The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pertandingan Buku Skrap Digital Tokoh Pemimpin Johor

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mie syam, 2021-04-20 02:01:59

Scrapbook Ikhwan

Pertandingan Buku Skrap Digital Tokoh Pemimpin Johor

Jabatan Pendidikan Negeri Johor SK PASIR GUDANG 4

TOKOH PEMIMPIN
JOHOR

CIKGU HJ HASSAN MUHAMMAD

Disediakan oleh
Muhammad Fakhrul Ikhwan

Bin Mohamad Amin
SK Pasir Gudang 4

BIODATA PESERTA

NAMA : MUHAMMAD FAKHRUL IKHWAN BIN
MOHAMAD AMIN
KELAS :
EMAIL : 6 EFEKTIF
NAMA :
SEKOLAH [email protected]

SEK KEB PASIR GUDANG 4
TAMAN MAWAR
81700 PASIR GUDANG JOHOR

KANDUNGAN

01 02

Pendahuluan Biodata Tokoh

03 04

Pendidikan Kerjaya

05 06

Sumbangan Nilai Kepimpinan

07 05

Kesimpulan Sumbangan

01

Pendahuluan

Pendahuluan

Allahyarham Tuan Haji Hassan Bin Muhammad adalah salah seorang Tokoh sejarah
di daerah Segamat negeri Johor. Beliau merupakan pelajar termuda yang berjaya
mengikuti pengajian di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim Perak.
Setelah tamat pengajian di MPSI beliau terus berkhidmat sebagai guru yang
bertauliah dan merupakan guru termuda di Johor ketika itu. Pada tahun 1962 beliau
lulus Federal Malayan Certificate| Federal Malayan Certificate (FMC) dan
merupakan anak tempatan aliran Melayu yang pertama lulus dalam peperiksaan
tersebut. Kemudian beliau dilantik menjadi Guru Besar termuda di Daerah Segamat.

02

Biodata

Cikgu Hassan Muhammad

NAMA : HASSAN BIN MUHAMMAD
22 APRIL 1930
TARIKH LAHIR :
SEGAMAT JOHOR
TEMPAT LAHIR : PENDIDIK
(Menjadi Guru Besar termuda
PEKERJAAN : bermula Tahun 1961)
ZAINAB BINTI HASSAN
NAMA :
PASANGAN KAMARIAH BINTI KHAMI
: MUHAMMAD BIN ALI
NAMA IBU :

NAMA AYAH

03

Pendidikan

Cikgu Hassan Muhammad

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Latihan Tanjong Malim (1936-1941), kemudian di Sekolah Lelaki
Bandar Segamat (1941-1945).
Setelah itu beliau telah ditawarkan untuk mengikuti pengajian di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) kini
dikenali sebagai Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim,

Setelah itu beliau telah ditawarkan untuk mengikuti pengajian di Maktab
Perguruan Sultan Idris (MPSI) kini dikenali sebagai Universiti Pendidikan
Sultan Idris, Tanjong Malim,

04

Kerjaya

Cikgu Hassan Muhammad

Beliau terlibat dalm bidang pendidikan sebagai pendidik bermula tahun 1948 dan
telah dilantik sebagai guru besar termuda di daerah Segamat bermula tahun 1961.
Pada ketika itu, disebabkan kecemerlangan beliau, beliau telah dilantik oleh Jabatan
Pelajaran sebagai mentor kepada guru-guru dan guru besar yang baharu dilantik bagi
memantapkan lagi perkhidmatan pelajaran di negeri Johor.

Beliau sangat aktif dalam bidang politik dan penulisan sehingga menghasilkan beberapa
buah buku seperti buku Adat Resam Melayu Segamat, beliau aktif dalam beberapa
kesatuan dan persatuan dan giat bermasyarakatan. Antara persatuan yang disertai oleh
beliau ialah persatuan Sejarah Malaysia sebagai setiausaha di Negeri Segamat.

