MRSM TUN ABDUL RAZAK
KAJIAN KES SEJARAH
TINGKATAN 4 2021
BAB 6: ANCAMAN KOMUNIS DAN
PERISYTIHARAN DARURAT
Nama: Aisyah Umairah binti Rosdan
Kelas: 4 Duke
Nombor maktab: CP180286
Guru subjek: Cikgu Raja Norhidayah
ISI KANDUNGAN
BIL ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
1 JADUAL KERJA 3
2 OBJEKTIF KAJIAN 4
5
3 KAEDAH KAJIAN 6
7
4 PENGENALAN 8
9
5 CARA KEMASUKAN PENGARUH KOMUNIS DI NEGARA KITA 10
PERKARA YANG DILAKUKAN OLEH KOMUNIS UNTUK 11
6 MENGUGATKAN KEAMANAN DAN
12
KESEJAHTERAAN NEGARA KITA
7 CARA DAN KAEDAH KERAJAAN UNTUK MENANGANI KOMUNIS
PADA MASA TERSEBUT
8 CARA UNTUK MENGEKALKAN KEDAMAIAN DAN
KEMAKMURAN YANG DIBINA PADA HARI INI
MENGAPAKAH GENERASI MUDA HARI INI PERLU MENGHAYATI
9 DAN MENGAMBIL IKTIBAR PERJUANGAN PEMIMPIN DALAM
USAHA UNTUK MENDAPATKAN KEMERDEKAAN TANAH
MELAYU
10 RUMUSAN
11 SUMBER RUJUKAN 13
12 LAMPIRAN 14
JADUAL KERJA
BIL TARIKH PERKARA CATATAN
/
Menerima taklimat daripada guru
/
1 10 JULAI subjek Sejarah berkaitan penulisan
/
tugasan /
Membuat rujukan awal ke laman /
2 20 JULAI web yang berkaitan dengan tajuk
/
tugasan /
/
Mengenalpasti cara penulisan /
3 25 JULAI tugasan /
4 30 JULAI Menentukan tajuk penulisan
Membuat rujukan lanjut berkaitan
5 8 OGOS dengan tajuk tugasan menerusi
internet,majalah,akhbar, buku
6 10 OGOS Menulis draf awal tugasan dengan
bimbingan guru
7 17 OGOS Menulis pengenalan dan pelaporan
penuh tugasan
8 23 OGOS Rumusan pengetahuan, nilai murni
dan harapan
9 30 OGOS Mengemaskini tugasan
10 31 OGOS Menyemak dan menghantar
tugasan
OBJEKTIF KAJIAN
Dalam melaksanakan Kajian Kes Sejarah ini, terdapat beberapa objektif
yang ingin saya capai. Antara objektif tersebut adalah seperti
1. Untuk mengetahui cara kemasukan pengaruh komunis untuk
menguatkan keamanan dan kesejahteraan negara.
2. Untuk mengetahui perkara yang dilakukan oleh komunis untuk
menguatkan keamanan dan kesejahteraan negara.
3. Untuk mengkaji mengapakah generasi muda hari ini perlu
menghayati dan mengambil iktibar perjuangan pemimpin dalam
usaha untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu.
KAEDAH KAJIAN
Terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan dalam melengkapkan
Kajian Kes Sejarah Tingkatan 4 seperti berikut:
1. Kaedah Rujukan
Saya telah membuat rujukan di beberapa laman sesawang di
Internet berkaitan kajian kes yang dijalankan.
2. Melalui media
Saya telah menganalisa media massa dan media cetak seperti
daripada majalah-majalah dan YouTube yang berkaitan bagi
mendapatkan maklumat lanjut mengenai kajian kes yang
dijalankan.
3. Bimbingan guru
Tanpa bimbingan guru, sudah tentu saya tidak akan berjaya
melaksanakan kajian kes yang telah diberikan. Oleh itu, saya
mendapatkan bimbingan dari guru iaitu Puan Raja Norhidayah
sewaktu sesi pembelanjaran secara dalam talian.
