EKONOMI GIG SEBAGAI KESINAMBUNGAN HIDUP
APA ITU EKONOMI GIG?
Apakah ekonomi gig? “Ekonomi gig” atau turut dikenali sebagai “Gig Economy”
mula diperkenalkan sekitar tahun 2009 oleh Tina Brown yang merupakan seorang
editor The Daily Beast. Tina Brown memperkenalkan istilah unik ini menerusi
penulisannya tentang “freelancer”. Secara umumnya, istilah ekonomi gig ini merujuk
kepada model ekonomi yang memerlukan sesebuah organisasi beroperasi dengan
menggunakan sistem kontrak atau berasaskan projek. Sistem pasaran bebas dalam
konsep ekonomi gig telah memberi kebebasan kepada sesebuah organisasi dan
pekerja untuk menjalani kontrak kerja secara suka sama suka tanpa perlu mengajikan
perkerja tersebut secara sepenuh masa.
Dalam istilah yang lebih mudah, ekonomi gig merujuk kepada “freelancer” yang
berkemampuan untuk bekerja secara fleksibel tanpa terikat dengan waktu bekerja
yang rutin iaitu 9-5. Asas kepada pekerjaan jenis ini adalah pekerjaan jangka pendek,
secara kontrak dan juga secara bebas. Konsep ekonomi gig semakin dikenali ketika
zaman krisis keewangan global dan kejatuhan ekonomi. Kegawatan ekonomi ketika
itu meninggalkan kesan kepada seantero dunia sehingga tercetusnya budaya
pendigitalan kerja. Berakar umbi dari sinilah, maka wujudnya beberapa platform
perantara penyedia perkhidmatan digital seperti Uber, AirBnB dan Lyft yang telah
menjadi benih kepada permulaan ekonomi gig di Amerika Syarikat.
Bagi sesetengah masyarakat kita, istilah ekonomi gig mungkin kedengarannya
agak janggal dan luar pengetahuan kendiri. Namun hakikatnya, budaya ekonomi gig
telah mula popular di negara barat sejak 10 tahun yang lalu. Kini, pekerjaan ini mula
kembali aktif diketengahkan ketika negara dan seluruh dunia menghadapi keadaan
ekonomi terhenti disebabkan oleh pandemik Covid-19. Ekonomi gig dilihat telah
mengubah cara sesetengah generasi muda melihat peluang perkerjaan. Walaupun
kestabilan kerja dalam bidang profesional pernah menjadi tumpuan utama dalam
mencari kelangsungan hidup, generasi hari ini lebih berminat dengan fleksibiliti dan
kebebasan profesional. Generasi muda dilihat lebih memilih perkerjaan sebagai asas
kehidupan tanpa perlu terikat bekerja di pejabat selama berjam-jam dan hanya
mendapat bayaran mengikut usaha dan kemahiran yang mereka ada semata-mata.
Di Amerika Syarikat pula, terdapat 59 juta penggiat gig pada tahun 2020 dan
dijangka figura ini akan meningkat kepada 90.1 juta pada tahun 2020. Manakala nilai
dagangan melibatkan ekonomi gig diunjurkan berjumlah USD 455.2bil menjelang
2023. Nilai-nilai ini akan terus meningkat saban tahun selaras dengan kemajuan
teknologi, peningkatan penggunaan aplikasi dan kewangan digital. Perkara ini
pastinya memberi kesan kepada pasaran pekerjaan dunia amnya dan di Malaysia
khasnya.
**Statistik jumlah penggiat ekonomi gig di Amerika (2014-2020)
** Statistik nilai dagangan ekonomi gig (2019-2023) di Amerika Syarikat
Mengikut Indeks Ekonomi Gig Global, Amerika Syarikat (AS) berada di tempat
pertama dengan pertumbuhan sebanyak 78% dan tempat kedua ialah United
Kingdom (UK) sebanyak 59%. Di rantau negara Asia pula, Filipina mencatatkan
pertumbuhan sebanyak 35% dan India 29%.
** Statistik perkembangan ekonomi gig di dunia
Ramalan global penjanaan pendapatan dari ekonomi gig ini juga dilihat meningkat
dengan kadar yang memberangsangkan dan boleh dijadikan salah satu mekanisme
penjanaan pendapatan dan ekonomi negara.
