The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nhaslina Nazri, 2021-03-25 04:32:04

Cara Menulis Karangan Tingkatan 2

Cikgu Haslina

Kaedah Menulis
Karangan

Oleh : Cikgu Haslina

Kandungan Karangan

Perenggan : 6 Perenggan (Minimum 5 Perenggan)
Jumlah patah perkataan : Melebihi 180 PP
Markah : 30 markah/Kertas 2 Bahagian B

Perenggan Teknik/kaedah
IKTHH
Pengenalan/
Pendahuluan JHCP

Isi 1

Isi 2 JHCP

Isi 3 JHCP

Isi 4 JHCP

Penutup/ KPHU
Kesimpulan



Pendahuluan : Kaedah IKTHH

FORMULA PENERANGAN
I
K Isu yang dibangkitkan dalam soalan.

T Kesan daripada isu yang dibincangkan sama ada positif atau
H negatif.
Tindakan secara umum. Tidak perlu diperincikan.
H
Hasil Tindakan secara umum seperti kesan daripada tindakan
umum.
Hubung kait dengan soalan (kehendak soalan dengan
pendahuluan) Fokuskan perkara yang akan dibincangkan.

Contoh Pendahuluan : Kaedah IKTHH

Contoh Soalan 1 :

Pelbagai usaha tekah dilakukan untuk menangani masalah pencemaran
sungai di Malaysia. Huraikan usaha-usaha tersebut.

FORMULA PENERANGAN

Isu Baru-baru ini, masalah pencemaran sungai di Malaysia amat
Kesan Isu membimbangkan.
Tindakan Umum
Perkara ini telah membangkitkan kebimbangan terhadap ekosistem
hidupan di dalam sungai.

Pelbagai langkah telah dilaksanakan oleh Jabatan Alam Sekitar.

Hasil Tindakan Walau bagaimanapun, sehingga hari ini pencemaran sungai masih
Hubung Kait Soalan juga berlaku.

Jika difikirkan dengan lebih mendalam, terdapat pelbagai cara yang
wajar dicuba untuk menangani masalah pencemaran sungai.

Contoh Pendahuluan : Kaedah IKTHH

Contoh Soalan 2 :

Aspek keselamatan diri perlu dititikberatkan walau di mana-mana sahaja kita berada
dan pada bila-bila masa. Nyatakan kepentingan menjaga keselamatan diri.

FORMULA PENERANGAN

Isu Malang tidak berbau. Saban hari, kita digemparkan dengan pelbagai
Kesan Isu isu kemalangan atau rompakan yang berlaku disekeliling kita.
Tindakan Umum
Hasil Tindakan Perkara ini telah menyebabkan individu atau masyarakat akan berasa
Hubung Kait Soalan fobia atau bimbang terhadap sesuatu perkara.

Pelbagai langkah yang telah diusahakan oleh individu tersebut atau
masyarakat untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Walau bagaimanapun, sehingga hari ini masih terdapat situasi
kemalangan yang berlaku di mana-mana.

Oleh itu, setiap individu atau masyarakat perlu mengetahui
kepentingan menjaga keselamatan diri.



Perenggan Isi : Kaedah JHCP

FORMULA PENERANGAN
J Ayat Judul/Topik
H
C Ayat Huraian
P Ayat Contoh
Ayat Penegas/ Kesimpulan kecil.

Perenggan Isi : Kaedah JHCP

FORMULA PENERANGAN
Judul
Masukkan isi penting yang berkaitan dengan isu/ soalan. Mulakan
Huraian dengan penanda wacana seperti Antara, Antaranya, Pertama dan
lain-lain.
Contoh
Penegas Bagaimana/Mengapa : Huraian lebih lanjut tentang isi yang
dinyatakan.(Bagaimanakah caranya) Mulakan dengan penanda
wacana Hal ini demikian kerana, Perkara ini berlaku kerana,
Dalam konteks ini dan lain-lain.

