The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Laporan Akhir Ktidaksetaraan Sumbangan Penyelidikan Berimpak (R1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by msaziah, 2021-07-04 05:19:19

Laporan Akhir Ktidaksetaraan Sumbangan Penyelidikan Berimpak (R1)

Laporan Akhir Ktidaksetaraan Sumbangan Penyelidikan Berimpak (R1)

Laporan akhir Projek APEX Pearl (Kumpulan Penyelidikan R1)

Laporan akhir Projek APEX Pearl: Kumpulan Penyelidikan (R1)

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Ilahi kerana limpah dan kurnia-Nya, kajian ini dapat disiapkan mengikut
masa yang diberikan. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kami kepada
beberapa orang individu dan institusi berikut yang banyak memberikan kerjasama sehingga
jayanya projek kajian ini.
Panel penasihat:

• Prof. Ts. Dr. Hanafi Ismail (Ketua)
• Prof. Dr. Wan Rosli Wan Ishak
• Prof. Dr. Rosma Ahmad
Panel Penilai:
• Prof. Madya Dr. Wan Fatma Zuharah Wan Musthapa
• Prof. Madya Dr. Tye Ching Thian
• Prof. Madya Dr. Saidatulakmal Mohd
Seketariat:
• En Khairul Syahmi Brahim
• Pn. Irni Syuhada Ibrahim
Panel pakar:
• Prof. Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed
• Prof. Dr. Tunku Kamarul Zaman Tunku Zainol Abidin
• Prof. Emeritus Tan Sri Datuk Dzulkifli Abdul Razak
• Prof. Datuk Asma Ismail
Pusat Perancangan Institusi dan Strategik (IPSC):
• Prof. Madya Dr. Asrul Akmal Shafie (Pengarah)
• Prof. Dr. Phua Kia Kien (FSRS)

Pejabat Pengurusan & Kreativiti Penyelidikan (RCMO)
Dekan-dekan dan Timbalan-timbalan dekan pusat pengajian
Pensyarah-pensyarah Universiti Sains Malaysia

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti;

Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

Laporan akhir Projek APEX Pearl: Kumpulan Penyelidikan (R1) 1

BAHAGIAN A: PENGENALAN
1.0 LATAR BELAKANG

Universiti Sains Malaysia (USM) yang ditubuhkan di Pulau Pinang pada tahun 1969
merupakan salah sebuah institusi pengajian tinggi awam yang diberi mandat untuk memajukan
pengajian tinggi dalam bidang sains dan teknologi dengan meliputi bidang Sains Tulen, Sains
Gunaan, Perubatan, Kejuruteraan, Pembangunan, Sains Kemasyarakatan, Kemanusiaan dan
Pendidikan; serta menyediakan arena untuk penyelidikan, pemajuan dan penyebaran ilmu
intelek sains dan kemanusiaan. Pada 7 Jun 2017, USM menerima status sebagai “Universiti
Penyelidikan” bersama Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dan
Universiti Putra Malaysia (UPM). Pada 4 September 2008, USM diisytiharkan sebagai
Universiti APEX (The Accelerated Programme for Excellence) atau Program Pemacuan Untuk
Kecemerlangan yang pertama di Malaysia.

Dengan kata kunci “penyelidikan” yang terungkap sama ada secara tersurat atau tersirat
melalui aneka ragam pengenalan USM, iaitu motonya, Kami Memimpin, visinya,
Mentransformasikan Pengajian Tinggi untuk Kelestarian Hari Esok, misinya, USM ialah
universiti perintis, berintensifkan penyelidikan rentas bidang yang memperkasakan
bakat masa hadapan dan mengupayakan golongan terkebawah demi mentransformasi
kesejahteraan sosioekonomi mereka, serta nilainya, Kualiti, Kesetaraan, Ketersediaan,
Ketercapaian, Ketersanggupan dan Kesesuaian, USM mendukung wawasan dan memikul
amanah yang seiring dengan matlamat Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara.

Melalui pengiktirafan sebagai Universiti Penyelidikan dan Universiti APEX, USM
pada dasarnya diharapkan dapat mengorak langkah ke arah:

• Menjadi pusat kecemerlangan dalam bidang penyelidikan terfokus;
• Memimpin pembangunan inovasi pada peringkat negara;
• Membangunkan output akademik bertaraf dunia;
• Melahirkan pelajar siswazah yang berkualiti;
• Membina persekitaran kondusif untuk penyelidikan dan inovasi.

Lebih-lebih lagi, pengiktirafan tersebut merupakan amanah rakyat yang
dipertanggungjawabkan kepada universiti. Dengan ini, jentera penggerak universiti dan
seluruh warga universiti perlu akur dan menyahut cabaran ini dengan gigih dan berpandangan
jauh ke depan. Hal ini bererti dasar, pengurusan, perancangan dan sistem sedia ada termasuklah

Laporan akhir Projek APEX Pearl: Kumpulan Penyelidikan (R1) 2

sumber tenaga manusia seperti pentadbir universiti, tenaga akademik dan pegawai sokongan
perlu melakukan anjakan paradigma secara bersistematik, dan menerima hakikat bahawa salah
satu ‘urusan teras’ institusi mereka ialah penyelidikan.

Namun begitu, sehingga kini, USM masih berada pada kedudukan yang kurang
memberangsangkan, baik dalam penarafan QS bagi kedudukan universiti dunia, kedudukan
universiti dalam Lima Universiti Terbaik di Malaysia, kedudukan mengikut subjek, mahupun
kedudukan MyRA (Penilaian Penyelidikan Malaysia). USM nyaris tergelincir daripada
landasan “Universiti Penyelidikan”. Persoalannya, sejauh manakah USM benar-benar
memberikan penekanan spesifik dalam pembinaan sistem penilaian dan pemantauan
penyelidikan yang mantap, yang menyokong keseluruhan ‘rantaian penyelidikan’, daripada
penyediaan kertas cadangan penyelidikan sehingga tahap pengkomersialan hasil penyelidikan?
Adakah penyediaan prasarana, sumber manusia dan dana khusus untuk urusan penyelidikan,
serta proses penyusunan semula tugas ahli akademik daripada pengajaran semata-mata ke arah
menitikberatkan penyelidikan dilaksanakan bagi mencapai keseimbangan dan kesetaraan?
Atau gejala ketidaksetaraan sumbangan penyelidikan dalam kalangan ahli akademik yang
makin hari makin menjadi akar tunjang kemelut petunjuk prestasi ini telah diperhalusi secara
optimum?

1.1 PERNYATAAN MASALAH

Pernyataan masalah yang cuba diketengahkan dan dirungkai dalam projek ini ialah
“Ketidaksetaraan sumbangan penyelidikan berimpak dalam kalangan ahli akademik di
USM” .

1.2 PERSOALAN KAJIAN

Kertas cadangan ini cuba meneroka dan merungkai persoalan kajian berikut:

1.2.1 Sejauh manakah ketidaksetaraan sumbangan penyelidikan berimpak dalam kalangan
staf akademik?

1.2.2 Mengapakah ketidaksetaraan sumbangan penyelidikan berimpak dalam kalangan staf
akademik berlaku?

1.2.3 Bagaimanakah ketidaksetaraan sumbangan penyelidikan berimpak dalam kalangan staf
akademik dapat dirungkai?

Laporan akhir Projek APEX Pearl: Kumpulan Penyelidikan (R1) 3

1.3 JUSTIFIKASI

Kajian ini dijalankan berasaskan justifikasi berikut:

1.3.1 Kewibawaan ilmu dan kesarjanaan universiti tanggungjawab semua staf
akademik.
Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang berprestij, kewibawaannya banyak
bergantung pada kedalaman dan ketinggian ilmu baharu yang ditemui untuk
kemakmuran dan kesejahteraan negara dan dunia. Oleh hal yang demikian,
penyelidikan dan penerbitan ilmiah sesungguhnya menjadi kayu ukur utama
sumbangan universiti kepada negara dan dunia, sekali gus mengangkat kesarjanaan
universiti ke persada kebangsaan dan antarabangsa. Sejajar dengan ini, ketercapaian
matlamat ini bergantung sepenuhnya pada seluruh warga staf akademik universiti.

1.3.2 Kesaksamaan dan kesetaraan pengagihan tugas staf akademik memerlukan
anjakan paradigma.
Emolumen yang diterima oleh staf akademik adalah berasaskan gred jawatan dan bukan
bebanan tugas yang dipikul dan dilaksanakan. Hal ini menjadi kurang adil kepada staf
akademik yang menunaikan beberapa tanggungjawab pada satu-satu masa jika
dibandingkan dengan rakan sejawatan yang hanya melaksanakan satu atau dua
tanggungjawab. Oleh hal yang demikian, betapa perlunya suatu skema pengagihan
tugas yang lebih saksama dan setara.

