The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH KEBANGSAAN MAMBAU 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hanissuriatyhassan, 2021-04-24 18:38:35

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH KEBANGSAAN MAMBAU 2021

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH KEBANGSAAN MAMBAU 2021

Manual Pengurusan Sekolah
2021

Manual Pengurusan & Pentadbiran Sekolah 2021

MAKLUMAT
DIRI

PERIBADI : No. K/P :
Nama : Tarikh Lahir :
Alamat No. Telefon
:
Email : (R)
No. Telefon :
Jantina :
(Hp) :
Kump.
Darah

PERKHIDMATAN

Jawatan : No. Fail :

Sekolah : No. :
Alamat : Telefon(P)

No. Faks :

Kod Sekolah :

Zon :

Tarikh : Tarikh :
Lantik Bersara

Tarikh Sah : Opsyen :

Kelulusan : Kelulusan :
Akademik Ikhtisas

WARIS UNTUK DIHUBUNGI

Nama : No. Telefon :

i

Manual Pengurusan & Pentadbiran Sekolah 2021

ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
PERKARA
i
MAKLUMAT DIRI ii - iii

ISI KANDUNGAN 1
2
SEKAPUR SIRIH 3-6

PROFIL SEKOLAH 7
8 - 22
Falsafah Pendidikan Negara
Rukun Negara 23 - 29
Lagu Sekolah 30 - 46
Cogan Kata Sekolah, VISI, MISI, Matlamat
Piagam Pelanggan 47
48-57
KALENDAR & TAKWIM PERSEKOLAHAN 2021
58
Kalendar Persekolahan 2021 59-72
Cuti Perayaan 2021
Analisis Cuti Umum Negeri Sembilan 2021
Takwim SK Mambau Januari – Disember 2021

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025

TATASUSILA PROFESION KEGURUAN DAN DASAR PENGURUSAN

FOKUS 1: PENGURUSAN PENTADBIRAN

Struktur Organisasi Pentadbiran SK Mambau 2021
Spesifikasi Tugas Jawatankuasa Induk Pentadbiran
Senarai Nama Guru & AKP 2021
OPPM 2021
Senarai Jawatankuasa Pengurusan Sekolah 2021
Penyelaras Bilik-Bilik Khas 2021

FOKUS 2: PENGURUSAN KURIKULUM

Carta Organisasi Kurikulum SK Mambau 2021
Senarai Tugas Jawatankuasa Panitia Matapelajaran & Tugas-tugas Khas
Senarai Guru Kelas & Penyelaras Aliran 2021
Jawatankuasa Kurikulum 2021
Panitia Matapelajaran 2021
Kalendar Akademik 2021
Jadual Pencerapan & Pemantauan PdPc, SKPMg2, PBPPP, KBAT 2021
Jadual Pemantauan Buku Tulis & Aktiviti 2021
Takwim Kurikulum 2021

ii

Manual Pengurusan & Pentadbiran Sekolah 2021

FOKUS 3: PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 2021 73
74-92
Pengurusan Hal Ehwal Murid
Carta Organisasi Jawatankuasa HEM 2021 93
OPPM -HEM 94-115
Tugas Utama Unit / Jawatankuasa HEM 2021
Fokus Pengurusan HEM 2021 116
Perancangan Dan Pelaksanaan Aktiviti HEM 2021 118 - 126
Jawatankuasa Unit-unit HEM 2021
Senarai Tugas Guru Bertugas Harian / Mingguan
Jadual Guru Bertugas Mingguan 2021
Pelan Kedudukan Kelas 2021
Pelan Larian Kebakaran 2021

FOKUS 4 : PENGURUSAN KOKURIKULUM 2021

Perancangan Peningkatan Kokurikulum SK Mambau 2021
Dasar Kokurikulum SK Mambau
Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum 2021
Carta Organisasi Unit Kokurikulum 2021
Carta Organisasi Majlis Sukan Sekolah 2021
Jawatankuasa Rumah Sukan 2021
Carta Organisasi Sukan & Permainan 2021
Jawatankuasa Sukan & Permainan 2021
Carta Organisasi Unit Beruniform 2021
Jawatankuasa Unit Beruniform 2021
Carta Organisasi Persatuan & Kelab 2021
Jawatankuasa Persatuan & Kelab 2021
Takwim Kokurikulum 2021
Pertandingan Peringkat Daerah & Negeri 2021

FOKUS 5: PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR

Ahli Jawatankuasa PIBG 2021/2022
Pegawai Perhubungan Sekolah

CATATAN

iii

Manual Pengurusan & Pentadbiran Sekolah 2021

ekapur irih

Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera.

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya Manual Pengurusan & Pentadbiran Sekolah 2021 telah
dapat disiapkan. Dengan segala hormatnya semua guru yang telah dilantik dengan rasminya untuk menjalankan tugas-
tugas dan tanggungjawab seperti yang tercatat dalam manual ini. Saya berharap agar dokumen dan maklumat yang
terdapat di dalamnya dapat dijadikan panduan supaya segala dirancang dan didokumentasikan akan terlaksana dengan
jayanya.

Selaras dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-2025) telah
meletakkan panduan untuk semua pendidik dan warga sekolah bagi menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan
untuk mencapai hasrat mentransformasikan Pendidikan Negara ke arah Pendidikan Bertaraf Dunia. Ini adalah cabaran
yang amat besar buat kita semua bagi merealisasikannya.

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera merupakan Visi dan Melestarikan Sistem Pendidikan
Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara adalah misi yang kita ingin capai.
Marilah kita sama-sama mendokong cita-cita murni Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) ini yang
berteraskan 5 Aspirasi Sistem, 6 Aspirasi Murid, 9 Keberhasilan Utama, 11 Anjakan Utama dalam 3 Gelombang yang
bermula 2013 hingga 2025.

Saya meletakkan harapan yang tinggi kepada semua guru supaya dapat bersama-sama merealisasikan visi
dan misi kita iaitu dapat melahirkan murid-murid yang berdaya saing,bersifat global,kreatif, kritis dan inovatif, Justeru itu
guru-guru perlu transform ke arah pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang lebih berkesan, kreatif, inovatif serta
strategi yang sesuai demi memantapkan kualiti pencapaian dan kefahaman murid-murid. Segala perancangan serta
kesungguhan dan iltizam kita di dalam menzahirkan sesuatu yang baik hendaklah diserapkan sebagai satu budaya
organisasi yang mampan agar kejayaan yang hendak dicapai menjadi teras yang akan membentuk organisasi yang
bermakna

Sekian terima kasih.
Puan Zuridah binti Hamzah
Guru Besar
SK Mambau

1

Manual Pengurusan & Pentadbiran Sekolah 2021
2

Manual Pengurusan & Pentadbiran Sekolah 2021

MAKLUMAT ASAS SEKOLAH

1. Nama Sekolah SEKOLAH KEBANGSAAN MAMBAU
2. Alamat Sekolah KM 5 JALAN SEREMBAN – PORT DICKSON
70300 SEREMBAN
3. Kod Sekolah NEGERI SEMBILAN
4. Lokasi NBA 4025
5. Daerah LUAR BANDAR
6. Ppd SEREMBAN
7. Mukim SEREMBAN
8. Jenis Bantuan RASAH
9. Gred KERAJAAN (PCG)
10. Keluasan Tanah A
11. Nama Guru Besar
12. Sesi PUAN ZURIDAH BINTI HAMZAH
13. Bilangan Guru 1 SESI (PAGI)
14. Enrolmen Murid 45 ORANG
15. Bilangan Kelas Beroperasi 530 ORANG
18 PERDANA
16. Email Sekolah 2 PPKI
17. Laman Blog Sekolah 1 PRA
18. Telefon [email protected]
19. Faks http://nba4025.1bestarinet.net
06- 631 0470
06- 632 1513

