The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nur Suffina, 2024-06-16 04:38:06

BUKU LOG KRS (1)

BUKU LOG KRS (1)

KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) CUP2011 BUKU LOG Nama: Nur Suffina Binti Mohd Rizal No.Matriks: E20231031072 Kumpulan: B Pensyarah: En. Shaharudin bin othman


BIODATA DIRI NAMA PENUH : NUR SUFFINA BINTI MOHD RIZAL NO. K/P : 050114-01-0916 TARIKH LAHIR : 14 JANUARI 2005 JANTINA : PEREMPUAN AGAMA : ISLAM BANGSA : MELAYU ALAMAT : NO.9 JLN PE 2/18 TAMAN PULAI EMAS, JOHOR BAHRU, JOHOR NO.TELEFON : 01117517675 PANGKAT : AHLI KRS


ISI KANDUNGAN SEJARAH KADET REMAJA SEKOLAH Sejarah pengasas Sejarah penubuhan .................................... .................................... 2 MS 3-5 ................................................. ...................................................... ................................................. ............................................ ............................................ 6 7 8 9 10 Simpulan & Ikatan Pertolongan Cemas Kompas Orienteering Seni Perkhemahan KEMAHIRAN KADET REMAJA SEKOLAH .................................... .................................... .................................... .................................... 11-18 19-40 41-52 53-62 Visi & Misi Moto Bendera Lambang Lagu PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN


SEJARAH KRS Your paragraph text 1


SEJARAH PENGASAS Allahyarham Muhammad Thani bin Shaaban. Beliau dilahirkan di Teluk Kumbar, Pulau Pinang pada 9 Disember 1963. Beliau merupakan anak bongsu daripada dua beradik. Mendapat pendidikan awal di SK Teluk Kumbar Pulau Pinang, dan meneruskan pendidikan menengah di Sekolah Menegah Raja Tun Uda, Pulau Pinang. Allahyarham merupakan seorang pelajar yang aktif dalam bidang kokurikulum. Beliau telah berjaya menamatkan pengajian di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bahru dalam Kursus Perguruan Asas sebelum melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya dalam bidang Pendidikan Islam dan Sejarah. Beliau merupakan tokoh yang berjasa dalam bidang pendidikan apabila mencetuskan idea penubuhan Kadet Remaja Sekolah Malaysia(KRS). KRS ini telah ditubuhkan di Sekolah Meenengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur, pada 27 Jun 1987. 2


SEJARAH PENUBUHAN Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En. Thani bin Syaaban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987. Pada mulanya, pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajarpelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya seramai 20 orang sahaja, iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan 1 dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU, BERIMAN, dan BERAMAL, berakhlak mulia, bersemangat patriotik, dan berketerampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan NEGARA ke arah Wawasan 2020. 3


Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Setiap aktiviti yang dijalankan berteraskan ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (ADDEEN). tahun 1989, beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah menubuhkan KPIM. Pada 1993, sebanyak 53 buah sekolah menengah di seluruh negara telah menubuhkan KPIM. Usaha menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia telah dimulakan pada 10 Ogos 1993. Satu pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid bin WanMohd Nordin, iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, pada 13 September 1993. Di dalam pertemuan ini, tesis KPIM telah dibentangkan. Hasilnya, sebuah jawatankuasa kecil dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet. Jawatankuasa ini telah mencadangkan nama KPIM ditukarkan kepada Kadet Putera-Puteri Islam. Walau bagaimanapun, nama pasukan ini ditukarkepada Kadet Remaja Sekolah. 4


Sementara itu, taklimat dan pendedahan kepadaPengarah-Pengarah Bahagian Pendidikan yangdiadakan pada bulan Oktober 1993 dan dipengerusikanoleh Tan Sri Dr. Wan Mohd Zahid bin Wan Mohd Nordintelah membuat keputusan agar nama pasukan iniditukar kepada Kadet Remaja Sekolah (KRS) yangbertujuan agar keahliannya terbuka kepada semuakaum sama ada pelajar lelaki atau perempuan. UpacaraPelancaran KADET REMAJA SEKOLAH PeringkatKebangsaan telah dilaksanakan pada 20 Jun 1995 olehYang Berhormat Dato’ Seri Najib Tun Haji Abdul Razak,Menteri Pendidikan Malaysia, di Sekolah Menengah RajaAbdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur. 5