1.3.3 Keberlangsungan motivasi dan iltizam ahli akademik memerlukan kriteria
penilaian sumbangan yang terangkum dan menyeluruh selaras dengan status
universiti komprehensif.
Pengiktirafan terhadap sumbangan setiap seorang staf akademik menjadi pembakar
semangat untuk mereka terus-menerus bergiat dalam penyelidikan dan penerbitan
bidang tujahan masing-masing. Lagipun, setiap kluster penyelidikan mempunyai
keunikannya yang tersendiri dalam merealisasikan misi dan visi mereka dalam
pemartabatan tujahan masing-masing. Sehubungan dengan ini, betapa perlunya suatu
pendekatan penilaian sumbangan komprehensif dan holistik (SKT/LPP/Kenaikan
pangkat) yang berupaya menonjolkan penghargaan universiti terhadap setiap satu
sumbangan berdasarkan kriteria bidang tujahan staf akademik sains dan sastera.

Laporan akhir Projek APEX Pearl: Kumpulan Penyelidikan (R1) 4

1.3.4 Keterlibatan semua staf akademik dalam penyelidikan dan penerbitan secara
optimum menjamin kelestarian USM sebagai universiti penyelidikan.
Konsep kekitaan, iaitu ‘tiada seorang pun boleh dikecualikan’ sesungguhnya perlu
diterapkan dalam budaya penyelidikan di USM. Untuk ini, kesetaraan sumbangan yang
memperlihatkan keterlibatan dalam penyelidikan dan penerbitan sepanjang laluan
kerjaya semua staf akademik berupaya merealisasikan harapan ini. Pun begitu, amalan
‘lakonan seorang’ perlu dikikis. Dalam hal ini, staf senior hendaklah swasedar bahawa
selok-belok penyelidikan dan penerbitan perlu diwariskan kepada staf junior sebelum
mereka bersara sepenuhnya bagi memastikan kelestarian penyelidikan dan penerbitan
di USM.

Bagi mencapai cita-cita yang dihasratkan dalam justifikasi ini, kami berdedikasi dan
beriltizam untuk menjalankan kajian perintis bagi meneliti dan merumuskan isu
ketidaksetaraan sumbangan penyelidikan berimpak dalam kalangan staf akademik di
USM.

1.4 TUJUAN

Projek ini mendukung tujuan berikut:

1.4.1 mengenal pasti dan mencerakin magnitud perbezaan sumbangan penyelidikan
berimpak dalam kalangan staf akademik mengikut PTJ antara kluster sains tulen, sains
gunaan, sastera tulen, sastera gunaan, kesihatan & perubatan, serta kejuruteraan;

1.4.2 meneliti dan menganalisis faktor-faktor yang menjadi punca ketidaksetaraan
sumbangan penyelidikan berimpak dalam kalangan staf akademik;

1.4.3 mengusulkan pendekatan yang bersifat terangkum dan menyeluruh bagi mencapai
tahap kesetaraan sumbangan penyelidikan berimpak yang terunggul dalam kalangan
staf akademik.

1.5 MATLAMAT

Projek ini diharapkan dapat mencapai matlamat berikut:

1.5.1 Jurang ketidaksetaraan sumbangan penyelidikan berimpak dalam kalangan staf
akademik berjaya diminimumkan sekali gus kelestarian penyelidikan di USM tercapai.

1.5.2 Kecemerlangan dan keunggulan USM sebagai sebuah universiti yang berteraskan
penyelidikan dan nilai-nilai manusiawi sentiasa terpelihara.

Laporan akhir Projek APEX Pearl: Kumpulan Penyelidikan (R1) 5

1.6 DEFINISI KERJAAN:
Definisi bagi kata kunci utama yang diguna pakai dalam kajian ini adalah seperti yang berikut:

a) Kesetaraan
‘setara’ atau dalam bahasa Inggeris ‘equality’ berasal daripada kata akar ‘tara’ yang
bermaksud “bandingan, kufu, imbangan, padanan, tandingan”, manakala ‘setara’ ialah
“menyamakan dua atau lebih perkara yang dibandingkan.” Dalam kajian ini,
‘kesetaraan’ merujuk “kesamaan sumbangan setiap ahli akademik di USM dalam
penyelidikan berimpak.”

b) Penyelidikan berimpak
Definisi ‘penyelidikan berimpak’ yang dimanfaatkan dalam kajian ini disari daripada
gagasan yang diusulkan oleh tiga orang pakar luar yang ditemu bual (Rajah 1.1). Secara
tuntasnya, ‘penyelidikan berimpak’ terbahagi kepada dua tafsiran utama. Pertama,
impak akademik, iaitu penyelidikan yang menghasilkan kebaikan dan kesan positif
kepada dunia akademik. Kedua, impak masyarakat, iaitu penyelidikan yang
mendatangkan transformasi lestari dalam kehidupan masyarakat khususnya golongan
terkebawah.

Rajah 1.1: Definisi Berimpak oleh Pakar
Istilah penyelidikan berimpak sebenarnya didefinisikan berdasarkan kerangka ‘quadraple
helix’ yang menekankan sumbangan kepada lima pihak utama, iaitu akademia (pengetahuan-
pengetahuan yang disebarkan dan dikongsikan melalui penerbitan), kerajaan (sebagai
pemegang taruh utama bagi universiti awam), industri, masyarakat dan persekitaran
(Miller, McAdam & McAdam, 2016).

Laporan akhir Projek APEX Pearl: Kumpulan Penyelidikan (R1) 6

Berdasarkan definisi yang diberikan, frasa ketidaksetaraan sumbangan penyelidikan
berimpak dalam kalangan staf akademik yang dimaksudkan dalam kajian ini adalah lebih
merujuk ketidaksamaan sumbangan yang diberikan oleh staf akademik dalam penyelidikan
berimpak. Atas kapasiti ini, kajian ini cuba menyemak semula isu ketidaksetaraan sumbangan
dan berusaha untuk merasionalkan kewujudan ketidaksetaraan sumbangan yang berlaku
berikutan sifat dan ciri setiap disiplin adalah unik dan berbeza-beza. Walau bagaimanapun,
sebagai sebuah universiti penyelidikan, sesungguhnya satu keperluan minimum perlu
diwujudkan supaya semua staf akademik dalam menyumbang kepada kesemua aspek yang
dinyatakan dalam kerangka ‘quadraple helix’.

1.7 DATA YANG DIPERLUKAN

Data yang diperlukan bagi menyempurnakan projek ini dikategorikan mengikut fasa berikut:

1.7.1 Fasa 1
Bagi mendapatkan tanda aras ketidaksetaraan sumbangan staf akademik, data Petunjuk
Prestasi Utama dalam 5 komponen (M1, M2, M3, M4 dan M5) diperlukan. Data siap
analisis mengikut enam kluster, iaitu Sains Tulen, Sains Gunaan, Sastera Tulen, Sastera
Gunaan, Kejuruteraan, dan Kesihatan & Perubahan akan diperoleh daripada IPSC.

1.7.2 Fasa 2
Data berbentuk faktor penyebab dan cadangan penyelesaian ketidaksetaraan sumbangan
penyelidikan staf akademik akan diperoleh berdasarkan maklum balas responden daripada
soal selidik yang akan dijalanakan secara dalam talian,

1.7.3 Fasa 3

Data berbentuk cadangan penambahbaikan terhadap masalah ketidaksetaraan sumbangan
penyelidikan staf akademik akan diperoleh melalui temu bual dengan beberapa orang pakar
yang akan dikenal pasti.

Laporan akhir Projek APEX Pearl: Kumpulan Penyelidikan (R1) 7

1.8 METODOLOGI KAJIAN

PENETAPAN TAJUK:
KETIDAKSETARAAN SUMBANGAN PENYELIDIKAN BERIMPAK

DALAM KALANGAN AHLI AKADEMIK DI USM

Fasa 1: Sejauh manakah ketidaksetaraan sumbangan staf akademik Sumber data: Pusat Perancangan
dalam penyelidikan? Institusi dan strategic (IPSC)
• Mengenal pasti ketidaksetaraan sumbangan pensyarah mengikut kluster
Data: Petunjuk berkaitan penyelidikan
akademik bagi menyokong pernyataan masalah. berdasarkan PTJ, Kluster dan individu.
• Mengenal pasti responden kajian bagi dua fasa seterusnya, iaitu fasa 2

untuk kaedah tinjauan (survey) dan kaedah Delphi (Delphi method).

PEMBENTANGAN KERTAS CADANGAN (1 Jun 2021)

Fasa 2: Mengapakah ketidaksetaraan sumbangan penyelidikan berimpak Sila imbas kod QR yang
dalam kalangan staf akademik berlaku? disediakan untuk melihat
Bagi mengenal pasti punca ketidaksetaraan, tinjauan (survey) secara dalam talian dengan jelas item soalan
akan dijalankan pada responden kajian yang akan dikenal pasti berdasarkan data berkenaan.
fasa 1.
Responden: Pensyarah yang dikenal pasti tidak menerbit dalam jurnal berindeks
berdasarkan data yang diperoleh daripada IPSC.
Jumlah yang dikenal pasti: 444 orang
Jumlah yang memberi maklum balas: 209 orang
Instrumen kajian: soal selidik secara dalam talian dengan menggunakan google
form. Item soalan terbahagi kepada 5 bahagian, iaitu demografi, bidang
penyelidikan, maklumat bebanan kerja, faktor yang mempengaruhi sumbangan dan
cadangan penambahbaikan pelaksanaan.

