The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Mesyuarat Agung PIBG SM Raja Dr. Nazrin Shah 2022
27 JUN 2023
DEWAN TAN SRI RAMLI
11.00 PAGI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muhdhanz93, 2023-06-26 04:27:28

MESYUARAT AGUNG PIBG SM RAJA DR. NAZRIN SHAH KALI PERTAMA 2022

Mesyuarat Agung PIBG SM Raja Dr. Nazrin Shah 2022
27 JUN 2023
DEWAN TAN SRI RAMLI
11.00 PAGI

1


2 1. LOGO, VISI DAN MISI SEKOLAH 3 2. LAGU SEKOLAH 4 3. JAWATANKUASA PIBG SESI 2022/2023 5 4. JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT PIBG KALI PERTAMA 6 5. ATUR CARA DAN AGENDA MESYUARAT 8 6. MINIT MESYUARAT AGONG PIBG 2022 9 7. LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG 2022 18 8. PENYATA KEWANGAN BERAKHIR DISEMBER 2022 19 9. ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM 22 10. CADANGAN KUTIPAN BAYARAN PIBG 23 11. SENARAI USUL CADANGAN 24 12. PENCALONAN AJK PIBG SARJANA SESI 2023/2024 27 13. GPS SPM 28


3 SM RAJA DR. NAZRIN SHAH VISI SARJANA terbilang di negeri Perak menjelang 2025. MISI Melatih untuk beramal bagi melaksanakan tuntutan ilmu pengetahuan al-quran dan assunnah untuk merealisasikan nahwal imtiyaz.


4 Berdiri Megah Institusi Ummah Terbina Atas Fikrah Islamiah Membuka Wahana Hidup Bahagia Bertunjang Quran Dan Sunnah Di Dada Ilmu Dicari Seluas Saujana Tanpa Lelah Keringat Dikerah Sederap Melangkah Semangat Waja Demi Mencapai Impian Dan Cita SARJANA Kan Terus Maju Berbekal Matlamat Murni Yang Jitu Teguh Bersatu Usaha Dipadu Ke Arah Kecemerlangan Dipacu SARJANA Kan Terus Maju Seimbang Sukan, Seni Dan Ilmu Nahwal Imtiyaz Laungan Bergema SARJANA Cemerlang Kan Dgenggam Jaya Visi Dan Misi Disematkan Di Hati Merealisasi Wawasan Diri Insan Berintegriti SARJANA Kan Terus Maju Berbekal Matlamat Murni Yang Jitu Teguh Bersatu Usaha Dipadu Ke Arah Kecemerlangan Dipacu SARJANA Kan Terus Maju Seimbang Sukan, Seni Dan Ilmu Nahwal Imtiyaz Laungan Bergema SARJANA Cemerlang Kan Digenggam Jaya Nahwal Imtiyaz Laungan Bergema SARJANA Cemerlang Kan Digenggam Jaya SARJANA Nahwal Imtiyaz


5 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PENAJA PIBG SM RAJA DR. NAZRIN SHAH PENASIHAT : TN. HJ. AHMAD TAZALLY BIN MOHAMAD ZAIN, P.P.T (PENGETUA) IBU BAPA JAWATAN NAMA YANG DIPERTUA PIBG DATO’ DR. MOHD. NASIRUDDIN BIN OTHMAN NAIB YANG DI PERTUA PIBG EN. ABDUL RAHMAN BIN ABDUL HALIM PEMERIKSA KIRA-KIRA EN. AHMAD FAIZAL BIN HALIDI AJK EN. NOORSHYAFID BIN NURDIN AJK EN. SHARIFFUDIN BIN AHMAD AJK PN. FARIDAH BINTI HARUN AJK PN. FIRDAUS BINTI SHAARANI GURU JAWATAN NAMA SETIAUSAHA EN. AHMAD TARMIZI BIN ZOHARI PENOLONG SETIAUSAHA PN NOR ZAHIRAH BINTI HUSSIN BENDAHARI PN. SITI KHALILAH BINTI MOHAMAD TAROM PEMERIKSA KIRA-KIRA PN. HJH. NUR ROSALINA BINTI SAA’DULLAH AJK PN. NORLIDA BINTI IBRAHIM AJK EN. MOHAMAD MUHAIMIN BIN IDRIS AJK EN. MUHAMMAD AZIM BIN MOHAMMAD SHUHAIMI AJK PN. AZLINDA BINTI ABDUL RAHMAN AJK EN. KHAIRUL AMSYAR BIN AHMAD