3

Manual Pengurusan & Pentadbiran Sekolah 2021

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,
berketerampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

RUKUN NEGARA
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara

Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan kesusilaan

LAGU SEKOLAH
Bersama kita capai cita-cita

Berusaha kita jaya
Ilmu kebahagiaan hidup kita

Bersatulah semua
Sekolah Kebangsaan Mambau

Mendidik kita semua
Hormati ibu bapa dan guru kita

Kita akan berjaya

4

Manual Pengurusan & Pentadbiran Sekolah 2021

COGAN KATA SEKOLAH
ILMU KEBAHAGIAAN HIDUP

SLOGAN SEKOLAH
KECEMERLANGAN SK MAMBAU TANGGUNGJAWAB BERSAMA

VISI

Pendidikan
Berkualiti Insan
Terdidik Negara

Sejahtera

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang
Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi

Individu
Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

MATLAMAT
 Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu.
 Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia , berilmu,berketerampilan dan sejahtera.
 Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.
 Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

5

Manual Pengurusan & Pentadbiran Sekolah 2021

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga SK Mambau berusaha sedaya upaya kami memberikan perkhidmatan yang terbaik
seperti berikut:

1. Memastikan semua murid mendapat pendidikan yang holistik.
2. Memastikan semua warga SK Mambau berada dalam suasana yang kondusif.
3. Memastikan perkhidmatan surat-menyurat dan dokumen penting untuk murid

diuruskan dalam masa satu (1) hari bekerja.
4. Memberi peluang semua guru dan kakitangan sekolah meningkatkan taraf

profesionalisme mereka dalam bidang yang berkaitan.
5. Sentiasa berkolaboratif dengan komuniti dan agensi yang memberi manfaat

kepada murid-murid.
6. Membudayakan kegembiraan, kasih-sayang dan saling menghormati dalam warga

sekolah.
7. Memastikan dapat memberi maklum balas segera dan positif kepada ‘stake holder’

- KPM, JPNNS dan PPD dalam tempoh 3 hari.

GURU BESAR
SK MAMBAU

6

Manual Pengurusan & Pentadbiran Sekolah 2021
7

Manual Pengurusan & Pentadbiran Sekolah 2021
TAKWIM 2021

KUMPULAN B : Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak,
Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya

PENGGAL MULA AKHIR JUMLAH HARI JUMLAH
1 MINGGU
PERSEKOLAHAN PERSEKOLAHAN 19
2 8 3
Cuti Awal Tahun 17 10
20
01.01.2021 – 19.01.2021 45 1
8
20.01.2021 31.01.2021 9 2
20 5
01.02.2021 28.02.2021 15 1
35
01.03.2021 26.03.2021 7
16 1
JUMLAH HARI 13
12 12
Cuti Pertengahan Penggal 25 3

27.03.2021 – 04.04.2021 9
5
05.04.2021 30.04.2021 20
8
01.05.2021 28.05.2021 33

JUMLAH HARI 9
9
Cuti Pertengahan Tahun 20
19
29.05.2021 – 13.06.2021 8

14.06.2021 30.06.2021 21

01.07.2021 16.07.2021

JUMLAH HARI

Cuti Pertengahan Penggal

17.07.2021 – 25.07.2021

26.07.2021 31.07.2021

01.08.2021 31.08.2021

01.09.2021 10.09.2021

JUMLAH HARI

Cuti Pertengahan Penggal

11.09.2021 – 19.09.2021

20.09.2021 30.09.2021

01.10.2021 31.10.2021

01.11.2021 30.11.2021

01.12.2021 10.12.2021

Cuti Akhir Tahun

11.12.2021 – 31.12.2021

8

Manual Pengurusan & Pentadbiran Sekolah 2021
CUTI PERAYAAN 2021

CUTI PERAYAAN TAMBAHAN CUTI PERAYAAN YANG DIPERUNTUKKAN OLEH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

KUMPULAN B CATATAN

Tahun Baru Cina 10.02.2021 (Rabu) Dua(2) hari cuti tambahan
11.02.2021 (Khamis) KPM
12.02.2021 (Jumaat)
dan

13.02.2021 (Sabtu)

Hari Raya Aidilfitri 11.05.2021 (Selasa) Dua (2) hari cuti tambahan
12.05.2021 (Rabu) KPM
13.05.2021 (Khamis)
dan

14.05.2021 (Jumaat)

Deepavali 03.11.2021 (Rabu) Dua (2) hari cuti tambahan
04.11.2021 (Khamis) 05.11.2021 (Jumaat) KPM

9

Manual Pengurusan & Pentadbiran Sekolah 2021

ANALISIS CUTI UMUM NEGERI SEMBILAN 2021

BIL HARI PELEPASAN AM TARIKH HARI
1 Cuti Tahun Baru 01.01.2021 Jumaat
Hari Keputeraan Yang di-Pertuan
2 Besar Negeri Sembilan 14.01.2021 Khamis
3 Thaipusam
28.01.2021 Khamis
4 Tahun Baru Cina 12.02.2021 Jumaat
13.02.2021 Sabtu
5 Israk Mikraj 11.03.2021 Khamis
6 Hari Pekerja 01.05.2021 Sabtu
13.05.2021 Khamis
7 Hari Raya Aidilfitri 14.05.2021 Jumaat
26.05.2021 Rabu
8 Wesak 07.06.2021
Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Isnin
20.07.2021
9 10.08.2021 Selasa
Agong 31.08.2021 Selasa
16.09.2021 Selasa
10 Hari Raya Haji 19.10.2021 Khamis
11 Awal Muharram 4.11.2021 Selasa
12 Hari Kebangsaan Khamis
13 Hari Malaysia
14 Maulidur Rasul
15 Deepavali

10

Manual Pengurusan & Pentadbiran Sekolah 2021

TAKWIM SK MAMBAU JAN - DIS JANUARI 2021

HARI TARIKH KURIKULUM / HAL EHWAL MURID / KOKURIKULUM CATATAN

JUMAAT 1 Mesyuarat Guru / Kurikulum Bil 1/2021
Mesyuarat HEM / Kokurikulum Bil 1/2021
SABTU 2 HARI KEPUTERAAN YDP NEGERI SEMBILAN
AHAD 3 Pengurusan Kelas / Mesyuarat Panitia Teras Bil 1/2021
ISNIN 4 Pendaftaran Prasekolah dan Tahun 1
SELASA 5
RABU 6 LDP
KHAMIS 7 Hari pertama persekolahan/Pengurusan sekolah,kelas,SPBT,Program
JUMAAT 8 Sahsiah (Disiplin)
SABTU 9 Transisi Tahun 1 / Motivasi / Mesyuarat Panitia Bil 1/2021
AHAD 10 Transisi Tahun 1 / Program Bersama Bapa Angkat Sekolah (Polis) /
ISNIN 11 Mesyuarat Panitia Bil 1/2021
SELASA 12
RABU 13 Transisi Tahun 1 / Mesyuarat Panitia Bil 1/2021
KHAMIS 14 Transisi Tahun 1 / Musyuarat Unit-Unit HEM Bil 1/2021
JUMAAT Transisi Tahun 1 / Mesyuarat Unit-Unit HEM Bil 1/2021
15 CUTI PERAYAAN THAIPUSAM
SABTU 16 Transisi Tahun 1 / Mesyuarat Unit-Unit Kokurikulum Bil 1/2021
AHAD 17
ISNIN 18
19
SELASA
RABU 20