Di Malaysia, perkembangan ekonomi gig berkembang pesat terutama ketika
fasa pandemik dan pasca pendemik. Statistik Jabatan Perangkaan Malaysia
menunjukkan bahawa 26 peratus daripada tenaga buruh di Malaysia disumbang oleh
ekonomi gig yang sedang berkembang. Nilai ini bersamaan dengan empat juta
pekerja bebas (freelancer). Dari segi pertumbuhan, ekonomi gig berkembang 31
peratus pada tahun 2017, mengalahkan tenaga buruh konvensional. Perkembangan
ekonomi gig kini selari dengan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) serta penggunaan dan
pembuatan aplikasi teknologi digital daripada pihak penggiat ekonomi gig, pengguna
dan juga “freelance apps developer”.
BAGAIMANA EKONOMI GIG BERJALAN?
Pekerja gig
Gig sesuai dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat
usia, jantina dan pencapaian akademik. Golongan belia, ibu dan bapa tunggal, orang
kelainan upaya (OKU) dan juga pesara yang berniat mencari atau menambah
pendapatan mereka juga boleh menceburi bidang ini. Mereka yang berminat dengan
konsep kebebasan bekerja selalunya akan lebih cenderung mengambil bahagian
dalam pekerjaan gig. Pendek kata, pekerjaan yang menjurus kepada ekonomi gig
boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja kerana ianya hanya bergantung pada kemahuan
dan kemahiran yang dimiliki seseorang itu.
Pekerjaan berasaskan gig terbahagi kepada beberapa klasifikasi. Daripada
segi klasifikasi, terdapat pekerjaan gig yang “high skills” dan “low skills”. Pekerjaan gig
yang “high skills” memerlukan kemahiran yang spesifik seperti “web designers”,
penganalisa bebas (berkait dengan kewangan, ketidak stabilan ekonomi, politik dan
lain-lain), “programmer” bebas dan juga pekerjaan yang berkait rapat dengan servis
seperti servis penyaman udara, elektrik dan elektronik, paip dan sebagainya.
Manakala daripada segi pekerjaan gig yang “low skills” adalah seperti
penghantar makanan. Kemahiran akademik tidak diperlukan untuk menceburi bidang
ini. Namun, kemahiran dalam mengendali kenderaan, kesedaran akan persekitaran
dan daya ketahanan yang tinggi amatlah diperlukan dan pekerjaan ini telah dianggap
sebagai “essential” terutama sekali ketika seluruh negara perlu mematuhi pelbagai
peraturan ketika pelaksanaan PKP. Walau bagaimana pun pendapatan yang mereka
perolehi mampu mencapai sehingga kepada nilai empat angka seminggu sebulan
bergantung kepada usaha mereka sendiri.
Pengguna Gig
Salah satu pengguna perkhidmatan gig adalah syarikat yang tidak mahu
menjadikan pekerja tetap sebagai satu komitmen mereka serta ingin untuk
mengurangkan kos operasi mereka. Syarikat ini enggan untuk berbelanja besar untuk
jangka masa panjang dengan menggaji pekerja. Menggajikan perkerja akan
memakan kos yang besar apabila syarikat perlu menangung komitmen gaji bulanan,
latihan kepada pekerja, kos kesihatan dan bayaran sewaan pejabat yang besar dan
lain-lain. Syarikat yang menggunakan khidmat pekerja gig tidak perlu terilbat dengan
komitmen yang besar dan hanya perlu mengupah pekerja gig yang berkaitan untuk
melakukan kerja secara one-off untuk mereka. Keutamaan syarikat hanyalah
perbelanjaan berasaskan projek yang berupaya mengurangkan beban pentadbiran
dan menjadikan model perniagaan lebih cekap. Pada kebiasaannya perkhidmatan
pekerja gig dalam bidang koperat ini diperolehi daripada melalui pengiklanan, kenalan
ataupun reputasi pekerja gig itu sendiri. Aliran semasa ini benar-benar menawarkan
situasi menang-menang yang baik untuk kedua-dua pihak.