PENGENALAN
Perkembangan pengaruh komunis di negara kita berlaku sebelum
meletusnya Perang Dunia Kedua. Komunis melakukan pelbagai
tindakan untuk melumpuhkan ekonomi negara dan menggugat
kestabilan politik. Matlamat komunis adalah untuk merampas kuasa
daripada British dan menggantikannya dengan sebuah Republik
Komunis.
Namun begitu, British berjaya menawan hati dan fikiran rakyat untuk
bersama-sama membanteras ancaman komunis. Zaman darurat telah
membawa pelbagai kesan kepada politik, ekonomi dan sosial di negara
kita.
KRONOLOGI
1948 – Perisytiharan Darurat, Pengharaman PKM dan
Pendaftaran Kebangsaan dan Kad Pengenalan
1949 – Penubuhan MCA
1950 – Pelaksanaan Rancangan Briggs
1951 – Pembunuhan Sir Henry Gurney
1952 – Pelaksanaan Perang Saraf dan Penubuhan Parti
Perikatan
1955 – Perundingan Baling
1960 – Perisytiharan Penamatan Darurat
CARA KEMASUKAN PENGARUH KOMUNIS DI NEGARA KITA
Kemasukan Pengaruh Komunis dari China
- Ideologi komunis dibawa masuk ke negara sejak awal tahun 1920-an
melalui KMT dan ditubuhkan pada hampir setiap bandar negeri.
- Selain KMT terdapat juga pertubuhan iaitu Main School yang bergerak
dalam kalangan orang Hailam
- The Communist International (Comintern) yang berpusat di Moscow
mengarahkan penubuhan Parti Komunis Nanyang (PKN) pada tahun 1928
- PKN tidak berjaya mencapai matlamat dan mendorong Comintern
mengarahkan penubuhan parti baharu, iaitu Parti Komunis Malaya (PKM)
Kemasukan Pengaruh Komunis dari Indonesia
- Pada tahun 1920, beberapa orang pemimpin komunis dari Indonesia
seperti Tan Malaka, Alimin, Moeso dan sebagainya menyebarkan fahaman
komunis di Seberang Perai, Pulau Pinang, Perak Utara dan Kedah.
- Kegagalan Partai Komunis Indonesia (PKI) menguasai Pulau Jawa
menyebabkan PKI berusaha untuk membuka cawangan di Tanah Melayu
- Mereka tidak mendapat sambutan dari orang Melayu kerana komunis
menggunakan kekerasan untuk mencapai matlamat mereka.
Kemasukan Parti Komunis Malaya
- PKM ditubuhkan di Kuala Pilah pada 30 April 1930 dan bergerak melalui
kesatuan kerja, pertubuhan, penerbitan akhbar dan sekolah Cina.
- Sewaktu zaman pendudukan Jepun, PKM bertindak menjalinkan kerjasama
dengan British untuk memerangi Jepun
- Membentuk Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) atau Bintang
Tiga pada tahun 1942 dan menerima banyak bantuan dari pihak British.
Penyebaran ideologi komunis dari China dan Indonesia menyebabkan terdapat
penduduk yang terpengaruh dengan fahaman komunis. Ideologi ini berkembang
dalam kesatuan sekerja. Selepas Perang Dunia Kedua, berlaku kekosongan politik
di Tanah Melayu yang membuka peluang kepada PKM untuk menyebarkan
fahamannya. PKM kemudiannya diharamkan oleh British.
PERKARA YANG DILAKUKAN OLEH KOMUNIS UNTUK MENGUGATKAN
KEAMANAN DAN KESEJAHTERAAN NEGARA
Komunis Melumpuhkan Ekonomi
Sejak Undang-Undang Darurat dikuatkuasakan, lombong bijih timah dan ladang
getah menjadi sasaran utama untuk melemahkan ekonomi. Komunis menyerang
80 lombong bijih timah antaranya di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.
