The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alazizminhaj, 2022-07-12 12:05:10

komunikasi seorang leader

komunikasi seorang leader

KOMUNIKASI

SEORANG LEADER

(3 TIPS KOMUNIKASI BERPENGARUH)

KOMUNIKASI

SEORANG LEADER

(3 TIPS KOMUNIKASI BERPENGARUH)

Oleh:
Rizal Rashid

Komunikasi Seorang Leader
(3 Tips Komunikasi Berpengaruh)
_________________________________

Hak Cipta Terpelihara © 2021 |
Neuronworks International.

Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian daripada
terbitan ini sama ada ilustrasi dan isi kandungannya dalam apa jua
bentukdan cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal,
rakaman dan sebagainya sebelum mendapat izin daripada pihak
penulis terlebih dahulu. Penggunaan bahasa di dalam e-book ini
merupakan bahasa bercakap (bahasa harian).

Disediakan oleh,
“Selamat membaca”
“Semoga bermanfaat”

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN

PENGENALAN
FAHAMI E-BOOK INI

Kualiti kehidupan seorang pemimpin bergantung
pada kualiti komunikasi.
-Tokoh 1
-Tokoh 2
-Tokoh 3

3 TIPS KOMUNIKASI BERPENGARUH
-The Map Is Not The Territory
-5 level komunikasi
-Con dence dengan 3A

PENGENALAN

Komunikasi seorang leader ( 3 Tips komunikasi berpengaruh)
pembaca boleh gunakan dalam 2 keadaan ; yang pertama,
komunikasi untuk diri sendiri dan kedua untuk berkomunikasi
dengan orang dibawah kita sama ada staf, agent, atau pekerja kita.
Tips yang digunapakai dalam E-book ini dikatakan sangat
powerful kerana adanya elemen-elemen NLP di dalamnya.
Mungkin anda tertanya-tanya apa itu NLP?
Saya kira diantara pembaca ini mungkin ada yang pernah dengar
NLP atas mungkin juga ada tidak pernah dengar.
NLP atau Neuro-Linguistic Proramming adalah dikatakan satu
teknololgi komunikasi yang amat ampuh pada abad ini.
Saya yakin dan percaya teknologi ini jika anda gunakan dengan
sebaik mungkin anda akan mampu membaiki dan membawa
komunikasi anda ke satu tahap yang lebih baik.
Sebagai seorang leader anda sangat disarankan untuk tahu ilmu
komunikasi yang amat berkuasa tinggi ini kerana ianya akan
membantu anda sama ada di dalam pejabat atau diluar pejabat
dan mungkin juga membantu anda mempengaruhi orang
disekeliling anda dan akhirnya orang disekeling anda akan
menerima sebarang idea luar biasa anda.
Sekiranya anda pemilik bisnes atau leader apa-apa jenis produk
anda wajib tahu ilmu ini kerana ianya akan dapat mempengaruhi
pelanggan anda dan akhirnya mereka akan terus membeli dengan
anda.

Quotes

A leader is one who knows the way,
goes the way, and shows the way.

-John C.Maxwell-

Seorang pemimpin adalah orang
yang tahu jalan, pergi berjalan,

dan menunjukkan jalan.

PERSOALANNYA ADALAH:
Adakah anda seorang leader yang mampu mempengaruhi team
anda atau staf anda untuk bersama anda dengan jalan yang
kejayaan yang anda pilih?
Inilah masalah yang dihadapi oleh ramai leader-leader yang ada.
Mereka mahukan team yang luarbiasa tapi masalahnya adalah
mereka tidak dapat untuk mengembangkan potensi orang di
bawahnya kerana tidak dapat mempengaruhi mereka dengan
baik.
Jadi kepada semua leader-leader yang membaca e-book ini
manfaatkan segala ilmu dalam e-book ini insyaAllah akan
membantu anda dalam meningkatkan komunikasi anda.