ANALISIS DATA

Fasa 3: Bagaimanakah ketidaksetaraan sumbangan penyelidikan berimpak Analisis:
dalam kalangan staf akademik dapat dirungkai?
Tujuan: mengenal pasti cadangan-cadangan untuk merungkai permasalahan 1. Dapatan temu bual dan dapatan fasa
ketidaksetaraan. 2 akan diteliti untuk pembinaan item
Kaedah: Fuzzy Delphi dan soalan terbuka dengan menggunakan Teknik soal selidik fasa 3
Kumpulan Berfokus
Instrumen kajian: Soal selidik berpandu (mengenal pasti tahap persetujuan 2. Senarai cadangan mengikut
cadangan) dan mengenal pasti cadangan lain daripada responden persetujuan pakar dengan
Responden: 4 orang pakar yang berpengalaman dalam pentadbiran universiti akan menggunakan teknik defuzzification.
ditemu bual untuk mendapatkan input dalam membina item cadangan dalam soal
selidik dan 12 orang Dekan/ Timbalan Dekan dari 6 kluster akademik di USM 3. Penentuan cadangan dan penulisan
untuk teknik Fuzzy Delphi. laporan akhir.

PEMBENTANGAN LAPORAN
AKHIR

Laporan akhir Projek APEX Pearl: Kumpulan Penyelidikan (R1) 8

1.9 CARTA GANTT (18 Mei 2021-6 Julai 2021)

TUGASAN MULA TAMAT

Penetapan tajuk kajian dan pembentangan kertas cadangan 18 Mei 2021 1 Jun 2021

FASA 1

Pengumpulan data untuk mengenal pasti sejauh manakah ketidaksetaraan sumbangan

penyelidikan berimpak dalam kalangan staf akademik seperti penentuan myra (2 Jun 2021-10

Jun 2021)

Pengumpulan data daripada IPSC, RCMO, Pejabat Inovasi 2 Jun 2021 6 Jun 2021

(penerbitan, geran, penyeliaan, sitasi, h index, perundingan).

Mengenal pasti responden untuk FASA 2 7 Jun 2021 10 Jun 2021

FASA 2

Mengenal pasti penyebab ketidaksetaraan sumbangan penyelidikan berimpak dalam kalangan

staf akademik (11 Jun 2021-2 Julai 2021)

Responden yang dikenal pasti berdasarkan data di FASA 1 akan diberi 11 Jun 2021 18 Jun 2021

tinjauan melalui "google form" untuk mengenal pasti faktor yang

mempengaruhi sumbangan mereka kepada penyelidikan berimpak

serta cadangan-cadangan yang boleh dilakukan

Data tinjauan telah dianalisis menggunakan perisian EXCEL dan IBM 18 Jun 2021 2 Julai 2021

SPSS ver 27 untuk mendapatkan data statistik deskriptif bagi

menjawab soalan kajian 1 dan 2

FASA 3:

Mengenal pasti cadangan untuk merungkai ketidaksetaraan sumbangan penyelidikan berimpak dalam

kalangan staf akademik (28 Jun 2021 - 2 Julai 2021)

26 item cadangan solusi telah dibangunkan berdasarkan dapatan dalam 28 Jun 2021 2 Julai 2021

Fasa 2 untuk kaedah Fuzzy Delphi.

Item diedarkan kepada pakar (Timbalan Dekan Penyelidikan, Inovasi

dan Libatsama Komuniti bagi setiap PTJ). Seramai 12 orang telah

menjawab item soalan yang diajukan.

Mencadangkan penyelesaian serta implikasi kos kewangan. 28 Jun 2021 2 Julai 2021

FASA AKHIR:

Penyediaan Laporan Akhir Dan Pembentangan

Penyediaan laporan akhir (28 jun 2021-4 julai 2021) 28 Jun 2021 4 Julai 2021

Pembentangan laporan akhir 5 Julai 2021- 6 Julai 2021

Laporan akhir Projek APEX Pearl: Kumpulan Penyelidikan (R1) 9

BAHAGIAN B: DAPATAN KAJIAN BERDASARKAN PERSOALANAN KAJIAN
Soalan 1: Sejauh manakah ketidaksetaraan sumbangan penyelidikan berimpak dalam
kalangan staf akademik?

Berikutan kekangan masa yang tidak dapat dielakkan, hanya aspek penerbitan berindeks sahaja
digunakan sebagai indikator untuk pemilihan staf akademik yang kurang menyumbang kepada
penyelidikan berimpak. Semua PTJ di USM dikategorikan kepada 6 kluster sepertimana yang
tertera pada laman sesawang USM. Kluster-kluster ini ialah sains tulen, sastera tulen, sains
gunaan, sastera gunaan, kesihatan dan perubatan, serta kejuruteraan. Staf akademik yang tidak
menunjukkan sebarang penerbitan dalam jurnal berindeks tahun 2020 (sumber data: IPSC)
dikenal pasti sebagai responden kepada soal selidik yang dijalankan. Daripada 447 orang staf
akademik yang dikenal pasti, terdapat 209 orang staf akademik (46.76%) yang telah
memberikan maklum balas.

23.9
25.0

Peratus 20.0 18.7
15.8 9.1

15.0 12.9 7.2

10.0 6.2

5.0 3.8
1.0 1.4

0.0
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Tahap keaktifan 1 (tidak aktif) hingga ke 10 (sangat aktif)

Rajah 1.2: Tahap Sumbangan Penyelidikan di USM (mengikut skala 1-10)

Rajah 1.2 menunjukkan maklum balas responden tentang sumbangan penyelidikan mereka.
Daripada skala 1 hingga 10, sebanyak 74.7% responden berpendapat bahawa tahap keaktifan
mereka dalam penyelidikan adalah pada skala 6 dan ke atas.

Jadual 1.1 pada halaman berikut menunjukkan maklumat penerbitan yang dibahagikan
kepada dua bahagian iaitu A yang memaparkan sumbangan penyelidikan staf akademik dalam
penerbitan jurnal berindeks mengikut PTJ dalam setiap kluster, manakala B pula
mempamerkan sumbangan penyelidikan 209 orang responden mengikut PTJ dalam setiap
kluster melalui aneka jenis penerbitan. Daripada A, kelihatan wujudnya perbezaan yang ketara
antara setiap kluster. Kluster sastera tulen mencatatkan peratusan tertinggi pensyarah yang

Laporan akhir Projek APEX Pearl: Kumpulan Penyelidikan (R1) 10

tidak menerbitkan artikel dalam jurnal berindeks, iaitu sebanyak 67.11%, diikuti oleh sastera
gunaan 38.16%, sains tulen 27.72%, sains gunaan 24.23%, kesihatan dan perubatan 21.48%,
dan kejuruteraan 20%.

Walau bagaimanapun, hasil daripada soal selidik yang dijalankan sepertimana yang
terpampang pada B, kluster sastera tulen didapati menghasilkan buku atau bab dalam buku
sama ada sebagai penulis utama atau penulis bersama yang paling banyak (30.9%) jika
dibandingkan dengan kluster-kluster lain.

Jadual 1.1: Maklumat Penerbitan (berdasarkan data IPSC dan soal selidik)

A: PERATUSAN PENERBITAN BERINDEKS B: GRAF PERATUSAN PENERBITAN

MENGIKUT PTJ DALAM SETIAP KLUSTER MENGIKUT JENIS PENERBITAN BAGI

SETIAP KLUSTER

SASTERA GUNAAN

Pusat Jumlah Jumlah Peratusan tiada Graf 1: Peratus Penerbitan Sastera
Tanggungjawab pensyarah pensyarah penerbitan jurnal Gunaan (Mengikut jenis penerbitan)
(keseluru tiada berindeks (%)
Pusat Pengajian Seni han) penerbitan Penulisan bersama penerbitan lain… 1.7 10.4
Pusat Pengajian berindeks 76.32 Penulisan utama penerbitan lain (buku…
Pengurusan 38 36.84 1.7
Pusat Pengajian Ilmu 57 29 22.03 buku dan bab (penulis bersama) 6.1
Pendidikan 21 20.00 buku dan bab buku penyelidikan…
Pusat Pengajian 59 43.47 prosiding berindeks (penulis bersama) 5.1
Siswazah Perniagaan 13 38.16 prosiding berindeks (penulis utama)
Pusat Pengajian 30 Jurnal tidak berindeks (penulis bersama) 2 15.4
Komunikasi 6 Jurnal tidak berindeks (penulis utama) 8.8 17.5
23 8.8
JUMLAH 10 Mycite (penulis bersama) 11.4
207 Mycite (penulis utama)
79
Jurnal berindeks (penulis bersama)
Jurnal berindeks (penulis utama) 11.1