KHAMIS 21
JUMAAT
22
SABTU
AHAD 23
ISNIN 24
SELASA 25
RABU 26
KHAMIS 27
JUMAAT 28
SABTU 29
AHAD 30
31

11

Manual Pengurusan & Pentadbiran Sekolah 2021

FEBRUARI 2021

HARI TARIKH KURIKULUM / HAL EHWAL MURID / KOKURIKULUM CATATAN

ISNIN 1 Transisi Tahun 1 / Mesyuarat Unit-Unit kokurikulum Bil 1/2021
SELASA 2
RABU 3 Transisi Tahun 1
KHAMIS 4 Transisi Tahun 1
JUMAAT 5 Transisi Tahun 1 / LADAP 1
SABTU 6 Majlis Penutupan Transisi Tahun 1
AHAD Hari Penetapan Sasaran Dan Keibubapaan Tahun 6
ISNIN 7
SELASA 8 CUTI TAMBAHAN – TAHUN BARU CINA
RABU 9 CUTI TAMBAHAN – TAHUN BARU CINA
KHAMIS 10 CUTI UMUM – TAHUN BARU CINA
JUMAAT 11 CUTI UMUM – TAHUN BARU CINA
SABTU 12
13 Kelas Tambahan Tahun 5 dan 6 bermula
AHAD
ISNIN 14 Program Motivasi Tahun 6
SELASA 15
RABU 16 Mesyuarat Agung PIBG
KHAMIS 17
JUMAAT 18
SABTU 19
AHAD 20
ISNIN 21
SELASA 22
RABU 23
KHAMIS 24
JUMAAT 25
SABTU 26
AHAD
27
28

12

Manual Pengurusan & Pentadbiran Sekolah 2021

HARI TARIKH KURIKULUM / HAL EHWAL MURID / KOKURIKULM MAC 2021

ISNIN 1 SEGAK CATATAN
SELASA 2 Kem Bestari Solat / Kem Celik Jawi
RABU 3 13
KHAMIS 4 Karnival Ilmu (PSS)
JUMAAT 5
SABTU 6 CUTI – ISRAK MIKRAJ
AHAD 7
ISNIN 8 Mesyuarat Guru Bil 2/2021
SELASA 9 LADAP 2
RABU 10
KHAMIS 11 Ujian Bulanan 1 (Tahun 4, 5 dan 6)
JUMAAT Ujian Bulanan 1 (Tahun 4, 5 dan 6)
SABTU 12 Ujian Bulanan 1 (Tahun 4, 5 dan 6)
AHAD 13 CUTI PERTENGAHAN PENGGAL
ISNIN CUTI PERTENGAHAN PENGGAL
SELASA 14 CUTI PERTENGAHAN PENGGAL
RABU 15 CUTI PERTENGAHAN PENGGAL
KHAMIS 16 CUTI PERTENGAHAN PENGGAL
JUMAAT 17
SABTU 18
AHAD 19
ISNIN 20
SELASA 21
RABU 22
KHAMIS 23
JUMAAT 24
SABTU 25
AHAD 26
27
ISNIN 28
SELASA 29
RABU 30
31

Manual Pengurusan & Pentadbiran Sekolah 2021

HARI TARIKH KURIKULUM / HAL EHWAL MURID / KOKURIKULUM APRIL 2021

KHAMIS 1 CUTI PERTENGAHAN PENGGAL CATATAN
JUMAAT 2 CUTI PERTENGAHAN PENGGAL
SABTU 3 CUTI PERTENGAHAN PENGGAL
AHAD 4 CUTI PERTENGAHAN PENGGAL
ISNIN 5
SELASA 6 Mesyuarat Kurikulum Bil 2/2021
RABU 7
KHAMIS 8 Awal Ramadhan
Mesyuarat Kokurikulum Bil 2/2021
JUMAAT 9 Mesyuarat HEM Bil 2/2021
SABTU 10
AHAD 11 Mesyuarat Panitia Bil 2/2021
ISNIN 12 Mesyuarat Panitia Bil 2/2021
13 Bengkel UPSR 1
SELASA 14
RABU 15 Mesyuarat Unit-Unit HEM Bil 2/2021
KHAMIS 16 LADAP 3
JUMAAT 17
SABTU 18
AHAD
ISNIN 19
SELASA 20
RABU 21
KHAMIS 22
23
JUMAAT 24
SABTU 25
AHAD 26
ISNIN 27
SELASA 28
RABU 29
30
KHAMIS
JUMAAT

14

Manual Pengurusan & Pentadbiran Sekolah 2021

HARI TARIKH KURIKULUM / HAL EHWAL MURID / KOKURIKULUM MEI 2021

SABTU 1 CUTI HARI PEKERJA CATATAN
AHAD 2
ISNIN 3 Mesyuarat Unit – Unit Kokurikulum Bil 2/2021
SELASA 4 Kem Bestari Solat / Kem Cemerlang Jawi
RABU 5
KHAMIS 6 CUTI TAMBAHAN – HARI RAYA AIDILFITRI
JUMAAT 7 CUTI TAMBAHAN – HARI RAYA AIDILFITRI
SABTU 8 CUTI UMUM – HARI RAYA AIDILFITRI
AHAD 9 CUTI UMUM – HARI RAYA AIDILFITRI
ISNIN 10
SELASA 11 Program Motivasi Tahun 4 dan 5
RABU 12
KHAMIS 13 Sambutan Hari Guru dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri
JUMAAT 14
SABTU 15 CUTI UMUM – HARI WESAK
AHAD 16 LADAP 4
ISNIN 17 CUTI PERTENGAHAN TAHUN
SELASA 18 CUTI PERTENGAHAN TAHUN
RABU 19 CUTI PERTENGAHAN TAHUN
KHAMIS 20
JUMAAT 21
SABTU 22
AHAD 23
24
ISNIN 25
SELASA 26
RABU 27
28
KHAMIS 29
JUMAAT 30
31
SABTU
AHAD
ISNIN

