The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nhaslina Nazri, 2021-03-25 07:37:32

Tatabahasa Kata Prafrasa Kata Bantu Kata Penguat nafi pemeri

Tatabahasa

kata prafrasa

Oleh : Cikgu Haslina

Apakah kata prafrasa???

Kata yang hadir sebelum (di depan) frasa nama, frasa kerja, frasa
adjektif atau frasa sendi nama.

Terdapat 8 jenis kata prafrasa iaitu :

825731..4....6KK.KaKK.KaatKaataatKattataaasaatpepatbpbeanenieanldmaaanngrinfetaueniughgar√aaiat√m√ns√a

1. Kata bantu

Apakah kata bantu???

Kata yang ditugaskan untuk membantu frasa nama, frasa kerja,
frasa adjektif atau frasa sendi nama dalam sesebuah ayat.

Terdapat 2 jenis kata bantu :

Kata Bantu Kata Bantu
Ragam Aspek

Kata bantu ragam

Kata bantu ragam ialah kata bantu yang menyatakan atau menerangkan ragam
perasaan yang berkaitan dengan perbuatan yang dilakukan. Kata bantu jenis ini

adalah seperti yang berikut

Hendak harus ingin mesti Boleh
mahu patut mungkin enggan dapat

Contoh ayat

Pemuda itu hendak pergi ke padang.
Pelajar sekolah itu mahu mandi di sungai.
Mereka harus datang pagi-pagi lagi.
Saya ingin ke pasar malam.
Kita semua mesti menghargai jasa para guru.
Amira boleh menyertai pertandingan itu.
Ibu dapat tidur dengan nyenyak.
Dia patut menyelesaikan tanggungjawabnya dahulu.
Mereka mungkin lambat sikit.
Pesawah itu enggan membuat laporan kepada polis

Kata bantu ASPEK

Kata bantu aspek ialah kata bantu yang menyatakan atau menerangkan sesuatu
perbuatan dari segi masa, sama ada belum, sedang atau sudah dilakukan. Kata

bantu aspek dalam bahasa Melayu adalah seperti yang berikut:

akan belum pernah sedang Masih
telah sudah baru mula

Contoh ayat

Saya akan menulis surat kepada mereka.
Pesawat itu belum tiba lagi.
Kereta sorong itu mula bergerak.
Negara Jepun sedang pesat membangun.
Projek itu masih dalam peringkat permulaan.
Pelajar itu baru datang hari ini.
Puan Asmah sudah mempunyai tiga orang cahaya mata.
Dia telah pergi ke Korea pada tahun lepas.
Cik Minah pernah memnangi peraduan menghias pejabat

Dalam bahasa Melayu, kata bantu boleh hadir secara berderetan lebih
daripada satu dalam ayat, iaitu sebelum kata kerja, seperti yang
terdapat dalam contoh yang berikut:

Orang tua itu sedang hendak pergi ke bandar.
Dia belum hendak mandi lagi.
Mereka harus sudah tiba.
Aminah belum boleh menyertai peraduan itu.
Bayi itu masih belum dapat tidur nyenyak.
Kami masih boleh menjalankan tugas.

Ada Soalan???

2. kata penguat

Apakah kata penguat???

Kata penguat ialah perkataan yang
mendahului atau mengikuti kata
adjektif dan berfungsi untuk
menguatkan maksud terkandung
dalam kata adjektif.

Jenis-jenis kata penguat

Kata penguat Contoh
Penguat hadapan terlalu, paling, agak
Penguat belakang sekali, benar, nian, betul
Penguat bebas amat, sungguh, sangat

Penggunaan dalam ayat

a. Kata Penguat Hadapan

Kata penguat hadapan Contoh
terlalu Baju di pasar raya itu terlalu mahal.
paling Sambal tumis itu paling sedap
agak Jalan di kawasan itu agak bahaya.

Penggunaan dalam ayat

b. Kata Penguat Belakang

Kata penguat belakang Contoh
sekali
nian Hujah murid itu bernas sekali.
benar
betul Nyaman nian udara di puncak pusat
peranginan tanah tinggi itu.
Cantik benar rantai mutiara itu.

Besar betul rumah Ah Meng.

