The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-11239382, 2022-05-28 23:46:13

IBU NEGERI DAN BANDAR DIRAJA

IBU NEGERI DAN BANDAR DIRAJA

IBU NEGERI DAN BANDAR
DIRAJA MALAYSIA

DISEDIAKAN OLEH: NUR ALIA BINTI FAIZAL
KELAS: 6 DIAMOND

KANGAR

Merupakan ibu negeri Perlis Kangar terletak di titik paling Kangar merupakan pusat
utara di Semenanjung Malaysia, pentadbiran negeri Perlis dan

barat laut Alor Setar, berperanan sebagai pusat
berhampiran dengan sempadan perdagangan utama.
negara Thailand dan terdapat di

sepanjang Sungai Perlis.

Kangar dibuka oleh Tok Peduka. Kewujudan Bandar Kangar
semenjak 350 tahun dahulu

iaitu dalam tahun 1653.

ARAU

Merupakan sebuah Bandar Diraja dan juga mukim di negeri Perlis.

Istana Arau yang berbumbung biru terletak berdekatan dengan
Masjid Negeri Perlis.
Arau juga terletak lebih berhampiran dengan Lebuhraya Utara-
Selatan Malaysia.
Perkhidmatan kereta api elektrik (EPS) juga ada melalui kawasan
diraja ini dan banyak membantu masyarakat Arau dan Kangar.

ALOR SETAR • Merupakan ibu negeri Kedah.

• Bandar kedua terbesar di negeri Kedah setelah Sungai Petani
dan salah satu bandar terpenting di pantai barat
Semenanjung Malaysia.

• Alor Setar terletak di titik utara Malaysia.

• Alor Setar merupakan tempat kelahiran YTM Tuanku Andul
Rahman Putra Al-Haj, perdana Menteri Malaysia yang
pertama dan Tun Dr. Mahathir bin Mohammad , Perdana
Menteri Malaysia yang keempat dan yang ketujuh.

• Antara bandar pentadbiran di pantai barat dan Utara
Semenanjung Malaysia.

• Alor Setar atau sebelumnya dikenali Kota Setar diasaskan
pada 31 Disember 1735 oleh Alhmarhum Sultan Muhammad
Jiwa Zainal Adilin Mu’Azzam Shah II , iaitu sultan Kedah ke-19

ANAK BUKIT

• Merupakan sebuah bandar diraja di Negeri Kedah.

• Anak Bukit juga merupakan sebuah mukim yang terletak di bandar Alor Setar.

• Anak Bukit terletak berhampiran dengan Alor Merah dan Kepala Batas iaitu iaitu di Lebuhraya
Darul Aman.

• Anak Bukit juga merupakan kawasan baru bagi bangunan pentadbiran Negeri Kedah , Jabatan
Pendaftaran Negara, Mahkamah Syariah baru dan lain-lain lagi.

• Ia dikenali sebagai bandar diraja Kedah kerana kediaman rasmi Sultan iaitu Istana Anak Bukit
terletak di sini. Ia juga merupakan tempat kelahiran sultan Kedah yang ke-27, Tuanku Abdul Halim
Muadzam Shah.

• Pada Februari 2009, istana melalui satu pembaharuan RM70 juta sempena sambutan ulang tahun
ke-50 pemerintah Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, pada tahun 2008.
Pembaharuan ini melibatkan pembinaan sebuah bangunan baru yang menempatkan audien baru
dan dewan makan yang boleh memuatkan 1400 orang pada satu masa.

• Bangunan itu telah siap pada Oktober 2007.

• Di belakang istana terdapat satu aliran sungai yang dipanggil Sungai Anak Bukit dan ia mengalir
melalui Alor Setar dihubungkan dengan Sungai Kedah (Kedah River) muara Kuala Kedah.