15

Manual Pengurusan & Pentadbiran Sekolah 2021

JUN 2021

HARI TARIKH KURIKULUM / HAL EHWAL MURID / KOKURIKULUM CATATAN

SELASA 1 CUTI PERTENGAHAN TAHUN
RABU 2 CUTI PERTENGAHAN TAHUN
KHAMIS 3 CUTI PERTENGAHAN TAHUN
JUMAAT 4 CUTI PERTENGAHAN TAHUN
SABTU 5 CUTI PERTENGAHAN TAHUN
AHAD 6 CUTI PERTENGAHAN TAHUN
ISNIN 7 CUTI PERTENGAHAN TAHUN & HARI KEPUTERAAN YDP AGONG
8 CUTI PERTENGAHAN TAHUN
SELASA 9 CUTI PERTENGAHAN TAHUN
RABU 10 CUTI PERTENGAHAN TAHUN
KHAMIS 11 CUTI PERTENGAHAN TAHUN
JUMAAT 12 CUTI PERTENGAHAN TAHUN
SABTU 13 CUTI PERTENGAHAN TAHUN
AHAD
ISNIN 14 PENTAKSIRAN PERTENGAHAN TAHUN
SELASA 15 PENTAKSIRAN PERTENGAHAN TAHUN
RABU 16 PENTAKSIRAN PERTENGAHAN TAHUN
KHAMIS 17 PENTAKSIRAN PERTENGAHAN TAHUN
JUMAAT 18 PENTAKSIRAN PERTENGAHAN TAHUN
SABTU
AHAD 19
20
ISNIN 21
SELASA 22
23
RABU 24
25
KHAMIS 26
JUMAAT 27
SABTU 28
AHAD 29
ISNIN 30
SELASA
RABU

16

Manual Pengurusan & Pentadbiran Sekolah 2021

HARI TARIKH KURIKULUM / HAL EHWAL MURID / KOKURIKULUM JULAI 2021

KHAMIS CATATAN
JUMAAT
SABTU 1
AHAD
ISNIN 2
3
SELASA 4 Sukan Tahunan
RABU
KHAMIS 5 Cuti Peristiwa
JUMAAT
SABTU 6
AHAD
ISNIN 7

SELASA 8 Bengkel UPSR 2

RABU 9
KHAMIS 10
JUMAAT 11
SABTU
AHAD 12 Mesyuarat Guru Bil 3/2021
ISNIN
SELASA 13
RABU
KHAMIS 14
JUMAAT
SABTU 15 Mesyuarat Kurikulum Bil 3/2021
AHAD 16

ISNIN 17 CUTI PERTENGAHAN PENGGAL
SELASA 18 CUTI PERTENGAHAN PENGGAL
RABU 19 CUTI PERTENGAHAN PENGGAL
20 CUTI UMUM – HARI RAYA AIDILADHA
KHAMIS 21 CUTI PERTENGAHAN PENGGAL
JUMAAT 22 CUTI PERTENGAHAN PENGGAL
SABTU 23 CUTI PERTENGAHAN PENGGAL
24 CUTI PERTENGAHAN PENGGAL
25 CUTI PERTENGAHAN PENGGAL

26

27 Mesyuarat HEM Bil 3/2021

28
29 Mesyuarat Kokurikulum Bil 3/2021
30
31

17

Manual Pengurusan & Pentadbiran Sekolah 2021

HARI TARIKH KURIKULUM / HAL EHWAL MURID / KOKURIKULUM OGOS 2021

AHAD 1 SEGAK CATATAN
ISNIN 2
SELASA 3 CUTI UMUM – AWAL MUHARRAM
RABU 4 PRA UPSR
KHAMIS 5 PRA UPSR
JUMAAT 6 PRA UPSR
SABTU 7 PRA UPSR
AHAD 8 Pelancaran Bulan Kebangsaan
ISNIN 9 Kem Bestari Solat / Kem Cemerlang Jawi
SELASA 10
RABU 11 LADAP 5
KHAMIS
12 Sambutan Hari Kemerdekaan
JUMAAT CUTI UMUM – HARI KEMERDEKAAN
SABTU 13
AHAD
ISNIN 14
SELASA 15
RABU 16
17
KHAMIS 18

JUMAAT 19
SABTU 20
AHAD 21
ISNIN 22
SELASA 23
RABU 24
KHAMIS 25
JUMAAT 26
SABTU 27
28
AHAD 29
ISNIN 30
SELASA 31

18

Manual Pengurusan & Pentadbiran Sekolah 2021

SEPTEMBER 2021

HARI TARIKH KURIKULUM / HAL EHWAL MURID / KOKURIKULUM CATATAN

RABU 1 Penutup Bulan Kebangsaan
KHAMIS 2 CUTI PERTENGAHAN PENGGAL
JUMAAT 3 CUTI PERTENGAHAN PENGGAL
SABTU 4 CUTI PERTENGAHAN PENGGAL
AHAD 5 CUTI PERTENGAHAN PENGGAL
ISNIN 6 CUTI PERTENGAHAN PENGGAL
7 CUTI UMUM – HARI MALAYSIA
SELASA 8 CUTI PERTENGAHAN PENGGAL
RABU 9 CUTI PERTENGAHAN PENGGAL
KHAMIS 10 CUTI PERTENGAHAN PENGGAL
JUMAAT 11
SABTU 12 Bacaan Yasin Tahun 6
AHAD
13
ISNIN
SELASA 14
RABU 15
KHAMIS 16
JUMAAT 17
SABTU 18
AHAD
19
ISNIN 20
SELASA 21
RABU 22
KHAMIS 23
JUMAAT 24
SABTU 25
26
AHAD 27
ISNIN 28
SELASA 29
RABU 30

KHAMIS

19

Manual Pengurusan & Pentadbiran Sekolah 2021

OKTOBER 2021

HARI TARIKH KURIKULUM / HAL EHWAL MURID / KOKURIKULUM CATATAN

JUMAAT 1 UPSR
SABTU 2 UPSR
AHAD 3 UPSR
ISNIN 4 UPSR
SELASA 5 UPSR
RABU 6
KHAMIS 7 LADAP 6
JUMAAT 8
SABTU 9 CUTI UMUM – MAULIDUR RASUL
AHAD 10
ISNIN 11 Kem Bestari Solat / Kem Cemerlang Jawi
Sambutan Maulidur Rasul
SELASA 12
Sambutan Hari Kanak-Kanak
RABU 13
KHAMIS
14
JUMAAT 15
SABTU 16
AHAD 17
ISNIN 18
SELASA
RABU 19
KHAMIS 20
JUMAAT 21
SABTU 22
AHAD 23
ISNIN 24
SELASA 25
RABU 26
KHAMIS 27
JUMAAT 28
SABTU 29
AHAD 30
31

20

Manual Pengurusan & Pentadbiran Sekolah 2021

NOVEMBER 2021

HARI TARIKH KURIKULUM / HAL EHWAL MURID / KOKURIKULUM CATATAN

ISNIN 1 CUTI TAMBAHAN – HARI PERAYAAN DEEPAVALI
SELASA 2 CUTI UMUM – HARI PERAYAAN DEEPAVALI
RABU 3 CUTI TAMBAHAN – HARI PERAYAAN DEEPAVALI
KHAMIS 4
JUMAAT 5 Pentaksiran Akhir Tahun
SABTU 6 Pentaksiran Akhir Tahun
AHAD 7
ISNIN 8 Pentaksiran Akhir Tahun
9 Pentaksiran Akhir Tahun
SELASA 10 Pentaksiran Akhir Tahun
RABU 11
KHAMIS Mesyuarat Guru / Mesyuarat Kurikulum Bil 4/2021
JUMAAT 12
Mesyuarat HEM / Mesyuarat Kokurikulum Bil 4/2021
SABTU 13
AHAD SPBT
ISNIN 14 SPBT / Hari Sukan Negara
SELASA 15
RABU 16
KHAMIS 17
JUMAAT 18
SABTU
AHAD 19
ISNIN 20
SELASA 21
RABU 22
KHAMIS 23
JUMAAT 24
SABTU 25
AHAD 26
27
ISNIN 28
SELASA 29
30