Melahirkan pelajar cemerlang yang beriman, berakhlak muliah, berilmu dan berketrampilan selaras dengan hasrat wawasan Pendidikan dan Falsafah Pendidikan Negara ke arah menjayakan wawasan 2020. VISI & MISI 6


ILMU Asas keintelektual dan keterampilan ahli krs IMAN Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri AMAL Penghayatan dan perlakuan gaya hidupsihat yang berterusan merupakan natijah daripada kekuatan intelektual dan disiplin diri MOTO 7


BENDERA Warna hijau melambangkan : Tunas muda iaitu ramaja yang masih boleh dibentuk. Laluan hidup yang jelas untuk masa depan. Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS. 8


DUA TANGKAI PADI BERSILANG Resmi padi iaitu berilmu dan berketerampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan. PERISAI da B ri e p n a teng ketahanan diri da gejala yang tidak sihat. BU A LAN DAN BINTANG a gama Islam sebagai gama rasmi negara Malaysia. WARNA MERAH Keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara tercinta. BUKU YANG TERBUKA DAN REHAL Peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Wa WARNA KUNING rna diraja yang menjadi tonggak M kedaulatan negara alaysia. WARNA PUTIH Keikhlasan serta kesucian WARNA HIJAU Alam sekitar yang sihat LAMBANG 9


Kadet Remaja Sekolah, Menuju satu ikatan bersaudara, Bersatu menjulang, keamanan Negara, Menjayakan ilmu, iman dan amal. Marilah kita membina peribadi, Membentuk insan yang kreatif, Ke arah kecemerlangan diri, Sepanjang masa yang berterusan. Remaja sambutlah cabaran, Menjadi bangsa Malaysia, Maju dan cemerlang, remaja berwawasan, Jangan kita lupa kepada pencipta. Remaja hayati budaya, Ilmu, iman dan amal, Kekalkan di hati dan jiwamu, Wawasan Kadet Remaja Sekolah. LAGU 10


SIMPULAN & IKATAN 11


Satu cara mudah untuk mengikat dua tali atau tali pengikat dengan diaeter yang sama. SIMPULAN DAN IKATAN ASAS 1. SIMPUL BUKU SILA 2. SIMPUL BUNGA GETI Menyambung hujung tali yang tidak sama saiz. 3. IKATAN SIMPUL MANUK Simpulan serbaguna yang boleh digunakan sebagai permulaan untuk mengikat kayu atau semasa aktiviti pendakian. 12


4. SIMPULAN TINDIH KASIH Digunakan ketika aktiviti menyelamat seperti mengangkat mangsa. Kebiasaannya juga digunakan untuk mengikat leher binatang supaya tidak terjerut. 5. IKATAN LILIT 2 SIMPUL Lilitan ini sangat kuat dan teguh, lilit dua simpul digunakan untuk mengikat tali pada bot, pokok dan hujung khemah. 6. IKATAN LILIT PEMATI BIASA mematikan hujung tali supaya hujung tali nampak lebih kemas dan tidak terurai. 13


7. BUNGA GETI GANDA Menyambung dua utas tali yang tidak sama besar atau tali yang licin dengan dua lilitan yang lebih selamat. 8. IKATAN SIMPUL PULIH Memendekkan tali tanpa memotongnya atau menguatkan tali pada tempat yang reput, menegangkan tali yang kendur setelah kedua-dua hujungnya diikat. 9. IKATAN LILIT BALAK Mengikat tali pada kayu atau batang kayu yang lebih besar saiznya supaya tidak bergerak. 14


10. SIIMPULAN LILIT TAUT-LINE Digunakan untuk mengikat tali khemah ke pancang atau tali ke tiang supaya boleh dikendurkan atau ditegangkan. 11. IKATAN SERAYA Mengikat dua batang kayu atau buluh yang berpalang. 12. IKATAN SERONG Mengikat dua batang kayu atau buluh yang bersilang. 15