GEORGE TOWN

• Merupakan ibu negeri Pulau Pinang.
• George Town ialah bandar raya metropolitan terletak di timur laut negeri Pulau Pianang, Malaysia selain ibu negeri tersebut, bandar raya ini yang tertua di Malaysia selepas

Melaka.
• George Town juga disambung dengan feri dan jambatan ke Butterworth dan Ipoh berfungsi sebagai pusat perniagaan dan perdagangan tanah air.
• Ibu negeri ini juga merupakan bandaraya pertama di Malaysia.
• Dibuka pada tahun 1786 oleh Kapten Francis Light dan dimodenkan oleh Tun Dr. Lim Chong EU.
• George Town juga diumumkan sebagai Bandar Tapak Warisan Dunia di Malaysia oleh Ketua Menteri Pulau Pinang san cuti negeri diamalkan serupa Melaka bagi menggantikan

cuti hari kelahiran TYT Yang Dipertua Negeri yang jatuh pada hari Sabtu setiap tahun.
• Kaum majoriti di ibu negeri ini ialah kaum Cina.
• George Town juga merupakan tempat pelancongan orang barat sampai ke Batu Feringgi.
• Bilangan Sekolah Menengah Cina paling banyak di Malaysia juga terletak di George Town.
• George Town juga dianggarkan menjadi bandar raya pesara di dunia kerana mengumpulkan warga daripada kalangan pesara yang duduk berehat menikmati pemandangan dan

sejarah tempatan atau yang ingin mengambil kesempatan dalam perniagaan di sini kerana potensi global yang disediakan oleh bandar raya ini.
• Bangunan KOMTAR merupakan premis tertinggi di George Town dan Pulau Pinang.

KOTA BHARU • Merupakan Ibu Negeri Kelantan.

• Bandar ini mula dibuka pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad II pada
tahun 1844, dan merupakan bandar tertua di sebelah pantau timur Semenanjung
Malaysia.

• Bandar ini terletak tidak jauh dari muara Sungai Kelantan.

• Kota Bharu menjadi pusat pentadbiran dan perniagaan negeri Kelantan.

• Kota Bharu tidak mempunyai rangkaian lebuh raya tetapi boleh dihubungi melalu
lebuh raya terdekat Lebuhraya Pantai Timur dan susur keluar dari Jabor, Kemaman
dan meneruskan melalu Jalan Persukutuan 12 ke Kuala Berang dan Kuala
Terengganu dan menuju ke Kota Bharu atau Lebuhraya Utara Selatan di
persimpangan Simpang Pulai yang melalui Tanah Tinggi Cameron menuju ke Gua
Musang dan seterusnya ke Kota Bharu di Jalan Persukutuan 8.

• Kota Bharu juga tidak mempunyai rangkaian kereta api tetapi boleh menggunakan
stesen kereta api terdekat di Wakaf Bharu 5 kilometer ke utara Kota Bharu.

• Kota Bharu juga merupakan salah sati daripada 11 jajahan pentadbiran negeri
Kelantan yang terdiri daripada Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok,
Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli, Gua Musang dan Lojing.

• Penduduk Kota Bharu kaya dengan budaya yang sungguh unik.

• Lantaran itu, pada 25 Julai 1991, ibu negeri Kelatan ini telah diisytiharkan sebagai
kota budaya oleh DYMM Sultan Ismail Petra.

• Pada 1 Oktober2005, ibu negeri Kelantan ini telah diisytiharkan sebagai sebuah
bandar raya islam dengan gekaran “Kota Bharu Bandar Raya Islam”.

IPOH

• Merupakan Ibu Negeri Perak.
• Ipoh ialah sebuah bandar raya bukit yang terletak dalam derah Kinta, dan merupakan Ibu Negeri dan pusat negeri