21

Manual Pengurusan & Pentadbiran Sekolah 2021

DISEMBER 2021

HARI TARIKH KURIKULUM / HAL EHWAL MURID / KOKURIKULUM CATATAN

RABU 1 Hari Anugerah Kokurikulum
KHAMIS 2 Hari Anugerah Cemerlang
JUMAAT 3 Naik Kelas 2022
SABTU 4
AHAD 5 CUTI AKHIR TAHUN
ISNIN 6 CUTI AKHIR TAHUN
7 CUTI AKHIR TAHUN
SELASA 8 CUTI AKHIR TAHUN
RABU 9 CUTI AKHIR TAHUN
KHAMIS 10 CUTI AKHIR TAHUN
JUMAAT 11 CUTI AKHIR TAHUN
SABTU 12 CUTI AKHIR TAHUN
AHAD 13 CUTI AKHIR TAHUN
ISNIN CUTI AKHIR TAHUN
SELASA 14 CUTI AKHIR TAHUN
RABU 15 CUTI AKHIR TAHUN
KHAMIS 16 CUTI AKHIR TAHUN
JUMAAT 17 CUTI AKHIR TAHUN
SABTU 18 CUTI UMUM – HARI KRISMAS
AHAD CUTI AKHIR TAHUN
19 CUTI AKHIR TAHUN
ISNIN 20 CUTI AKHIR TAHUN
SELASA 21 CUTI AKHIR TAHUN
RABU 22 CUTI AKHIR TAHUN
KHAMIS 23 CUTI AKHIR TAHUN
JUMAAT 24
SABTU 25
26
AHAD 27
ISNIN 28
SELASA 29
30
RABU 31
KHAMIS
JUMAAT

22

Manual Pengurusan & Pentadbiran Sekolah 2021
23

Manual Pengurusan & Pentadbiran Sekolah 2021
24

Manual Pengurusan & Pentadbiran Sekolah 2021
25

Manual Pengurusan & Pentadbiran Sekolah 2021
26

Manual Pengurusan & Pentadbiran Sekolah 2021
27

Manual Pengurusan & Pentadbiran Sekolah 2021
28

Manual Pengurusan & Pentadbiran Sekolah 2021
29

Manual Pengurusan & Pentadbiran Sekolah 2021
30

Manual Pengurusan & Pentadbiran Sekolah 2021
31

Manual Pengurusan & Pentadbiran Sekolah 2021
32

Manual Pengurusan & Pentadbiran Sekolah 2021

DASAR PENGURUSAN PENTADBIRAN

1. DASAR KEHADIRAN
1.1 Semua guru wajib berada di sekolah 10 minit sebelum sesi persekolahan bermula pada setiap

hari persekolahan.
1.2 Semua guru hendaklah mencatat kehadiran masing-masing dengan menggunakan Mesin

‘Thumb Print’. Guru dan staf yang gagal merakam waktu datang akan dianggap sebagai lewat
/ tidak hadir ke sekolah. Guru / staf yang tidak merakam waktu pulang akan dianggap pulang
awal. Tindakan tatatertib boleh diambil terhadap guru yang membantu mencatat kehadiran
guru lain ataupun meminta bantuan guru lain untuk memalsukan rekod kehadiran harian.
1.3 Surat amaran akan dikemukakan kepada guru yang mencatat kelewatan hadir ke sekolah
tanpa sebab yang munasabah sebanyak 3 kali dan lebih dalam sebulan. Guru berkenaan
hendaklah mengemukakan surat tunjuk sebab selepas menerima surat amaran. Tindakan
Tatatertib boleh dikenakan selepas Surat Amaran Yang Ke-3.
1.4 Guru yang tidak hadir atas sebab-sebab tertentu (sakit/ kecemasan) hendaklah memaklumkan
kepada Guru Besar seterusnya kepada Penolong Kanan Pentadbiran sebelum jam 6.30 pagi
untuk melicinkan urusan guru ganti kelas. Guru yang tidak hadir ke sekolah atas alasan anak
/ ahli keluarga sakit hendaklah memohon cuti rehat khas. Sijil cuti sakit (MC) hendaklah
dikemukakan kepada Guru Besar sebaik sahaja kembali bertugas selepas cuti sakit.
1.5 Ketidakhadiran tanpa sebab dan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan tatatertib di
bawah Peraturan-Peraturan Awam (Kelakuan dan Tatatertib 1993).
1.6 Semua guru/ Kaki tangan Pejabat / PPM wajib hadir dengan menepati masa ke mesyuarat /
taklimat / LDP/ gerak kerja kokurikulum / aktiviti rasmi seperti yang tertera dalam surat
panggilan / atas arahan pentadbiran.

33

Manual Pengurusan & Pentadbiran Sekolah 2021

2. DASAR PENGAJARAN & PEMUDAHCARAAN (PdPc)

2.1 Guru bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan semua murid pada waktu mata
pelajarannya ataupun pada waktu kelas ganti. (Mengikut Dasar Perundangan “IN LOCO
PARENTIS”).

2.2 Guru tidak dibenarkan membiarkan murid berada di bilik darjah / di premis lain tanpa tugasan
dan pemantauan.

2.3 Guru hendaklah menggunakan waktu pengajaran dan pembelajaran dengan sepenuhnya.
Guru tidak dibenarkan keluar lebih awal ataupun melepaskan murid keluar dari bilik darjah
sebelum loceng berbunyi menandakan peralihan waktu.

2.4 Guru hendaklah memastikan bahawa hanya 1 orang murid lelaki dan 2 orang murid
perempuan dibenarkan ke tandas pada satu-satu masa dengan menggunakan pas yang telah
ditetapkan.

2.5 Guru hendaklah mengambil tindakan disiplin yang sewajarnya dan tidak bercanggah dengan
Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Contohnya: Guru dilarang menghukum murid berdiri di atas kerusi atau meja.

2.6 Guru hendaklah mengambil tindakan sewajarnya terhadap murid-murid yang tidak mematuhi
arahan guru sebelum dirujuk ke Unit Pengurusan Disiplin. Setiap Guru Adalah Guru Disiplin.

2.7 Guru mestilah mengamalkan profesionalisme sebagai seorang guru semasa PdPc. Kawalan
kelas adalah suatu indikator utama menguji profesionalisme guru. Guru tidak dibenarkan
duduk di atas meja guru atau murid semasa pengajaran. Guru juga tidak digalakkan duduk
sambil mengajar sepanjang sesi PdPc.

2.8 Guru wajib mengajar mengikut Sukatan Pelajaran (Rujuk Perkara II, Peraturan – 2 Pendidikan
Kurikulum Kebangsaan 1997).

2.9 Guru tidak dibenarkan mengadakan mesyuarat yang melibatkan guru-guru / murid-murid pada
waktu pengajaran dan pembelajaran kecuali mendapat kebenaran daripada Guru Besar.

