E-FOLIO
Kod Kursus: PALS1012 ASAS KELESTARIAN DAN TEKNOLOGI HIJAU
AMALAN 5R
Disediakan oleh : LAU SIAW YIENG (P21014781)
Nama pensyarah: EN. JUNAIDI PATRICK AIR
ISI KANDUNGAN Muka Surat
3
Bil Perkara 4
1 Penghargaan 5-6
2 Pengenalan 7
3 Definisi 8
4 Kepentingan Amalan 5R
5 Kesimpulan 9-10
6 Lampiran 11
7 Sumber Rujukan
Penghargaan
Tugasan ini akhirnya disiapkan dengan jayanya. Saya berterima kasih kepada pensyarah bagi
kursus Asas Kelestarian dan Teknologi Hijau, iaitu Encik Junaidi Patrick Air atas pemberian
nasihat dan peluang untuk membuat e-folio ini. Tidak dilupakan juga jasa ahli keluarga dan
rakan saya yang selalu memberikan bimbingan dan dorongan semasa pelaksanaan tugasan
ini. Terima kasih.
Pengenalan
Aktiviti 5R amat penting untuk dipraktikan dan diamalkan di semua tempat pada bila-bila oleh
semua individu bagi menyelamatkan bumi kita yang telah dijejaskan secara teruk. Pada masa
kini, alam sekitar mengalami pelbagai jenis pencemaran seperti pencemaran air, pencemaran
udara dan pencemaran tanah dan seterusnya menyebabkan banyak isu alam sekitar
termasuklah global warming yang amat serius. Oleh itu, bagi menjamin kelestarian alam
sekitar, aktiviti 5R amat penting dan perlu disemaikan dalam diri setiap individu.
Definisi
5R merupakan satu singkatan yang harus dijadikan amalan harian bagi menjaga alam sekitar
daripada kemusnahan. 5R adalah singkatan kepada rethink (fikir semula), repair (baik pulih),
reuse (guna semula), recycle (kitar semula) dan reduce (kurangkan).
Rethink atau fikir semula sebelum buang adalah penting bagi setiap individu bagi
mengenal pasti bahan-bahan yang bakal dibuang itu mampu untuk dimanfaatkan demi tujuan
lain ataupun tidak. Sama ada ianya dapat dikitar semula, diperbaiki atau digunakan semula.
Munculnya bertimbun-timbun sampah dalam kehidupan kita adalah disebabkan oleh tindakan
dan juga aktiviti manusia diri sendiri. Di samping itu, rethink atau fikir semula bukan hanya
terhad kepada fikir dulu sebelum buang sahaja, malah kita sebagai pengguna haruslah
bertindak untuk mengetahui dan mengambil kira bungkusan produk yang kita beli itu sama
ada boleh dikitar semula, digunakan semula dan dibaik pulih jika mengalami kerosakan.
Repair atau baik pulih boleh diertikan sebagai memeriksa dengan teliti untuk tujuan
membaiki atau untuk memulihkan keadaan sesuatu alat yang sudah rosak. Bagi memastikan
mengurangkan penggunaan sumber asli, pengguna dinasihat untuk membaik pulih alatan
yang rosak dan hanya membuangnya di pusat-pusat kitar semula setelah memastikan
kerosakan tidak dapat dibaiki sepenuhnya. Jadi, kita sebagai pengguna bukan sahaja
berperanan untuk memastikan barangan dapat dilupuskan secara berkesan, malah
penggunaan barangan atau alatan secara cermat dan efektif juga boleh membantu
mengurangkan pembuangan sisa pepejal ke persekitaran sekaligus dapat mengurangkan
penggunaan sumber asli yang semakin berkurang disebabkan oleh aktiviti manusia yang tidak
terancang.
Seterusnya, konsep reduce atau dalam bahasa Melayunya adalah mengurangkan.
Kurang dalam konsep ini membawa maksud mengurangkan penggunaan pelbagai sumber
terutamanya sumber asli seperti kayu, petroleum serta kapas. Penggunaan sumber asli
secara berlebihan dalam aktiviti seharian telah memaksa sektor industri berkaitan
mempertingkatkan pengeluarannya bagi memenuhi permintaan pengguna di sesuatu tempat.
Pernahkah anda terdengar tentang berkongsi kenderaan ke tempat kerja? Semestinya
pernah bukan. Kerajaan Malaysia telah lama menyarankan pengguna-pengguna kenderaan
di Malaysia berkongsi kenderaan ke tempat kerja atau ke mana sahaja di dalam destinasi
yang sama. Cara ini bukan sahaja dapat mengurangkan pelepasan gas beracun ke atmosfera
yang dikeluarkan oleh kenderaan bermotor malah ianya juga dapat membantu mengurangkan
jumlah penggunaan petrol dengan berkesan. Ianya bukan sahaja menjimatkan malah dapat
mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandar-bandar besar terutamanya Kuala Lumpur.
