The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-10327591, 2022-08-02 04:52:58

MINIT MESYUARAT AGUNG 2022

MINIT

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-24
SK SRI JELOK
SESI 2022/2023

TARIKH : 18 JUN 2022

HARI : SABTU

MASA : 9.00 PAGI – 12.00 TENGAH HARI

TEMPAT : PELANTAR GOOGLE MEET

KEHADIRAN : 221 orang

1.0 UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG SK SRI JELOK (EN. SYUJAIRI BIN HASSAN)

1.1 Encik Ahmad Syujairi bin Hassan melahirkan rasa kesyukuran dan mengucapkan
tahniah kepada semua guru dan AJK PIBG kerana dapat mengadakan mesyuarat
pada kali ini walaupun diadakan secara atas talian. Era pandendemik dan Covid 19
yang melanda seluruh dunia telah mewujudkan norma baharu dalam pelbagai aspek
kehidupan, termasuklah dalam aspek pendidikan.

1.2 Mesyuarat Agung ini merupakan satu platform yang terbaik, untuk ibu bapa dan guru-
guru berkongsi idea serta pendapat dalam usaha melonjakkan kecemerlangan
sekolah.

1.3 Beliau juga menyarankan agar Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dapat
dilaksananakan dengan lebih berkesan melalui penggunaan smart tv yang telah
sedia ada di setiap bilik darjah

1.4 YDP menyeru kepada para ibu bapa, agar dapa bersama-sama mencurahkan tenaga
dan usaha demi memastikan kejayaan anak-anak dapat dipertingkatkan dari semasa
ke semasa. Kejayaan sekolah pasti dapat direalisasikan sekiranya kedua-dua pihak
memainkan peranan masing-masing, iaitu ibu bapa dan juga guru-guru.

1.5 Akhir sekali beliau berharap agar segala perancangan dan apa yang akan
diusahakan nanti mendapat keberkatan dan kejayaan yang cemerlang, kepada SK
Sri Jelok.

2.0 UCAPAN GURU BESAR SK SRI JELOK (PN NORAINI BINTI SURIF)

2.1 Pn. Noraini melahirkan rasa kesyukuran dan mengucapkan selamat datang kepada
semua ibu bapa dan guru yang dapat bersama-sama menghadirkan diri pada
Mesyuarat Agung Tahunan Sesi 2022/2023 yang diadakan secara atas talian.

2.2 Pn Noraini mengumumkan jumlah kutipan sumbangan pada tahun 2022 setakat ini
hanya sebanyak 27% bersamaan 156 daripada 600 buah keluarga sahaja yang telah
membuat pembayaran. Dengan jumlah kutipan setakat ini, agak memberi bebanan
kepada pihak sekolah. Sumbangan PIBG sebanyak RM50 setiap keluarga
diperincikan antara kegunaannya adalah seperti berikut :

i. Perbelanjaan kertas peperiksaan atau modul pentaksiran PBD.
ii. Perbelanjaan program-program atau aktiviti sekolah.
iii. Penyelenggaraan dan pembangunan sekolah.

2.3 Beberapa aktiviti yang mencapai kejayaan besar dan telah dilaksanakan pada
pertengahan tahun 2021 dan awal tahun 2022 antaranya ialah infaq Smart TV.
Program ini merupakan idea bersama pihak pengurusan sekolah dan pentadbiran
PIBG bagi membantu dan menyokong pengajaran dan pembelajaran guru di dalam
kelas. Sebanyak 16 buah smart tv telah berjaya dipasang di 16 buah kelas hasil
daripada sumbangan khasnya pada ibu bapa, guru-guru, ahli korporat dan orang
perseorangan.

2.4 Program infaq kipas telah dilancarkan pada tahun ini dengan matlamat untuk
memberi keselesaan kepada anak-anak ketika sesi pembelajaran di dalam kelas
berlangsung. Pihak sekolah telah mengambil inisiatif untuk menambah baik dengan
memasang 4 buah kipas dinding bagi setiap kelas dengan jumlah keseluruhan kelas
adalah 16 buah. Setakat ini, pihak sekolah telah dapat mengumpul sumbangan
memasang kipas bagi 15 buah kelas dan masih memerlukan anggaran sebanyak
RM1 000 bagi pembelian 4 buah kipas berserta upah pendawaian dan pemasangan.

2.5 Ucapan jutaan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada jawatankuasa terdahulu
atas komitmen yang telah diberikan kepada pihak sekolah. Pn. Noraini berharap
barisan jawatankuasa baru yang akan dipilih nanti akan dapat menerajui kepimpinan
PIBG dengan lebih cemerlang.

