

Bahan-bahan

6 inci kunyit
1 sdm gula
5 cm kayu manis
3 sdm madu
500 ml air

Langkah-Langkahnya

Parut halus kunyit.
Panaskan air dalam dalam periuk kemudian masukkan kunyit parut.
Tambahkan gula merah dan kayu manis. Masak hingga mendidih.
Angkat dan tapis jamu. Masukkan kedalam gelas dan masing masing
tambahkan 1 sdm madu. Di minum semasa suam

Jamu untuk membesarkan Payudara

Jamu membesarkan Payudara 1

10 helai Kacang panjang

Cara penyediaannya:
Tumbuk 10 helai kacang panjang sehingga keluar getahnya, sapu di
seluruh buah dada, aerola,putting sehinnga ke putting.
Gunakan 2x seminggu untuk mendapatka hasil

Jamu membesarkan Payudara 2

Bunga Turi
Cara penyediaannya:
Bunga Turi dicampur dengan beberapa liter air. PASTIKAN minum
dengan air yang suam panas.
Minum 2x sehari

Jamu membesarkan Payudara 3

Bawang Merah

Cara penyediaannya:
Bawang Merah ditumbuk halus dan disapu pada seluruh
payudara
Gunakan 2x seminggu

Jamu Bawang Putih

Khasiat jamu ini untuk membuang angin, untuk
jantung dan banyak lagi

Bahan-bahan
100 ml cuka apel
100 ml air perahan limau nipis
200 ml air untuk rebusan
100 gm halia merah (diblender)
7 ulas bawang putih (diblender)

Langkah langkah penyediaannya
Semua bahan di atas di campur kemudian di rebus,
Minum semasa suam

Jamu Untuk Masuk Angin Dan Kembung Perut

Jamu Untuk Masuk Angin Dan Kembung Perut 1

Bahan-bahan
2-4 biji bawang merah
Minyak kayu putih

penyediaanya
2 biji Sehingga 4 biji bawang merah dihaluskan kemudian dicampur
dengan Minyak kayu putih.

Cara penggunaannya:-
Sapu di bahagian leher, punggung, dada dan juga perut.

Jamu Untuk Masuk Angin Dan Kembung Perut 2

Bahan-bahan
6 biji bawang merah
Segenggam biji halba
Air mineral 100ml
2 sudu Makan Madu

Blender bawang merah, tapis ambil airnya dalam anggaran setengah
gelas, rebus air masukkan aur bawang nerah dan halba tadi.
Ditambah madu

Cara penggunaannya:-
Minum 1x sehari setiap hari, Pastikan diminum dalam keadaan yang
suam.

Jamu Untuk Masuk Angin Dan Kembung Perut 3

Bahan-bahan
2 biji bawang merah
4 biji pelaga
5g adas
2 inchi halia
Sedikit gula merah
300 liter

Cara penyediaannya
Rebus semua bahan di atas sehingga mendidih

Cara penggunaannya:-
Minum 1x sehari setiap hari, Pastikan diminum dalam keadaan yang
suam.

Jamu Untuk Kunci Sirih

Bahan-bahan
2 kg temu kunci
2 kg kunyit
1 guni Daun sirih
1 genggam asam jawa
1 kg gula pasir
2 1/2 sdt garam
20 liter air
Gelen Air
Kain putih
Besen bersih

Langkah
Bersihkan dan buang kulit temu kunci dan kunyit ,
Cuci daun sirih, toskan
Blender kesemua bahan daun sirih, temu kunci dan kunyit.
Sediakan besen yg cukup besar untuk menampung air dalam anggaran
15-20 liter dan kain putih untuk menapis air sirih tadi,
Jamu yang sudah ditapis dimasukkan kedalam periuk besar, masukkan
sekali tapisan asam jawa yang telah dibuang bijimya, Tapis sehingga
tinggal hampas,
Selepas mendidih, beri gula dan garam. Masukkan ke dalam botol.

Jamu Herba Khas Untuk Batuk

Bahan-bahan

2 Inch Halia Merah
1 helai Sirih
1/2 inchi kunyit
2 biji pelage
3 biji cengkih
2 sudu besar gula merah
5 cm kayu manis
1/4 air perahan limau nipis
500 ml Air

Langkah-Langkah Penyediaannya

Halia Merah dan kunyit dibuang kulit terlebih dahulu, cuci semua
bahan kecuali gula merah
Blender kunyit, halia dan sirih
Rebus air dan masukkan semua bahan diatas kecuali gula merah
dan air perahan limau nipis.
Biar betul betul mendidih dan air rebusan menjadi pekat, masukkan
gula merah.
Selepas mendidih tutup api dan diminum semasa suam. Campurkan
air perahan limau nipis tadi untuk hasil yanglebih optima.