13. SIMPULAN TINDIH KASIH GANDA Sama seperti kegunaan Tindih Kasih biasa tetapi lebih kukuh. 14. IKATAN BELIT LUCUT Diikat pada pokok atau dahan. Ikatan tali mudah dilucutkan apabila selesai melaksanakan aktiviti panjat-memanjat 15. IKATAN LILIT PASDUL Ikatan ini kebiasaannya digunakan untuk membuat tangga tali. 16


16. IKATAN SIMPUL KERUSI Digunakan dalam aktiviti menyelamat. Mangsa dapat diturunkan atau dinaikkan dari tempat tinggi atau dalam gaung. 17. SIMPULAN KEPALA LALAT Mengelakkan hujung tiga tali dari terburai dan simpulan asas memulakan simpul Sambat Balik. 18. SIMPULAN SAMBAT BALIK Mencegah hujung tali yang besar dari terburai. Sambat Balik dimulakan dengan Kepala Lalat dan kemudian dianyam dan menyelit terus ke bawah. 17


19. IKATAN SILANG GUNTING Menyambung dua batang kayu atau buluh yang dimulakan dengan diikat tali pada sebatang kayu menggunakan Simpulan Manuk. 20. SIMPULAN ABAH-ABAH Membuat tanjul di tengahtengah tali. Digunakan untuk membuat tali tangga mengangkat barang. 21. IKATAN LILIT TINDIH KEJAP Penambat tali kecil untuk menarik tali besar contohnya, menarik tali kapal atau bot ke pangkalan. 18


PERTOLONGAN CEMAS 19


PERTOLONGAN CEMAS Pertolongan cemas adalah tindakan segera yang diberikan kepada seseorang yang cedera atau sakit sebelum bantuan perubatan profesional tiba, dengan tujuan untuk menyelamatkan nyawa, mencegah keadaan menjadi lebih buruk, dan memulihkan keadaan mangsa. Kecemasan merujuk kepada situasi yang memerlukan tindakan segera kerana melibatkan ancaman serius terhadap kesihatan, keselamatan, atau kehidupan seseorang 20


1. Pastikan Keselamatan Keselamatan Diri: Pastikan tempat kejadian selamat untuk anda dan orang lain sebelum menghampiri mangsa. Keselamatan Mangsa: Alihkan mangsa jika terdapat bahaya yang boleh memburukkan keadaan mereka. 2. Penilaian Keadaan Mangsa Responsif: Periksa jika mangsa sedar dan bertindak balas. Tanya soalan mudah seperti "Anda boleh dengar saya?" atau "Apa yang terjadi?" Pernafasan: Pastikan mangsa bernafas dengan baik. Lihat, dengar, dan rasa untuk sebarang tanda pernafasan. Nadi: Periksa nadi mangsa untuk memastikan aliran darah mencukupi. PERATURAN ASAS DALAM PERTOLONGAN CEMAS 21


3. Hubungi Bantuan Kecemasan Telefon Kecemasan: Hubungi nombor kecemasan tempatan (seperti 999 di Malaysia) secepat mungkin untuk mendapatkan bantuan profesional. Maklumat: Berikan maklumat yang jelas dan tepat tentang lokasi, jenis kecederaan, dan keadaan mangsa kepada pengendali kecemasan. 4. Perlakuan ABC (Airway, Breathing, Circulation) A (Airway – Saluran Pernafasan): Pastikan saluran pernafasan mangsa terbuka. Gunakan teknik seperti mengangkat dagu atau menolak dahi untuk membebaskan saluran pernafasan. B (Breathing – Pernafasan): Berikan bantuan pernafasan jika mangsa tidak bernafas. Lakukan pernafasan mulut ke mulut jika diperlukan. C (Circulation – Peredaran Darah): Jika tiada nadi, lakukan CPR (Cardiopulmonary Resuscitation) untuk membantu aliran darah. 22