6 AJK PELAKSANA Mesyuarat Agung PIBG Kali Pertama SM Raja Dr. Nazrin Shah PENYAMBUT TETAMU Tn. Haji Ahmad Tazally B. Mohd Zain (Pengetua) Semua Penolong Kanan Semua Ketua Bidang FLOOR MANAGER En. Mior Abdullah B. Abd. Aziz PENGACARA MAJLIS En. Abdul Qodir B. Asim (K) Nurhamizah Bt. Mat Isa BACAAN DOA En. Khairul Amsyar B. Ahmad PENDAFTARAN Cik Nurul Salma Bt. Hamdan (K) Pn. Azlinda Bt. Abdul Rahman Pn. Nor Zahirah Bt. Hussin PENCATAT MINIT MESYUARAT Pn. Norlisafina Bt. Sanit (K) Pn. Nor Azimah Bt. Mohd Khalis Cik. Hamidah Bt. Hamid Pn. Norharyati Bt. Abdul Hamid MAKANAN IBU BAPA Pn. Zamriyatul Akmam Bt. Azman (K) Pn Hedzlin Bt. Omar Pn. Noor Aziah Bt. Abd karim Pn. Siti Nurbalqis Bt. Ibrahim FOTOGRAFI DAN DOKUMENTASI Pn. Hamaiahtul Atika Bt. Ahmad Khiri (K) Cik Norhaslina Bt. Hamzah MAKANAN VIP Pn. Norainie Afizan Bt. Sulaiman (K) Pn. Jauharatud Dini Bt. Ahmad Zahedi CENDERAHATI Pn. Nolyda Bt. Ismail (K) Pn. Norlida Bt. Ibrahim


7 PERSIAPAN DEWAN (SEBELUM DAN SELEPAS) En. Muhammad Ehsan B. Rifai (K) Pn. Faizah Bt. Saroo Pn. Puteri Nor Aisyah Bt. Megat Mohd Hatim Pn. Umi Kalsom Bt. Ramli PENGURUS BACAAN IKRAR PELAJAR En. Suhaimi B. Md. Sujairi (K) Pn. Haniza Bt. Here BANNER/PROMOSI Pn. Noryawati Bt. Mohd Ariffin (K) Pn. Nurhaina Bt. Zulkepli TEKNIKAL/PA SISTEM En. Muhammad Afif B. Mohamad Sharipoddin (K) En. Muzhafar B. Parvis FRAME KEJAYAAN Pn. Nabilatul Husna Bt. Azlan Hasni (SPM) Pn. Hafsah Bt .Esa (STAM) LALU LINTAS & PARKING En. Sufian B. Ishak (K) En. Shah Rullizan B. Mohd Tamizi DISIPLIN & KAWALAN PELAJAR En. Muhammad Edrin Azwan B. Adnan (K) Pn. Hazreen Bt. Abdul Hamid BUKU PROGRAM En. Muhammad Hanif Bin Khairul Helmi (K) En. Muhammad Muhaimin B. Idris Pn. Atikah Bt. Muhd Rivai PENGURUS KELAS 5 SAINS – Pn. Fauziah Bt. zainuddin 5 PERNIAGAAN – Pn. Siti Khalilah Bt. Mohamad Tarom 5 EKONOMI – En. Muhamad Nazren B. At 5 DINI – En. Muhamad Azim B. Mohamad Shuhaimi STAM – En. Ahmad Tarmizi B. Zohari


8 ATURCARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG SM RAJA DR. NAZRIN SHAH KALI PERTAMA DAN MAJLIS AKU JANJI PELAJAR SPM DAN STAM TAHUN 2023 9.30 pagi : Pendaftaran Ibu Bapa (SPM dan STAM) 10.30 pagi : Pendaftaran Ibu bapa (Bukan SPM/STAM) 10.00 pagi : Majlis Aku Janji SPM dan STAM ✓ Alunan Pengerusi Majlis ✓ Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Perak ✓ Bacaan Doa ✓ Ucapan Tuan Pengetua ✓ Bacaan Ikrar 10.45 pagi : Ibubapa rehat dan bersedia didalam dewan. Pelajar keluar dewan dan berada di kelas masing-masing 11.00 pagi : Mesyuarat Agung PIBG SM Raja Dr. Nazrin Shah Agenda mesyuarat adalah seperti berikut : ✓ Aluan Pengerusi Majlis ✓ Ucapan Penasihat PIBG ✓ Ucapan Perasmian Yang Di Pertua PIBG ✓ Mesyuarat Agung PIBG bermula • Ucapan YDP PIBG SM Raja Dr. Nazrin Shah • Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung tahun 2021/2022 • Pembentangan aktiviti PIBG • Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Penerimaan dan perbelanjaan PIBG berakhir 31 Disember 2022 • Pembentangan analisis SPM 2022 & STAM 2022 • Pembentangan Anggaran Perbelanjaan Perancangan Akademik 2023/2024 • Program kecemerlangan Akademik Tingkatan 1-4, SPM dan STAM 2023/2024 • Pembentangan cadangan anggaran kutipan PIBG 2023/2024 • Membahas usul • Pemilihan Jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024 • Hal-hal lain • Ucapan penangguhan • Makan tengahari 12.30 tengahari : Perbincangan Target SPM STAM Ibu Bapa Bersama Guru (Frame Kejayaan SPM STAM) 1.30 tengahari : Bersurai