2.6 Pn. Noraini memaklumkan pihak Sekolah menghadapi kekangan tempat yang terhad
untuk murid melakukan aktiviti luar bilik darjah seperti menjalankan aktiviti Pendidikan
Jasmani dan aktiviti-aktiviti kokurikulum dengan keadaan gelanggang yang sangat
uzur dan membahayakan.

2.7 Sepak takraw adalah merupakan ethos bagi Sekolah Keb Sri Jelok dan telah
mencapai peringkat kebangsaan di bawah jurulatih dan guru SK Sri Jelok iaitu En
Mohd As’ad bin Abd Majit bersama pasukannya. Harapan besar dengan penaikan
taraf dan kemudahan yang lebih baik, lebih ramai atlet dapat dilahirkan.

2.8 Dengan kehadiran YB pada hari ini, pihak sekolah berharap agar YB dapat
membantu dari segi membiayai atau memberi sumbangan dalam membaik pulih atau
menaik taraf gelanggang takraw di mana anggaran perbelanjaan untuk membaik
pulih dan menaik taraf gelanggang adalah lebih kurang sebanyak RM30 000.

2.9 Puan Noraini mengharapkan pertemuan ini dapat mencapai kata sepakat dapat
membantu melonjakkan prestasi anak-anak dalam bidang akademik, kokurikulum
dan sahsiah

3.0 PEMBENTANGAN MINIT MESYUARAT AGUNG YANG KE-23

3.1 En. Ahmad Syujairi bin Hassan selaku YDP PIBG membentangkan Minit Mesyuarat
Agung kali ke-23. Rujuk ‘Buku Program PIBG kali ke-23’ pada muka surat 12-17.

3.2 Minit Mesyuarat Agung kali ke-23 telah disahkan oleh Puan Zainon binti Sidek dan
disokong oleh Puan Nor Hayat binti Mahmud.

4.0 PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN PIBG 2021

4.1 Puan Nur Hidayah binti Mansor selaku Bendahari Kehormat PIBG membentangkan
penyata (rujuk muka surat 27-30) kewangan yang berakhir 31 Disember 2021 dan
sehingga 10 Jun 2022.

4.2 Pengesahan penyata kewangan berakhir 31 Disember 2021 dan sehingga 10 Jun
2022 disahkan oleh Puan Anis Norlena binti Zainal dan disokong oleh Puan Nor
Hayat binti Mahmud.

5.0 UCAPAN EXCO PELANCONGAN DAN ALAM SEKITAR NEGERI SELANGOR (YB HEE
LOY SIAN)

5.1 YB Hee Loy Sian memberi ucapan alu-aluan dan syabas kepada semua warga SK
Sri Jelok kerana dapat bersama-sama dalam mesyuarat PIBG kali ke-24 ini. Beliau
mengambil kesempatan merakamkan ucapan tahniah kepada semua warga sekolah
di bawah pimpinan Guru Besar, Puan Hajah Noraini binti Surif, En Ahmad Syujairi bin
Hassan selaku YDP PIBG serta jawatankuasa yang komited menjayakan mesyuarat
ini.

5.2 YB melahirkan rasa bangga dengan kehadiran ibu bapa ke mesyuarat PIBG dan
berharap idea-idea baru dapat diperolehi bagi tujuan pembangunan ilmu melalui
sekolah. Tidak dapat dinafikan peranan dan tanggungjawab PIBG di sekolah
memberi kesan kepada kemajuan dan juga pencapaian sekolah kerana PIBG
menjadi medium ataupun wahana untuk mencetuskan hala tuju dan matlamat
sekolah ke arah kecemerlangan pendidikan.

5.3 Menyentuh serba sedikit tentang bab alam sekitar, YB memohon sekolah, ibu bapa,
dan Persatuan NGO suapaya dapat bersama-sama menuju ke arah kelestarian alam
sekitar. YB memaklumkan bahawa terdapat tabung Amanah dan beg plastik
berpusing. Kutipan beg plastik yang berharga RM0.20 diperolehi lebih kurang 8 juta.
Selain itu terdapat juga tabung Amanah di bawah Kerajaan Negeri Selangor dan juga
MPKJ.

5.4 YB mencadangkan agar sekolah atau NGO untuk memohon dana atau sumbangan
dengan membuat kertas kerja bagi program pendidikan kepada murid-murid
berkenaan alam sekitar. Antara program yang boleh dibuat antaranya ialah taman
komuniti, tanam pokok, kitar semula (recycle bin) dan pemasangan tiang-tiang lampu.
YB menggalakkan pihak sekolah atau mana-mana persatuan supaya memohon
untuk mendapat geran-geran ini. Program seperti ini dapat mendidik anak-anak kita
supaya mereka lebih peka dan sensitif serta membantu menjaga alam sekitar,
melestarikan alam sekitar.