Berikan contoh : Contoh juga mesti berkaitan dengan isi yang
dinyatakan. Mulakan ayat dengan Contohnya, Sebagai contoh,
Seperti yang kita sedia maklum dan lain-lain.

Kesan : Terangkan kesan yang berlaku sekiranya perkara ini
berlaku. Masukkan kata penegas/penguat untuk menguatkan lagi
penerangan atau hujah anda. Mulakan ayat dengan Oleh itu,
Impaknya, Rentetan daripada itu, Kesannya dan lain-lain.

Perenggan Isi : Kaedah JHCP

FORMULA PENERANGAN
Judul
Antaranya ialah peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak
Huraian agar sentiasa menjaga kebersihan sungai.

Contoh Hal ini demikian kerana, ibu bapa merupakan suri teladan yang
paling berkesan kepada anak-anak. Ibu bapa perlu
Penegas menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak dalam
menjaga kebersihan sungai.

Sebagai contoh, ibu bapa membuang sampah sarap ke tempat
yang sepatutnya atau di dalam tong sampah dan bukan
membuang sampah merata-rata seperti di sungai.

Oleh itu, ibu bapa boleh menjadi ‘role model’ dengan mengajar
anak-anak untuk membuang sampah sarap ke tempat yang
sepatutnya agar pencemaran sungai dapat ditangani.

Perenggan Isi : Kaedah JHCP

FORMULA PENERANGAN
Judul
Selain itu, pihak sekolah juga boleh memperkenalkan pendidikan
Huraian alam sekitar kepada para pelajar sebagai salah satu alternatif
Contoh yang boleh dilakukan.

Penegas Melalui Tindakan ini, para pelajar akan mendapat pendedahan
tentang kepentingan sungai kepada semua hidupan.

Misalnya, guru boleh memberikan tugasan kepada para pelajar
tentang kepentingan menjaga sungai atau mengadakan kempen
kesedaran sungai di sekolah.

Jadi, dengan memperkenalkan pendidikan alam sekitar kepada
pelajar merupakan usaha yang bagus kerana cara ini sedikit
sebanyak mampu memberi kefahaman dan kesedaran kepada
murid tentang kepentingan sungai kepada semua hidupan.



Perenggan Penutup : Kaedah KP&HU

FORMULA PENERANGAN
K
Apakah kesimpulan tentang kehendak soalan? Mulakan ayat
P dan H dengan Kesimpulannya, Tamsilnya, Tuntasnya, Sebagai
menggulung semua perkara di atas dan lain-lain.
U Penegas iaitu tegaskan tindakan yang diperlukan dan letakkan
harapan iaitu terangkan tentang harapan daripada tindakan
yang bakal dilaksanakan.

Ungkapan/ peribahasa yang sesuai. (Terpulang)

Perenggan Penutup : Kaedah KPHU

Contoh soalan 1 : Pelbagai usaha telah dilakukan untuk
menangani masalah pencemaran sungai di Malaysia. Huraikan
usaha-usaha tersebut.

FORMULA PENERANGAN
K
Kesimpulannya, pencemaran sungai yang berlaku kini haruslah
P dan H diatasi dengan secepat mungkin. Jika keadaan ini terus terabai,
U generasi akan datang pasti menghadapi masalah pencemaran
sungai lebih buruk.

Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu untuk
memastikan langkah-langkah yang dirancang dapat
dilaksanakan dengan berkesan.

Bak kata pepatah, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai
ke pangkal lengan.

Latihan :

1. Keruntuhan akhlak dalam
kalangan remaja pada masa kini
terlalu membimbangkan. Oleh itu,
anda diminta menghuraikan
langkah-langkah memupuk nilai-
nilai murni dalam kalangan
remaja agar masalah tersebut
dapat dielakkan. Panjang
karangan anda mesti melebihi 180
patah perkataan.

SEKIAN
TERIMA
KASIH

Hubungi cikgu jika ada masalah.


Click to View FlipBook Version