Tambahan pula, reuse atau guna semula bererti menggunakan semula barangan atau
alatan yang terbuang untuk dimanfaatkan menjadi barangan lain seperti menjadikan tayar
kenderaan yang telah lusuh atau rosak menjadi pasu bunga atau menjadikan botol plastik
terbuang menjadi bekas meletak alat tulis.
Akhirnya, recycle atau kitar semula membawa maksud memproses barangan lusuh
atau bahan buangan menjadi produk baru. Contohnya, surat khabar lama akan menjalani
pelbagai peringkat pemprosesan untuk mendapatkan sejumlah kertas putih yang baharu dan
sedia untuk digunakan sebagai kertas mahjung, kertas fotokopi dan sebagainya. Amalan kitar
semula ini patutlah dipraktikkan ke segenap lapisan masyrakat kerana ianya dapat
mengurangkan kuantiti bahan buangan, selain menjimatkan kos perbelanjaan untuk
membiayai projek pelupusan bahan buangan.
Kepentingan Amalan 5R
Kepentingan amalan 5R termasuklah dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar
daripada terus berlaku. Contohnya, amalan 5R yang dapat mengurangkan kadar
pembuangan sampah boleh menyelamatkan alam sekitar daripada menjadi tempat
pembiakan nyamuk atau tikus. Haiwan yang membiak di kawasan yang kotor berpotensi
menjadi punca penularan wabak penyakit berjangkit. Jadi, penting untuk kita mengamalkan
amalan 5R supaya kebersihan alam sekitar dapat dipelihara dengan baik.
Selain itu, dengan mengamalkan amalan 5R, kita dapat menjimatkan perbelanjaan
secara mikro dan makro. Dari segi mikro, pihak masyarakat tidak perlu berbelanja lebih
sekiranya mereka mengitar semula barangan keperluan seperti buku dan pakaian. Kita boleh
menyumbangkan pakaian yang kita tidak perlu atau mengitar semula pakaian anak-anak yang
masih cantik dan elok untuk dipakai oleh saudara-mara yang baru dikurniakan anak-anak.
Sumbangan buku-buku adalah penting supaya sumber yang digunakan iaitu kertas bagi
mencetak buku baharu tidak dibazirkan dan dipelihara. Hal ini dikatakan demikian kerana lebih
160000 pokok telah ditebang secara tahunan untuk diproses demi memenuhi permintaan
industry yang menggunakan kertas. Sebanyak satu setengah tan pokok digunakan bagi
menghasilkan 800 helai kertas. Seterusnya, secara makro pula, amalan kitar semula dapat
menjimatkan perbelanjaan dalam pengurusan sampah.
Akhir sekali, amalan 5R penting kerana dapat memelihara sumber alam semula jadi.
Dengan mengamalkan amalan 5R, kita dapat mengurangkan penggunaan bahan mentah
untuk mengelakkan pembaziran sumber alam semula jadi yang kian terhad. Haiwan dan
tumbuh-tumbuhan memerlukan alam sekitar sebgai habitat dan kita sebagai manusia yang
berakal seharusnya sedar dan mengambil tindakan yang bijak serta rasional bagi memelihara
kepentingan semua perkara.
Kesimpulan
Deduksinya, bagi mendapatkan faedah atau kepentingan alam sekitar, semua pihak haruslah
berganding bahu untuk mengamalkan amalan kitar 5R. Masyarakat tidak boleh memandang
remeh perkara ini agar alam ini selamat untuk didiami oleh generasi sekarang dan akan
datang supaya keindahan alam akan terus dapat dinikmati. Tun Dr. Mahathir Mohammad
pernah menyatakan bahawa rakyat yang sihat bergantung kepada persekitaran alam yang
bersih dan indah. Masyarakat harus mengamalkan amalan 5R kini kerana alah bisa tegal
biasa. Oleh yang demikian, rakyat Malaysia diseru untuk terus mengamalkan amalan 5R dan
berupaya meluaskan horizon pemikiran masyarakat bagi melahirkan generasi yang cinta akan
alam sekitar.
Lampiran
Sumber Rujukan
https://selangorkini.my/2016/03/5r-lebih-berkesan-jika-dimulakan-dari-rumah/
https://www.hmetro.com.my/hati/2018/01/306020/bermula-dengan-amalan-5r
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/03/400461/5r-nafas-baharu-kitar-semula
https://www.ipendidikan.my/kepentingan-kitar-semula.html
https://www.coursehero.com/file/72974303/AMALAN-DAN-KONSEP-5-Rpdf/