5.5 Sekolah boleh memohon peruntukan kepada ahli parlimen di bawah Adun Bangi
kerana peruntukannya lebih banyak. Peranan PIBG memberi impak ke arah
kecemerlangan sekolah.

5.6 Pada akhir ucapannya, YB menyerahkan sumbangan RM10,000 kepada pihak SK Sri
Jelok bagi tujuan pembangunan sekolah dan murid serta merasmikan mesyuarat
PIBG pada hari ini.

6. PEMBUBARAN JAWATANKUASA PIBG SESI 2021/2022

6.1 En. Ahmad Syujairi bin Hassan selaku Yang Dipertua PIBG membubarkan
jawatankuasa PIBG sesi 2021/2022.

7. PELANTIKAN PENGERUSI SEMENTARA

7.1 Pn. Hajah Noraini binti Surif selaku Guru Besar mencadangkan En. Jimi bin Jusoh
sebagai pengerusi sementara dan menggunakan aplikasi ‘POLL’ untuk membuat
undian pada hari tersebut.

7.2 En. Nazrin bin Doll Said Hardari mencadangkan agar dilantik semula jawatankuasa
PIBG 2021/2022 untuk tahun 2022/2023 dan disokong oleh Pn. Siti Mariatul Mariah
binti Ab Rahman. Cadangan dipersetujui oleh semua ahli PIBG yang lain menerusi
ruangan komen (chat).

8. PELANTIKAN AJK PIBG SESI 2022/2023

8.1 Guru Besar mengumumkan ada pertukaran beberapa orang guru bagi AJK Guru
PIBG dan memberi peluang kepada guru-guru sesi 2022/2023.

8.2 Berikut adalah senarai AJK PIBG bagi sesi 2022/2023

PENASIHAT : PN. NORAINI BT SURIF

YANG DIPERTUA : EN. AHMAD SYUJAIRI BIN HASSAN

NAIB YANG DIPERTUA : EN. ISMAIL HAKIM BIN SUKEMI

SETIAUSAHA : PN. NOOR SYAZWANI BT SAFIE

NAIB SETIAUSAHA : PN. NOR AZLIN BT ZULKUFLI

BENDAHARI : CIK NOR SYAKIRAH BT MOHD SHAMSUDIN

NAIB BENDAHARI : PN. RABI’AH BT ABDULLAH

AHLI JAWATANKUASA :

WAKIL IBUBAPA/PENJAGA : 1. PN. ZAINON BT SIDIK

2. EN. MOHD SHAHRIZA BIN ISMAIL

3. PN. AILEEN HALINDA BT ADUL HAMID

4. EN. MOHD MUNAIM BIN MAHMUD

5. PN. KARTINI BT SUBARI

WAKIL GURU: 1. PN. SYARIFAH NADIA BT SYED AMIRUDDIN

2. EN. WAN AHMAD KASBENO BIN WAN ZAIN

3. PN. LAILATUN IZMA BT MALEK IBRAHIM

4. EN. NAZRIN BIN SAID DOLL HARDARI

5. PN. ASIDAH BT MISRAN@MISBAN

6. PN. HASHIMAH JUSOH

7. EN. AZMAN BIN MOHAMAD

JURU AUDIT: 1. EN. AIDIL IMAN BIN ABDULLAH

2. EN. MOHD NOZLAN BIN KHADRI

CATATAN:

*AJK INDUK PIBG GURU iaitu Setiausaha dan Naib Setiausaha sesi 2021/2022
dikekalkan kepada AJK PIBG sesi 2022/2023.

Dengan perlantikan ini, semua urusan menandatangani kewangan / cek hanya
akan dibuat oleh dua daripada tiga AJK PIBG/penama seperti berikut :

1. Yang Dipertua dan Bendahari atau

2. Yang Dipertua dan Setiausaha atau

3. Bendahari dan Setiausaha

9. PEMBENTANGAN USUL

9.1 USUL-USUL IBU BAPA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-24

Bil Tarikh Nama Anak Kelas Usul Maklumbalas
pengisian
usul

1. 23/5/2022 Wan Aidan 2 IBNU 1) Pembinaan pintu Jawatankuasa PIBG
SINA kedua perlu membuat
permuafakatan dengan
penduduk setempat,
Jabatan Kerja Raya
(JKR) dan Majlis
Perbandaran Kajang
(MPKJ) untuk mendapat
kelulusan.