Selain itu, pengguna harian yang biasa menggunakan khidmat pekerja gig ini
adalah orang persendirian. Perkhidmatan penghantaran makanan adalah salah satu
contoh perkhidmatan yang amat popular kini. Pengguna hanya perlu membuat
tempahan secara dalam talian menggunakan aplikasi tertentu, membuat bayaran dan
seterusnya tempahan mereka akan dihantar oleh pekerja gig yang terbabit. Mudah
bukan? Menurut seorang pengguna perkhidmatan pekerja gig, Puan Azura Dollah
yang merupakan seorang wanita berkerjaya, “Saya menggunakan perkhimatan
pekerja gig kerana kesuntukan masa dalam menguruskan urusan seharian. Saya
tidak perlu lagi membuang masa menunggu makanan di restoran tertentu. Masa yang
ada saya boleh gunakan untuk menguruskan urusan lain. Tambahan pula caj yang
dikenakan tidaklah mahal, berpatutan dan servis mereka juga cepat, jelas beliau lagi”
Pembangunan Aplikasi
Tumpuan mula diberikan dalam
pembangunan pembinaan beberapa
aplikasi digital terutama daripada segi
infrastruktur dan kemudahan
penggunaan. Kewujudan platform digital
atas inisiatif Malaysia Digital Economy
Corporation (MDEC) seperti eRezeki
dan eUsahawan diakui telah
memudahkan rakyat Malaysia untuk
mencari pekerjaan sementara setara
dengan kemahiran dan minat mereka.
Selain itu, digital platform yang
dibangunkan oleh syarikat-syarikat yang
menggalakkan dan memerlukan pekerja-
pekerja gig seperti FoodPanda, Grab Corporation, AirAsia Teleport, Lalamove dan
sebagainya turut merangsang pertumbuhan pekerjaan sementara atau gig bagi
menjana pendapatan serta menggantikan pekerjaan secara tradisional.
Wujudnya pelbagai aplikasi seperti cendawan selepas hujan bertindak sebagai
medium perantaraan diantara pengguna dan pekerja gig seperti, foodpada, grab,
bungkusit dan lain-lain menjadikan ekonomi gig berkembang dengan lebih pesat.
Selain itu kebolehpercayaan terhadap sistem sekuriti terutama dalam aspek maklumat
diri dan kewangan pengguna dalam sesuatu aplikasi dalam urusan jual beli yang
melibatkan ekonomi gig ini juga menarik minat orang ramai untyk menggunakan
perkhidmatan pengguna gig. Pengguna tidak perlu risau berlakunya ketirisan
maklumat dan wang mereka apabila menggunkan aplikasi-aplikasi yang tersedia ini.
Mereka juga tidak perlu lagi menghabiskan masa untuk mendapatkan perkhidmatan,
makanan dan barangan keperluan harian mereka. Semua kini hanya dihujung jari.
Apa yang perlu dilakukan hanya pilih, bayar dan terima. Sungguh mudah.
KENAPA KERJAYA GIG DIJADIKAN PILIHAN
Terdapat banyak faktor berkait isu ini. Mengapakah ekonomi gig menjadi
pilihan penggiat-penggiat gig? Antara faktor yang popular dan sering didengari adalah
isu kebebasan serta penjanaan pendapatan secara sementara dan tambahan. Faktor-
faktor lain adalah seperti masa yang fleksibel, kebebasan dalam pemilihan tempat
untuk melakukan kerja, insentif aktif yang penuh dan kemudahan teknologi atau
aplikasi yang dipercayai menjadi mendorong utama dalam pembabitan pekerjaan gig
ini.
Waktu kerja yang fleksibel
Tinjauan Kesihatan Kewangan Pekerja Gig mendapati bahawa pemilihan
waktu kerja yang fleksibel adalah sebab utama mengapa pekerjaan berlandaskan
ekonomi gig menjadi pilihan. Selain itu, sebanyak 48.7% bersetuju bahawa kebebasan
untuk mengatur jadual kerja sendiri turut memberi implikasi yang besar apabila
memilih untuk menyertai sektor ekonomi gig.
Kajian oleh Buffer’s 2021 State of Remote Work turut menyokong faktor jadual
kerja yang fleksibel adalah faktor utama yang mendorong kepada sebab mengapa
memilih bidang ekonomi gig sebagai pilihan utama. 25% pula bersetuju bahawa faktor
kebebasan bekerja di mana-mana sahaja turut menjadi faktor penting memilih untuk
berkecimpung dalam bidang ekonomi gig.
Menjana pendapatan
Ekonomi gig juga mampu menjana pendapatan secara produktif sehingga
sesetengah jenis pekerjaan gig dikatakan mampan (sustainable) kepada pekerja gig.
Pendapatan pekerja gig bergantung kepada kerajinan mereka melakukan kerja dalam
bidang mereka. Mengambil contoh pendapatakan yang mampu diperolehi oleh
seorang penghantar makanan/ barang yang lebih dikenali dengan rider boleh
mencapai sehingga RM5,000.00 sebulan bergantung kepada kerajinan seseorang
rider itu. Malah pernah tular di media sosial tidak lama dahulu, apabila seorang rider
foodpanda berkongsikan slip pendapatan berjumlah RM18,004.40 hasil penat
lelahnya berkerja sebagai rider food panda.