Tindakan ini menyebabkan pekerja lombong dan ladang getah menderita. Selain
itu, nyawa mereka juga turut terancam
Komunis Merosakkan Infrastruktur
Menjalankan pelbagai sabotaj terhadap kemudahan asas, terutama sistem
pengangkutan dan perhubungan. Mereka mengebom, merosakkan dan
mengalihkan landasan kereta api. Komunis juga turut mensabotaj kemudahan
telefon dan telegraf serta merosakkan paip air. Keadaan ini menjejaskan
kehidupan harian penduduk tempatan kerana infrastruktur tidak dapat
diselenggara dengan baik.
Komunis Mengancam Keselamatan Rakyat
Melakukan pelbagai tindakan ganas yang menggugat keselamatan rakyat. Mereka
melakukan kekejaman, menganiaya, menculik, merampas, membakar harta
benda dan membunuh penduduk yang enggan bekerjasama. Contohnya, pada
malam 5 Julai 1949, komunis mencampakkan bom tangan di Sheum Circus,
Kampar,Perak. Tindakan komunis ini menyebabkan kesengsaraan dan
penderitaan kepada rakyat.
Komunis Mengancam Pasukan Keselamatan
Parti Komunis Malaya (PKM) menyasarkan pasukan keselamatan dan menyerang
balai polis. Tindakan ini dilakukan untuk mencetuskan keadaan huru-hara dan
menunjukkan ketidakupayaan kerajaan untuk melindungi keselamatan rakyat.
CARA DAN KAEDAH KERAJAAN UNTUK MENANGANI KOMUNIS PADA
MASA TERSEBUT
1. Penguatkuasaan Undang-Undang Darurat
Menahan sesiapa sahaja yang disyaki yang terlibat dengan pergerakan
komunis tanpa sebarang perbicaraan
Mengenakan hukuman berat kepada sesiapa yang membantu komunis
Mengetatkan undang-undang senjata api dengan mengenakan hukuman
mati terhadap mereka yang membawa senjata api dan bahan letupan
2. Pemerkasaan Pasukan Keselamatan
Polis – Cawangan Khas, Polis Hutan, Special Constables (SC) dan lain-lain
Tentera – Pasukan Askar Melayu dan Komanwel dan Sarawak Rangers
Sukarelawan – Home Guard
3. Pendaftaran Kebangsaan dan Kad Pengenalan
Sistem ini dikuatkuasakan oleh kerajaan pada 23 Julai 1948 bagi mengawal
pergerakan penduduk
Memudahkan pihak keselamatan membezakan orang awam dengan
komunis
Lelaki, wanita dan kanak-kanak 12 tahun ke atas dikehendaki mendaftar diri
dan membawa kad pengenalan ke mana-mana sahaja
4. Rancangan Briggs
Dilancarkan oleh Sir Henry Gurney dan Leftenan Jeneral Sir Harold Rowdon
Briggs pula dilantik sebagai Pengarah Operasi
Untuk memutuskan hubungan PKM dengan Min Yuen yang membekalkan
makanan, senjata, maklumat dan ubat-ubatan
Merupakan langkah yang berkesan untuk melemahkan pergerakan komunis
5. Tawaran Pengampunan
Sir Henry Gurney mengisytiharkan pengampunan kepada komunis supaya
menyerah diri
Radio Malaya akan menyiarkan syarat tawaran pengampunan setiap hari
dan poster juga ditampal di merata-rata tempat
Penyebaran risalah ini dilakukan dalam pelbagai cara
CARA UNTUK MENGEKALKAN KEDAMAIAN DAN KEMAKMURAN
YANG DIBINA PADA HARI INI
Cara-cara untuk mengekalkan kedamaian dan kemakmuran yang
dibina pada hari ini ialah mengekalkan nilai-nilai harmoni yang tersemat
di dalam diri masing-masing antara berbilang kaum iaitu kaum Melayu,
Cina dan India.
Selain itu, mengelakkan sebarang pergaduhan atau salah faham antara
masyarakat agar hubungan antara masyarakat tidak terputus
diakibatkan perkara-perkara yang remeh-temeh.
Seterusnya, pihak kerajaan juga perlu menjalankan tanggungjawab
untuk mengekalkan kedamaian dan kemakmuran negara agar menjadi
sebuah negara yang harmoni.