2.10 Guru-guru mesti menyediakan buku rekod mengajar yang lengkap mengikut Pekeliling
Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. 3/ 1999. Buku rekod wajib dihantar pada setiap hari
Jumaat yang mengandungi sekurang-kurangnya rancangan pengajaran harian sehingga hari
Isnin minggu berikutnya.

2.11 Setiap guru perlu menggunakan kemudahan Teknologi Maklumat/ICT/ Multimedia sekurang-
kurangnya satu kali untuk setiap mata pelajaran dalam satu minggu.

34

Manual Pengurusan & Pentadbiran Sekolah 2021

3. DASAR PERHIMPUNAN MINGGUAN

3.1 Semua guru WAJIB hadir ke perhimpunan mingguan. Guru tidak dibenarkan berada di Bilik
Guru pada waktu perhimpunan kecuali mendapat kelulusan Guru Besar.

3.2 Guru hendaklah menunjukkan teladan yang baik pada waktu perhimpunan dengan
menumpukan sepenuh perhatian pada perhimpunan dan ditegah daripada berbual sesama
sendiri atau menjawab panggilan telefon bimbit.

3.3 Semua guru hendaklah menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Kebesaran Negeri Sembilan,
Lagu Sekolah dan Lagu Patriotik dan berikrar bersama-sama murid.

CUTI BUKAN HAK TETAPI SATU KEISTIMEWAAN

4. CUTI

4.1 Cuti Rehat Khas

4.1.1 Menurut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4/1977 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan
Bil. 3/1995, cuti rehat khas boleh diberi atas sebab-sebab: -

a) Menziarahi ahli keluarga yang rapat yang sakit tenat atau meninggal dunia.
b) Menyertai upacara agama yang dianuti oleh guru
c) Dalam keadaan kecemasan atau kemalangan seperti kebakaran, banjir dan lain-lain.
d) Menunaikan fardhu Haji – sekiranya tempoh 40 hari seperti mana yang ditetapkan

mengikut pekeliling perkhidmatan bil. 4/1984 tidak mencukupi.
e) Kursus suaikenal bagi kursus luar kampus.
f) Majlis konvokesyen bagi pegawai atau ahli keluarga rapat.
g) Menghadiri temuduga pelantikan JPA/SPP/J
h) Perkahwinan pegawai tersebut atau anak-anak mereka.
i) Menghantar ahli keluarga rapat menunaikan fardhu Haji
j) Mendaftar anak ke institut pengajian Tinggi / Sekolah Berasrama Penuh

4.1.2 Cuti Rehat Khas yang boleh diberikan kepada guru terlatih / guru sandaran terlatih
/ guru kontrak adalah sebanyak 10 hari dalam setahun. Perkiraan cuti mengikut
perkhidmatan yang melayakkan (10 hari/ 12 bulan).

4.1.3 Guru Besar adalah diberi kuasa untuk meluluskan cuti rehat khas. Pemberian cuti
ini hendaklah dikawal dan tidak diberi dengan sewenang-wenangnya. Permohonan
Cuti Rehat Khas hendaklah dibuat melalui Sistem HRMIS. Guru yang memohon cuti
rehat hendaklah menyediakan tugasan bertulis sepanjang cuti yang dipohonnya. Guru
tidak dibenarkan mengambil cuti rehat khas sebelum dan selepas cuti penggal
sekolah.

35

Manual Pengurusan & Pentadbiran Sekolah 2021

4.1.4 Cuti Tanpa Rekod untuk Pengajian Jarak Jauh (PJJ) hendaklah mendapatkan
kelulusan Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan (JPNNS). Surat permohonancuti
tanpa rekod PJJ hendaklah melalui Guru Besar Sekolah.

4.2 Cuti Sakit.
4.2.1 Guru mestilah memaklumkan Guru Besar / Penolong Kanan sebelum jam 6.30 pagi
/12.00 tengah hari jika sakit.
4.2.2 Sijil Sakit (MC) hendaklah dikemukakan kepada Guru Besar sebaik sahaja kembali
bertugas.
4.2.3 Maksimum cuti sakit dari klinik swasta adalah 2 hari sahaja untuk satu-satu masa
(1 Slip).
4.2.4 Sila rujuk Perintah AM Bab C berkaitan Cuti dari semasa ke semasa.

4.3 Cuti Tanpa Gaji
4.3.1 Permohonan Cuti Tanpa Gaji hendaklah dikemukakan melalui Guru Besar ke
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNNS).
4.3.2 Cuti Tanpa Gaji akan mempengaruhi perkiraan Pencen kerana pencen dibayar ikut
tempoh(bulan) perkhidmatan.

4.4 Cuti Penggal Sekolah
Perintah Am Bab C (50) (a) dan (b)
a) Guru layak mendapat cuti penggal sekolah dengan syarat bahawa Ketua Jabatan
boleh memanggil guru-guru untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada mengajar
biasa semasa percutian penggal sekolah bagi masa yang tidak melebihi ⅓ daripada
jumlah cuti penggal sekolah dalam satu-satu tahun.
b) Semua tempoh percutian penggal sekolah yang bergaji penuh akan diambil kira
sebagai perkhidmatan yang melayakkan di bawah tafsiran Perintah Am 1 (1A).

36

Manual Pengurusan & Pentadbiran Sekolah 2021

4.5 Hari Rehat Sabtu
4.5.1 Mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/ 2005: Pelaksanaan Bekerja Lima Hari
Seminggu;
4.5.2 Sekolah-sekolah yang menghadapi kesulitan untuk melaksanakan program
pendidikan (akademik dan kokurikulum) dalam masa lima (5) hari bekerja disebabkan
faktor seperti kekangan masa, ruang, kepakaran dan lain-lain sebab, boleh menggunakan
hari Sabtu dengan syarat TIDAK melebihi dua kali Sabtu dalam sebulan.
4.5.3 Pihak sekolah boleh menggunakan dua hari Sabtu yang lain untuk tujuan
mesyuarat/Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) / majlis rasmi sekolah apabila diperlukan.

5. DASAR PROSEDUR KELUAR KAWASAN SEKOLAH
5.1 Semua guru dan kaki tangan pejabat yang keluar kawasan sekolah mesti mendapatkan

kelulusan daripada Guru Besar / Penolong-penolong Kanan (sekiranya Guru Besar tiada di
sekolah) dengan mengisi borang permohonan kelulusan keluar kawasan sekolah dan
mencatatkannya ke dalam Buku Rekod Keluar Masuk Staf dengan lengkap. Borang itu akan
difailkan di pejabat am sekolah.
5.2 Guru dan kaki tangan pejabat yang bertugas di luar sekolah mesti mempunyai surat panggilan
rasmi
/ Arahan Perjalanan dan kembali ke sekolah sebaik sahaja urusan selesai. Guru hendaklah
merakamkan waktu kembali ke sekolah.
5.3 Guru dan kaki tangan pejabat yang keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran daripada
pihak pentadbir, bertanggungjawab terhadap semua risiko yang mungkin berlaku pada dirinya.
Ini mungkin termasuk hilang pampasan insurans / pencen / lain-lain jika berlaku kemalangan.

