KATAKAN TIDAK
SEKETIKA BERSAMA GURU BIMBINGAN DAN
KAUNSELING
SMK TAMAN NUSA DAMAI
KATAKAN TIDAK
BAGAIMANA
BERKATA ‘TIDAK’ KEPADA MEROKOK
1. Jika semua rakan anda merokok dan anda tidak mahu seperti
mereka, adalah susah untuk mengatakan “tidak”, tetapi menjadi
orang yang tidak merokok adalah hak anda.
2. Tiada seorang pun yang mahu disisihkan, tetapi kesihatan anda
adalah lebih penting.
BAGAIMANA
BERKATA ‘TIDAK’ KEPADA MEROKOK
3. Strategi yang berlainan mungkin sesuai untuk orang yang berlainan.
4. Sesetengah orang merasa mudah menyatakan tidak tanpa memberi
penjelasan. Orang lain pula berpendapat memberi penjelasan lebih
baik (cth.”Saya tidak mahu merokok” atau “Pakcik saya mati
disebabkan merokok”)
BAGAIMANA
BERKATA ‘TIDAK’ KEPADA MEROKOK
5. Jika anda tidak selesa untuk berkata tidak kepada kawan-kawan
anda, minta ibubapa anda atau orang dewasa lain membantu
anda mengatakan tidak.
6. Mungkin seorang remaja boleh berkata “Bapa saya tidak
membenarkan saya merokok” “Jurulatih bolasepak saya akan
membuang saya dari pasukan jika saya merokok”.
BAGAIMANA
BERKATA ‘TIDAK’ KEPADA MEROKOK
7. Yang penting anda perlu bertegas bila berkata “tidak” tanpa
melukai hati/perasaan orang lain.
BAGAIMANA ANDA BERTEGAS DIRI?
1. Nyatakan pendirian anda. Beritahu mereka bahawa anda tidak
berhajat untuk merokok.
2. Nyatakan alasan anda. Beritahu mereka alasan anda mengapa
tidak merokok.(contoh: merokok membahayakan kesihatan saya).
3. Saling memahami. Biarlah orang lain tahu yang anda
memahami perasaan orang lain. Contoh; “Saya tahu anda mahu
saya merokok tetapi saya lebih suka tidak merokok”
BAGAIMANA ANDA MENYAMPAIKAN
KEPUTUSAN ANDA?
1. Gunakan kemahiran tanpa lisan yang betul. (ekspresi muka,
gaya badan dan sebagainya )
BAGAIMANA ANDA MENYAMPAIKAN
KEPUTUSAN ANDA?
• 2. Berikut beberapa panduan/petua untuk anda menjadi lebih
tegas.
• Kelantangan suara. Jangan berbisik atau bercakap tidak jelas.
Bercakap dengan nada suara yang jelas dan meyakinkan.
BAGAIMANA ANDA MENYAMPAIKAN
KEPUTUSAN ANDA?
• 2. Berikut beberapa panduan/petua untuk anda menjadi lebih
tegas.
• Kontak mata. Jangan memandang ke tempat lain apabila
bercakap dengan seseorang. Pandang terus ke mata seseorang
semasa bercakap
BAGAIMANA ANDA MENYAMPAIKAN
KEPUTUSAN ANDA?
• 2. Berikut beberapa panduan/petua untuk anda menjadi lebih
tegas.
• Ekspresi muka. Pastikan ekspresi muka anda bersesuian dengan
apa yang anda perkatakan.(contoh jangan senyum ketika anda
hendak memberitahu yang anda marah).
BAGAIMANA ANDA MENYAMPAIKAN
KEPUTUSAN ANDA?
• 2. Berikut beberapa panduan/petua untuk anda menjadi lebih
tegas.
• Jarak. Tentukan jarak yang sesuai apabila anda bercakap dengan
seseorang. (sebagai contoh, berada dijarak yang jauh jika anda
hendak beredar atau berada dijarak yang dekat untuk
menimbulkan kemesraan.
BAGAIMANA MENGATAKAN “TIDAK”?
Teknik Contoh
“Tidak” yang mudah
Beritahu yang benar “Tidak” atau “Tidak, terima kasih.”
Beri alasan
“Tidak, terima kasih, saya tidak
Menukar subjek perbualan merokok”
“Tidak, terima kasih, saya perlu pergi
segera ke tempat lain.”
Katakan “tidak” dan teruskan
bercakap perkara lain. “Tidak, terima
kasih. Hey. Anda tengok perlawanan
malam tadi tak?”
SEMOGA BERJAYA