0 10 20

SASTERA TULEN

Pusat Jumlah Jumlah Peratusan Graf 2: Peratus Penerbitan Sastera Tulen
Tanggungjawab pensyarah pensyarah tiada (Mengikut jenis penerbitan)
(keseluruhan) tiada penerbitan
Pusat Pengajian penerbita jurnal Penulisan bersama penerbitan lain… 0
Ilmu 72 n berindeks (%)
Kemanusiaan berindeks Penulisan utama penerbitan lain (buku… 16.2
Pusat Pengajian 61 72.2 16.2
Sains 52 buku dan bab (penulis bersama) 9.3
Kemasyarakatan 16 67.2
Pusat Pengajian 41 buku dan bab buku penyelidikan… 21.6
Bahasa, Literasi 149 43.8
Dan Terjemahan 7 prosiding berindeks (penulis bersama) 3.4
JUMLAH 67.11
100 prosiding berindeks (penulis utama) 2.9

Jurnal tidak berindeks (penulis bersama) 0.9

Jurnal tidak berindeks (penulis utama) 4.4

Mycite (penulis bersama) 6.9

Mycite (penulis utama) 6.9

Jurnal berindeks (penulis bersama) 11.3

Jurnal berindeks (penulis utama)

0 5 10 15 20 25

Laporan akhir Projek APEX Pearl: Kumpulan Penyelidikan (R1) 11

SAINS TULEN

Pusat Jumlah Jumlah Peratusan Graf 3: Peratus Penerbitan Sains Tulen
Tanggungjawab pensyarah pensyarah tiada (Mengikut jenis penerbitan)
(keseluruhan) tiada penerbitan
penerbitan jurnal
PPS Fizik 45 berindeks berindeks Penulisan bersama penerbitan lain… 3
PPS Kimia 35 (%) Penulisan utama penerbitan lain… 3
PPS Kajihayat 59 12 buku dan bab (penulis bersama) 12
PPS Matematik 45 3 27 buku dan bab buku penyelidikan…
JUMLAH 184 19 18
KESELURUHAN 17 9 prosiding berindeks (penulis bersama) 21
51 32 prosiding berindeks (penulis utama) 24
38 Jurnal tidak berindeks (penulis…
15
27.72 Jurnal tidak berindeks (penulis utama) 9
Mycite (penulis bersama)
Mycite (penulis utama) 15
12
Jurnal berindeks (penulis bersama)
Jurnal berindeks (penulis utama) 64
61

0 10 20 30 40 50 60 70

SAINS GUNAAN

Pusat Jumlah Jumlah Peratusan tiada Peratus Penerbitan Kejuruteraan
Tanggungjawab pensyarah pensyarah penerbitan jurnal (Mengikut jenis penerbitan)
(keseluru tiada berindeks (%)
Pusat Pengajian han) penerbitan Penulisan bersama penerbitan lain… 3.7
Perumahan, berindeks 35.4 Penulisan utama penerbitan lain (buku… 1.2
Bangunan dan 79
Perancangan 28 15.2 buku dan bab (penulis bersama) 1.2
Pusat Pengajian 46 24.4
Sains Farmasi 7 15.7 buku dan bab buku penyelidikan… 0
45 24.23
Pusat Pengajian 57 11 prosiding berindeks (penulis bersama) 12.3
Sains Komputer 227 9 prosiding berindeks (penulis utama) 3.7
Pusat Pengajian 55
Teknologi Industri Jurnal tidak berindeks (penulis bersama) 2.5
JUMLAH
KESELURUHAN Jurnal tidak berindeks (penulis utama) 8.6

Mycite (penulis bersama) 4.9
Mycite (penulis utama) 6.2

Jurnal berindeks (penulis bersama) 32.1

Jurnal berindeks (penulis utama) 23.4

0 5 10 15 20 25 30 35

KESIHATAN DAN PERUBATAN

Pusat Jumlah Jumlah Peratusan Peratus Penerbitan Sains Tulen (Mengikut
Tanggungjawab pensyarah pensyarah tiada jenis penerbitan)
(keseluruhan) tiada penerbitan
penerbitan jurnal
berindeks berindeks Penulisan bersama penerbitan lain (buku ilmiah… 3.52
(%)
55 Penulisan utama penerbitan lain (buku ilmiah… 14.08
17.68
Pusat Pengajian 311 12 buku dan bab (penulis bersama) 4.22
Sains Perubatan 75 16
(PPSP) 126 43 buku dan bab buku penyelidikan (penulis utama) 4.93
Pusat Pengajian 512 34.13
Sains Pergigian 110 prosiding berindeks (penulis bersama) 2.11
(PPSG) 21.48
Pusat Pengajian prosiding berindeks (penulis utama) 4.22
Sains Kesihatan
(PPSK) Jurnal tidak berindeks (penulis bersama) 1.41
Jumlah
Jurnal tidak berindeks (penulis utama) 7.04

Mycite (penulis bersama) 2.82

Mycite (penulis utama) 8.45

Jurnal berindeks (penulis bersama) 28.17

Jurnal berindeks (penulis utama) 19.01

0 5 10 15 20 25 30

Laporan akhir Projek APEX Pearl: Kumpulan Penyelidikan (R1) 12

KEJURUTERAAN

Pusat Jumlah Jumlah Peratusan Peratus Penerbitan Kejuruteraan
Tanggungjawab pensyarah pensyarah tiada (Mengikut jenis penerbitan)
(keseluruhan) tiada penerbitan
penerbitan jurnal
Pusat Pengajian 52 berindeks berindeks Penulisan bersama penerbitan lain… 0
Kej. Elektrik dan (%)
Elektronik 44 15 Penulisan utama penerbitan lain… 3
Pusat Pengajian 22 28.85
Kej. Mekanik 52 (2) 12 buku dan bab (penulis bersama) 3
Pusat Pengajian 27.27
Kej. Aeroangkasa 39 3 buku dan bab buku penyelidikan… 6
Pusat Pengajian 32 13.63
Kej. Bahan dan 4 4 prosiding berindeks (penulis bersama) 7
Sumber Mineral 6 7.69
Pusat Pengajian 9 8 prosiding berindeks (penulis utama) 15
Kej. Awam 260 20.51
Pusat Pengajian 9 Jurnal tidak berindeks (penulis… 3 19
Kej. Kimia 28.13 28
CEDEC 0 Jurnal tidak berindeks (penulis utama) 6
1 0 10 15 20 25 30
REDAC 0 16.67 Mycite (penulis bersama) 4
52
INOR 0 Mycite (penulis utama) 4
20.00
JUMLAH Jurnal berindeks (penulis bersama)

Jurnal berindeks (penulis utama)

05

Jadual 1.2: Jenis Geran Mengikut kluster

JENIS GERAN YANG DIMILIKI KETUA PENYELIDIK (%) PENYELIDIK BERSAMA (%)
0 1-2 3-5
SASTERA TULEN 0 1-2 3-5
Geran dalaman USM
Geran luar (kebangsaan/ industri/ komuniti) 43.8 53.1 3.1 50.0 37.5 9.4
Geran antarabangsa 51.6 35.5 12.9
SASTERA GUNAAN 62.5 33.4 3.1 93.5 6.4
Geran dalaman USM 0
Geran luar (kebangsaan/ industri/ komuniti) 81.3 18.8 0 60.0 35.0
Geran antarabangsa 65.0 32.5 5.0
SAINS TULEN 62.5 37.5 0 95.0 5.0 2.5
Geran dalaman USM 0
Geran luar (kebangsaan/ industri/ komuniti) 70.0 27.5 2.5 51.5 36.4
Geran antarabangsa 63.6 27.3 12.1
SAINS GUNAAN 95.0 5.0 0 87.9 12.1 9.0
Geran dalaman USM 0
Geran luar (kebangsaan/ industri/ komuniti) 42.4 57.6 0 55.2 37.9
Geran antarabangsa 63.6 36.4 0 48.3 48.3 6.8
PERUBATAN/KESIHATAN 87.9 12.1 0 3.4
Geran dalaman USM 00 0
Geran luar (kebangsaan/ industri/ komuniti) 62.1 37.9 0
Geran antarabangsa 58.1 39.5 2.3
72.4 27.5 0 62.8 34.9 2.3
97.7 2.3 0
86.2 10.3 3.4

44.2 51.1 4.7

95.5 4.6 0

97.7 2.3 0

Laporan akhir Projek APEX Pearl: Kumpulan Penyelidikan (R1) 13

KEJURUTERAAN

Geran dalaman USM 32.3 67.7 0 51.6 32.3 16.1
16.1
Geran luar (kebangsaan/ industri/ komuniti) 54.8 45.2 0 41.9 42
0
Geran antarabangsa 96.8 3.2 0 96.8 3.2

Jadual 1.2 menunjukkan perolehan geran penyelidikan dalam kalangan staf akademik
berdasarkan maklum balas responden terhadap soal selidik yang dijalankan. Pensyarah kluster
kejuruteraan mencatatkan peratusan paling tinggi dalam pemerolehan geran dalaman USM,
geran luar dan geran antarabangsa. Manakala, penyarah dari kluster kesihatan dan perubatan
menunjukkan peratusan yang terendah dari segi pemilikan geran. Satu corak yang menarik
untuk diperhatikan ialah pensyarah dari kluster sastera tulen mempamerkan peratusan
perolehan geran antarabangsa yang paling tinggi (18.8%), diikuti oleh pensyarah dari kluster
sains gunaan (13.7%), dan sains tulen (12.1%). Fenomena ini membuktikan bahawa perolehan
geran tidak semestinya selaras dengan trend penerbitan dalam jurnal berindeks.