Pentadbiran Perak.
• Nama “Ipoh” diambil daripada pohon “epu” atau lebih dikenali sebagai “pokok Ipoh” dengan getahnya yang beracun dan

digunakan oleh Orang Asli untuk penahan sumpitan mereka.
• Ipoh mendapat status bandar raya pada 27 Mei 1988.
• Sultan Perak ialah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur.
• Ciri-ciri rekaan dan seni bina di Ipoh seperti bangunan-bangunan yang didirikan di zaman penjajahan masih lagi kekal

sebagai mercu tanda, di anataranya ialah Bangunan Stesen Kereta Api, Mahkamah Tinggi, Dewan Bandaran dan
bangunan-bangunan rumah kedai yang lain.
• Pada masa ini, Ipoh masih lagi kekal dengan campuran bangunan-bangunan lama dan baru sehingga mewujudkan satu
panorama yang menarik.
• Ketika Residen Inggeris, Sir Hugh Low ditugaskan di Negeri Perak, beliau ada menyebut dalam tulisanya disekitar tahun
1819 tentang getah beracun atau upa yang diperolehi dari pokok Ipoh Antiatis Toxicaria yang banyak terdapat di waktu
itu di kawasan kinta terutama Kampong Parloh.
• Tarikh lahir bandar Ipoh disekitar tahun 1880an yang Ketika itu hanyalah sebuah perkampungan kecil masyarakat orang
asli dan orang melayu yang dikelilingi oleh hutan rimba yang tebal.
• Ditubuhkan sekitar 1880an.

KUALA Merupakan Sebuah Bandar Diraja.
KANGSAR
Kuala Kangsar merupakan sebuah Bandar Diraja dan salah satu bandar
bersejarah bagi Negeri Perak Darul Ridzuan.

Kuala Kangsar juga merupakan kawasan pelancingan yang mempunyai
pelbagai produk-produk tempatan dan Industri Kecil dan sederhana (IKS)
yang menarik.

Kuala Kangsar mendapat nama bersempena Pokok Kangsar yang tumbuh di
tebing sungai dan juga terdapat versi yang mengatakan terdapatnya 99 anak
sungai dan kurang 1 kepada seratus iaitu melalui sebutan Kuala Kangsar Sa.

Kuala Kangsar dapat dihubungi melalui Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS)
melalui Exit 143 Persimpangan Kuala Kangsar, jalan persukutuan dan melalui
kemudahan Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Kuala Kangsar juga merupakan sebuah daerah perbandaran yang kini ditadbir
oleh Majlis Perbandaran Kuala Kangsar.

Pusat Peryumbuhan Utama daerah ialah Bandar Kuala Kangsar, Sungai Siput
Padang Rengas, Pekan Manong, Pekan Sauk, Karai, Pekan Salak, Lintang dan
Lasah.

Bandar Sungau Siput merupakan pusat pertumbuhan kedua terbsesar selepas
Kuala Kangsar di daerah Kuala Kangsar sendiri.

Aktiviti ekonomi utama terdiri daripda aktiviti pertanian.

KUALA • Merupakan Ibu Negeri Terengganu.
TERENGGANU
• Kuala Terengganu ialah Ibu Negeri dan pusat ekonomi utama
negeri Terengganu Darul Iman.

• Kuala Terengganu terletak sekitar 450 kilometer dari timur
laut Kuala Lumpur di Pantai Timur Semenanjug Malaysia.

• Bandaraya Kuala Terengganu terletak di muara Sungai
Terengganu, berhadapan dengan Laut China Selatan.

• Sebagai sebuaha daerah, Kuala Terengganu merupakan yang
terkecil dari segi keluasan.

• Status bandar raya diberikan kepada Kuala Terengganu
dengan gelaran Bandaraya Warisan Pesisir Air pada 1 Januari
2008.

• Kuala Terengganu tidak terkecuali daripada pemodenan dan
pembangunan, ia masih mengekalkan ciri-ciri kemelayuan
yang masih utuh sambal digabungkan bersama-sama warisan
dan budaya lain disebabkan sejarah panjangnya sebagai
Pelabuhan.

SHAH ALAM • Merupakan Ibu Negeri Selangor.

• Mendapat pengiktirafan dan dirasmikan menjadi Bandaraya pada tahun 2000.