5. Rawatan Kecederaan Pendarahan: Hentikan pendarahan dengan menekan bahagian yang berdarah menggunakan kain bersih. Kecederaan Tertutup: Jika terdapat kecederaan dalaman seperti lebam atau bengkak, gunakan ais untuk mengurangkan bengkak. Luka: Bersihkan luka dengan air bersih dan balut dengan kain pembalut yang steril. Keretakan Tulang: Jangan cuba membetulkan tulang yang patah, sebaliknya stabilkan dengan serpihan (splint) jika perlu. 6. Pemantauan Berterusan Sentiasa pantau keadaan mangsa sehingga bantuan perubatan tiba. Pastikan pernafasan, nadi, dan kesedaran mangsa stabil. 7. Kesedaran dan Sokongan Berikan sokongan emosi kepada mangsa. Kekalkan komunikasi dan berikan keyakinan kepada mereka. Jika mangsa tidak sedarkan diri tetapi bernafas, letakkan mereka dalam posisi pemulihan untuk memastikan saluran pernafasan terbuka dan mengelakkan tercekik. 23


CPR (Cardiopulmonary Resuscitation) adalah teknik penyelamatan nyawa yang digunakan dalam keadaan kecemasan apabila seseorang mengalami serangan jantung atau berhenti bernafas. CPR membantu mengembalikan aliran darah yang membawa oksigen ke otak dan organ-organ penting lain. Serangan Jantung Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) Situasi yang memerlukan CPR : Kegagalan pernafasan Kegagalan pernafasan Kejutan Elektrik Lemas Trauma kepala atau dada 24


LANGKAH-LANGKAH CPR UNTUK kanak-kanak( 1- 2 tahun) Penilaian Awal Pastikan tempat kejadian selamat untuk anda dan mangsa. Buka Saluran Pernafasan Baringkan kanak-kanak di permukaan rata. Dongakkan kepala sedikit ke belakang dan angkat dagu dengan lembut. Periksa Pernafasan Lihat, dengar, dan rasakan pernafasan selama 10 saat. Lihat dada untuk sebarang pergerakan, dengar bunyi pernafasan, dan rasakan hembusan nafas. 25


Lakukan Tekanan Dada (Chest Compressions) Letakkan tapak tangan anda (gunakan satu tangan untuk kanak-kanak yang lebih kecil) di tengah dada, di antara puting. Tekan dada sebanyak 30 kali dengan kedalaman sekitar 5 cm (sekitar 2 inci) pada kadar 100-120 kali per minit. Lakukan hembusan nafas Selepas 30 penekanan, berikan 2 hembusan nafas. Tutuplah hidung kanak-kanak dan buat hembusan sehingga dada naik. Jika anda tidak selesa memberikan hembusan nafas, teruskan penekanan dada sahaja. Teruskan CPR Teruskan kitaran 30 penekanan dada dan 2 hembusan nafas sehingga kanak-kanak menunjukkan tanda-tanda hidup, AED tiba, atau bantuan kecemasan tiba 26


LANGKAH-LANGKAH CPR UNTUK DEWASA Pastikan Keselamatan Pastikan tempat kejadian selamat untuk anda dan mangsa. Periksa Respons Mangsa: Tepuk bahu mangsa dan tanya dengan kuat, "Anda okey?" Jika tiada respons, segera hubungi bantuan kecemasan( 999) Periksa Pernafasan Lihat, dengar, dan rasa untuk pernafasan selama 10 saat. Jika mangsa tidak bernafas atau hanya terengah-engah, mulakan CPR. 27


Lakukan Tekanan Dada (Chest Compressions) Posisi Tangan: Letakkan tumit tangan anda di tengah dada mangsa, di atas tulang dada (sternum). Letakkan tangan kedua anda di atas tangan pertama dan jalin jari anda. Posisi Badan: Pastikan lengan anda lurus dan bahu anda tepat di atas tangan anda. Tekanan: Tekan dada mangsa sekurang-kurangnya 2 inci (5 cm) dalam, pada kadar 100 hingga 120 tekanan per minit. Biarkan dada mangsa kembali ke posisi asal di antara tekanan. Berikan Bantuan Pernafasan (Rescue Breaths) Buka Saluran Pernafasan: Gunakan teknik angkat dagu dan tekan dahi untuk membuka saluran pernafasan. Berikan Nafas: Tutup hidung mangsa dan berikandua nafas penuh ke dalam mulut mangsa. Setiap nafas harus berlangsung sekitar 1 saat dan cukup untuk melihat dada mangsa naik. Kitaran: Teruskan dengan kitaran 30 tekanan dada dan 2 nafas. Teruskan CPR Teruskan kitaran 30 tekanan dada dan 2 nafas sehingga bantuan perubatan tiba atau mangsa menunjukkan tanda-tanda kehidupan seperti bernafas atau bergerak. 28