Soalan 2: Mengapakah ketidaksetaraan sumbangan penyelidikan berimpak dalam
kalangan staf akademik berlaku?

Bagi mendapatkan maklum balas responden berkaitan faktor yang mempengaruhi
sumbangan mereka dalam aspek penyelidikan di USM, satu set soal selidik yang
mengandungi beberapa item soalan telah dikemukakan kepada responden kajian yang dikenal
pasti dengan menggunakan data daripada IPSC. Soalan tersebut terdiri daripada dua bentuk,
iaitu berpandu dan terbuka. Seramai 209 orang responden telah menjawab soal selidik
berkenaan. Berikut ialah rumusan yang disimpulkan berdasarkan maklum balas yang
diterima.

Faktor Bebanan Tugas

Sebanyak tujuh item soalan berpandu diajukan kepada responden untuk mendapatkan
maklum balas berkaitan aspek bebanan tugas hakiki pensyarah yang mempengaruhi
sumbangan mereka. Berdasarkan Rajah 2.1 yang dipaparkan, dapat dilihat faktor ‘bebanan
pengajaran yang tinggi’ dan ‘kerja pentadbiran peringkat PTJ” menunjukkan nilai min yang
tinggi daripada responden semua kluster. Selain itu, faktor ‘penyeliaan pelajar pascasiswazah’
sangat mempengaruhi sumbangan majoriti responden dalam kluster Sastera Gunaan, Sains
Gunaan dan Sastera Tulen dibandingkan dengan tiga kluster yang lain. Manakala faktor lain
yang turut mempengaruhi secara sederhana responden setiap kluster memberikan sumbangan

Laporan akhir Projek APEX Pearl: Kumpulan Penyelidikan (R1) 14

mereka dalam bidang penyelidikan ialah ‘beban sebagai penyelidik bersama’, ‘kerja
pentadbiran peringkat universiti’, ‘khidmat perundingan yang banyak’ dan ‘libatsama komuniti
yang banyak’. Untuk memperincikan bebanan tugas pengajaran dan penyeliaan responden,
maklum balas responden berkaitan hal ini dipaparkan dalam Jadual 2.1, Jadual 2.2 dan Rajah
2.2.

BEBAN TUGAS Libatsama komuniti yang banyak
Kerja pentadbiran peringkat PTJ
Kerja pentadbiran peringkat universiti
Khidmat perundingan yang banyak
Bebanan sebagai penyelidik bersama yang banyak
Bebanan penyeliaan pelajar pascasiswazah yang tinggi
Bebanan pengajaran yang tinggi

0.00 0.50 1.00 1.50 2.00 2.50 3.00 3.50 4.00 4.50
MIN/ PURATA

Kejuruteraan Perubatan/Kesihatan Sains gunaan Sains tulen Sastera gunaan Sastera tulen

Rajah 2.1: Faktor Bebanan Tugas

Jadual 2.1: Bilangan Kursus Diajar

Peringkat pengajian Bilangan kursus di ajar (%)

Sastera tulen 1-2 3-4 5 dan ke atas
Sastera gunaan
Sains Tulen 15.6 56.3 28.1
Sains gunaan
Perubatan/kesihatan 12.5 50.0 37.5
Kejuruteraan
27.3 57.6 15.2

17.2 34.5 48.3

11.4 29.5 56.8

9.7 38.7 51.6

Jadual 2.1 menunjukkan majoriti responden dari kluster Sastera Tulen, Sastera Gunaan
dan Sains Tulen mengajar sebanyak 3-4 kursus, manakala majoriti responden dari kluster Sains
Gunaan, Perubatan/Kesihatan dan Kejuruteraan mengajar 5 kursus dan lebih.

Bagi bebanan penyeliaan pula, majoriti responden menyelia antara 1-4 orang pelajar
doktor falsafah, 1-2 orang pelajar peringkat sarjana (penyelidikan dan mod campuran), sarjana
(mod kerja kursus) dan projek tahun akhir pelajar tahun 4 sarjana muda. Rajah 2.2 pula
menunjukkan majoriti responden dari setiap kluster memegang jawatan sebagai ahli

Laporan akhir Projek APEX Pearl: Kumpulan Penyelidikan (R1) 15

jawatankuasa pada peringkat PTJ, diikuti oleh jawatankuasa kerja peringkat universiti, ketua
jawatankuasa PTJ, timbalan dekan/ timbalan pengarah, dan dekan/ pengarah.

Jadual 2.2: Bebanan Penyeliaan

PERINGKAT PENYELIAAN 0 1-2 3-4 BILANGAN PELAJAR SELIAAN 13-14 >14
Sastera tulen (n=32) 5-6 7-8 9-10 11-12
Doktor Falsafah 15.6 34.4 12.5 3.1 -
Sarjana penyelidikan dan mod campuran 40.6 46.9 9.4 12.5 12.5 6.3 3.1 - -
Sarjana (Kerja kursus – kertas projek)/ Projek tahun 78.1 15.6 6.2 3.1 - - - - -
akhir - -- -
-
Doktor Falsafah Sastera gunaan (n=40) 10.0 12.5 7.5 10.0 2.5 -
Sarjana penyelidikan dan mod campuran 20.0 12.5 25.0 10.0 5.0 - - - 2.5
Sarjana (Kerja kursus – kertas projek)/ Projek tahun 57.5 25.0 2.5 - 2.5 2.5 - -
akhir 62.5 15.0 15.0 -
3.0
Doktor Falsafah Sains Tulen (n=33) 3.0
Sarjana penyelidikan dan mod campuran
Sarjana (Kerja kursus – kertas projek)/ Projek tahun 39.4 36.4 12.1 6.1 3.0 - - 3.0 -
akhir - 3.0 -
36.4 33.3 21.2 - 3.0 - - - 3.4
Doktor Falsafah
Sarjana penyelidikan dan mod campuran 75.8 9.1 3.0 9.1 - - -
Sarjana (Kerja kursus – kertas projek)/ Projek tahun -
akhir Sains gunaan (n=29) 13.8 3.4 - 3.4 - -
27.6 27.6 24.1 6.9 3.4 - - -
Doktor Falsafah 44.8 37.9 6.9 10.3 - - 3.4 - -
Sarjana penyelidikan dan mod campuran 75.9 3.4 3.4 -
Sarjana (Kerja kursus – kertas projek)/ Projek tahun -
akhir Perubatan/kesihatan (n=44)

Doktor Falsafah 70.5 27.3 2.3 - -- - -
Sarjana penyelidikan dan mod campuran - -
Sarjana (Kerja kursus – kertas projek)/ Projek tahun 43.2 40.9 11.4 2.3 2.3 - - -
akhir
79.5 11.4 6.8 2.3 - -

Kejuruteraan (n=32)

41.9 45.2 6.5 - 6.5 - - -
- -
45.2 51.6 3.2 - -- - -

90.3 3.2 6.5 - --

JAWATAN PENTADBIRAN Kejuruteraan
Perubatan/Kesihatan
20 40 60 80 100 120
Sains gunaan
Sains tulen PERATUS
Ketua Jawatankuasa PTJ
Sastera gunaan Pengerusi Rancangan
Sastera tulen Dekan/ Pengarah

0

AJK PTJ
Jawatankuasa kerja peringkat universiti
Timbalan Dekan/ Timbalan Pengarah

Rajah 2.2: Peratusan responden memegang jawatan mengikut kluster

Laporan akhir Projek APEX Pearl: Kumpulan Penyelidikan (R1) 16

Selain item soalan berpandu ini, satu soalan terbuka juga diberikan kepada responden
untuk menyatakan faktor yang mempengaruhi mereka dalam memberikan sumbangan kepada
penyelidikan berimpak di USM. Rajah 2.3 berikut menujukkan peta minda bagi rumusan yang
dibuat berdasarkan maklum balas responden.