Peringatan:

Waktu sekolah adalah waktu bekerja bagi guru, maka guru mesti berada
dalam kawasan sekolah walaupun tidak menjalankan tugas pengajaran dan

pembelajaran

37

Manual Pengurusan & Pentadbiran Sekolah 2021

6. DASAR PAKAIAN RASMI GURU

6.1 Guru Lelaki – Hendaklah kemas dan profesional

 Kemeja lengan panjang atau pendek yang kemas dan tidak bercorak bunga.
 Pakaian “Hawaii Style” adalah tidak dibenarkan.
 Tali leher mesti dipakai sepanjang hari persekolahan kecuali sewaktu berada dalam

makmal dan bengkel.
 Tidak dibenarkan memakai jubah atau “Baju Melayu Separa”.
 Mesti memakai stoking dan kasut. “Kasut Separa” adalah tidak dibenarkan.
 Pakaian batik wajib dipakai pada setiap hari Khamis (menurut Surat Pekeliling Ikhtisas

Bil.1 / 2008)

6.2 Guru Wanita - Hendaklah sopan dan profesional

 Pakaian mesti kemas, sopan dan profesional
 Pakaian yang tidak dibenarkan: -

a) “Skirt” pendek (Mini skirt) di atas paras lutut. (Skirt mesti sampai ke paras lutut atau
lebih panjang)

b) Baju yang jarang (transparent) atau nipis
c) Baju “low cut” dan terlalu ketat
d) Baju yang mempunyai mini lengan atau langsung tidak ada lengan (sleeveless).
e) Skirt berbelah tinggi sehingga bahagian paha didedahkan.
 Mesti memakai kasut bertumit. Selipar Jepun adalah tidak dibenarkan.
 Pakaian batik wajib dipakai pada setiap hari Khamis (menurut Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil. 1 / 2008).

7. DASAR PENGURUSAN GURU GANTI KELAS

Guru ganti kelas ialah guru yang menggantikan guru mata pelajaran yang tidak dapat
menghadiri kelas (PdPc) atas sebab-sebab berikut:
7.1 Terlibat dengan aktiviti / tugas rasmi di luar sekolah yang dianjurkan oleh Jabatan

Pendidikan / Pejabat Pendidikan Seremban atau mana-mana agensi kerajaan /
pertubuhan luar yang disahkan sebagai aktiviti rasmi oleh Guru Besar.

7.2 Terlibat dengan aktiviti / tugas rasmi di dalam sekolah yang mana sekolah menjadi
penganjur seperti PPD/ JPNNS dan sebagainya.

7.3 Bercuti sakit, mengambil Cuti Rehat Khas atau pulang awal kerana tidak sihat perlu
melaksanakan jadual waktu/ memberi tugasan kepada murid-muridnya.

7.4 Tugas mengajar guru yang cuti bersalin akan diagihkan kepada guru-guru yang sama
opsyen atau mempunyai pengalaman mengajar mata pelajaran yang berkaitan sekiranya
Pejabat Pendidikan Seremban tidak menyediakan guru ganti Kumpulan Guru Simpanan
Kebangsaan (KGSK).

38

Manual Pengurusan & Pentadbiran Sekolah 2021

MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (MMI)
KERANGKA KONSEP MMI

KEMBALI KEPADA YANG ASAL

PEMIMPIN GURU MURID
INSTRUKSIONAL MENGAJAR BELAJAR

8. PERANAN SEKOLAH

1. Merancang dan melaksanakan program / aktiviti yang tidak menjejaskan PdPc murid.
2. Mengenal pasti keperluan guru keluar (urusan rasmi dan bukan rasmi).
3. Memastikan guru ganti memaksimumkan PdPc dalam bilik darjah.
4. Memastikan PdPc dilaksanakan secara optimum dengan menyediakan Laporan Keberadaan

Guru Dalam Bilik Darjah.
5. Memastikan program dan aktiviti sekolah tidak menjejaskan PdPc.

39

Manual Pengurusan & Pentadbiran Sekolah 2021

9. PANDUAN UMUM SEKOLAH
9.1 Pemimpin Sekolah (Rujuk LAMPIRAN 1)

 Mengenal pasti kaedah pembinaan jadual waktu yang sesuai dan memastikan semua kelas
sentiasa ada guru dan PdPc dilaksanakan dengan berkesan.

 Memastikan pelaksanaan kokurikulum di sekolah mematuhi ketetapan Kementerian Pendidikan
Malaysia dan meminimum kekerapan guru keluar meninggalkan bilik darjah (PdPc).

 Memastikan murid dapat ditaksir berdasarkan Dokumen Standard Prestasi.
 Memastikan pelaksanaan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) secara school based bagi

melindungi masa instruksional di sekolah.
9.2 Kepimpinan Instruksional (Rujuk LAMPIRAN 2)

 Meningkatkan potensi kepimpinan dan amalan kepimpinan instruksional di sekolah.
 Memastikan kualiti PdPc di dalam bilik darjah berkesan.
9.3 Guru: Keberkesanan Guru Mengajar
 Mengoptimumkan masa instruksional di dalam bilik darjah.
 Memastikan PdPc berkesan berasaskan teknologi dan inovasi.
 Meningkatkan kompetensi guru.

9.4 Murid Belajar
 Memastikan guru berada di sekolah dan melaksanakan PdPc dengan berkesan di dalam
bilik darjah.
 Memastikan guru berupaya membangun kemajuan murid mengikut potensi.
 Meningkatkan keberhasilan murid.

***Panduan terpeinci sila rujuk Panduan Pelaksaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)
terbitan Sektor Operasi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysi

40

Manual Pengurusan & Pentadbiran Sekolah 2021

CONTOH-CONTOH SURAT TUNJUK SEBAB

i- Surat Tidak Hadir Bertugas Tanpa Cuti Atau Tanpa Kebenaran

SEKOLAH KEBANGSAAN MAMBAU, Tel: 06-6310470
KM 5 JALAN SEREMBAN-PORT DICKSON Faks: 06-6321513
70300 SEREMBAN NEGERI SEMBILAN Emel: [email protected]

Ruj. Kami:
Tarikh:

SK Mambau
70300 Seremban,
Negeri Sembilan.

Tuan,
TIDAK HADIR BERTUGAS TANPA CUTI ATAU TANPA KEBENARAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Berdasarkan rekod kedatangan, adalah didapati tuan telah tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa sebab yang munasabah

pada tarikh-tarikh yang berikut:

Tahun 2021

Januari 2021 20, 21, 22, 23 dan 24

3. Sila beri penjelasan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh tuan menerima surat ini mengenai sebab-sebab tuan
tidak hadir bertugas pada tarikh-tarikh yang dinyata di para 2 atas.

4. Sekiranya tiada jawapan yang diterima dari tempoh ini atau penjelasan yang diberi didapati tidak munasabah tuan
adalah tidak layak menerima gaji dan emolumen bagi tarikh-tarikh ketidakhadiran tersebut berdasarkan Peraturan
14 (a), Perintah Am Bab C. Ini bermakna tuan dikehendaki memulangkan gaji dan emolumen yang telah tuan
terimabagi tempoh tersebut atau jumlah tersebut akan dipotong dari gaji dan emolumen yang akan tuan terima
pada bulan berikutnya.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
BERSIH, SEJAHTERA, MUAFAKAT

Saya yang menjalankan amanah,

…………………………………
(ZURIDAH BINTI HAMZAH)
Guru Besar
SK Mambau

s.k.: 1 Unit Tatatertib
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan
2. Unit Psikologi dan Kaunseling

41

Manual Pengurusan & Pentadbiran Sekolah 2021

ii- Surat Hadir Lewat Bertugas Tanpa Kebenaran

SEKOLAH KEBANGSAAN MAMBAU, Tel: 06-6310470
KM 5 JALAN SEREMBAN-PORT DICKSON Faks: 06-6321513
70300 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN Emel: [email protected]

Ruj. Kami:
Tarikh:

SK Mambau
70300 Seremban,
Negeri Sembilan.