05

Sumbangan

1. PENDIDIKAN

 Telah memperkenalkan falsafah pendidikan tentang pertanggungjawaban empat serangkai (guru, persekitaran sekolah, ibu bapa dan

murid) dalam sistem persekolahan di Johor yang boleh meningkatkan kecemerlangan murid. Beliau dilantik sebagai mentor kepada
warga pendidik negeri Johor pada ketika itu oleh jabatan pelajaran Negeri Johor.

 Beliau aktif dalam bidang penulisan dan banyak menghasilkan kajian tentang daerah Segamat sehingga melahirkan beberapa buah

buku antaranya Adat Resam Melayu Segamat, Malaysia Sehari Tiada Dalam Sejarah (ketika pemerintahan Bintang Tiga) sehingga
beliau dikenali sebagai Tokoh Sejarah Segamat.

2. POLITIK
 Aktif dalam bidang politik di Segamat dan namanya dikenali seiring dengan nama ahli politik yang lain dan pada ketika itu.nama

beliau ada disebutkan juga bersama nama-nama tokoh lain di dalam buku Pengukir Nama Johor yang ditulis oleh Abu Bakar A.
Hamid dan Md Ismail Zamzam.

3. EKONOMI
 Ahli koperasi syarikat kerjasama yang bertauliah, ahli lembaga pengarah kesatuan guru-guru melayu malaysia Segamat, ahli lembaga

persatuan peladang Dearah Segamat dan lembaga pengarah koperasi peladang Mukim Jabi.

06

Nilai kepimpinan
tokoh yang boleh di
contohi oleh
generasi sekarang

Pada pendapat saya, nilai kepimpinan yang boleh dicontohi oleh generasi sekarang adalah
membentuk jati diri di usia muda dengan mencipta pelbagai pengalaman dalam kehidupan yang
boleh membantu anak-anak muda memperkembangkan bakat masing-masing.
Setiap individu perlu menanamkan budaya berdisiplin dan bersemangat apabila menceburi
sesuatu bidang dengan mengamalkan persaingan secara sihat.

Sebagai insan yang dianugerahkan akal, kita perlu menghargai usaha peminpin-peminpin lama yang telah mencipta sejarah
sehingga setiap yang kita rasai pada hari ini adalah atas perjuangan mereka yang lama.
Seperti ungkapan yang sinonim dengan masyarakat kita, tiada yang lama, tiadalah yang baharu bermakna kita perlu
menerapkan tingginya nilai adat dan budaya kita menghormati insan yang lebih tua.

07

Kesimpulan

Tokoh pemimpin-pemimpin Johor pada masa lalu telah banyak menabur jasa dan bakti bagi memastikan
anak-anak bangsa Johor ketika ini mendapat pendidikan, kehidupan dan pembentukan diri yang lebih baik
berbanding pada masa lalu.

Perkembangan teknologi pada ketika ini, tidak sahaja membantu perkembangan ekonomi dan politik, tetapi dapat menjadi pencetus
kejayaan seseorang dengan berbekalkan semangat dan usaha yang gigih. Kejayaan pemimpin lalu boleh menjadi contoh kepada
generasi muda hari ini kerana mereka adalah insan biasa, tetapi tindakan mereka telah menjadikan mereka insan luar biasa.

08

Sumber Rujukan

1. Buku Pengukir Nama Johor, Penulis : Abu Bakar A. Hamid, dan Md Ismail Zamzam
2. Sumber google
3. Guru dan ibu bapa

Sajak untuk orang johor

Kurang ajarnya tetap santun,
Lembutnya cukup jantan,
Dajalnya masih selamba,
Nakalnya bersulam jenaka,
Menikam dengan pantun,
Menyanggah dengan senyuman,
Marahnya dalam tertawa,
Merendah bukan menyembah,
Meninggi bukan melonjak.

Terima Kasih


Click to View FlipBook Version