Rajah 2.3: Peta Minda bagi Faktor yang Mempengaruhi Sumbangan kepada Penyelidikan
Berimpak oleh Responden Kajian

Berdasarkan peta minda pada Rajah 2.3, terdapat enam faktor utama berikut yang
mempengaruhi sumbangan penyelidikan berimpak responden.

a) Faktor bebanan tugas/ kekangan masa. Responden mengaitkan hal ini dengan
bebanan tugas pentadbiran dan perkeranian, pengajaran, penyeliaan pelajar
pascasiswazah mod penyelidikan, campuran dan kerja kursus, tugas-tugas rencam yang
tidak berkait secara langsung dengan KPI yang juga memerlukan agihan masa untuk
melaksanakannya seperti OBE, pengurusan alumni, penyediaan micro-crendential
serta kekurangan jumlah pensyarah yang mengakibatkan peningkatan bebanan
pengajaran dan pembelajaran. Peningkatan bebanan tugas menjadikan responden
berhadapan dengan kekangan masa untuk fokus kepada sumbangan dalam penyelidikan
berimpak.

b) Sistem sokongan. Ketiadaan sokongan kewangan untuk membantu penerbitan,
pangkalan data yang tidak dikemas kini, prosedur JEPEM yang merumitkan, tiada
pendedahan yang jelas untuk penerbitan/ permohonan geran/ penyeliaan yang betul

Laporan akhir Projek APEX Pearl: Kumpulan Penyelidikan (R1) 17

terutamanya dalam kalangan pensyarah baharu, infrastruktur yang tidak terkini serta
tiada resource person yang boleh dirujuk menjadi kekangan.
c) Keperluan bidang yang berbeza. Hal ini merangkumi sumbangan berbentuk lain
dalam kluster Sastera Tulen dan Sastera Gunaan seperti buku dan karya kreatif,
penghasilan inovasi, kekurangan jurnal berindeks bagi bidang-bidang tertentu misalnya
bidang Bahasa Melayu, dan sumbangan dalam pengajaran seperti penghasilan
microcredential, penghasilan modul pengajaran dan sebagainya.
d) Faktor pelajar. Terdapat bidang yang memerlukan pelajar untuk menjalankan kajian.
Namun pensyarah berhadapan dengan pelajar yang bermasalah menyebabkan kajian
mereka tergendala, bidang kurang diminati oleh pelajar pascasiswazah atau pelajar
lebih tertarik untuk memilih pensyarah yang kukuh dalam bidang sebagai penyelia
mereka.
e) Peranan PTJ. Responden memaklumkan bahawa mereka kurang jelas dengan hala
tuju yang cuba dibawakan oleh pemimpin PTJ dalam hal berkaitan sumbangan
berimpak PTJ masing-masing.
f) Faktor peribadi. Responden turut mengutarakan masalah peribadi yang dihadapi
terutamanya dari aspek kemahiran penulisan artikel yang menyebabkan makalah yang
dihantar kepada jurnal sering ditolak. Hal ini menjadikan mereka kurang bermotivasi
untuk memohon geran dan menghantar artikel untuk penerbitan. Selain itu, faktor usia,
kesihatan dan keluarga turut menjadi kekangan.

Perbincangan berkaitan faktor-faktor penyumbang

Faktor-faktor yang dikemukakan oleh responden dapat dikategorikan kepada domain
profesional dan domain peribadi. Hal ini adalah seperti yang dibincangkan oleh pengkaji
terdahulu seperti Zain et al. (2011), Fox (1983) dan Fawzi dan Al-Hattami (2017). Menyoroti
dapatan kajian-kajian lalu, beberapa faktor yang berkaitan dengan aktiviti dan produktiviti
penyelidikan telah dibincangkan. Antaranya: a) motivasi untuk melakukan penyelidikan dan
penerbitan (Zain et al., 2011); b) ciri psikologi individu, budaya kerja, umur, produktiviti
persekitaran kerja dan prestij institusi (Fox, 1983); c) faktor institusi dan individu (Fawzi &
Al-Hattami, 2017). Namun, menurut Rørstad dan Aksnes (2015), faktor peribadi seperti umur
dan jantina hanya dihadapi oleh segelintir staf akademik sahaja. Mereka menegaskan bahawa
kedudukan akademik (jawatan Profesor, Profesor Madya, Pensyarah Kanan) ialah faktor
peribadi yang dikenal pasti sebagai faktor yang signifikan dalam mempengaruhi pensyarah
menyumbang kepada penyelidikan dan penerbitan. Hal ini turut disokong oleh kajian oleh

Laporan akhir Projek APEX Pearl: Kumpulan Penyelidikan (R1) 18

Valdivieso, Alecchi, Arévalo-Avecillas (2021) yang turut menyenaraikan faktor lain seperti
masa yang dilaburkan pada kajian yang dijalankan, peruntukan sumber, penghargaan serta
pemimpin kepada penyelidikan yang dijalankan turut memberikan kesan langsung kepada hasil
yang diperoleh dalam sesebuah kajian yang dijalankan.

Soalan 3: Bagaimanakah ketidaksetaraan sumbangan penyelidikan berimpak dalam
kalangan staf akademik dapat dirungkai?

Bagi menjawab persoalan kajian 3, analisis melalui kaedah Fuzzy Delphi (FDM)
dengan pakar dalaman, dan temu bual bersama dengan pakar luar dijalankan. FDM dan temu
bual ini dijalankan berdasarkan item yang dirumuskan daripada analisis yang menjawab
persoalan kajian 2. Sebanyak 26 item dibina diedarkan kepada timbalan dekan (penyelidikan,
inovasi dan libatsama komuniti-industri) di semua PTJ USM. Dapatan daripada FDM dianalisis
dengan menggunakan perisian yang dibangunkan oleh pakar FDM dalam bentuk Microsoft
Excel. Penerimaan setiap item perlu memenuhi TIGA kriteria, iaitu “d” value <0.3, peratusan
persetujuan pakar paling kurang 75% dan alpha threshold value >0.5. Dapatan daripada FDM
akan menghasilkan penarafan item berasaskan nilai alpha threshold. Nilai bagi penarafan
tertinggi bermaksud persetujuan pakar yang padu bagi satu-satu item berkenaan. Item yang
tidak memenuhi kriteria tersebut akan ditolak. Jadual 3.1 menunjukkan keputusan penarafan
setiap item dalam FDM.

Jadual 3.1: Dapatan Kaedah Fuzzy Delphi

Bil Item/elemen Kesepakatan Ranking
Pakar 23
1 Membangkitkan kesedaran staf akademik tentang amanah yang TOLAK 25
dipertanggungjawabkan oleh negara melalui bengkel dan kursus secara berkala. TOLAK
19
2 Memupuk semangat kecintaan staf akademik terhadap universiti melalui program/kem TERIMA 10
secara berkala. 24
TERIMA 13
Menilai prestasi tahunan (SKT dan LPP) staf akademik berdasarkan laluan kerjaya TOLAK 3
TERIMA
3 (penyelidikan, pengajaran, klinikal, perundingan, jaringan, libatsama komuniti-industri TERIMA 5

dll.) yang dipilih. TERIMA 10
22
4 Membudayakan program mentor-menti antara pensyarah senior dengan pensyarah TERIMA
junior, dan pensyarah junior boleh memilih mentor dari PTJ lain.
TOLAK
5 Memberikan kebebasan kepada setiap ahli akademik untuk mengenal pasti jenis
sumbangan yang berimpak.

6 Menyediakan ekosistem yang mesra industri dan komuniti untuk terlibat sama dalam
aktiviti penyelidikan di universiti.

7 Mewujudkan sistem sokongan mengikut keperluan staf akademik bagi membantu
mereka memacu kejayaan dalam penyelidikan berimpak.

Membangunkan saluran komunikasi dua hala yang berkesan dalam penyampaian

8 maklumat daripada pihak pengurusan tertinggi universiti kepada seluruh ahli

akademik.

Mengadakan mesyuarat secara berkala antara pengurusan tertinggi universiti

9 (penyelidikan) dan pengurusan peringkat PTJ (penyelidikan) bagi memastikan

ketelusan dan ketersampaian maklumat.

10 Memberikan geran dalaman kepada kumpulan penyelidik yang berkecimpung dalam
bidang yang kurang berdaya saing dalam permohonan geran luar.

Laporan akhir Projek APEX Pearl: Kumpulan Penyelidikan (R1) 19

11 Menyediakan sistem sokongan kepada ahli akademik yang terbeban dengan tugas TERIMA 16
pengajaran dan pembelajaran. TERIMA 16
TERIMA 20
12 Menyediakan sistem sokongan kepada ahli akademik yang terbeban dengan tugas TERIMA 14
pentadbiran. TOLAK 26
TERIMA 18
13 Membudayakan penerbitan berpasukan dengan melibatkan ahli akademik dan pegawai TERIMA 21
sains.
TERIMA 12
14 Membudayakan penerbitan berpasukan antara ahli akademik dari aneka disiplin. 4
TERIMA
15 Universiti perlu memberikan pengiktirafan yang setara kepada semua jenis penerbitan TERIMA 7
(jurnal berindeks, mycite, buku, bab dalam buku dll.)
TERIMA 15
16 Universiti perlu membangunkan sistem ganjaran-hukuman yang nyata dan saksama TERIMA 7
dalam penilaian prestasi pencapaian ahli akademik. TERIMA 6
TERIMA 1
17 Universiti perlu mempertingkat kekerapan penerbitan jurnal universiti dalam setahun TERIMA 9
dan menetapkan kuota untuk pemakalah dari universiti sendiri. TERIMA 1

Universiti perlu mewujudkan sistem penilaian yang adil dan setara antara sumbangan

18 dalam pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, perundingan, khidmat kepada
universiti dan komuniti serta libatsama komuniti dan industri berasaskan tujahan

utama PTJ dan kluster.