Temuramah dengan seorang pekerja gig, Encik Fawwaz Qawiem bin Zainal
Abidin, berkata “Saya kehilangan pekerjaan dalam industri penerbangan yang terjejas
teruk akibat pandemik Covid-19. Pekerjaan dalam bidang ini banyak membantu saya
daripada segi kewangan kerana saya berupaya menjana pendapatan ketika seluruh
negara kita menerima arahan PKP dahulu. Saya amat bersyukur kerana ketika itu
pekerjaan tetap sangat sukar untuk dicari akibat pendemik Covid-19. Perintah
berkurung juga sangat memberi kesan kepada saya dari segi mental kerana terbeban
dengan pelbagai tuntutan perbelanjaan keluarga. Menerusi pekerjaan sementara ini,
saya dapat menjana pendapatan bagi memenuhi keperluan harian,” ujar beliau.
MASUK GAMBAR MUKA
Kesukaran mendapatkan pekerjaan tetap
Menurut penulisan dari artikel di laman web Emir Research bertajuk “Gig
Economy - The Future of Work” peningkatan dalam penggunaan perkhidmatan
platform digital dan kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan telah
menggalakkan ramai generasi muda menceburi pekerjaan gig. Sebagai contoh,
FoodPanda melaporkan peningkatan sebanyak 7.5% penunggang baru sewaktu
PKP dan juga 37% permohonan baru. Di samping itu, graduan-graduan baru
yang masih mencari pekerjaan, pekerjaan gig ini dilihat mampu memberi
pengalaman dalam dunia pencarian pendapatan untuk jangka masa sementara
yang seterusnya meningkatkan kebolehpasaran mereka untuk mencari
pekerjaan yang tetap dan sepenuh masa. Perkara ini amat benar terutama sekali
jika graduan menggunakan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang mereka
pelajari seterusnya mencabar diri untuk melakukan kerja-kerja gig yang “high
and future skills” seperti 3D printing. Penerokaan alternatif ini juga dilihat boleh
memupuk kemahiran baru seperti kemahiran keusahawanan.
Berbanding dengan pekerjaan secara tradisional, penggiat gig dinilai
berdasarkan keberkesanan servis yang mereka berikan terutama sekali yang
berkait dengan “high skills” pekerjaan gig. Sebagai contoh, seorang “designer”
boleh mengemukakan dan mengasah intuisi, pemikiran kreativiti dan berdikari.
Walau bagaimanapun, tahap penjanaan pendapatan mereka banyak bergantung
akan kerja yang mereka sampaikan dan kebolehan yang dimiliki. Contohnya,
“designer” boleh meningkatkan servis mereka dengan menaikkan taraf
kebolehan mereka kepada 3D printing juga.
ISU, DILEMA DAN MASALAH
Pekerjaan dalam bidang Ekonomi GIG ini dilihat banyak membantu dan memberi
kebaikan kepada kepada mereka yang menceburinya. Ini dapat dibuktikan dengan
penglibatan mereka dalam bidang ini dilihat semakin ramai terutama semasa negara
menghadapi pendemik dan pasca pandemik Covid-19. Kehilangan pekerjaan tetap,
peluang pekerjaan yang semakin mengecil akibat pengecilan operasi perusahaan atau
perniagaan dilihat menjadi salah satu sebab mengapa bidang gig ini menjadi semakin
popular demi kesinambungan hidup.
Walaupun ianya dilihat memberi manfaat kepada pengamalnya, namun pekerja
sektor ini menghadapi beberapa masalah yang menghantui mereka. Menurut data
tinjauan daripada Kesihatan Kewangan Pekerja Gig, Kumpulan Wang Pembangunan
Modal PBB mendapati isu pendapatan, kesihatan dan keselamatan, masa dan jaminan
perkerjaan menjadi isu, dilema dan masalah yang menghantui mereka.
Tidak diiktiraf sebagai pekerja.
Menurut Nur Hanani Azman, 2021, pekerja-pekerja di sektor ini tidak
mempunyai perlindungan sosial. Pertubuhan Keselamatan Sosial menurut
Kementerian Kewangan Malaysia mendedahkan, hanya 6.5% daripada 2.5 juta orang
yang bekerja secara “freelance” ini berdaftar di bawah Akta Keselamatan Sosial
Pekerjaan Sendiri 2017, Akta 789 sehingga Jun 2021. Ini menunjukkan “trend” yang
tidak sihat dari segi keselamatan dan perlindungan jika diperlukan. Kerajaan
menyedari keadaan itu dan sedang berusaha untuk menambah baik sistem sedia ada.