• Pada suatu masa dahulu, Shah Alam pernah terkenal dengan jolokan “Bandar
Perindustrian” kerana tertubuhnya kawasan-kawasan perindustrian yang menempatkan
sejumlah kilang mutinasional sekaligus banyak menyediakan peluang pekerjaan dan
ekonomi hingga mempercepatkan pertambahan bilangan penduduk dan kepesatanya.

• Shah Alam pada asalnya dikenali sebagai Batu 3/Sungei Renggam, terletak di dalam dua
daerah iaitu Petaling dan Klang, pada suatu Ketika dahulu adalah sebuah ladang kelapa
sawit dan dikenali sebagai Sungai Renggam.

• Sungai Renggam dan Batu Tiga mula berkembang setelah British membina laluan kereta api
dari Port Swettenham (Pelabuhan Klang) ke Bukit Kuda di Klangdan menghubungkanya
dengan Kuala Lumpur pada tahun 1886.

• Kedudukan Sungai Renggam adalah strategik kerana terletak di antara Petaling Jaya dan
Bnadar Diraja Klang serta dihubungkan malalui satu-satunya lebuh raya pada Ketika itu iaitu
Lebuhraya Persekutuan dan lokasinya yang berhampiran dengan laluan-laluan utama
seperti Lebuhraya Persekutuan dan Jalan Klang Lama.

• Pembangunanya dilakukan di atas nasihat V.Antolic, Penasihat Perancangan Bandar
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

• Ditubuhkan sekitar 1963.

KLANG • Merupakan sebuah Bandar Diraja.

• Klang merupakan Bandar Diraja, bandar besar Selangor,
bandar sekolah menengah persendirian dan sebuah
daerah di Negeri Selangor Darul Ehsan.

• Bandar ini pernah menjadi ibu negeri Selangor sebelum
wujudnya Kuala Lumpur dan Shah Alam.

• Terletak di barat Kuala Lumpur dan merupakan bandar
ketiga terbesar di Selangor.

• Klang bersempadan dengan daerah Petaling di sebelah
timur, daerah Kuala Langat di sebelah selatan manakala
Kuala Selangor di sebelah utaranya.

• Di sebelah baratnya pula merupakan Selat Melaka.

• Daerah Klang terdiri dari dua jajahan perbandaran iaitu
Majlis Perbandaran Klang dan Majlis Bandaraya Shah
Alam.

• Bilangan sekolah menegah Cina persendirian paling
banyak turut terletak di Klang.

• Klang ditubuhkan pda tahun 1643.

KUANTAN

PEKAN

SEREMBAN Merupakan Ibu Negeri bagi Negeri Sembilan.

Seremban adalah sebuah bandaraya yang terletak di Negeri Sembilan, Semenanjung
Malaysia.

Terletak dalam daerah Seremban, Seremban merupakan ibu negeri bagi Negeri
Sembilan, dan juga merupakan bandar terbesar di negeri itu.

Pentadbiran bandaraya dijalankan oleh Majlis Bandaraya Seremban.

Seremban merupakan salah satu lokasi di dalam koridor Lembah Wawasan Malaysia
2.0 (MVV2.0), iaitu sebuah kawasan pembangunan yang meliputi bahagian barat
Negeri Sembilan dari Nilai di utara sehingga Port Dickson di selatan.

Ditubuhkan sekitar 1840.

SERI MENANTI

Merupakan sebuah Bandar Diraja bagi Negeri Sembilan.

Bandar ini terletak di dalam daerah Kuala Pilah. Seri Menanti terletak di suatu kawasan lembah yang dikelilingi bukit bukau menghijau.

Rata-rata penduduk di sini adalah rakyat sederhana yang asalanya petani.