2) Pembinaan pavilion Jualan lot Pavilion iaitu
1 lot tapak sebanyak
RM50.00.

2. 25/5/2022 Muhammad 2 IBNU 1)Masalah komunikasi Sekolah telah
Mikhael bin QAIYIM antara guru dengan menyediakan pelbagai
Mazhelmy ibu bapa platform seperti group
Faes whatsapp, telegram
kelas dan facebook
sekolah untuk
penyaluran maklumat
sekolah.

Contohnya:

3. 30/5/2022 Alana Seri 1 IBNU 1) Penambahan ruang - Facebook : SK Sri
Dahlia binti HAITHAM menunggu Jelok
Abdol berbumbung di luar
Rahman pagar utama sekolah. - Telegram : Tahun 1
SK Sri Jelok

Usul ini akan
dibincangkan dalam
Mesyuarat

Jawatankuasa PIBG
2022/2023.

2) Penambahan Sama seperti diatas.
lintasan zebra (jika
tiada), atau bonggolan
jalan di hadapan
sekolah.

9.2 USUL DARIPADA PIHAK SEKOLAH

Bil Daripada Usul Maklum balas ibu bapa dalam
talian

1 Pn. Nor Sharima Binti KURIKUKULUM

Shaharuddin Kutipan bayaran Tahun 6 sebanyak Disokong sebulat suara.

RM 130.00 untuk program peningkatan

akademik.

Lawatan perdana tahun 1 hingga Disokong sebulat suara.
tahun 6.
Sasaran tempat: Semenanjung
Malaysia
Bayaran akan dimaklumkan kemudian
(tidak melebihi RM100)

2. Pn. Halina binti Ali HAL EHWAL MURID

Memohon kutipan bayaran sebanyak Disokong sebulat suara.
RM10.00 untuk program transisi Tahun
1.

Memohon sumbangan daripada setiap Disokong sebulat suara.
murid sebanyak RM10.00 untuk
keceriaan dan penyelenggaraan bilik
darjah.

Memohon penetapan waktu kehadiran Disokong sebulat suara.
ke sekolah.
(sebelum 7.20 pagi)

Mencadangkan penetapan pemakaian Akan dibincangkan dengan lebih
baju Melayu untuk murid lelaki pada terperinci dalam jawatankuasa AJK
setiap hari Jumaat. PIBG 2022/23.

3. En. Fairos Azmi bin KOKURIKULUM
Marzah
Kutipan sebanyak RM160.00 seorang Cadangan daripada ibu bapa
bagi program Perkhemahan Perdana supaya pihak sekolah dapat
2022 bertempat di Sg. Besar, Selangor melibatkan lebih ramai murid
pada bulan September 2022. kerana ada murid yang tidak dapat
mengikuti perkhemahan.

Maklumbalas daripada Guru

4. En. Jimi Bin Jusoh Jualan tapak pavilion (usul dibawa ke Besar.
hadapan dari MAT 2021) Pihak sekolah telah sedaya upaya
memaksimumkan penglibatan
(1 lot tapak sebanyak RM50) seramai mungkin murid mengikut
kapasiti tempat penganjur.
Mencadangkan bayaran sumbangan Disokong sebulat suara.
kertas Pentaksiran Bilik Darjah iaitu
RM10 bagi setiap murid. Disokong sebulat suara.

*Ibu bapa boleh memberi minimum 2
rim kertas A4 dan sumbangan wang
dialu-alukan (sumbangan ikhlas dan
tiada paksaan).

10.0 UCAPAN PENANGGUHAN

10.1 En. Ahmad Syujairi bin Hassan, selaku YDP PIBG mengucapkan terima kasih
kepada semua ibu bapa dan guru-guru yang terlibat dalam menjayakan Mesyuarat
Agung PIBG kali ke-24.

10.2 YDP PIBG mengucapkan tahniah kepada semua AJK PIBG yang baharu dilantik
untuk sesi 2022/2023 dan berharap agar semua ibu bapa dan guru-guru dapat
melaksanakan yang terbaik untuk pembangunan sekolah.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.06 tengah hari.

Disediakan oleh : Disemak oleh : Disahkan oleh :

……………….…………… .................................................. ........................................
(NOOR SYAZWANI BT SAFIE)
SETIAUSAHA PIBG, (AHMAD SYUJAIRI BIN HASSAN) (NORAINI BINTI SURIF)
SK SRI JELOK, KAJANG
YANG DIPERTUA PIBG, PENASIHAT PIBG,

SK SRI JELOK, KAJANG SK SRI JELOK, KAJANG


Click to View FlipBook Version