Termasuk melalui penubuhan PenjanaGig, program bantuan kerajaan dalam bentuk
Caruman kepada Skim Keselamatan Sosial Bekerja Sendiri (SKSPS),
memperuntukkan RM50 juta dalam bentuk geran berkaitan.
Selain itu, kerajaan turut memberi tumpuan dalam 2 Rancangan Malaysia 12
(2021-2025) mengenai perkongsian ekonomi dengan mengiktirafnya sebagai sumber
ekonomi baharu yang akan menjadi pusat pelan strategik yang mampan dan inklusif.
Walaupun begitu, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah
memperkenalkan Program Kerjaya Gig di dalam Program Strategik Memperkasa
Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA). Usaha ini seiring dengan usaha pihak kerajaan
dan syarikat swasta dalam mendorong pembabitan masyarakat di dalam sektor
ekonomi ini demi kesejahteraan ekonomi negara dan sosio-ekonomi individu. Di
samping itu, skim Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH)
turut memperluaskan lagi skop insentif Kerjaya Gig untuk membantu mereka yang
terkesan seperti diberhentikan kerja, dipotong gaji dan tidak berjaya mendapat
pekerjaan tetap mendapat pendapatan demi kelangsungan hidup.
Walaupun pelbagai bantuan dan insentif telah diperkenalkan, pekerja-pekerja
di sektor ekonomi gig ini tidak boleh dipisahkan dengan pendapatan yang tidak tetap
berbanding dengan mereka yang mempunyai pekerjaan tetap. Faedah-faedah lain
seperti sijil surat sakit, perlindungan insurans, pencen dan cuti tahunan juga tidak
disediakan memandang penggiat ekonomi gig ini bekerja secara “freelance” biarpun
sesetengah mereka bekerja dibawah naungan syarikat-syarikat yang memerlukan
khidmat mereka seperti Grab dan Foodpanda. Justeru ini dilihat boleh mendatangkan
kebarangkalian “financial insecurity”.
Akan tetapi, kini terdapat juga syarikat yang menawarkan pekerjaan tetap serta
faedah-faedah yang biasa dinikmati oleh pekerja-pekerja tetap seperti caruman KWSP
untuk perkhidmatan “rider” seperti Kumpulan Capital A (AirAsia), Teleport, yang
menawarkan pakej yang menarik seperti gaji permulaan terjamin bernilai RM3,000
serta insentif tambahan berdasarkan prestasi
Kumpulan pekerja gig yang lain juga dilihat telah menjadi pilihan bagi syarikat-
syarikat yang mahu menggunakan servis mereka dengan tetap dan sebanyak 62%
syarikat percaya pekerja gig dapat membantu menambah baik keadaan kewangan
syarikat mereka. Menurut artikel di “siteefy.com/gig-economy-statistics /'' ditulis oleh
Nadia, 40% syarikat mahu menggunakan khidmat pekerja gig, 75% mahu mereka yang
“specialised” atau “critical skills”pekerja gig.
Penggiat-penggiat gig juga boleh menggunakan sendiri produk kewangan dan skim
keselamatan sosial sedia ada seperti KWSP, PERKESO dan mencarum secara
persendirian seperti yang dipraktikan oleh mereka yang telah lama bekerja sendiri. Ini
secara langsungnya akan dapat meningkatkan peluang perlindungan pendapatan,
kesihatan dan keselamatan dan juga persediaan untuk hari tua akan datang.
Kadar upah yang semakin mengecil dan tidak menentu
Kebanjiran aplikasi mudah alih perkhidmatan gig seperti Lalamove, Foodpanda,
Shopee Xpress dan Grab menjadikan ekonomi gig mendapat sambutan hangat.
Apabila semakin ramai memasuki pekerjaan ini, syarikat penyedia perkhidmatan
boleh menetapkan pelbagai cara dan syarat untuk meningkatkan keuntungan mereka
termasuklah bayaran kadar upah yang semakin mengecil.
Masalah utama ekonomi gig ialah upah, hak dan keadaan sebenar pekerjaan tersebut.
Perasaan memiliki kebebasan hanya satu igauan. Lebih teruk lagi berlaku eksploitasi
masa dan kebebasan demi mendapatkan wang. Kepada seorang “riders,” mereka
sebenarnya bersaing dengan tugasan dan kudrat kerana kadang-kadang kemampuan
dijadikan cagaran dan dipaksakan diri kerana keletihan. Jika berlaku kelewatan atau
kesilapan, pekerja didenda atau “deactivated” daripada mendapat “order”. Tiada lagi
bayaran cuti rehat, kebajikan dan kemudahan perubatan.
