Pengawas sekolah merupakan pelajar-pelajar
yang terpilih di sekolah oleh guru-guru kerana
akhlak dan ketrampilan yang baik dan
cemerlang.
Selain itu, pengawas juga di pilih dari kalangan
pelajar-pelajar yang mempunyai kokurikulum
dan akademik yang cemerlang.
•Uniform pengawas sekolah adalah mengikut
piawaian yang ditetapkan oleh setiap sekolah.
•Kasut pengawas pula selalunya berwarna hitam
dari jenis kanvas atau kulit.
•Senario pemakaian seragam pengawas berbeza
dengan jenis sekolah, negeri dan daerah.
PERANAN SEORANG PENGAWAS
- Mengawal disiplin pelajar.
- Mementingkan imej diri dan menunjukkan teladan
yang baik kepada pelajar dan pengawas junior.
- Menjaga imej dan nama baik sekolah.
- Membantu guru, pembantu kepada para guru dari
segi penyampaian arahan atau maklumat kepada rakan-
rakan pelajar.
- Memastikan keceriaan sekolah dijaga.Mematuhi
peraturan sekolah sambil menguatkuasakannya.
- Memimpin rakan-rakan pelajar.
PERANAN SEORANG PENGAWAS
- Mencegah kes jenayah di sekolah.
- Menghormati guru.
- Tidak memberat sebelah dalam tugas harian.
- Serius dan bersikap positif semasa menjalankan setiap
tugas, sentiasa menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
- Mendisiplinkan diri sebelum mendisiplinkan pelajar lain.
- Memastikan diri sendiri mencapai prestasi yang cemerlang
dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan disiplin.
PERANAN SEORANG PENGAWAS
- Sentiasa peka terhadap apa yang berlaku dan memberikan cadangan dan
pendapat kepada Lembaga Pengawas untuk memperbaiki keadaan.
- Mengenalpasti pelajar-pelajar yang bermasalah disiplin dan cuba
sedaya upaya untuk mengubah sikap mereka.
- Mempengaruhi para pelajar untuk berdisiplin dan memberikan
teguran kepada mereka yang bersalah.
- Menyimpan rekod atau maklumat pelajar yang bersalah sebagai
panduan masa hadapan.
- Patuh kepada ketepatan masa. Para pengawas harus sampai ke
tempat tugas lebih awal daripada masa yang ditetapkan.
- Memastikan para pelajar beratur semasa membeli makanan di
kantin.
KUALTI PENGAWAS
• Akauntibiliti
• Ketepatan masa
• Tegas dan Berani
• Pantas dan Bijak
• Peka dan Inisiatif
• Adil
• Boleh dipercayai
ETIKA PEMAKAIAN PENGAWAS
• Pakaian hendaklah bersih dan kemas mengikut peraturan sekolah
• Berpakaian lengkap dengan tanda nama, lencana sekolah, lencana
pengawas dan bertali leher pengawas yang diikat rapi
• Pengawas lelaki perlu memasukkan kemeja ke dalam seluar, bertali
pinggang biru gelap dan lengan baju tidak dilipat kecuali di dalam
kelas
• Tali leher pengawas tidak boleh dipinjam kepada pelajar lain atau
kawan untuk dipakai
ETIKA PEMAKAIAN PENGAWAS
• Tali leher dipakai tidak terlalu labuh dan tidak pendek. Sebaiknya
bersetentang dengan pusat.
• Pengawas perempuan tidak dibenarkan melipat lengan tangan
• Pengecualian bagi (digalakkan):
Hari Rabu (hari Kokurikulum): pakaian uniform;
Hari Khamis : Baju Melayu
• Pengawas perlu mematuhi dan akur dengan peraturan pemakaian
pengawas selagi masih berada di kawasan sekolah
PAKAIAN SERAGAM
PENGAWAS SEKOLAH ( LELAKI )
PAKAIAN SERAGAM
PENGAWAS SEKOLAH ( PEREMPUAN )
PERATURAN PENGAWAS
• Setiap pengawas perlu sentiasa memakai lencana pengawas
• Pengawas perlu mempunyai sekurang-kurangnya sebatang pen yang
dapat berfungsi, sebuah buku nota bersaiz kecil dan jam (tepat
mengikut jam loceng sekolah).
• Pastikan tiada sebarang tulisan di dalam buku nota pengawas kecuali
kesalahan pelajar sahaja.
• Sekiranya buku nota pengawas sudah nipis (kurang daripada 3 helai),
sila gantikan dengan buku nota yang baharu secepat mungkin.
TATATERTIB PENGAWAS
• Pengawas merupakan wakil guru dan pelajar sekolah ini serta perlu
menjalankan tanggungjawabnya dengan cekap dan bijak.
• Sebagai seorang pengawas, mereka harus membimbing pelajar ke
arah yang betul.
• Pengawas harus menjaga imej Lembaga Pengawas dan sekolah dari
semasa ke semasa serta tidak menyebarkan fitnah atau khabar angin
yang memburukkan nama dan imej sekolah atau menggalakkan orang
lain berbuat demikian.
TATATERTIB PENGAWAS
• Pengawas harus mengutamakan tugas dan tanggungjawabnya dalam
apa jua keadaan. Sekiranya seseorang pengawas tidak dapat
menjalankan tugasnya atas sebab-sebab yang munasabah, dia harus
mendapat kebenaran daripada Ketua Pengawas atau Ahli Majlis
Tertinggi yang lain.
• Pengawas tidak boleh menyalahgunakan kuasanya.
• Seseorang pengawas dilarang berkelakuan tidak senonoh dengan
pelajar lain kerana dia harus sentiasa sedar akan tanggungjawabnya
sebagai seorang pengawas sekolah.