Penggunaan dalam ayat

c. Kata Penguat Bebas(depan/belakang)

Kata penguat bebas Contoh
amat
sangat 1. Kraf tangan itu amat cantik.
2. Kraf tangan itu cantik amat.
sungguh 1. Beg pakaian yang dibawa oleh

Suria sangat berat.
2. Beg pakaian yang dibawa oleh

Suria berat sangat.
1. Kereta yang dipandu oleh

Osman sungguh laju.
2. Kereta yang dipandu oleh

Osman laju sungguh.

Info tambahan*

Terdapat juga unsur penguat yang boleh hadir berderetan sebelum

kata adjektif.

Contohnya,

sungguh amat merdu, sungguh kurang sopan dan
terlalu amat pedih.

Ada Soalan???

3. Kata Nafi

Apakah kata nafi???

Kata yang ditugaskan untuk menafikan sesuatu pertanyaan.

Terdapat 2 jenis kata nafi :

Kata Nafi Kata Nafi
BUKAN TIDAK

Jenis kata nafi & contoh ayat.

BUKAN TIDAK

Kata nafi bukan digunakan untuk menafikan frasa Kata nafi tidak digunakan untuk menafikan frasa
nama (FN) dan frasa sendi nama (FSN) kerja (FK) dan frasa adjektif (FAdj)

1. Lelaki yang berbaju merah itu bukan ayah 1. Azri tidak berlari dengan pantas semasa
saya. perlawanan lumba lari semalam kerana cedera.

2. Baju ini bukan untuk Sari. 2. Sungai di belakang rumah saya tidak dalam
sangat.
Kata nafi bukan juga boleh digunakan dalam FAdj
dan FK sekiranya maksud ayat itu menekankan
perbuatan/ sifat pertentangan secara jelas.

1. Abang bukan membaca buku, tetapi berbual-
bual.

2. Rahman bukan bodoh, tetapi dia lambat
memahami pelajaran.

Kesalahan yang biasa dilakukan...

Kucing itu tidak kucing yang mencakar Ahmad.(SALAH)
Kucing itu bukan kucing yang mencakar Ahmad.(BETUL)
Kerbau itu bukan melawan apabila ditarik hidungnya.(SALAH)
Kerbau itu tidak melawan apabila ditarik hidungnya. (BETUL)

Ada Soalan???

4. kata pemeri

Apakah kata pemeri???

Kata yang ditugaskan untuk menghubungkan subjek dengan
frasa-frasa utama dalam predikat.

Terdapat 2 jenis kata pemeri :

IALAH ADALAH

contoh ayat.

KATA PEMERI MAKSUD AYAT CONTOH

ialah ✓ Menunjukkan 1. Rumah yang cantik itu ialah
persamaan rumah En.Mazlan.
Adalah
✓ Hadir di 2. Emak ialah seorang guru.
hadapan frasa 3. Agama rasmi Negara ialah
nama
agama Islam.
✓ Menunjukkan
huraian atau 1. Meja yang dibeli itu adalah
keterangan. daripada kayu jati.

✓ Hadir di 2. Warna kasut abang adalah
hadapan frasa hitam.
adjektif dan
frasa sendi 3. Tujuan pertandingan itu
diadakan adalah untuk
mencungkil bakat baru.

Penggunaan dalam ayat.

Pada umumnya, kata pemeri tidak boleh hadir bersama-sama dengan kata nafi.

SALAH BETUL

Siswazah yang baru lulus Siswazah yang baru lulus itu
itu ialah bukan pengetua maktab. bukan pengetua maktab.
Arahan itu adalah bukan untuk Arahan itu bukan untuk semua
semua pegawai. pegawai.

Kata pemeri boleh wujud dalam binaan kata nafi + frasa adjektif.

Contoh binaan kata nafi + kata adjektif:- Contoh ayat :

i. Tidak benar Laporan itu adalah tidak benar.
ii. Tidak cantik Keputusan itu adalah tidak adil.
iii. Tidak adil

Ada Soalan???

Mari jawab soalan kuiz yang disediakan.

Sila jawab kuiz yang disediakan bersama- sama guru dan rakan.

Tugasan :-

1. Sila salin nota ringkas tentang tajuk yang >
dipelajari hari ini dalam buku nota
< 2. tatabahasa anda.
Jawab soalan yang guru sediakan dalam
GCR Kelas Bahasa Melayu.

Terima kasih!

CREDITS: This presentation template was created
by Slidesgo, including icons by Flaticon,
infographics & images by Freepik


Click to View FlipBook Version