Beberapa siri mogok daripada pekerja-pekerja gig dapat dilihat telah berlaku akibat
dari ketidakpuasan hati mereka. Namun, tindakan ini dilihat seperti anjing menyalak
bukit. Peristiwa mogok atau protes yang dilakukan oleh mereka ini tidak membawa
apa-apa perubahan yang signifikan tetapi memadai sebagai soladarity terhadap rider-
rider kepada penyedia perkhidmatan penhantaran.
Kontrak baharu yang dikeluarkan kepada pekerja-pekerja tidak lagi memberikan
bayaran tetap setiap hari sebaliknya hanya komisen berdasarkan bilangan bungkusan
yang dihantar. Ini menyebabkan pendapatan pekerja berkenaan menyusut dengan
hebatnya dan semestinya akan membebankan kehidupan mereka.
Tindakan syarikat mengubah syarat kontrak dan skim pembayaran secara sehala
tanpa berunding dengan pekerja merupakan sesuatu yang tidak bertanggungjawab
dan tidak berperikemanusiaan.
Masalah utama ekonomi gig ialah upah, hak dan keadaan sebenar pekerjaan tersebut.
Perasaan memiliki kebebasan hanya satu igauan. Lebih teruk lagi berlaku eksploitasi
masa dan kebebasan demi mendapatkan wang. Kepada seorang “riders,” mereka
sebenarnya bersaing dengan tugasan dan kudrat kerana kadang-kadang kemampuan
dijadikan cagaran dan dipaksakan diri kerana keletihan. Jika berlaku kelewatan atau
kesilapan, pekerja didenda atau “deactivated” daripada mendapat “order”. Tiada lagi
bayaran cuti rehat, kebajikan dan kemudahan perubatan.
Kesihatan dan keselamatan
Mendidik guna tenaga dengan mengerah seluruh kudrat demi wang tanpa memikirkan
kesihatan dan kebajikan jangka panjang suatu perkara yang tidak sihat dalam sektor
guna tenaga negara. Jika kita tidak berhati-hati fenomena “digital nomad” dan
“freelancer” ekonomi gig ini sebenarnya membawa kepada isu moral, kemanusiaan,
keselamatan dan kesihatan serta hak perlindungan pekerjaan.
Bukan tidak pernah kita lihat “riders” yang terlibat dengan kemalangan, atau
melanggar lampu isyarat dan memandu dalam keadaan berbahaya. Pengalaman
sebagai seorang “riders” tidak memberi nilai tambah kepada pengalaman seseorang
contohnya seorang graduan yang bekerja sambilan sementara mendapat pekerjaan
tetap.
Kumpulan pekerja gig yang lain juga dilihat telah menjadi pilihan bagi syarikat-
syarikat yang mahu menggunakan servis mereka dengan tetap dan sebanyak 62%
syarikat percaya pekerja gig dapat membantu menambah baik keadaan kewangan
syarikat mereka. Menurut artikel di “siteefy.com/gig-economy-statistics /'' ditulis oleh
Nadia, 40% syarikat mahu menggunakan khidmat pekerja gig, 75% mahu mereka yang
“specialised” atau “critical skills”pekerja gig.
Penggiat-penggiat gig juga boleh menggunakan sendiri produk kewangan dan skim
keselamatan sosial sedia ada seperti KWSP, PERKESO dan mencarum secara
persendirian seperti yang dipraktikan oleh mereka yang telah lama bekerja sendiri. Ini
secara langsungnya akan dapat meningkatkan peluang perlindungan pendapatan,
kesihatan dan keselamatan dan juga persediaan untuk hari tua akan datang.
TOPIC 5 : KESAN KEPADA NEGARA
Ekonomi sesebuah negara banyak bergantung kepada hasil yang diperolehi seperti
cukai, import dan eksport, perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan seperti permit
dan juga hasil dari negeri-negeri. Kebergantungan ini juga datangnya daripada
penduduk yang menetap di sesebuah negara itu sendiri, kehebatan pembangunan
dari segi teknologi yang boleh menarik pelabur untuk melabur dan kebolehan negara
untuk melakukan inovasi untuk menjana produktiviti, pembangunan dan
kesejahteraan.