KUALITI
KEHIDUPAN

SEORANG
LEADER
BERGANTUNG
KEPADA KUALITI
KOMUNIKASINYA

Sebagai seorang leader tidak kira sama ada anda leader dengan
staf anda atau anda seorang pemilik bisnes yang mempunyai
stokis atau agent atau apa sahaja sebenarnya ilmu komunikasi ini
sangat penting.
Ilmu komunikasi ini menentukan kualiti kehidupan anda sebagai
seorang leader.
Kenapa saya kata begitu?
Setiap kali program Speak With Con dence yang saya jalankan
selalunya saya akan menerangkan kenapa ilmu komunikasi
berpengaruh untuk leader ini sangat penting sehingga
menentukan kualiti kehidupan anda.
Kerana ianya akan meyakinkan team anda, staf anda atau
pelanggan anda, dan apabila mereka yakin dengan anda
insyaAllah mereka akan beli atau terima idea anda dengan mudah
atau sekiranya anda menjual barang atau perkhidmatan
,pelanggan akan mudah membeli dengan anda.
Kisah Fuad dan bosnya.
Satu hari ada seorang pemuda dalam satu organisasi. Namanya
adalah Fuad (bukan nama sebenar).Fuad ini seorang executive
biasa. Fuad ini selalu dalam meeting dia bagi idea bernas dan dia
selalu mendapat perhatian daripada big boss dan all the bosses of
company sebab satu dia sangat con dent , yang kedua
seolah-olah apa yang diberikan itu macam WOW walaupun
kadang-kadang pandangan dia biasa je tapi memandangkan dia
speak up , memandangkan dia bercakap dan memandangkan dia
kelihatan con dent dalam komunikasinya membuatkan bos-bos
di jabatan dia ni memberi perhatian kepada Fuad.

Walhal Fuad ni pun ada ketua di jabatan dia , dan ketua dia ada
ketua lagi di atasnya tapi pandangan Fuad selalu diambil kira oleh
General Manager atau COO of the company.
Pada masa yang sama , bos Fuad ini dia rasa macam “betullah Fuad
ni , kenapa aku tak boleh jadi macam dia ya?” , “kenapa aku ni rasa
macam kecik je ?” ini antara ayat yang selalu bermain di dalam
benak kiran bos Fuad yang selalu insecure sebab takut satu hari
nanti Fuad yang akan take over dia punya jawatannya.
Ini kerana bos , GM ,CEO ,COO memberi perhatian penuh kepada
Fuad.
Inilah situasi yang selalu terjadi dalam organisasi kita.
Point saya adalah jika anda mempunyai ilmu komunikasi yang
power seperti Fuad ini sebenarnya anda juga akan dihormati oleh
staf atau team anda. Jika anda sebagai seorang leader mempunyai
keyakinan yang tinggi dalam komunikasi insyaAllah anda juga
akan senang mempengaruhi team anda.
Sebab itu saya selalu ingatkan kualiti kehidupan seorang leader itu
bergantung kepada kualiti komunikasinya.

TOKOH 1
TONY ROBBINS

Tony Robbins merupakan seorang pakar motivasi termahal di
dunia abad ini.
Beliau telah membantu ratusan ribu manusia yang menghadapi
masalah hubungan kekeluargaan , bisnes , kerjaya , kesihatan dan
sebagainya.
Beliau menggunakan ilmu komunikasi yang sangat ampuh untuk
membantu beliau bercakap dihadapan ratusan ribu audiens yang
datang ke seminarnya.
Ramai orang terinspirasi dan termotivasi dengan kata-kata beliau
yang membuatkan audiens mengubah kehidupan mereka dari
sederhana menjadi luarbiasa.
Rahsia kejayaan beliau yang sering diungkapkan atau dedahkan
adalah dengan memodelkan kejayaan orang lain iaitu
berkomunikasi dengan orang-orang yang berjaya.