Tuan/Puan
SEMAKAN MESIN ‘THUMB PRINT’

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Berdasarkan rekod kedatangan tuan, adalah didapati bahawa tuan telah DATANG LEWAT /
BALIK AWAL pada tarikh-tarikh tersebut:

2.1 Tarikh: Masa Sampai / Balik:

2.2 Tarikh: Masa Sampai / Balik:

2.3 Tarikh: Masa Sampai / Balik:

3. Sila beri sebab mengapa tindakan tatatertib tidak diambil terhadap tuan. Sekiranya penjelasan
yang diberi tidak munasabah, kad perakam waktu tuan / puan akan ditukar kepada kad HIJAU / MERAH.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
BERSIH, SEJAHTERA, MUAFAKAT

Saya yang menjalankan amanah,

………………………………………
(ZURIDAH BINTI HAMZAH)
Guru Besar
SK Mambau

s.k.: Fail Peribadi

42

Manual Pengurusan & Pentadbiran Sekolah 2021

iii- Surat Tidak Hantar Buku / Fail Ringkasan Mengajar

SEKOLAH KEBANGSAAN Tel: 06-6310470
MAMBAU, Faks: 06-6321513
Emel: [email protected]
KM 5 JALAN SEREMBAN-PORT
DICKSON Ruj. Kami:
70300 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN Tarikh:

SK Mambau
70300 Seremban,
Negeri Sembilan.

Tuan / Puan,
SURAT TUNJUK SEBAB TIDAK MENYIAP / MENGHANTAR BUKU RINGKASAN MENGAJAR

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Berdasarkan kepada catatan dan pemeriksaan yang dilakukan tuan/puan tidak menyiap /

menghantar buku/fail ringkasan mengajar pada minggu hingga minggu bertarikh

hingga .

3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan diminta mengemukakan surat tunjuk sebab beserta dokumen
sokongan sebagai bukti (sijil sakit / kebenaran Guru Besar / GPK dan lain-lain yang berkaitan) dalam
tempoh 5 hari bekerja daripada tarikh surat ini kepada Guru Besar. Jika surat tunjuk sebab tidak
dikemukakan, tuan/puan dianggap engkar perintah dan boleh diambil tindakan tatatertib.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
BERSIH, SEJAHTERA, MUAFAKAT

Saya yang menjalankan amanah,

………………………………………
(ZURIDAH BINTI HAMZAH)
Guru Besar
SK Mambau

s.k .: Fail Peribadi

43

Manual Pengurusan & Pentadbiran Sekolah 2021

FORMAT MINIT MESYUARAT 2021

SEKOLAH KEBANGSAAN MAMBAU,
70300 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
..................................................................................................................................

MINIT MESYUARAT
BILANGAN SATU TAHUN 2021

Tarikh :

Hari :

Masa :

Tempat :

Kehadiran: 1. Pengerusi Mesyuarat (Guru Besar/KP)

2. Jawatan ikut ke kananan

3. Nama guru

4.

5.

6. Setiausaha Mesyuarat
Tidak Hadir:

7. Nama guru – Sebab tidak hadir

8.

1. Perutusan Pengerusi

1.1

2. Pengesahan minit

2.1 Minit mesyuarat dicadang untuk disahkan
disokong
oleh dan

oleh .

(Jika mesyuarat pertama tiada pengesahan minit)

3 Perkara Berbangkit

3.1 (Jika mesyuarat pertama tiada perkara berbangkit)

4 Perkara yang Dibincangkan

4.1 Perkara 1

4.1.1

4.2 Perkara 2

4.2.1

(Sehingga perkara yang seterusnya)

44

Manual Pengurusan & Pentadbiran Sekolah 2021

5 Hal-hal lain
5.1

6 Ucapan Penangguhan

6.1 Pengerusi menangguhkan mesyuarat kali ini dengan harapan semua guru dapat

menjalankan tugasan dengan lebih efisyen.

6.2 Mesyuarat Bilangan Satu Tahun 2021

ditangguhkan pada pukul 10.00 pagi.

6.3 Mesyuarat Bilangan Dua Tahun 2021 akan

diadakan p a d a /pada tarikh yang akan

diberitahu kelak.

Disediakan oleh, (Tarikh siap minit)

Setiausaha Mesyuarat
Bilangan Satu Tahun 2021
Bertarikh

Nota:

1. Ucapan pegawai yang hadir bersama (Contoh ucapan GB yang masuk
mesyuarat panitia mesti diletak di dalam perutusan pengerusi)

2. Makluman/tindakan mesti ada.
3. Pemilihan perkataan mesti sesuai.
4. Ayat mesti tepat dan padat.
5. Untuk lebih kemas-buat justify
6. Minit mesyuarat perlu siap dalam tempoh 7 hari bekerja.
7. Surat panggilan mesyuarat yang mempunyai letter head sekolah perlu

tandatangan GB/GPK 1 sahaja.

45

Manual Pengurusan & Pentadbiran Sekolah 2021

IKRAR INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM

Kami, Rakyat Malaysia yang merdeka dan berwawasan, dengan tulus dan suci hati berikrar,
memantap dan memperkukuhkan maruah dan integriti kami, keluarga dan masyarakat,
agama, bangsa dan negara kami.
Ke arah itu, kami berikrar:

 Mematuhi sepenuhnya Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang;
 Mematuhi dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara;
 Mempertingkatkan integriti dengan mengamalkan nilai-nilai murni dan beretika;
 Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk mencegah sebarang

perlakuan jenayah, salah laku dan perbuatan tidak berintegriti;
 Menyokong dan bekerjasama bagi mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang

menggugat integriti masyarakat dan negara; dan
 Membudayakan integriti sebagai amalan hidup harian secara individu dan berpasukan.

BUDAYA KERJA SEKOLAH

 Memahami, menghargai dan menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Visi, Misi,
dan Matlamat sekolah.

 Memelihara dan mempertingkatkan imej sekolah, jabatan dan Kementerian Pelajaran
pada setiap masa.

 Mementingkan mutu dan kesan pendidikan.
 Menentukan objektif dalam setiap tugas yang dijalankan.
 Mengamalkan budaya kerja cemerlang secara berpasukan.
 Mengamalkan sikap jujur, ikhlas, amanah serta adil pada setiap masa.
 Mengamalkan serta menghayati budaya perkhidmatan penyayang.
 Kepimpinan melalui teladan.
 Sentiasa memimpin dan menilai diri sendiri.
 Berusaha mempertingkatkan ilmu dan kemahiran.
 Kerja adalah ibadah.

« BERKHIDMAT UNTUK NEGARA »

46


Click to View FlipBook Version