Industri teknologi dan inovasi bertindak sebagai pemacu penting dalam kuasa
ekonomi global. Ekonomi gig amatlah sinonim dengan ekonomi digital atau kerja di
masa kini. Pendigitalan kerja yang berkonsep perkongsian ekonomi atau dikenali
sebagai “collaborative economy”, “digital economy”, “crowd economy” dan “peer
economy”. Secara tidak langsung ini mencorak landskap ekonomi negara untuk
beralih kepada ekonomi digital. Negara-negara jiran seperti Vietnam sudah semakin
dikenali sebagai kuasa digital di Asia Tenggara manakala Indonesia pula mahu
membuka ibu negara yang baru dengan aspirasi untuk menjadikan ia pusat ekonomi
Asia Tenggara yang baru. Malaysia memiliki strategi dan polisi yang baik dan
komprehensif untuk menjadi negara terkemuka dalam pendigitalan pembuatan. Ini
selari dengan aspirasi Malaysia untuk mendapatkan status ekonomi Harimau Asia
kembali. Keadaan ekonomi yang baik juga berpotensi meningkatkan taraf sosio-
ekonomi masyarakat dan mengurangkan belia yang tidak berpendapatan yang
seterusnya boleh menyumbang kepada ekonomi negara.
Butiran yang diperolehi dari World Bank Data menyebut, pada tahun 2018, “25.3% of
Malaysian labour force are freelancers” dan ini meletakkan ekonomi gig berkembang
sebanyak 26% dari seluruh perkembangan ekonomi negara. Tun Dr Mahathir
meletakkan ekonomi gig sebagai sebahagian di dalam 12th Pelan Malaysia
disebabkan perkembangan ini. Laporan dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
Malaysia untuk sektor ekonomi gig adalah 18.5% pada tahun 2018 dan meningkat lagi
sebanyak 20% pada tahun 2020. Ekonomi gig yang pelbagai dan besar ini dijangka
akan menjana hasil yang menakjubkan iaitu sebanyak US455.2 billion pada 2023 iaitu
berkali ganda dari hasil tahun 2018 menurut butir dari Siteefy, Gig Economy
Statistics. Ekonomi gig dilihat berkembang tiga kali ganda lebih pantas berbanding
pekerjaan tradisional.
Walau bagaimanapun, dikala ini terdapat beberapa trend yang membimbangkan juga,
dimana pekerja yang bekerja di sektor ekonomi gig tidak melaporkan hasil
pendapatan mereka yang secara langsung menyebabkan ketirisan dalam hasil
pendapatan cukai negara.
Trend yang membimbangkan juga semakin berkembang dimana sebanyak 72.1%
pelajar lepasan SPM dan STPM tidak mahu menyambung pelajaran mereka ke
peringkat yang lebih tinggi. Dimaklumkan juga ini disebabkan hasil pelaburan dari
segi pembelajaran yang dibuat oleh mereka tidak mendatangkan hasil yang lumayan
untuk mereka berbanding bekerja sebagai “freelancer” di sektor yang memerlukan
kemahiran yang rendah. Trend ini akan menjejaskan pembangunan tenaga mahir
yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi yang seterusnya akan menjejaskan
pelan dan strategi negara untuk menjadi negara yang berinovasi. Di dalam sektor
ekonomi gig juga mempunyai sektor yang memerlukan kemahiran dan pengetahuan
yang tinggi yang boleh mendatangkan manfaat kepada negara, masyarakat dan
individu tersebut. Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sedang
melakukan kajian untuk meningkatkan dan menambah minat mereka yang untuk
menceburi bahagian STEM.
Walaupun ekonomi gig memberi kesempatan kepada pengusaha mengurangkan
tenaga kerja, tetapi dalam masa yang sama kos gaji juga akan meningkat untuk
menahan pekerja mereka lari daripada menyertai ekonomi gig. Adakah ekonomi gig
ini suatu yang boleh menyumbang kepada pembangunan individu atau negara?
Untuk jangka masa pendek dan secara sambilan tidak mengapa, tetapi untuk
dijadikan pergantungan strategik perbelanjaan jangka masa panjang, kerjaya ini tidak
membantu. Kemudahan memasuki ekonomi gig ini mempunyai potensi melumpuhkan
usaha meningkatkan pemilikan ekuiti terutamanya dalam kalangan bumiputera.
Kelelahan berkecimpung sebagai “bekerja sendiri” dalam ekonomi gig akan
melumpuhkan semangat mereka membuka perniagaan sendiri.