Jamu Batuk (Tanpa Gula)

Bahan-bahan
1 inch halia
1 inch kunyit
1 inch Cekur
1 batang serai
1 cm kayu manis
1 biji cengkeh
1 biji pelaga
450 ml air
Madu / gula merah
Air perahan limau nipis (ikut suka)

Langkah-Langkah penyediaannya

Cuci bersih semua bahan diatas, kemudian dihiris nipis.
Masukkan kedalam periuk, rebus sehingga mendidih .
Anda boleh masukkan madu atau perahan air limau nipis ikut pada
citarasa anda sendiri.

Jamu Untuk Batuk Selesema

Bahan-bahan
¼ inchi halia
3 biji limau nipis
Madu

Langkah-langkah penyediaanya

Buang kulit halia , cuci sebersih-bersihnya
Tumbuk dengan halus, tapis airnya
Perah limau nipis tadi dan tapiskan
Campur air limau nipis dan air halia
Rebus sehinnga mendidih
Minum semasa suam dan dicampur madu

Cara pengambilan
Diminum 3 hari berturut turut

Jamu Untuk Antibodi Badan

Bahan-bahan

3 litre Air Putih
250g halia
250g kunyit
6 inc lengkuas
13 helai daun sirih
7 batang serai
2 susu makan gula merah
1 biji limau nipis
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan putih
3 biji sawi

Langkah langkah penyediaannya
Cuci sebersih-bersihnya semua bahan di atas
Blender semua bahan di atas kecuali daun sirih, limau nipis, ketumbar,
jintan putih dan biji sawi.
Kemudian rebus air sehingga mendidih
Masukkan kesemua bahan telah di blander tadi, daun sirih, ketumbar,
jintan putih ,biji sawi dan gula merah. Rebus sehingga air semakin kurang
dan pekat. Campur air perahan limau nipis. Diminum semasa Suam.

Cara pengambilannya:
Minum 2 kali sehari

Jamu Luarbiasa

Bahan-bahan

150 gm temulawak putih
150 gm temulawak kuning
250 gm ibu kunyit
25 gm halia merah
100 gm halia
125 gm temu hitam
125 gm temu kunci
2 biji pinang muda
20 helai daun sirih
30 gm asam Jawa
250 gm gula batu
3.5 liter Air putih
2 liter air putih
Botol kosong

Langkah-langkahnya

Cuci sebersih -bersih semua bahan
Blender halus semua bahan diatas dan rebus menggunakan air 3.5 lliter
. Rebus sehingga airnya mendidh dan berkurangan dan susut menjadi 2
liter, kemudian tambahkan gula batu. Angkat dan simpan di dalam
bekas yang lebih nesar lebih besar,
Kemudian hampas bahan tapisan tadi direbus sekali lagi menggunakan
air 2 liter, rebus sehingga air nya berkurangan,Angkat dan di campur
dengan air jamu yang pertama tadi.

Cara pengambilanya
3 kali sehari

Jamu Kunyit Cekur Sirih

Bahan-bahan 1
50g Kunyit dibuang kulitnya
75g halia, dibuang kulitnya
50 gm Cekur dibuang kulitnya
2 batang serai
4 helai daun pandan di potong kecil
Asam jawa
Air perahan limau nipis
Madu
1 liter Air mineral

1.BAHAN 2:
7 Lembar daun sirih, di potong kecil
300 ml air putih

Langkah-lamgkahmya
Cincang semua bahan 1 kecuali asam jawa dan
limau nipis
Panaskan air, masukkan semua bahan yang
dicincang dan daun pandan tadi rebus sehingga air
nya berkurangan, angkat
Panaskan air 300ml, masukkan daun sirih biar
mendidih dan tutup

Cara penhambilannya
Campur kedua dua air tadi dan di campur dengan
asam jawa, limau nipis dan madu

Kunyit Asam Manjakani

Bahan-bahan
500 gm induk kunyit
400 gm gula merah
1 sdt garam
Setengah peket asam jawa
1 liter air
200 ml air manjakani (ditumbuk terlebih
dahulu

Langkah-langkah

Blender induk kunyit yang sudah di cuci dan di kupas kulitnya. Kemudian
masukan ke dalam periuk Kemudian tambahkan air, gula merah, dan
asam jawa. Kemudian masukkan air 200ml air manjakani ke dalam periuk
tadi Masak sehingga mendidih Selepas mendidih tambahkan garam.
Setelah sejuk tapis air kunyit dan masukkan kedalam botol.kosong.