Dipercayai Seri Menanti telah diteroka oleh orang-orang Minangkabau dari Rembau pada sekitar kurun Masihi ke-15. Menurut cerita lisan,
semasa meneroka kawasan tanah di situ telah berjumpa tiga rumpun padi yang subur menghijau. Maka itu dipanggil tempat itu Padi Menanti.
[2] Lama kelamaan tempat itu bertukar sebutan kepada “Seri Mananti”. Dipercayai Seri adalah perkataan Jawa Kuno yang bermakna padi.
Nama Seri Menanti diberi nama oleh Datuk Puteh yang berasal dari Pagar Ruyong. Datuk Puteh percaya dengan penemuan tiga batang padi itu,
akan memakmurkan negeri itu jika dibuka.

BANDAR MELAKA

• Merupakan Ibu Negeri Melaka.
• Bandar Melaka, bandaraya bersejarah merupakan ibu negeri Melaka.
• Bandaraya ini merupakan bandar ke-8 diwujudkan di selatan Malaysia.
• Bandaraya ini diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO selaun daripada George Town pada 7 Julai

2008.
• Bandaraya Melaka terletak berhampiran muara Sungai Melaka yang mengalir ke selat Melaka.
• Kawasan bandar bersejarah yang terletak berhampiran dengan pantai, termasuk Bukit St Paul dengan

runtuhan kubu Portugis, A Famosa. Bandar Melaka telah berkembang dalam semua arah dari teras
bersejarah ini, termasuk ke selatan (kerana pantai selat Melaka sekarang agak lagi ke selatan daripada lokasi
asal disebabkan penambakan tanah). Bandaraya Bersejarah Melaka juga berkembar dengan lima buah
bandar terkemuka yang lain iaitu-Lisbon, Portugal (16 Januari 1984), Kuala Lumpur, Malasyia (15 April 1989),
Hoorn, Belanda (8 November 1989), Valparaiso, Republik Chile (24 June 1991) dan Nanjing , China (2001).
• Ditubuhkan sekitar 1502.

JOHOR BAHRU

• Merupakan Ibu Negeri Johor.

• Terletak di selatan Semenanjung Malaysia.

• Johor Bahru merupakan bandaraya kedua terbesar dan pusat perniagaan dan
perdagangan di Malaysia yang mempunyai kepadatan penduduk melebihi sekitar
876,000 orang di kawasan Pusat Bandaraya sahaja (kawasan yang ditadbir oleh Majlis
Bandaraya Pasir Gudang melebihi 2.4 juta orang di kawasan Metropolitan Iskandar
Malaysia (Pasir Gudang, Iskandar Puteri, Johor Bahru, Kulai dan sebahagian Pontian).

• Johor Bahru merupakan bandaray paling Selatan di tanah besar ataupun bandaraya
Southern Corridor (Koridor Selatan), Malaysia.

• Johor Bahru merupakan sebuah perindustrian, perdagangan dan oelancongan yang
utama. Pelancongan ialah penyumbangnyang besar dalam ekonomi Johor Bahru.
Walau bagaimanapun, perkembangan perindustrian di Johor Bahru yang begitu pesat
telah menjadikanya sebagai salah satu pusat perindustrian yang terbesar di negara.

• Ditubuhkan pada 1 Januari 1994.

BANDAR MAHARANI

Merupakan sebuah Bandar Diraja.

Bamdar Maharani Bandar Diraja, merupakan Nama Rasmi bagi Bandar Muar di daerah
Muar, Johor.

Pengisytiharaan Bandar Maharani sebagai Bandar Diraja Johor telah disempurnakan oleh
Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar pada tanggal 10 Muharam
1434 Hijrah bersamaan 24 November 2012.

Mempunyai penduduk seramai 110,000 dan dibuka sekitar 1884, dinamakan bersempena
gelaran isteri kepada Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim, Sultanah Fatimah Abdullah , iaitu
Maharani.

Bandar Maharani Muar telah dibuka dengan rasminya pada tahun 1887 oleh baginda
Sultan Abu Bakar.