MAKLUMAT TAMBAHAN Penggunaan AED (Automated External Defibrillator): Jika terdapat AED di tempat kejadian, gunakan alat tersebut secepat mungkin. Ikuti arahan yang diberikan oleh AED. Kepentingan Tekanan Dada yang Betul: Jika anda tidak terlatih dalam memberikan bantuan pernafasan, fokuskan pada tekanan dada sahaja. Posisi Pemulihan: Jika mangsa bernafas tetapi tidak sedarkan diri, letakkan mereka dalam posisi pemulihan untuk memastikan saluran pernafasan terbuka dan mengelakkan tercekik. Periksa Respons Mangsa Secara Berterusan: Sentiasa pantau keadaan mangsa sehingga bantuan perubatan tiba. Pastikan pernafasan, nadi, dan kesedaran mangsa stabil. 29


Teknik pertolongan cemas yang digunakan untuk membantu seseorang yang mengalami tersedak kerana saluran pernafasan mereka tersumbat oleh objek asing, seperti makanan atau mainan kecil. Teknik ini melibatkan pemberian tekanan pada bahagian perut untuk mengeluarkan objek yang menyekat saluran pernafasan. Heimlich Maneuver Situasi yang memerlukan Heimlich Maneuver Tersedak Tanda-tanda seseorang tersedak Tidak dapat bercakap atau mengeluarkan suara Kesukaran bernafas atau pernafasan terengah-engah Memegang leher dengan kedua-dua tangan (isyarat tersedak) Bibir atau wajah kebiruan 30 Kehilangan kesedaran


Langkah-langkah Heimlich Maneuver untuk Dewasa dan Kanak-kanak (Lebih 1 Tahun) Posisi Diri Berdiri atau berlutut di belakang mangsa. Letakkan satu kaki di antara kaki mangsa untuk kestabilan. Pastikan Mangsa Sedar dan Tersedak Tanya mangsa, "Adakah anda tersedak?" Jika mereka tidak dapat menjawab tetapi memberi isyarat tersedak, segera mulakan Heimlich Maneuver. Posisi Tangan Genggam satu tangan menjadi penumbuk dan letakkan di atas pusat mangsa, tepat di bawah tulang rusuk. Pegang penumbuk dengan tangan yang satu lagi Lakukan Tekanan Berikan tekanan cepat ke arah atas dan dalam (seperti huruf "J") untuk menciptakan dorongan yang kuat. Ini akan membantu mengeluarkan objek yang tersumbat dari saluran pernafasan. 31


Langkah-langkah Heimlich Maneuver untuk bayi (bawah 1 tahun) Posisi Bayi Duduk dan letakkan bayi di atas lengan anda dengan posisi kepala lebih rendah dari badan. Sokong kepala dan leher bayi dengan tangan anda. Pastikan Bayi Tersedak Jika bayi tidak dapat bernafas, menangis, atau batuk, mereka mungkin tersedak. Teknik Tepukan Belakang Dengan tumit tangan anda, berikan 5 tepukan tegas di bahagian tengah belakang bayi, antara tulang belikat. 32


Teknik Tekanan Dada Jika tepukan belakang tidak berjaya, balikkan bayi menghadap ke atas dengan kepala tetap lebih rendah dari badan. Letakkan dua jari anda di tengah dada bayi, tepat di bawah garis puting. Berikan 5 tekanan cepat ke bawah, sekitar 1.5 inci (4 cm) dalam. Ulangi Kitaran Ulangi kitaran 5 tepukan belakang dan 5 tekanan dada sehingga objek tersebut keluar atau bayi mula bernafas atau batuk. Nota Tambahan: Jangan Lakukan Heimlich Maneuver Jika Mangsa Boleh Batuk atau Bernafas: Jika mangsa masih boleh bercakap, batuk, atau bernafas, dorong mereka untuk terus batuk dengan kuat untuk mengeluarkan objek tersebut. Jangan Gunakan Heimlich Maneuver pada Bayi Kurang dari 1 Tahun: Gunakan teknik tepukan belakang dan tekanan dada. Jika Mangsa Kehilangan Kesedaran: Jika mangsa tidak sedarkan diri, letakkan mereka dengan berhati-hati di lantai dan mulakan CPR. 33