19 Penilaian prestasi pencapaian ahli akademik perlu mengambil kira Petunjuk Prestasi
Utama (KPI) dan Petujuk Prestasi Utama Tidak Ketara (KIP) secara adil dan saksama.

Universiti perlu membangunkan satu skala pengukuran bagi menentukan kesetaraan

20 sumbangan pensyarah dalam penerbitan Q1Q2/ WoS/ Scopus/ ERA/Mycite/Buku

penyelidikan/Bab dalam buku penyelidikan dan lain-lain.

Universiti perlu memberikan pengiktirafan yang setara kepada staf akademik yang

21 memberikan sumbangan yang berimpak kepada kelestarian masyarakat dan negara

khususnya golongan terkebawah.

22 Universiti perlu menyediakan infrastruktur, aset dan peralatan terkini untuk menyokong
aktiviti penyelidikan.

23 Penawaran geran dalaman universiti perlu merangkumi domain daripada kluster sains
dan sastera secara nyata dan adil.

24 Penawaran geran dalaman universiti perlu dipelbagaikan jenisnya termasuklah
fundamental, eksploratori, klinikal, prototaip dll.

25 Agenda nasional harus memberikan keutamaan yang saksama kepada bidang
penyelidikan sains dan sastera.

26 Staf sokongan perlu melakukan transformasi kerja yang lebih cekap dan berkesan untuk
menyokong aktiviti penyelidikan.

Analisis yang dijalankan menunjukkan domain item yang diterima oleh pakar dalaman adalah
seperti yang berikut:

i. Dasar sokongan PTJ (9 item)
ii. Dasar universiti (9 item)
iii. Dasar geran/Inovasi (2 item)
iv. Prasarana (1 item)

Daripada 26 item yang disenaraikan, sebanyak 21 item (80%) telah diterima oleh pakar
dalaman, manakala bakinya 5 item ditolak kerana tidak mencapai kriteria FDM. Berikut ialah
penerangan bagi 10 item yang menduduki tangga teratas:

i. Item 1
Penawaran geran dalaman universiti perlu dipelbagaikan jenisnya termasuklah
fundamental, eksploratori, klinikal, prototaip dll. Perlu dielakkan tumpuan untuk
kategori tertentu sahaja (geran USM / KPT / kebangsaan).

Laporan akhir Projek APEX Pearl: Kumpulan Penyelidikan (R1) 20

ii. Item 2
Staf sokongan perlu melakukan transformasi kerja yang lebih cekap dan berkesan
untuk menyokong aktiviti penyelidikan. Setiap staf USM perlu saling membantu
untuk mencapai kesetaraan sumbangan penyelidikan berimpak pada peringkat
PTJ/kluster.

iii. Item 3
Mewujudkan sistem sokongan mengikut keperluan staf akademik bagi membantu
mereka memacu kejayaan dalam penyelidikan berimpak. Sistem sokongan ini perlu
berorientasikan individu pensyarah dan bukan “one size fit all”.

iv. Item 4
Penilaian prestasi pencapaian ahli akademik perlu mengambil kira Petunjuk
Prestasi Utama (KPI) dan Petujuk Prestasi Utama Tidak Ketara (KIP) secara adil
dan saksama. Pencapaian penyelidikan perlu mengambil kita faktor tidak ketara dan
bukan jumlah hasil ketara semata-mata. Contohnya, kesan penulisan yang
dihasilkan oleh staf akademik membawa impak kepada transformasi minda
masyarakat dan memperbaiki taraf hidup komuniti.

v. Item 5
Membangunkan saluran komunikasi dua hala yang berkesan dalam penyampaian
maklumat daripada pihak pengurusan tertinggi universiti kepada seluruh ahli
akademik. Pastikan maklumat daripada pengurusan tertinggi disalurkan secara terus
kepada pihak berkaitan secara berkala dan berkesan.

vi. Item 6
Penawaran geran dalaman universiti perlu merangkumi domain daripada kluster
sains dan sastera secara nyata dan adil. Pembukaan permohonan geran yang
saksama dan mencakupi tujahan setiap PTJ/kluster.

vii. Item 7
Universiti perlu menyediakan infrastruktur, aset dan peralatan terkini untuk
menyokong aktiviti penyelidikan. Penyediaan prasarana dan peralatan yang
kondusif dan terkini untuk setiap lapisan pensyarah dari semua kluster secara
saksama.

viii. Item 8
Universiti perlu membangunkan satu skala pengukuran bagi menentukan
kesetaraan sumbangan pensyarah dalam penerbitan Q1Q2/ WOS/ SCOPUS/
ERA/Mycite/Buku penyelidikan/Bab dalam buku penyelidikan dan lain-lain.

Laporan akhir Projek APEX Pearl: Kumpulan Penyelidikan (R1) 21

Penilaian terhadap sumbangan yang setara untuk semua penerbitan dan
penyelidikan yang berimpak.
ix. Item 9
Agenda nasional harus memberikan keutamaan yang saksama kepada bidang
penyelidikan sains dan sastera. Kesetaraan antara bidang tujahan perlu dilaksanakan
pada peringkat kebangsaan/kementerian.
x. Item 10
Membudayakan program mentor-menti antara pensyarah senior dengan pensyarah
junior, dan pensyarah junior boleh memilih mentor dari PTJ lain. Program mentor-
menti secara rasmi perlu dilaksanakan dan pensyarah muda diberi peluang untuk
memilih mentor yang bersesuaian dengan keperluan mereka.
Hasil analisis FDM ini akan digabungkan dengan dapatan daripada temu bual pakar luar untuk
menghasilkan pelan tindakan strategik yang berintegrasi dan lestari. Pakar luar yang terdiri
daripada individu yang mempunyai pengalaman yang meluas dalam mentadbir urus isu
akademia dan penyelidikan secara khusus dikenal pasti. Rajah 3.1 menunjukkan rumusan yang
diperoleh berdasarkan temu bual yang dijalankan.

Rajah 3.1 Rumusan Pendapat Pakar Luar
Tiga faktor utama yang diketengahkan oleh pakar luar adalah seperti yang berikut:

i. Peranan universiti
ii. Peranan staf akademik
iii. Agenda universiti

Laporan akhir Projek APEX Pearl: Kumpulan Penyelidikan (R1) 22

Universiti memainkan peranan yang penting untuk memastikan setiap pensyarah diberi
peluang untuk menyumbang secara efektif dan lestari melalui penyelidikan berimpak
berdasarkan acuan masing-masing. Untuk ini, parameter penilaian prestasi staf akademik
bukan hanya berasaskan KPI, tetapi juga perlu mengambil kira KIP yang berfokuskan
kepakaran dan kecekapan individu atau PTJ dan bukannya one size fit all. Transformasi dalam
hal ini hendaklah dilaksanakan secara sistemik dan menyeluruh agar pengagihan sumber yang
adil dan saksama dapat dijalankan seiring dengan agenda APEX USM. Sistemik yang
dimaksudkan dalam konteks ini ialah transformasi yang hendak dilaksanakan itu hendaklah
melibatkan segenap lapisan warga universiti dari peringkat pengurusan tertinggi, pengurusan
dan pentadbiran, staf akademik sehingga staf sokongan dan akar umbi, prasarana, dasar
governan dan sumber. Pada masa yang sama, setiap PTJ seharusnya dinilai berdasarkan
kekuatan masing-masing, dan model pengukuran yang standard seharusnya dielakkan kerana
setiap individu dan PTJ mempunyai kekuatannya yang tersendiri yang hanya boleh dinilai
berasaskan keperluan bidang masing masing.

Selain itu, pihak pengurusan tertinggi perlu memastikan penyaluran maklumat kepada
penyumbang taruh dengan lebih jelas dan konsisten. Isu tentang maklumat tidak tepat atau
ketidaksampaian harus dielakkan. Di samping itu, seluruh warga USM harus bergerak seiring
dengan visi dan misi universiti serta agenda APEX supaya segala bentuk sumbangan itu sesuai
dengan aspirasi USM dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Oleh hal yang demikian,
setiap staf perlu peka pada hala tuju universiti seperti penghasilan penyelidikan yang berkualiti
dan berimpak dan melahirkan siswazah yang berupaya mengubah landskap sosioekonomi
masyarakat dan negara.