9 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 21 SEK. MEN. RAJA DR. NAZRIN SHAH TAHUN 2022 _______________________________________________________________ Tarikh : 3 Jun 2022 Hari : Jumaat Masa : 3.00 petang Tempat : Dewan Tan Sri Ramli SM Raja Dr Nazrin Shah Kehadiran : Ibu bapa = 204 orang Guru-guru = 45 orang 1. Ucapan Perasmi / Penasihat PIBG 1.1 Mengalu-alukan kedatangan ibu bapa ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-21. 1.2 Membentangkan pencapaian akademik iaitu SPM 2020. Terdapat peningkatan subjek. 1.2.1 GPS sekolah pada tahun 2020 ialah 2.77. 1.2.2 ETR SPM 2021 untuk GPS sekolah ialah 1.50 dengan bilangan pelajar target semua A ialah 13 orang. 1.2.3 Bagi ETR SPM 2022 pula untuk GPS sekolah ialah 2.13 dengan bilangan pelajar target semua A ialah 10 orang. 1.3 Bagi pencapaian kokurikulum, penyertaan pelajar mencapai peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Pihak sekolah mengharapkan ibu bapa memberi galakan kepada anak-anak untuk menyertai aktiviti kokurikulum. 1.4 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan 1.4.1 SM. Raja Dr. Nazrin masih dibawah urus tadbir negeri. Beralih ke SABK melalui proses yang panjang dan proses ini amat menggusarkan pihak sekolah kerana ada peruntukan yang perlu dipohon yang mana proses ini memakan masa terutama untuk membaiki kerosakan infrastruktur. Terima kasih atas keprihatinan Jaipk tentang masalah ini. Walau bagaimana pun dengan bantuan PIBG banyak masalah dapat diatasi. 1.5 Mengucapkan terima kasih kepada Yang Di Pertua PIBG atas kelulusan sumbangan bagi membantu aktiviti-aktiviti sekolah. Tindakan: Makluman


10 2. Ucapan YDP PIBG 2.1 Mengalu-alukan kedatangan semua ahli PIBG. Bersyukur ke hadrat Allah kerana dapat berhimpun untuk menjalani mesyuarat secara bersemuka pada kali ini walau pun pada awalnya dirancang secara atas talian untuk merencana aktiviti PIBG. 2.2 Ke arah Kemenjadian Murid 2.2.1 Telah diberi tanggungjawab sebagai YDP pada mesyuarat agung yang lalu. 2.2.2 Beberapa program dapat dibuat walaupun tidak sepenuhnya. Menegaskan PIBG adalah “support system” dalam pendidikan sekolah rendah dan menengah. Dalam mengorak langkah ke arah kecemerlangan, peranan ibubapa amat penting. 2.2.3 Menceritakan pengalaman beliau melawat Sekolah Ulu Rejang, Sarawak. Menaiki bot, melihat kedaifan sekolah tetapi ibu bapa bagi komitmen dan sokongan sepenuhnya semasa musim peperiksaan. Sekolah tersebut berjaya melahirkan pelajar-pelajar cemerlang setaraf dengan sekolah berasrama penuh dan MRSM. 2.3 Kejayaan Akademik 2.3.1 Mengharapkan ibu bapa memberi kepercayaan sepenuhnya kepada guru-guru mendidik. 2.3.2 Mengharapkan ibu bapa terlibat dalam program SARANA. Sumbangan boleh diberi sama ada dalam bentuk kemahiran, pengetahuan dan wang ringgit. 2.3.3 Bercadang membawa AJK guru dan AJK ibu bapa lawatan ke SMK Sabak Bernam untuk melihat prasarana sekolah tersebut dalam membantu kecemerlangan sekolah. 2.4 Prasarana 2.4.1 Memaklumkan telah berjumpa dengan Pengarah Jaipk dan berbincang tentang prasarana sekolah. 2.4.2 Memaklumkan telah berjumpa dengan Yang Berhormat Menteri Besar Perak dan ADUN Pasir Salak dan pihak mereka bersedia memberikan bantuan.