BALUTAN ANDUH Kecederaan Lengan atau Bahu Kecederaan Clavicle (Tulang Selangka) Kecederaan pada Pergelangan Tangan atau Siku Balutan anduh adalah kaedah pembalutan menggunakan kain berbentuk segitiga atau segi empat yang dilipat menjadi segitiga. Ia digunakan dalam pertolongan cemas untuk menyokong, melindungi, dan menjaga bahagian tubuh yang cedera, seperti lengan, bahu, atau tangan. Balutan anduh membantu mengurangkan pergerakan bahagian yang cedera, mengawal kesakitan, dan menyediakan sokongan sementara sebelum rawatan perubatan profesional. Situasi yang memerlukan penggunaan kain anduh 34


KEGUNAAN - mengampu bahagian cedera - menahan darah - membalut bahagian cedera/patah Pembalut Segi Tiga Nota Tambahan Pastikan Kain Anduh Tidak Terlalu Ketat: Jangan ikat kain anduh terlalu ketat kerana ini boleh menghalang peredaran darah. Periksa Tanda Aliran Darah: Sentiasa periksa tangan atau jari untuk tanda-tanda aliran darah yang baik seperti warna kulit dan suhu. Keselesaan Mangsa: Pastikan mangsa merasa selesa dan kain anduh memberikan sokongan 35 yang mencukupi tanpa menambah kesakitan.


JENIS BALUTAN ANDUH ANDUH KECIL / ANDUH PERGELANGAN TANGAN - Balutan ini digunakan apabila cedera tekena atau tertusuk objek tajam. - Diperbuat daripada pembalut tirus. - Digunakan untuk menutup luka. PEMBALUT CINCIN - Letakkan tapak tangan yang tercedera di atas kain anduh , kemudian tarik dan letakkan - bucu atas kain anduh di atas tangan. - Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah. - Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan. 36


BALUTAN LUKA BAHU - Bucu kain atas anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang cedera. - Kemudian ikatan buku sila diikatkan pada atas bahu. - Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat ke bahagian dalam supaya nampak lebih kemas. -Mulakan balutan di bawah bahu yang cedera. -Bawa pembalut ke atas bahu, di sekitar belakang atau depan dada, lalu kembali ke bawah bahu yang cedera. -Balut dengan gerakan melintang sehingga pembalut mengelilingi bahu dan dada, menutupi pembalut steril dengan ketat tetapi selesa. ANDUH BESAR / ANDUH LENGAN Fungsi - mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera. - mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas 37


BALUTAN LUKA DADA BELAKANG -Bersihkan luka dengan air bersih atau antiseptik. -Letakkan pembalut steril di atas luka. -Balut pembalut elastik/kain pembalut dari sisi luka, melintang ke depan dan mengelilingi dada atau perut. -Amankan pembalut di bahagian depan atau sisi. -Periksa keselesaan dan aliran darah. -Bersihkan luka dengan air bersih atau antiseptik. -Letakkan pembalut steril di atas luka. -Balut pembalut elastik/kain pembalut dari sisi luka, melintang ke depan dan ke belakang. -Amankan pembalut di bahagian sisi atau depan. -Periksa keselesaan dan aliran darah. BALUTAN LUKA DADA HADAPAN 38