Di samping itu, menjalinkan hubungan yang baik dengan negara-negara
jiran yang lain supaya dapat mengekalkan hubungan dan mengelakkan
sebarang pergaduhan antara negara dan tidak tercetusnya sebarang
peperangan antara negara.
Akhir sekali, menjadi rakyat yang mematuhi undang-undang negara dan
mengamalkan gaya hidup bersatu padu agar negara menjadi harmoni
dan aman.
MENGAPAKAH GENERASI MUDA HARI INI PERLU MENGHAYATI DAN
MENGAMBIL IKTIBAR PERJUANGAN PEMIMPIN DALAM USAHA UNTUK
MENDAPATKAN KEMERDEKAAN TANAH MELAYU
Generasi muda hari ini perlu menghayati dan mengambil iktibar
perjuangan pemimpin dalam usaha untuk mendapatkan kemerdekaan
Tanah Melayu kerana tempoh dan kesukaran untuk mendapatkan
kemerdekaan Tanah Melayu sangatlah tidak terkira kesukarannya
dengan tempoh menuntut kemerdekaan itu.
Selain itu, kita perlu menghargai pihak-pihak yang terlibat dengan
usaha mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu kerana mereka
banyak berjasa dan berkorban demi mendapatkan kemerdekaan
tersebut.
Di samping itu, banyak nyawa yang terkorban sewaktu ketika dahulu
sebelum kemerdekaan. Generasi muda hari ini hidup dalam keadaan
negara yang aman tanpa sebarang darurat atau dijajah oleh negara-
negara luar.
Seterusnya, kita juga perlu memupuk semangat patriotik di dalam diri
masing-masing bagi mengingati peristiwa-peristiwa yang bersejarah
sewaktu negara kita ingin mendapatkan kemerdekaan daripada British.
Akhir sekali, generasi muda hari ini perlu menghayati dan mengambil
iktibar perjuangan pemimpin dalam usaha untuk mendapatkan
kemerdekaan Tanah Melayu bagi meningkatkan lagi nilai-nilai murni
dan rasa sayang akan negara yang tercinta.
RUMUSAN
Kesimpulannya, banyak input dan nilai-nilai murni yang saya dapati
sepanjang menjalankan Kajian Kes Tingkatan 4 ini. Sejarah yang
sangat penting bukan sahaja untuk tontonan dan renungan generasi
masa kini, bahkan juga kepada generasi akan datang.
Peristiwa kemasukan komunis ke negara kita mestilah sentiasa diingati
dan menjadi pengajaran di dalam hidup kita. Pengorbanan dan jasa
pemimpin-pemimpin yang terdahulu mestilah kita hargai kerana bukan
sebab mereka negara Malaysia pasti tidak akan menjadi sebuah negara
yang aman dan merdeka.
Selain itu, peristiwa darurat yang dijalankan pada waktu dahulu juga
perlu dijadikan sebagai pengajaran untuk masa kini dan akan datang.
Saya sangat terkesan dan tersentuh ketika membuat Kajian Kes ini dan
mengharapkan supaya negara kita akan menjadi sebuah negara yang
terkenal dengan nilai-nilai murni yang baik dan disenangi oleh negara-
negara yang lain.
SUMBER RUJUKAN
Saya membuat beberapa rujukan berdasarkan sumber-sumber di
bawah:
1. Buku Teks Sejarah Tingkatan 4
Penulis:
- Ridzuan bin Hasan
- Sharifah Afidah binti Syed Hamid
- Muslimin bin Fadzil
- Subramaniam a/l Raman
2. Orang sumber
- Puan Raja Norhidayah (Guru Subjek Sejarah)
3. Laman sesawang
- https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/08/72622
3/malaysia-prihatin-kedaulatan-negara-tanggungjawab-bersama
- https://www.slideshare.net/ciklaili/kbat-sejarah-spm
- https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2015/08/7149
7/pendidikan-awal-pupuk-semangat-patriotisme-generasi-muda
LAMPIRAN
Buku Teks Sejarah
Tingkatan 4
YouTube Channel: Cikgu Hasmahan