Jamu Kunyit Pinang Manjakani

Bahan-bahan
1.4 liter air
200 gm kunyit, dikupas kulitnya
100 gm halia / yalia merah
5 batang serai saiz kecil atau 2 batang serai saiz besar
300 gm gula merah
100 gm gula
100 gm asam jawa
1 sdt garam
30 gm kayu rapat kering
30 gm pinang kering
30 gm manjakani
1 cm kayu manis
20 lembar daun sirih

Langkah penyediaannya:-
Kunyit, halia, serai di blender dengan 1000 ml air. Pastikan betul betul halus.
Tuamg ke dalam periuk
Masukkan semua bahan kecuali daun sirih, gula dan garam. Rebus sehingga
mendidih
Setelah mendidih, masukkan daun sirih. Biarkan mendidih selama 5 minit.
Sejukkan . Selepas sejuk tapis dengan kain kosong.
Tapisan pertama, didihkan lagi tambah gula dan garam

Simpan di dalam bekas kosong.dikulkas.

Cara Pengambilannya
Minum sekali sehari , anda juga bokeh menambah sedikit perahan limau nipis
didalam jamu tersebut

Jamu Kembali Dara

Bahan bahan
1 biji buah pinang tua,
200 ml air
1 sdt garam

Cara cara penyediaanya
1 biji buah pinang tua, dibuang kulitnya.
Isi pinang di parut
Rebus air dan masukkan parutan pinang sampai mengental.
Tapis dengan kain halus sampai semua ampas hilang.
Masukkan garam dan kacau sehingga sebati.

Cara pengambilannya:-

Minum jamu ini setiap pagi seminggu sekali.

Jamu untuk membersihkan rahim setelah haid

Bahan-bahan
1 inci halia
1.1 inci Kunyit
2 batang serai
2 helai daun pandan
Madu
3 Cawan air

1.Tambahan (jika perlu)
2 helai daun sirih (utk masalah keputihan)
1 biji manjakani (utk merapatkan miss v)

Cara penyediaannya
Rebus semua sehingga menjadi segekas air

Cara cara pemgambilannya:-
Minum semasa hangat 3 jaki sehari

Langkah-langkahnya
1.Biji manjakani di tumbuk kasar. Buah pinang dibuang kulit dan
dipotong kecil
2.Masukkan semua bahan jkecuali daun sirih, didihkan dalam air.
Setelah mendidih baru masukkan daun sirih. Didihkan selama 5 minit
bersama daun sirih.
3.Biarkan sejuk terlebih dahulu baru ditapis.

Jamu Herba selepas Haid

Bahan-bahan
3 Batang serai
2 inchi Halia
2 Inchi Kunyit
3 helai aun pandan
1 cm kulit kayu manis
3 helai daun sirih
1 biji majakani
Gula Batu
4 gelas Air putih

Langkah langkahnya

Rebus semua bahan kecuali majakani, Rebus sampai tinggal
2 gelas...

Cara pengambilannya
Minum 2 kali sehari

Jamu Keputihan

Bahan-bahan
5 biji manjakani
25 gm pinang muda
1 biji buah pinang besar
Segenggam kayu rapat,
1 sdm kapur sirih
2 ketul gambir (batu)
10 helai daun sirih
1.4 liter air

Langkah-langkahnya
1.Biji manjakani di tumbuk kasar. Buah pinang dibuang kulit dan dipotong kecil
2.Masukkan semua bahan jkecuali daun sirih, didihkan dalam air. Setelah
mendidih baru masukkan daun sirih. Didihkan selama 5 minit bersama daun
sirih.
3.Biarkan sejuk terlebih dahulu baru ditapis.

Jamu rapat wangi

Bahan-bahan
5 biji manjakani
1/4 kg kunyit
1/4 kg halia merah
1/4 kg temu kunci
5 biji pinang muda
1 aun kulit delima putih (kalau ada)
Gula merah
Asam jawa
Garam
Seikat daun sirih
6 ltr air

Langkah-Langkah penyediaannya:-
Kupas semua kunyit, halia, temu kumci pinang muda dan kulit
delima putih (kalau ada) Cuci sebersih sebersihnya, diblender
dengan air putih
Rebus jamu tersebut sehingga mendidih. Tambahkan garam,, gula
merah dan asam
Manjakani dipecah pecah dan dimasukkan kedalam air rebusan
jamu tadi. Sehingga mendidih. Tambah gula sekiranya anda ingin
rasanya sedikiot manis
Simpan didalam botol

Cara pengambilannya
Diminum sehingga 7 hari berturut turut mendapat hasil yang
diingini\

RAHSIA DAUN SENDUDUK

Daun Senduduk Untuk Menghilangkan Cirit Birit

Ambil Pucuk daun Senduduk, bersihkan dijadikan ulam.
Amalkan sehingga cirit birit anda semakin pulih

Daun senduduk Untuk Menghilangkan Keputihan

Bahan-bahannya
Daun Senduduk
Halia

Cara penyediaannya
Ambil segenggam Daun Senduduk, cuci sebersih-bersihnya,
direbus dengan Halia. Apabila sudah mendidih tutupkan.

Cara pengambilannya
Diminum 2 kali sehari


Click to View FlipBook Version