BALUTAN LUKA PEHA -Mulakan balutan di bawah siku, dengan pembalut elastik atau kain pembalut. -Balut dengan corak lapan -Bawa pembalut dari bawah siku ke atas melalui bahagian dalam siku. -Lintasi siku, bawa pembalut ke bawah melalui bahagian luar siku. -Teruskan membalut dengan pola angka lapan (menyilang), yang memberikan kestabilan sambil membolehkan pergerakan minimum. . -Mulakan balutan beberapa sentimeter di bawah luka. -Balut secara melingkar -Balut pembalut di sekitar paha dalam gerakan melingkar, naik ke atas untuk menutup pembalut steril. -Balut ke arah atas sehingga seluruh luka dan pembalut steril ditutup. -Tumpang tindih setiap lapisan pembalut sekitar separuh dari lapisan sebelumnya untuk kestabilan. BALUTAN LUKA SIKU 39


-Mulakan balutan di dahi atau di bawah bahagian luka. -Balut secara melingkar -Bawa pembalut melingkar di sekeliling kepala melalui dahi atau belakang kepala, memastikan ia melintasi luka. -Balut melintang: Balut pembalut ke sekeliling kepala dengan melintang dari bawah ke atas, atau sebaliknya, meliputi pembalut steril dengan setiap lilitan. -Simpul penamat: Ulangi balutan sehingga seluruh pembalut steril ditutup dengan baik. -Tumpang tindih setiap lapisan pembalut sekitar separuh dari lapisan sebelumnya untuk kestabilan. BALUTAN LUKA KEPALA 40


KOMPAS ORIENTEERING 41


Salah satu kemahiran yang diperlukan dalam aktiviti kembara atau lain-lain yang berbentuk kegiatan luar. TUJUAN membantu seseorang / kumpulan untuk meneroka daerah-daerah dan destinasi alam semula jadi yang tidak dapat ditunjukkan oleh pemandu dan penunjukpenunjuk jalan yang lain. Kejadian sesat jalan yang pernah terjadi dapat dielakkan jika peminat aktiviti tahu mengendalikan peta dan kompas. KOMPAS ORIENTEERING MATLAMAT Didedahkan pada alam semula jadi dan kemahiran asas menggunakan kompas orienteering. Mendapat ilmu pengetahuan serta keseronokan bila menjalankan aktiviti orienteering. Konsepnya terletak pada dua perkara utama : 1. kompas 2. peta 42


Mempertingkatkan kesedaran tentang pentingnya menjaga keseimbangan alam persekitaran Boleh melihat dan mendekatkan diri dengan alam Membina daya tahan kendiri Membina keyakinan kendiri Memperbaiki tahap kecergasan fizikal OBJEKTIF Membina sikap kerjasama Memberi latihan kemahiran asas pandu arah di darat berdasarkan penggunaan kompas dan peta 43


Lokasi-lokasi tempat Jarak antara kawasan yang dituju Ketinggian sesuatu kawasan Bentuk muka bumi Halangan-halangan Pembangunan Mercu tanda Laluan-laluan yang boleh digunakan KEGUNAAN PETA 44


PETA TOPOGRAFI PETA PLANIMETRI JENIS PETA Menunjukkan keadaan bentuk muka bumi sesebuah kawasan Mempunyai garisan grid secara melintang dan menegak Ketinggian muka bumi dilambangkan dengan garis kontur Simbol dan warna digunakan untuk membezakan bentuk permukaan bumi Contoh: Bukit, sungai, jalan, gunung dan lain-lain ada ditunjukkan Hanya mempunyai dimensi melintang sahaja Digambarkan menggunakan perbezaan warna atau simbol Contoh: Peta jalanraya, peta dunia, panduan pelancongan 45


PETA SKALA KECIL (1: 600 000) SKALA PETA Menggambarkan keadaan muka bumi yang agak luas. Maklumat tidak begitu menyeluruh dan terperinci. Contoh: Peta negara. Menggambarkan muka bumi yang lebih kecil. Memberi maklumat yang lebih menyeluruh dan terperinci. Contoh: Peta desa dan peta kota. PETA SKALA BESAR (1: 75 000) 46


KOMPAS Alatan navigasi atau pandu arah yang digunakan bagi menentukan arah kedudukan dan bearing sesuatu tempat dengan lebih tepat berdasarkan darjah tertentu. KEGUNAAN Mencari bearing sesuatu objek yang dapat dilihat dimuka bumi Menentukan arah bearing Untuk mengorientasi peta 47


Click to View FlipBook Version