MINIT MESYUARAT AJK PIBG KALI 6 SESI 2019/2021
SK TENGKERA 2, MELAKA.
TARIKH : 19 DISEMBER 2020
MASA : 9.30 PAGI
TEMPAT :BILIK GERAKAN, SK TENGKERA 2.
KEHADIRAN :
Hadir :
1) Pn Hajah Asnia binti Yusoff
2) En Abu Hashim bin Saeman
3) En Mohd Imran bin Ab. Razak
4) Pn Izamidah bt Ismail
5) En Salleh bin Asran
6) Pn Nor Asmidar bt Abdullah
7) Pn Noreizuwani bt Abdul Aziz
8) Pn Nik Salmy bt Nik Mustafa
9) Datin Hanisah bt Ngah
10) Pn Liza bt Salleh
11) En Ahmad Fuad bin Baba
12) En Fairus bin Mamat
13) Pn Sharliza bt Mohd Saharudin
Tidak Hadir :
1) En Wan Shukri bin Wan Ahmad
2) En Syahril bin Manan
3) Pn Fauziah bt Berat
4) Datuk Riduwan bin Mohd Said
5) Pn Norlin bt Jamlay
6) Pn Hajah Norhasimah bt Daud
7) Cik Tan Choe Yong
8) En Rosli bin Ahmad
9) Pn Suriani bt Mohd
10) En Mohd Fahmy bin Md Yusop
11) En Faizal bin Ab Hadi
1.0 Ucapan Pengerusi PIBG
1.1 En. Abu Hashim mengucapkan terima kasih dan mengalukan-alukan
kedatangan semua pentadbir dan AJK PIBG untuk hadir pada
mesyuarat kali ke 6. Pada tahun 2020 ini adalah tahun yang mencabar
kerana kebanyakan sektor ditutup termasuk sekolah. Murid-murid
hanya belajar secara di dalam talian bersama guru-guru. Segala aktiviti
PIBG lebih memberi tumpuan kepada bantuan SOP Pembukaan
semula sekolah.
1.2 Beliau memaklumkan PIBG telah bekerjasama dengan Kelab Guru
sekolah untuk pengumpulan dana bagi keluarga yang terjejas semasa
Pandemik Covid 19. PIBG juga telah membuat pengumpulan dana
untuk pemasangan awning di tempat menunggu pintu belakang
sekolah. Saya berharap pada tahun 2021 pihak sekolah dapat
menyediakan SOP yang betul bagi penyediaan pembelian buku,
pembukaan sekolah terutama untuk murid darjah 1.
2.0 Ucapan Guru Besar
2.1 Beliau mengucapkan terima kasih dan mengalukan-alukan kedatangan
semua pentadbir dan AJK PIBG untuk hadir pada mesyuarat sesi
pertama tahun 2020.
2.2 Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG kerana
komited dan dedikasi dalam memberi sumbangan dan membantu
sekolah semasa SOP pembukaan sekolah.
2.3 Beliau memaklumkan pembelajaran secara talian pada awalnya
mendapat sambutan tetapi akhir-akhir ini, ramai murid tidak memberi
kerjasama kepada guru-guru.
2.4 Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa kerana
memberi sumbangan kepada sekolah. Sumbangan yg diterima, telah
digunakan untuk membuat awning dan tempat menunggu murid di
belakang pintu sekolah.
2.5 Beliau berharap Pandemik ini berakhir segera kerana boleh
menjalankan aktiviti yang tergendala dan dapat memfokuskan
peningkatan kehadiran murid ke sekolah.
2.6 Beliau juga berharap agar murid dapat menguasai kemahiran 3M
(Membaca, Menulis, Mengira) apabila ke sekolah menenga dan semua
murid cemerlang dari segi Kurikulum, sahsiah dan Kokurikulum.
3.0 Pengesahan Minit Mesyuarat
3.1 Minit Mesyuarat AJK PIBG dibentangkan untuk disahkan.
Dicadang oleh : Pn Noreizuwani binti Abd Aziz
Disokong oleh :Datin Hanisah bt Ngah
4.0 Perkara Berbangkit
4.1 En Abu Hashim memaklumkan telah berhubung dengan SK Tengkera
1 mengenai isu tong sampah.
4.2 Beliau juga memaklumkan longkang di dalam kawasan sekolah telah
ditutup dan mengurangkan risiko kemalangan.
5.0 Laporan Pentadbir Sepanjang 2020
5.1 Laporan En Salleh bin Asran (GPK 1)
5.1.1 Beliau memaklumkan telah mengadakan teknik menjawab
Sains pada awal tahun 2020.
5.1.2 Motivasi pengawas dan murid tahun 6 telah diadakan di Kem
Syed Sirajuddin, Negeri Sembilan.
5.1.3 Segala kutipan duit dari murid tahun 6 telah dipulangkan
kepada ibubapa/ penjaga akibat kekangan masa untuk
menjalankan aktiviti.
5.1.4 Beliau memaklumkan kurikulum melalui penyelaras tahun 6
ada meminjam dana dari PIBG untuk menampung perbelanjaan
tahun 6 sebanyak RM610.
5.1.5 Pembelajaran secara di dalam talian sepanjang PKPP dan data
murid yang belajar secara talian dikumpul oleh Kementerian.