11 2.4.3 Memaklumkan beliau berusaha membawa Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Ismail bin Sabri untuk datang ke sekolah ini untuk meraih “labour”. 2.5 Penutup 2.5.1 Akhir kata Yang Di Pertua mendoakan agar usaha-usaha berterusan sekolah, program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik. 2.5.2 Melibatkan PIBG dalam semua aktiviti sekolah kerana yakin ibu bapa akan bagi sepenuh komitmen. 2.5.3 Mengucapkan Selamat Hari Guru pada murabbi yang bertungkus lumus mendidik anak-anak SARJANA. 2.5.4 Memohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap sepanjang menjadi Yang Di Pertua. 2.5.5 Mendoakan Tuan Pengetua dan isteri selamat berangkat menunaikan fardu haji dan semoga dianugerahi haji yang mabrur. 2.5.6 Mendoakan semua ibu bapa selamat pulang selepas habis mesyuarat. 2.5.7 Mendoakan semoga SARJANA menjadi sekolah terbaik pada tahun 2025. Tindakan: Makluman 3. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG Sarjana 2021 3.1 Pn Siti Nur Balqis binti Ibrahim membentangkan minit mesyuarat agung yang lalu bertarikh 25 September 2021 dan disahkan oleh En Masmi Shahril bin Abu Bakar serta disokong oleh En Mohamad Afzal bin Sapiin. Tindakan: Makluman 4. Pembentangan Laporan Aktiviti PIBG bagi tahun 2021 4.1 Pn Siti Nur Balqis binti Ibrahim membentangkan laporan aktiviti PIBG bagi tahun 2021. Dokumen ini telah disahkan oleh En Nur Syafiq Bin Nordin serta disokong oleh Pn Faridah Bt Harun. Tindakan : Makluman


12 5. Pembentangan dan Pengesahan Laporan Penyata Kewangan PIBG sesi 2021 5.1 Pn Siti Khalilah binti Mohamad Tarom membentangkan laporan kewangan PIBG yang berakhir 31 Disember 2021 dan disahkan oleh En Abdul Rahman serta disokong oleh Pn Noorainie Afizan binti Sulaiman. Tindakan : Makluman 6. Membentangkan usul 6.1 Air / Penapis Air 6.1.1 Pn Noor Raasiah binti Che Mat Razif menyatakan masalah berbangkit berkaitan air. Mohon penyelesaian segera kerana ianya sedikit sebanyak membuatkan emosi pelajar-pelajar terganggu. Terpaksa mengejar masa untuk mengangkat air untuk mandi dan membasuh. Jika perlu kutipan sekali lagi dibuat, mohon warkan segera kepada ibu bapa. 6.1.2 En Hairi Haizri bin Che Amat membangkitkan tentang isu ketiadaan air diasrama. 6.1.3 En Saiful Azzuan bin Aznam memohon menaik taraf sistem perpaipan di SARJANA. Yang kedua memasang penapis di setiap blok asrama aspuri dan aspura. 6.1.4 Pn Norhayati binti Ibrahim menyentuh tentang air dan semut Charlie. 6.1.5 Pn Nor Aziah binti Abdul Hamid memohon menyediakan mesin penapis air untuk setiap blok asrama. Respon Pengetua : a. Tuan Pengetua En Ahmad Tazally b. Mohamad Zain menyatakan bahawa bukan sahaja emosi pelajar terganggu tetapi juga emosi guru dan guru-guru yang tinggal di sini juga turut terganggu. Berkenaan dengan penggunaan wang sebanyak RM10,000 adalah untuk baik pulih paip dalam dinding aspura dan aspuri yang mana ia memerlukan kos yang tinggi. Kita telah tutup paip dalam dinding dan pasang paip di bahagian luar bangunan dan hasilnya bil air telah menurun dengan banyaknya. Terdapat juga sistem paip yang bermasalah di bangunan akademik. b. Tuan Pengetua menerangkan perjalanan aliran air dari luar sekolah akan ke tangki bawah. Apabila tangki bawah penuh rumah pam akan mengepam secara automatik akan pam air ke atas dan bila penuh kemudian akan menurun aliran air ke asrama dan sekolah. Memandangkan hari sabtu dan ahad pelajar berada di sekolah sepanjang hari dan dengan kehadiran ibu bapa yang melawat anakanak mereka maka berlaku masalah air kerana penggunaan air yang berterusan. Hari persekolahan pelajar berada di sekolah, jadi takungan air akan cepat penuh dan tiada masalah air berlaku bila pelajar kembali ke asrama.