BAHAGIAN C: AMALAN MURNI, CADANGAN PELAN STRATEGIK,
KEKANGAN KAJIAN, IMPLIKASI KEWANGAN DAN RUMUSAN

AMALAN MURNI USM

Usaha dan prakarsa yang sedang diamalkan oleh USM seperti yang berikut
sesungguhnya banyak mendatangkan kesan positif dalam menggiatkan kemajuan penyelidikan
berimpak staf akademik:

[A] Penawaran Geran

1. Penawaran geran dalaman Trans RU dan RU Team bagi membudayakan penyelidikan
berkumpulan yang merentasi disiplin dengan melibatkan beberapa PTJ.

Laporan akhir Projek APEX Pearl: Kumpulan Penyelidikan (R1) 23

2. Penawaran Geran ‘Bridging’ dan ‘Bridging Incentive’ untuk projek berskala kecil.
3. Penawaran Geran Penyelidikan Jangka Pendek kepada pensyarah baharu.
4. Penawaran Geran Buku.
5. Penawaran Geran Penyelidikan Jangka Pendek kepada pensyarah senior yang tidak

mempunyai sebarang geran.

[B] Insentif Penerbitan

1. Tajaan biayaan paten oleh universiti.
2. Tajaan biayaan yuran penerbitan jurnal berindeks Q1-Q2 bagi kluster sains dan bukan

sains.

[C] Pengurusan Geran

1. Penilaian permohonan geran oleh jawatankuasa penilai peringkat PTJ sebelum
dimajukan ke peringkat universiti.

2. Pemakluman pembukaan permohonan geran-geran kebangsaan dan antarabangsa
melalui e-mel oleh RCMO.

3. Penganjuran taklimat permohonan geran kebangsaan seperti FRGS, LRGS dll.
4. Pelaksanaan sistem penilaian oleh pakar bidang pada peringkat PTJ untuk permohonan

geran FRGS 1/2021.
5. Penambahbaikan sistem dan tatacara permohonan kelulusan etika manusia/haiwan.

[D] Kenaikan Pangkat

1. Penawaran permohonan kenaikan pangkat mengikut laluan kerjaya berdasarkan tujahan
dan kecekapan.

2. Pengiktirafan kepada kriteria penerbitan dan sumbangan pensyarah kelompok sastera
dalam permohonan kenaikan pangkat.

[E] Pengurusan

1. Penurunan kuasa kepada PTJ untuk menetapkan KPI sasaran.

PELAN TINDAKAN STRATEGIK

Bagi memastikan kelestarian sumbangan penyelidikan berimpak dalam kalangan staf
akademik, diusulkan pelan tindakan strategik (Rajah 4.1 yang dipaparkan pada halaman
berikut) yang dibangunkan berdasarkan rumusan daripada semua analasis soal selidik dan temu
bual yang dijalankan terhadap staf akademik, pakar dalaman dan pakar luar.

Laporan akhir Projek APEX Pearl:

Rajah 4: Pelan Tindak

Kumpulan Penyelidikan (R1) 24

kan Strategik

Laporan akhir Projek APEX Pearl: Kumpulan Penyelidikan (R1) 25

Berdasarkan Rajah 4.1, dasar kerajaan, kementerian dan universiti yang mendasari
empat prinsip utama pelan tindakan strategik ini menjadi tunjang keseluruhan pelan tindakan.
Bagi menzahirkan intipati dan semangat setiap prinsip, satu set tindakan pelaksanaan
diusulkan. Dengan melaksanakan setiap set tindakan pelaksanaan ini, nescaya nilai
kepercayaan antara universiti dan staf, universiti dan komuniti, serta universiti dan industri
dapat diwujudkan.

Di samping itu, indeks kebahagiaan dalam kalangan staf akademik mahupun staf
pengurusan dan staf sokongan lain akan melonjak berikutan pengiktirafan yang diberikan
kepada setiap bentuk dan jenis sumbangan penyelidikan yang disumbangkan. Melalui amalan
3K, iaitu keterangkuman yang menyamaratakan sumbangan penyelidikan sains dan sastera,
kerencaman yang menyediakan kayu ukur yang aneka bentuk dan rupa, serta ketersendirian
yang memberikan pengiktirafan kepada keunikan sumbangan penyelidikan oleh setiap staf
akademik dijangkakan akan mempopularkan amalan nilai kesaksamaan. Di samping itu, indeks
produktiviti pasti melambung tinggi apabila transformasi berkesan berlaku dalam sistem
penyaluran maklumat dan pendapat dua hala serta sistem sokongan yang sedia ada.

KEKANGAN KAJIAN

Kekangan yang dihadapi semasa kajian ini adalah seperti yang berikut:

1. Untuk mengenal pasti magnitud ketidaksetaraan sumbangan penyelidikan berimpak
dalam kalangan staf akademik, kajian ini dimulakan dengan berdasarkan data
pensyarah yang tidak mempunyai penerbitan dalam jurnal berindeks pada tahun 2020
daripada Pusat Perancangan Institusi dan Strategik (IPSC). Disebabkan kekangan masa,
bahan yang dianalisis hanya terhad pada data tahun 2020.

2. Pensyarah yang dikatakan tidak menghasilkan makalah dalam jurnal berindeks dalam
data IPSC dikenal pasti dan dijadikan sebagai responden soal selidik. Namun, daripada
447 orang staf yang dikenal pasti, cuma 209 orang staf yang memberikan maklum balas.
Rentetannya, populasi ini berkemungkinan tidak memberikan gambaran sebenar
tentang isu yang diselidik.

3. Bilangan pakar dalaman dari kluster sains dan sastera yang menjadi responden kepada
soal selidik adalah tidak seimbang berikutan jumlah kluster sains sememangnya lebih
banyak daripada kluster sastera. Perkara ini mungkin menyebabkan cadangan
penyelesaian yang diterima daripada responden lebih memihak kepada kluster sains.

Laporan akhir Projek APEX Pearl: Kumpulan Penyelidikan (R1) 26

IMPLIKASI KEWANGAN

Pelan pelaksanaan yang diusulkan dapat dijalankan dengan memanfaatkan segala
sumber yang sedia ada tanpa melibatkan sebarang kos tambahan.

RUMUSAN

Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati bahawa isu ketidaksetaraan sebenarnya
tidak wujud dalam arena akademik kerana setiap staf akademik mempunyai caranya yang
tersendiri mengikut tujahan dan kecekapan mereka dalam memberikan sumbangan
penyelidikan yang berimpak. Walau bagaimanapun, dapatan daripada kajian ini turut tidak
menafikan bahawa terdapat sekelompok kecil staf akademik yang sememangnya tidak
memberikan sumbangan penyelidikan sepertimana yang diharapkan oleh Universiti.

Bagi melonjakkan keunggulan universiti dalam penyelidikan berimpak, perubahan
sistemik dengan melaksanakan strategi yang berkesan dan menyeluruh di universiti, di samping
penerapan nilai kepercayaan dan penekanan indeks kebahagiaan oleh universiti, serta
pemupukan kewajipan dan pemahaman yang jitu tentang amanah dan wawasan APEX dalam
kalangan staf akademik amatlah mustahak.

RUJUKAN

Fawzi, H. & Al-Hattami, A. (2017). Faculty Production of Research Papers : Challenges and

Recommendations. International Journal of Humanities and Social Science, 7(2),
221–228.

Fox, M. F. (1983). Publication Productivity among Scientists: A Critical Review. Social
Studies of Sciences, 13(2), 285–305.

Rørstad, K., & Aksnes, D.W. (2019). Publication rate expressed by age, gender and academic
position – A large-scale analysis of Norwegian academic staff. Journal of Informetrics,

9, 317-333.

Safnil Arsyad, Bambang Kaswanti Purwo, Katharina Endriati Sukamto & Zifirdaus Adnan

(2019). Factors hindering Indonesian lecturers from publishing articles in reputable

international journals. Journal on English as a Foreign Language, 9(1), 42-70

Valdivieso, P.A., Alecchi, B.A. & Arévalo-Avecillas, D. (2021). Factors that Influence the

Individual Research Output of University Professors: The Case of Ecuador, Peru, and

Colombia. Journal of Hispanic Higher Education, 1-19. DOI:

10.1177/15381927211008684

Zain, et al. (2011). Motivation for Research and Publication: Experience as a Researcher and

an Academic. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 18, 213-219.

Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka. https://prpm.dbp.gov.my

Miller, K., McAdam, R. & McAdam, M. (2016). A systematic literature review of university

technology transfer from a quadruple helix perspective: toward a research agenda.

R&D Management, 48(1), 7-24. https://doi.org/10.1111/radm.12228

Laporan akhir Projek APEX Pearl: Kumpulan Penyelidikan (R1) 27

Disediakan oleh:

Kumpulan Penyelidikan (R1)

Kelompok 2
Program APEX Pearl , Universiti Sains Malaysia

18 Mei 2021-6 Julai 2021


Click to View FlipBook Version