Kekangan tiada peranti menyebabkan ramai murid tidak dapat
belajar secara di dalam talian.
5.2 Laporan Pn Izamidah bt Ismail (GPK HEM)
5.2.1 Pn Izamidah memaklumkan Bantuan Awal Persekolahan dan
KWAMP telah diagihkan kepada murid-murid yang
berkelayakan.
5.2.2 Gotong royong pembukaan sekolah telah diadakan pada bulan
Julai dengan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh
kementerian dengan bantuan AJK PIBG dan ibubapa.
5.2.3 Beliau memaklumkan telah mengadakan program Ziarah Cakna
sebanyak 2 kali iaitu pada 9 Januari dan 7 Ogos.
5.2.4 Pihak sekolah telah menerima pengimbas suhu sebanyak 2 unit,
facemask dan sanitizar dari PIBG.
5.2.5 Beliau memaklumkan sekolah akan berbincang dengan
pengusaha kedai buku mengenai tatacara pembelian buku.
5.2.6 Beliau memaklumkan pengurusan kantin mengikut SOP yang
ditetapkan dan murid-murid mendapat makanan mengikut
pesanan masing-masing.
5.2.7 Datin Hanisah memaklumkan Aisar Wafiq bin Roslan telah
menerima tawaran dari Kolej Genius Insan di Nilai dan
ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan manakala 4 orang murid
dari kelas 6 Amal telah menghadiri temuduga Sekolah Tahfiz
Chendeng.
5.2.8 Beliau memaklumkan kecemerlangan tahun 6 telah membuat
kutipan sebanyak RM200 setiap individu dan perbelanjaan
yang telah digunakan hanya RM60 setiap individu. RM 140
akan dipulangkan kepada murid yang membayar penuh.
Seramai 11 orang murid 6 Amal tidak membuat bayaran penuh.
Seramai 15 orang murid 6 Iman tidak membuat bayaran penuh.
6.0 Laporan PIBG Sepanjang 2020
BIL AKTIVITI TARIKH
1 Mural sekitar Sekolah Disember 2019, Januari 2020
2 Penutup longkang Julai
3 Kem Kepimpinan & Pembinaan Sahsiah 21-23 Februari 2020
Cemerlang 2020
4 Mesyuarat Agong PIBG Kali ke- 46 14 Mac 2020
5 Tabung Covid April
6 Keceriaan Pagar Belakang Julai
7 Pembelian Barangan untuk SOP Pembukaan Julai
Sekolah
8 Gotong royong Pembukaan Sekolah selepas PKP 10 Julai 2020
9 Ziarah Cakna 9 Januari, 7 Ogos
10 Membuat Awning Pagar Belakang Oktober
- Sumbangan Ibubapa RM 3500
7.0 Perancangan PIBG 2021
7.1 Hari Keusahawanan
7.2 Hari Karnival Sukan
8.0 Pembentangan Belanjawan 2020
8.1 Pn Noreizuwani membentangkan perbelanjaan dan akaun-akaun PIBG
melalui penyata akaun yang diberikan. (Rujuk Lampiran).
8.2 En Abu Hashim memaklumkan yuran kecemerlangan tahun 4 & 5
2020 perlu di bawa pada tahun 2021. Keluarga yang belum membuat
bayaran, perlu membuat pembayaran. Yuran Kecemerlangan ini juga
perlu dikutip 2019, 2020 dan 2021.
8.3 Pn Noreizuwani memaklumkan seramai 63 orang murid yang belum
membayar yuran Kecemerlangan bagi tahun 4 & 5 2020.
8.4 En Imran mencadangkan duit kecemerlangan tahun 4 dan 5 dipegang
oleh penyelaras tahun 4 dan 5 kerana mahu bendahari PIBG hanya
fokus kepada duit sumbangan dan yuran PIBG sahaja. Cadangan ini
disokong oleh En Fuad.
8.5 En Abu Hashim memaklumkan pecahan bank kepada:
i) Bank Muamalat untuk simpanan Yuran Kecemerlangan tahun 4, 5
dan 6
ii) Bank Islam untuk Yuran PIBG, duit Sumbangan
8.6 En Imran mencadangkan penggunaan modul untuk tahun 4, 5 dan 6.
8.7 Pn Asnia memaklumkan modul kan dibuat mengikut topik.
8.8 En Abu Hashim memaklumkan yuran PIBG masih kekal RM 50 bagi 1
keluarga.
9.0 Hal-hal Lain
9.1 Mesyuarat Agung PIBG hendaklah dibuat mengikut SOP. Cadangan
tarikh pada 13 Mac 2021/ 27 Mac 2021 hari Sabtu.
9.2 Pn Izamidah mencadangkan pembelian buku secara pesan melalui guru
kelas dan ambil buku kemudian.
10 Ucapan Penangguhan
Mesyuarat ditangguhkan pada 12.05 tengah hari. En Abu Hashim menyampaikan
ucapan terima kasih di atas sokongan ibu bapa dalam sama-sama menjayakan
aktiviti sekolah.
Disediakan oleh,
(NOR ASMIDAR BT ABDULLAH)
Setiausaha PIBG,
SKT2 2019/2021, Melaka