13 c. Pihak sekolah telah memohon tambahan tangki junjung dan dalam perhatian pihak Jaipk. Kolah disediakan di aspura dan aspuri untuk menampung kekurangan air. 6.2 Penggunaan Telefon Bimbit / Laptop / Akses Internet 6.2.1 Puan Lailatul Kamar bt. Fie mencadangkan membawa telefon bimbit seperti telefon nokia biasa supaya mudah dihubungi. 6.2.2 Encik Fuad bin Wahari mencadangkan pelajar membawa laptop atau tablet untuk kegunaan sebagai alat untuk membuat rujukan seiring dengan perkembangan teknologi. 6.2.3 Encik Ahmad Mujahid bin Abdullah mencadangkan pelajar dibenarkan membawa telefon bimbit asas. 6.2.4 Noor Raasiah binti Che Mat memohon menyediakan ruang yang kondusif dan mencukupi untuk pelajar-pelajar mendapatkan maklumat terkini di hujung jari. Pelajar-pelajar akan ketinggalan berbanding pelajar sekolah lain dari segi maklumat berkaitan tugasan dan kerja khusus. Bagaimanapun, peraturan dilarang membawa telefon bimbit perlu diteruskan. Namun, pelajar-pelajar perlu diberi alternatif lain untuk mendapatkan maklumat dari sumber internet. Penyusulan jadual penggunaan ruang perlu dibuat agar semua pelajar dapat akses ke internet. Respon Pengetua : a. Pihak sekolah dapat mengesan 10 orang pelajar yang membawa telefon bimbit dan menggunakan aplikasi tiktok mandi di dalam kolah serta menyiarkan menerusi media sosial. Tindakan ini menyebabkan pihak sekolah melarang penggunaan telefon bimbit. b. Pihak sekolah telah menyediakan kemudahan telefon awam dan bukan satu keperluan yang mendesak untuk membawa telefon. c. Pihak sekolah telah menyediakan bilik akses internet. Walaubagaimana pun terdapat masalah internet yang perlahan. Respon PK HEM : a. Mengikut pekeliling KPM, KPM melarang membawa telefon bimbit bagi mengawal murid ketagih peranti digital. Pada 10 Mac telah keluar pekeliling yang menyatakan bahawa melarang pelajar membawa “handfon” walaupun SARJANA bukan SBP tetapi sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah berasrama sepenuhnya. Bermaksud pelajar sekolah ini semua duduk diasrama dan tiada pelajar yang berulang jadi pihak sekolah mengambil kira pekeliling tersebut yang tidak membenarkan pelajar membawa telefon bimbit.


14 b. Bangunan SARJANA dibina pada tahun 2000 sudah beroperasi selama 20 tahun dan terdapat masalah pendawaian elektrik menyebabkan asrama dan kelas ‘blackout’ kerana terdapat segelintir pelajar yang membawa telefon bimbit secara haram dan ‘charge’ di asrama. Baru- baru ini asrama mengalami masalah air kerana pam tidak boleh berfungsi disebabkan ‘blackout’. Masalah ‘blackout’ ini berlaku kerana ‘overload’ penggunaan elektrik. c. Pihak koperasi menjual “Kad Helloku”bernilai RM5 dan boleh ditambah nilai dengan harga RM3, RM5 dan RM10. Pembelian boleh dibuat sendiri oleh pelajar atau ibu bapa menghubungi pihak koperasi. Telefon awam telah disediakan di asrama, bangunan pentadbir dan di belakang dewan.. 6.3 Lain-lain 6.3.1 En Azri bin Johari menyatakan terlalu banyak akaun bayaran dan memeningkan. Jumlah bayaran juga terlampau tinggi. Mohon pertimbangan semula, 6.3.2 Puan Wan Norhuda binti Wan Idris mohon meletakkan peti cadangan ibu bapa di pondok jaga. 6.3.3 Pn Normadiah binti Mahidin membuat usul mengadakan kelas tafsir atau kuliah tafsir al-Quran untuk warga SARJANA. Kaedah pelaksanaan mengikut kesesuaian. Al-Quran adalah mukjizat, menjadi petunjuk, mempunyai jalan penyelesaian segala permasalahan hidup manusia. Tujuan al-Quran bukan sahaja untuk dibaca tetapi untuk difahami. Respon PK HEM : a. Cikgu Fadzilah menjelaskan bahawa pelajar diberi makan secara percuma 6x sehari dan tidak perlu membayar yuran makan. Tahun ini pihak SUK dan JAIPK sekali lagi menanggung sepenuhnya yuran makan. b. Cikgu Fadzilah menerangkan bahawa SARJANA mempunyai 3 akaun bank yang berbeza untuk memudahkan proses audit supaya setiap pengurusan kewangan tidak bercampur aduk dengan urusan kewangan bahagian lain. Respon Pengetua a. Pengetua menjelaskan bahawa jadual harian pelajar padat. Pada waktu pagi , pdpc berjalan seperti biasa manakala waktu petang , pelajar bersiap untuk kelas tasmik bagi sesi menghafal al-Quran dan mendalami ilmu al-quran. Pada waktu malam selepas solat maghrib pelajar akan bergerak ke kelas untuk kelas persediaan (PREP) sehingga pukul 10 malam. Para pelajar akan makan selepas solat isyak lalu pulang ke asrama . Masa pelajar adalah terhad.