Selagi tidak memiliki perniagaan sendiri, selagi itu bekerja makan gaji tidak menokok
jurang pemilikan ekuiti. Latihan dan pengalaman kerja yang tidak mempunyai nilai
tambah “working poor” dari sudut kemahiran, teknologi dan strategi akan merugikan
masa mereka yang mempunyai potensi.
Melumpukan sektor ekonomi sedia ada.
Seorang pemandu contohnya Grabcar sepenuh masa menerima ganjaran yang
lumayan (sekitar MYR3,000-MYR5,000), tetapi menjejaskan sektor ekonomi sedia ada
seperti melumpuhkan industri kereta sewa dan pemandu teksi.
Secara dasarnya, ekonomi gig menawarkan kehidupan alternatif kepada
semua. Pihak kerajaan dalam usaha sama dengan pelbagai pihak memastikan
ekonomi gig ini dapat dijalankan dalam ekosistem yang bersesuaian.
Ia dilihat mampu menawarkan pendapatan berpatutan, malahan bagi
sesetengah individu perolehan adalah lebih baik berbanding sektor formal
memandangkan ia berasaskan permintaan pekerjaan.
Selain itu, bagi graduan yang masih mencari pekerjaan, ekonomi gig mampu
membekalkan kemahiran dan pengalaman dalam jangka masa pendek
seterusnya berpeluang untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan bagi
mendapat pekerjaan sepenuh masa.
Ini juga menjadi peluang kepada mereka meneroka peluang keusahawanan
yang bersesuaian dengan bidang dan kepakaran masing-masing
PENUTUP
Pandangan dan persepsi umum terhadap ekonomi gig perlu diubah. Ini kerana sektor
ini dilihat mampu menjadi antara penyumbang yang besar kepada ekonomi negara.
Walaupun terdapat beberapa kesan-kesan yang negatif yang terhasil, sektor “high
skills” gig ini perlu diketengahkan dengan lebih lagi. Di zaman kini, “work-life
balance” sudah menjadi kunci utama. Kemunculan “startup” disokong oleh kerajaan
juga dimana majoriti dari mereka merupakan dan bakal menjadi pemain utama pada
ekonomi digital. Pasaran terbuka menghubungkan anda dengan sumber yang boleh
memberi manfaat kepada mereka yang membekal dan membelinya. Malah, lambakan
platform akan terus muncul untuk merapatkan jurang komunikasi antara kedua-
duanya. Tidak dinafikan, ekonomi gig menawarkan kehidupan alternatif untuk semua
orang. Ia menawarkan kebebasan dan fleksibiliti bagi mereka yang menginginkannya.
Tetapi secara sedar atau tidak, apabila berita gembira itu keluar, pasti akan ada sisi
gelap untuk dihadapi oleh Giggler.
Justeru itu, pemupukan pembelajaran mesti diteruskan untuk mencipta golongan-
golongan berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dimana jika menghadapi
kesukaran untuk mendapatkan kerja, mereka boleh mencipta pekerjaan untuk mereka
dan masyarakat seterusnya meneruskan aspirasi negara.
RUJUKAN
● https://www.bharian.com.my/rencana/lain-lain/2022/03/929564/ekonomi-gig-
jadi-alternatif-rakyat-jana-pendapatan-baharu; Dr Umi Hamidaton Mohd Soffian
Lee - Mac 3, 2022 @ 10:30am; Pensyarah Kanan, Fakulti Ekonomi dan
Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
● Kesan Pandemik Covid-19 Terhadap Trajektori Ekonomi Malaysia; Aznan
Hasan, Fatin Nadhirah Jamalolail, Akbar Abd Rahman, Fauzi Ahmad, Izzul
Amaris
● https://www.aseantoday.com/2019/11/the-gig-economy-capitalism-at-its-most-
brutal/?lang=ms
● https://siteefy.com/gig-economy-statistics/
● Nurafifah Suhaimi. (2020). Gig economy – the future of work. EMIR Research.
https://www.emirresearch.com/gig-economy-the-future-of-work/
● Harizah Kamel. (2021, January 1). Food delivery services: From odd job to the
most in demand. The Malaysian Reserve.
https://themalaysianreserve.com/2021/01/01/food-delivery-services-from-odd-
job-to-the-most-in-demand/
● https://bijakwang.com.my/kesihatan-kewangan-pekerja-gig/
● https://careta.my/article/airasia-tawar-kerja-tetap-kepada-rider-gig
● https://loanstreet.com.my/ms/pusat-pembelajaran/komponen-hasil-negara
● https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2021/11/890323/msd2021-empat-
juta-sertai-ekonomi-gig-sejak-pandemik