KUCHING

• Merupakan Ibu Negeri Sarawak.
• Bandaraya terbesar Sarawak yang terletak di Malaysia Timur.
• Merupakan pusat pemerintahan bagi Bahagian Kuching dan memerlukan 2 jam penerbangan dari Kuala Lumpur sahaja.
• Bandar ini terletak di Sungai Sarawak di hujung barat daya negeri Sarawak di pulau Borneo yang meliputi kawasan seluas 431 kilometer persegi (166 bt2) dengan jumlah

penduduk sekitar 165,642 di kawasan pemerintahan Kuching Selatan.
• Kuching ialah pusat pemerintahan ketiga Sarawak pada tahun 1827 pada masa pemerintahan Empayar Brunei.
• Pada tahun 1841, Kuching menjadi pusat pemerintahan utama Sarawak setelah ia diserahkan kepada James Brooke bag membantu kerajaan Brunei menamatkan pemberontakan.

Bandar ini terus mendapat perhatian dan pembangunan selama pemerintahan Charles Brooke seperti pembangunan system sanitasi, hospital, penjara, Fort Margherita dan bazar.
• Pada tahun 1941, pemerintahan Brooke merayakan Perayaan Centenary di Kuching. Selama Perang Dunia II, Kuching diduduki oleh tenter Jepun dari tahun 1942 sehinggan 1945.

Jepun mendirikan kem Batu Lintang berdekatan Kuching untuk menahan dan menyeksa tawanan perang.
• Setelah perang tamat, bandar ini tetap masih bertahan teguh. Namun, Rajah terakhir Sarawak, Sir Charles Vyner Brooke, memutuskan untuk menyerahkan Sarawak sebagai

sebahagian daripada Mahkota British pada tahun 1946.
• Kuching tetap menjadi ibu negeri selama tempoh pemerintahan Mahkota British. Setelah pembentukan Malaysia pada tahun 1063, Kuching juga tetap dikekalkan menjadi ibu

negeri dan medapat status bandar pada tahun 1988. Sejak itu, bandar Kuching dibahagi menjadi dua wilayah pemerintahancyang dikawalseha oleh dua pemerintahan bandar
yang berbeza. Pusat pemerintahan Sarawak terletak di Wisma Bapa Malaysia, Kuching.
• Didirikan pada tahun 1827.

KOTA • Merupaka Ibu Negeri Sabah.
KINABALU
• Merupakan bandar keenam dirasmikan bagi Malaysia di timur pada tahun 2000, memerlukan kira-kira 3
jam penerbangan dari Kuala Lumpur.

• Dahulunya dikenali sebagai Jesselton, ialah ibu negeri Sabah yang terletak di Malaysia Timur.

• Merupakan pusat pemerintahan bagi Pantai Barat negeri Sabah.

• Bandar ini terletak di pantai barat laut Borneo menghadap Laut China Selatan.

• Gunung Kinabalu, yang memberikan bandar ini Namanya,berada berdekatan KK,sementara Taman
Tuanku Abdul Rahman, kawasan perlindungan kehidupan liar, terletak di sini. Sehingga tahun 2010, Kota
Kinabalu mempunyai kira-kira 452,058 orang penduduk manakal kawasan daerah Penampang yang juga
meliputi kawasan bandar ini mempunya kira-kira 176,667 orang.

• Kota Kinabalu juga merupakan bandaraya ke sepuluh terbesar di Malaysia.

• Bandar ini juga merupakan destinasi pelancongan utama dan pintu masuk yng popular bagi pelancong
yang melawat Sabah dan juga Borneo,[8] Taman Negara Kinabalu terletak kira-kira 90 kilometer dari
bandar ini dan terdapat banyak kawasan tarikan pelancong di sekitar kawasan ini.

• Kota Kinabalu juga merupakan salah satu daripada pusat perindustrian dan komersial utama di Malaysia
Timur. Kedua-dua factor ini menjadikan Kota Kinabalu sebagai salah sebuah bandar yang paling pesat.

• Didirikan pada tahun 1882.



SEKIAN TERIMA KASIH DARIPADA SAYA

• NUR ALIA BINTI FAIZAL
• 6 DIAMOND


Click to View FlipBook Version