15 7. Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG 2021 8.1 YDP PIBG telah membubarkan Jawatankuasa PIBG 2021/2022 dan mesyuarat diteruskan dengan pemilihan jawatankuasa yang baharu. Tindakan : Makluman 8. Lantikan Pengerusi sementara dan 2 orang juruaudit dalamam 9.1 Mesyuarat setuju untuk melantik YDP sebagai pengerusi sementara dan mengekalkan 2 orang juruaudit dalaman. Tindakan : Makluman 9. Pemilihan dan pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2022 9.1 En Masmi Shahril bin Abu Bakar telah mencadangkan agar Ahli Jawatankuasa yang lama dikekalkan untuk sesi yang seterusnya dan disokong sebulat suara oleh ahli-ahli PIBG. YDP PIBG : Dato’ Dr Mohd Nasiruddin bin Othman NYDP PIBG : Dr. Normadiah binti Mahiddin Pemeriksa Kira-kira : En, Ahmad Faizal bin Halidi AJK Ibu bapa : En. Abdul Rahman bin Abdul Halim : En. Noorshyafid bin Nurdin : En. Shariffuddin bin Ahmad : Pn. Faridah binti Harun : Pn. Firdaus binti Shaarani AJK Guru Setiausaha : Pn. Nor Zahirah binti Hussin Naib Setiausaha : Pn. Azlinda binti Abdul Rahman Bendahari : Pn. Siti Khalilah binti Mohamad Tarom Pemeriksa Kira-kira : Pn. Hajjah Nur Rosalina binti Saa’dullah Ajk Guru : Pn. Norlida binti Ibrahim : En. Mohamad Muhaimin bin Idris : En. Muhd. Azim bin Mohammad Shuhaimi : En. Mohd Afzal bin Sapiin Tindakan : Makluman


16


17


18


19


20


21


22 ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK SARJANA 2023/ 2024 BIL. PROGRAM ANGGARAN PERBELANJAAN TINGKATAN 1 1 Sentuhan Kalbu (Rm10 X 100) RM1, 00.00 2 Kem Jati Diri (Rm15 X 100 X 2) RM 3, 000.00 JUMLAH RM 3,000.00 Anggaran perbelanjaan per individu T1 = RM 3, 000 / 100 = RM 30 RM 30.00 TINGKATAN 2 1 Sentuhan Kalbu (RM10 X 100) RM1, 00.00 2 Kem Bimbingan Kasih (RM15 X 100 X 2) RM 3, 000.00 JUMLAH RM 3,000.00 Anggaran perbelanjaan per individu T2 = RM 3, 000 / 100 = RM 30 RM 30.00 TINGKATAN 3 1 Sentuhan Kalbu (RM10 X 100) RM1, 00.00 2 Kem Smart Sarjana (RM15 X 100 X 2) RM 3, 000.00 JUMLAH RM 3,000.00 Anggaran perbelanjaan per individu T3 = RM 3, 000 / 100 = RM 30 RM 30.00 TINGKATAN 4 1 Sentuhan Kalbu (RM10 X 67) RM 670.00 2 Kem Suci Diri (RM15 X 67 X 2) RM 2, 010.00 3 Kem Raising Star (RM200 X 19 Subjek) RM 3,800.00 JUMLAH RM 6, 480.00 Anggaran perbelanjaan per individu T5 = RM 6, 480 / 67 = RM 96 RM 100.00 TINGKATAN 5 1 Sentuhan Kalbu (RM10 X 71) RM 710.00 2 Kem Menggapai Bintang (RM15 X 71) RM1, 065.00 3 Motivasi Oleh Ydp Pibg RM 200.00 4 Seminar/ Bengkel Teknik Menjawab Siri 1 & 2 (RM200 X 19 Subjek X 2) RM 7,600.00 5 Program Peningkatan Kualiti i) Gerak Gempur (RM20 X 71) ii) Modul Kecemerlangan (RM580.00) RM 2,000.00 6 Rakan Aspirasi i) Insentif Rakan Aspirasi (RM385.00) ii) Modul Rakan Aspirasi (RM65 X 71) RM 5,000.00 7 Majlis Restu Ilmu & Penyerahan Alat Tulis (Rm5 X 71) RM 355.00 8 Pecutan Akhir RM 7,000.00 JUMLAH RM 23, 930.00 Anggaran perbelanjaan per individu T5 = RM 23, 930 / 71 = RM 337 RM 350.00 STAM 1 Insentif Rakan Aspirasi RM880.00 2 Teknik dan Bengkel menjawab Soalan Peperiksaan STAM RM2,000.00 3 Kem Mumtaz Sufi RM880.00 4 Kem Cemerlangan MUET RM300.00 5 Rehat Minda (Teluk Batik) RM500.00 JUMLAH RM4560.00 Anggaran perbelanjaan per individu STAM = RM 4,560 / 17 = RM 268 RM 300.00