TOKOH 2
STEVE JOBS

Siapa yang tak kenal Steve Jobs kan?
Merupakan Pengasas Teknologi Apple yang dikatakan produk 30
tahun ke depan yang dapat dihasilkan sekarang.
Beliau banyak dijemput ke ceramah-ceramah sebagai speaker
yang menerangkan tentang bisnesnya.
Apa yang menarik adalah beliau telah memformulasikan tentang
presentasi atau pembentangan yang sangat powerful yang telah
digunakan pakai setiap kali pembentangan beliau.
Dan disebabkan formula itu lah , ramai yang ternanti-nanti ucapan
beliau.
Apakah formulanya?
1.Mencipta cerita di sebalik sebuah pembentangan.
2.Slide sederhana tapi secara visual.
3.Gunakan peraturan 3 bahagian.

TOKOH 3
MARK ZUCKERBERG

Mark Zuckerberg beliau merupakan founder kepada Facebook.
Seorang yang masih muda tapi mempunyai pemikiran yang
luarbiasa.
Beliau telah ditanya dalam satu wawancaranya oleh wartawan.
Bagaimana beliau belajar mengatur orang-orang yang hebat atau
team yang hebat?
Mark Zuckerberg menjawab beliau hanya “tidak ada yang
mustahil”.
Ayat ini menunjukkan beliau dapat berkomunikasi dengan diri
sendiri dengan baik sekali yang membuatkan beliau memandang
dunia lain daripada apa yang kebanykkan orang pandang.
Point saya adalah komunikasi ini sangat penting tidak kira sama
ada komunikasi dengan orang disekeliling atau berkomunikasi
dengan diri sendiri.
Sebab kita tidak boleh tidak berkomunikasi.

3 TIPS KOMUNIKASI
BERPENGARUH

TIPS 1
“THE MAP IS NOT
THE TERRITORY”

The Map Is Not The Territory ini merupakan andaian utama
dalam NLP atau Neuro-Linguistic Programming atau pun ianya
lebih dikenali sebagai prinsip-prinsip yang diperkenalkan oleh
komunikator yang berjaya.
Ia bermaksud Peta itu bukan kawasan .
Untuk mudah faham sebagai seorang leader wajib tahu bahawa
apabila kita berkomunikasi,sebenarnya kita bukan berkomunikasi
dengan orangnya tetapi kita berkomunikasi dengan Map atau
peta yang berada dalam minda seseorang.
Pernah tak anda pergi ke restoran? Lalu ketika di restoran anda
melihat di menu yang dipaparkan kepada anda membuatkan
dalam hati anda berkata “wow sedap ni kalau aku order nasi
goreng ayam ni” dan seterusnya anda pun order.
Setelah beberapa ketika seorang pelayan di restoran itu
menghantar nasi goreng ayam seperti yang anda order.
Lalu anda pun terus makan nasi goreng ayam tersebut lalu
diluahkannya semula kerana tidak sedap atau tidak tepat
mengikut citarasa yang anda telah bayangkan sebelumnya.
Berapa ramai yang pernah berada di situasi ini?
Saya yakin ramai yang pernah terkena bukan?
Itulah yang dikatakan Peta itu bukan kawasan kerana apa yang
anda kir itu sebenarnya belum pasti sama dengan apa yang anda
dapat.

Itu adalah apabila anda berkomunikasi dengan diri sendiri.
Bayangkan jika anda berkomunikasi dengan staf anda atau team
anda yang mana mereka juga ada Map atau peta mereka tersendiri
yang mana pengalaman mereka, kepercayaan mereka,
undang-undang atau panduan yang mereka telah terapkan dalam
hidup mereka.
Ini membuatkan kadang-kadang bila anda berkomunikasi dengan
mereka, mereka tidak endah atau mereka mengeluarkan hasil
yang tidak sama seperti yang anda inginkan.
Jadi point saya adalah jika anda memahami setiap orang
mempunyai Map yang berbeza , anda sebagai seorang leader akan
menguasai ilmu komunikasi untuk mempengaruhi mereka
dengan pelbagai cara.
Yang penting pada anda adalah hasil atau outcome yang anda
ingini itu dapat sama.