23 CADANGAN KUTIPAN BAYARAN PIBG 2023 BIL TAJUK/JENIS KUTIPAN TING 1 (RM) TING 2 (RM) TING 3 (RM) TING 4 (RM) TING 5 (RM) STAM (RM) 1 Sumbangan PIBG 100.00 100.00 100.00 100.00 100.00 100.00 2 Kelas Al-Quran 150.00 150.00 150.00 150.00 80.00 - 3. Program kecemerlangan Akademik 30.00 30.00 30.00 100.00 350.00 300.00 4 Keselamatan, penyelenggaraan Kecil & keceriaan Asrama dan sekolah 50.00 50.00 50.00 50.00 50.00 50.00 Jumlah Besar 330.00 330.00 330.00 400.00 580.00 450.00 Nota: Anak pertama – RM100.00 Anak kedua – RM80.00 Anak ketiga – RM60.00


24 USUL MESYUARAT AGUNG PIBG KALI PERTAMA SARJANA 2023/2024 BIL PENCADANG USUL/CADANGAN 1. Faridah Binti Harun Muhammad Fauzul Mubin B. Mohd Fauzi (Tingkatan 3) 1. Kemudahan cashless yang pernah dicadangkan dulu kenapa masih tidak dilaksanakan hingga kini. 2. Outing tidak bermalam tidak perlu ikut hari, maksudnya ibubapa bebas bawa anak keluar sama ada hari Sabtu atau Ahad. 3. Cadangan perkhidmatan bas Arwana untuk anak-anak yang tinggal di Seri Manjung dan sekitarnya semasa pulang bermalam wajib bulanan. 2. Mohd. Zuki Abu Hasan Muhammad Arif Iman (Tingkatan 2) Adakan mesin air bertapis yang berbayar 20 sen seliter disekolah kerana cuaca panas lebih jimat dari membekal air mineral botol 3. Norhayati Bt. Sulaiman Muhammad Irfan Rusydi B. Mohd Tarmizi (STAM) Mohon pihak sekolah menyediakan jadual outing/balik kampung lengkap untuk setahun, bukan secara bulanan, bagi memudahkan perancangan ibubapa. 4. Ahmad Norzarudin B. Mat Nasir Ainur Haziqah Bt. Ahmad Norzarudin (Tingkatan 4) Kawalan keselamatan semasa mengambil dan menghantar pelajar di kawasan masjid perlu dikawal agar tidak sesak dilaluan tersebut. 5. Masni Shahril B. Abu Bakar Faiqah Mardhiah B. Masni Shahril (Tingkatan 5) 1. Diberi penghargaan kepada Jabatan Agama Islam Perak yang telah menyemai pendidikan Agama Islam bawah SMAN. 2. Kementerian Pendidikan meluluskan memperuntukan khas (one off) pembangunan dan pembaikan infrastruktur sekolah khususnya Bilik darjah, Bilik Asrama, Tandas/Hamam, Makmal, Perpustakaan, Pusat Sumber, Bilik Guru, Dewan Besar, Padang, Gelanggang Sukan dan Rumah Guru. 3. Usul penjenamaan semula dari aspek pembangunan fizikal terutama bangunan dan kemudahan. Penjenamaan status module pendidikan agar sejajar dengan perkembangan semasa 6. Saifol Mahyus B. Mohamad Noor Muhammad Safaraz B. Saifol Mahyus (Tingkatan 1) 1. Penyelenggaraan sekolah ditambah baik 2. Pembinaan pondok menunggu di hadapan asrama 3. Mesin dobi di kawasan asrama 4. Penambahbaikan masjid 5. Kokurikulum seni bela diri 6. Penambahbaikan pakaian sekolah (Tshirt, Tali leher, Baju batik, dll)


25 7. Noorshyafid B. Nurdin Ain Balqis Sumayyah (Tingkatan 4) Mewujudkan program usahawan muda, pendedahan awal untuk anak anak berniaga 8. Pn. Hjh Ismila Bt. Hj Che Ishak Putera Muhammad Qhadri Izz B. Iswan (Tingkatan 1) 1. Mohon diadakan satu sesi suai kenal di antara ibu bapa bersama semua guru, ustaz dan ustazah bagi kelas anak terutamanya Pelajar Tingkatan 1. 2. Mohon diadakan gotong royong bersama semua ibu bapa bagi meningkatkan kebersihan umum di SARJANA seperti kebersihan tandas, tandas tersumbat, asrama, bilik kelas, dewan makan dan lain-lain 3. Mohon juga untuk mengecat semula bangunan, kelas, masjid dan kecerian SARJANA. 4. Mohon juga untuk dibaiki pembocoran paip bomba, kipas, lampu yang rosak di SARJANA. 5. Mohon diadakan TABUNG WAKAF dan INFAK dan diletakkan di luar masjid @ boleh kelihatan bagi memudahkan ibu bapa untuk bersedekah. Semoga semua usaha kita diberkhati. Aamin 6. 9. Masyitah Bt. Md Yusop Nur Damia Irdina Bt. Hazmi (Tingkatan 3) Masalah selalu ketiadaan dan kekurangan air 10.Rafitah Bt. Omar Mirza Syakirah Adriana Bt. Azhar (Tingkatan 2) Mohon agar pertukaran murid di Asrama tidak dilakukan dengan kerap,kerana jika dilakukan dengan kerap akan memberi tekanan dan gangguan emosi kepada murid kerana perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran dan kawan -kawan baru 11.Nazriyah Bt. Hussein Aisyah B. Meor Abdul Radzak (Tingkatan 3) Saya mencadangkan agar pihak sekolah memanggil Pusat Kesihatan Daerah untuk membuat semburan semut Charlie di asrama puteri dan memasang jaring halus pada lubang jaring yang besar. Bagi murid yang kulit sensitif agak terkesan apabila terkena cairan semut tersebut dan meninggalkan kesan yang agak teruk sehingga kulit melecet dan gatal. Kesan yang ketara meninggalkan parut yang tidak hilang 12.Nor Suhaida Bt. Osman Muhammad Darwisy Aqeef B. Mohd Asrul (Tingkatan 1) Kelas tambahan untuk pelajar Tingkatan 1 terutama subjek baru KBD


26 13.Mohd. Asrul Adam Muhammad Darwisy Aqeef B. Mohd Asrul (Tingkatan 1) 1. Penyelenggaran kemudahan asas secara berkala seperti tandas di masjid, mesin air dilihat tidak diselenggara dengan baik 2. Kebersihan dan keceriaan persekitaran sekolah 3. Kemudahan di sekolah tidak dijaga dan diselenggara dengan baik 4. Diharap dapat memohon pihak sekolah mendapatkan peruntukan jabatan pendidikan negeri untuk penggantian dan pembaikan aset dan infrastruktur yang telah uzur 5. Kemenjadian pelajar - kelas tambahan utk pelajar Tingkatan 1 utk subjek KBD 14.Zaharin B. Salihodin Muhammad Faiz Zakwan B. Zaharin (Tingkatan 2) 1. Mohon bantuan pengangkutan sekolah untuk ke stesen bas ataupun ke ETS untuk pelajar pulang bercuti yang tinggal jauh dengan bantuan lebih kerap. 2. Mohon untuk pengangkutan membawa pelajar-pelajar yang hendak outing membeli barang perkakas makanan yang tiada pengangkutan untuk keluar. 3. Mohon perbaiki public phone sekolah yang mempunyai permasalahan apabila pelajar menghubungi ibubapa, talian tersebut berbunyi dan rosak tidak didengari. 15.Mohd Al Hafiidz B. Al Bakri Ahmad Al Haikal B. Mohd Al Hafiidz (Tingkatan 3) Beri penekanan soal adab kpd para pelajar. Contohnya : 1. Beri salam ketika berselisih dgn orang yg lebih tua terutama org luar (ibu bapa). 2. Memakai kopiah & jubah / kurta / baju melayu ketika solat di masjid terutama sekali imam. (Saya lihat sblm ni ada imam yang tak pakai kopiah, pakai t-shirt yg ada gambar & tulisan yang mengganggu makmum di belakang) * Hidupkan amalan bacaan Quran & Hadith berkaitan kelebihan solat, quran, zikir dan sebagainya supaya para pelajar bermotivasi melakukan amalan² tersebut 3. Wujudkan amalan tazkirah selepas solat Asar sekitar 5 - 10 minit bg melatih para pelajar bercakap di depan khalayak ramai. (Buat jadual waktu tazkirah) 16.Marzuan B. Omar Nur Aqilah Mahsuri B. Marzuan (Tingkatan 3) 1. Percepatkan proses penambahbaikan masalah air di SARJANA 2. Bagaiman nak atasi masalah serangga kecil semut charlie yg menggigit anak2. 3. Jika boleh pulang bermalam 2 minggu sekali 17.Ahmad Syukri B. Ahmad Tajuddin Ahmad Darwisy Nawfal B. Ahmad Syukri (Tingkatan 1) Keadaan tandas di Masjid kurang memuaskan. 18.Mohd. Rahim Khamis Anis Sabrina (Tingkatan 2) Isu keselamatan anak2 di asrama


27 PENCALONAN AJK PIBG SARJANA SESI 2023/2024 YDP PIBG :____________________ NYDP PIBG :____________________ Pemeriksa Kira-kira :____________________ AJK Ibu bapa :____________________ :____________________ :____________________ :____________________ AJK Guru Setiausaha :____________________ Naib Setiausaha :____________________ Bendahari :____________________ Pemeriksa Kira-kira :____________________ Ajk Guru :____________________ :____________________ :____________________ :____________________ :____________________


28


Click to View FlipBook Version