TIPS 2
“5 LEVEL
KOMUNIKASI”

Kita melakukan sesuatu sebab “SEBAB”.
Begitu juga dengan berkomunikasi.Apabila kita berkomunikasi
dengan seseorang atau pun ramai orang disebabkan sebab.
Oleh itu, kita sebagai seorang leader wajib tahu 5 sebab kenapa
kita berkomunikasi dengan staf kita atau team kita supaya hasil
yang kita mahu itu jelas dan nyata.

TO INFLUENCE
TO PERSUADE
TO EDUCATE
TO ENTERTAIN
TO INFORM

Gambar 5 level komunikasi

1. To Inform
Memberi tahu sesuatu mesej sahaja.
2. To Entertain
Menghiburkan team kita dengan membuat lawak dan sebagainya.
3. To Educate
Mendidik team kita supaya faham apa misi dan visi kita dengan
ilmu yang kita ada.
4. To Persuade
Memujuk team atau pelanggan untuk membeli produk kita atau
menerima idea kita dan akhirnya akan memberikan kesan
tindakan segera.
5. To Influence
Mempengaruhi dan menginspirasikan team kita supaya dapat
mengubah pemikiran (mindset) dan persepsi tentang sesuatu
perkara.

TIPS 3
“CONFIDENT
DENGAN 3A”

ACCESS
AMPLIFY
ANCHOR

Sebagai seorang leader kita wajib berkomunikasi atau bercakap
dengan Con dent.
Apabila kita bercakap dengan con dent kita akan lebih disenangi
dan diyakini oleh team kita atau staf kita.
Tapi persoalan yang sering saya terima adalah bagaimana saya nak
con dent bila bercakap ya Tuan?

So untuk tips yang ketiga adalah bagaimana kita sebagai leader
membina con dent ketika bercakap.

Jom saya kongsikan tips supermahal kepada anda.

Formula 3A.
Arahan: anda perlu lakukannya sambil letakkan diri anda dalam
minda separa sedar atau menutup mata sambil membayangkan
apa yang bakal saya kongsikan sebentar nanti.
Fikirkan atau bayangkan diri anda yang sangat Con dent.
A : Access
Seterusnya kita perlu access atau dapatkan gambar kita ketika kita
sedang bercakap dengan team kita dengan sangat con dent.
A : Amplify

Apabila anda sedang bercakap dihadapan team atau staf anda
dengan Con dent apa warna baju yang anda pakai ketika
itu.Apakah yang anda nampak reaksi atau wajah team anda ketika
itu.Pasti mereka sangat teruja bukan?
Dan seterusnya apakah bunyi-bunyi yang hadir ketika itu?
Apakah suara yang anda dengar team anda katakan kepada anda?
Pastinya mereka memuji anda bukan?
Apakah perasaan anda ketika itu?
Anda pastinya sangat Con dent.
Anda pastinya sangat seronok.
Anda pastinya sangat gembira dengan setiap ucapan anda bukan?
A : Anchor
Pasakkan dalam minda anda moment itu sehingga membuatkan
diri anda betul-betul rasakan yang anda sangat Con dent iaitu
dengan anda menjerit dengan kuat “YES,YES,YES”.

Anda Boleh gunakan teknik ini sebelum anda mulakan ucapan
dihadapan team atau staf anda. InsyaAllah ianya sangat
membantu anda.

PENUTUP

Harapan saya adalah semoga ilmu yang saya bekalkan ini
dapat membantu leader-leader diluar sana untuk
berkomunikasi dengan lebih mantap.
Dan apabila anda dapat berkomunikasi dengan lebih baik
Insya Allah income anda juga akan menaik.
Jadi pastikan anda cuba tips power dalam E-book ini.
Semoga bermanfaat..
Amin!


Click to View FlipBook Version