The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by joymybae, 2021-04-04 10:47:53

Pengucapan Awam & Protokol

buku pengucapan awam

1
ii

ISI KANDUNGAN

Bab Perkara Mukasurat

1 Pendahuluan 3
i. Maksud Pengucapan Awam 3
ii. Maksud Protokol 4
iii. Siapa Yang Perlu Mahir Dalam Pengucapan Awam & 5
Kepentingannya
6
2 Ciri-ciri Pengucapan Awam Yang Cemerlang 8
3 Tip-tip Pengucapan Awam Yang Berkesan 10
4 Penutup

2
ii

BAB 1 : PENDAHULUAN

1.1 MAKSUD PENGUCAPAN AWAM

Dipetik daripada karya Maimunah Osman berjudul “Pengucapan Awam Yang
Berkesan” (2000) , pengucapan awam dapat didefinasikan sebagai sebuah
interaksi penyampaian mesej antara seorang pengucap dan seorang atau
sekumpulan pendengar.
Secara umumnya, pengucapan awam ialah ucapan didefinasikan sebagai
satu bentuk saluran komunikasi pertuturan dan merupakan jenis karangan
berformat yang menggunakan teks bertulis sebagai landasan
penyampaiannya. Ucapan juga merupakan medium untuk menyampaikan
mesej kepada umum melalui pemberian ucapan tersebut sahaja. Ucapan
yang disampaikan dapat difahami sebagai komunkasi secara sehala yang
melibatkan proses pelahiran idea secara lisan yang diujarkan berdasarkan
tema atau agenda majlis dan disampaikan secara individu kepada khalayak
ramai untuk mencapai matlamat serta tindakan sesuatu.
Menurut sumber yang lain , pengucapan awam juga dapat diklasifikasikan
sebagai suatu kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap individu. Kemahiran
berucap juga memerlukan komitmen yang sangat tinggi dan latihan yang
konsisten untuk memastikan seseorang itu benar-benar menguasai
kemahiran ini dengan cemerlang.

3
ii

1.2 MAKSUD PROTOKOL

Protokol dalam sesuatu majlis yang dilangsungkan biasanya bertujuan untuk
menetapkan penghormatan yang diberikan kepada seseorang tetamu
kehormat dan para jemputan , di samping menetapkan peraturan yang perlu
diikuti dan dipatuhi oleh penganjur sesuatu majlis.
Protokol juga merupakan peraturan yang diterima oleh semua pihak dalam
hubungan antarabangsa, hubungan harian dalam masyarakat, istiadat atau
majlis.
Antara elemen protokol dalam sebuah majlis formal mahupun tidak formal
ialah:

• Susunan keutamaan
• Darjah kebesaran
• Panggilan hormat
• Susunan tempat duduk
• Susunan bendera

4
ii

1.3 SIAPA YANG PERLU MAHIR DALAM PENGUCAPAN AWAM
DAN KEPENTINGANNYA

Kemahiran pengucapan awam ini seharusnya dikuasai oleh para pimpinan
masyarakat , organisasi , agensi-agensi kerajaan dan swasta tetapi juga
individu yang sentiasa berdepan dengan orang ramai yang memerlukan ia
berkomunikasi dengan lebih dari seorang.Seseorang itu harus
mempersiapkan diri bagi menghadapi sesuatu keadaan dan sentiasa bersikap
optimis kerana sikap yang gemuruh boleh memberi kesan yang tidak baik
kepada perucap (speaker).

Antara kepentingan dalam memiliki kemahiran berucap yang cemerlang di
khalayak awam ialah kita dapat:

✓ Memudahkan penerimaan idea dan dapat meluaskan pengaruh
seseorang

✓ Membantu meningkatkan kerjaya seseorang di alam pekerjaan
✓ Mempromosikan bisnes
✓ Memudahkan idea disampaikan kepada ramai orang dalam jangka

masa yang pendek
✓ Membantu sesuatu keputusan dibuat dengan lebih mudah dan tepat
✓ Memberi semangat kepada pihak audiens dalam melakukan sesuatu

tindakan
✓ Membantu seseorang berfikir secara tepat , cekap , imaginatif dan

kritis
✓ Meningkatkan keupayaan daya ingatan
✓ Meningkatkan keyakinan , keterampilan dan kepimpinan diri

seseorang.

5
ii

BAB 2 : CIRI-CIRI PENGUCAPAN AWAM YANG
CEMERLANG

Antara ciri pengucapan awam yang cemerlang ialah pihak pengucap sentiasa
menampilkan diri dengan pakaian yang sesuai dengan majlis dan
kemas. Hal ini patutlah dititikberatkan oleh pihak pengucap bagi memastikan
pematuhan protokol acara atau majlis yang telahpun ditetapkan.

Selain itu, pengucapan awam yang cemerlang memerlukan seseorang
pengucap itu berdiri dengan selesa dan tenang sambil menampilkan
ekspresi muka yang penuh keyakinan. Ini juga amat penting bagi
menonjolkan keyakinan dan kelayakan dimiliki oleh seorang pemberi ucapan
tersebut dan memberi keyakinan kepada pihak audiens untuk menyertai sesi
diskusi bersama mereka.

Di samping itu , pengucapan awam yang cemerlang juga bergantung kepada
nada dan intonasi yang digunakan sepanjang sesi perkongsian. Nada
dan intonasi haruslah bersesuaian dengan etika dan protokol sesebuah majlis
tersebut. Seperti contoh , nada yang ceria dan melonjakkan semangat sangat
sesuai diguna pakai ketika menjadi pengacara majlis untuk kejohanan sukan .
Manakala ketika majlis yang formal dan berdurasi panjang pula , intonasi
yang jelas dan tidak membosankan sesuai digunakan agar pihak audiens
sentiasa merasa seronok mendengar pihak pengucap sehingga akhir majlis
diskusi tersebut.

Seterusnya , seorang pengucap yang cemerlang juga sentiasa
menggunakan alat bantuan pemahaman seperti gambar , video , slideshow
atau mana-mana bahan yang bersesuaian semasa berucap di khalayak
ramai. Ini dapat membantu para pendengar dan menonton lebih faham akan
mesej yang cuba disampaikan oleh pihak yang berucap.

Untuk berucap di khalayak ramai dengan cemerlang , pihak pengucap
tersebut juga haruslah kreatif dalam menyusun atur ucapan yang bakal
disampaikan. Susunan yang lebih teratur pada perkara yang bakal
dibincangkan dapat memudahkan penyampai ucapan membentangkan
agenda yang perlu dibincangkan. Tambahan pula , lawak jenaka atau cerita-
cerita ringkas yang menarik boleh dilampirkan sekali agar para audiens lebih
tertarik untuk memberikan perhatian kepada perkongsian yang disampaikan.

6
ii

Akhir sekali , pengucapan awam yang cemerlang juga mementingkan
penglibatan para audiens semasa sesi perkongsian. Hal ini dapat dapat
dipratikkan dengan memberi hadiah kepada pendengar yang bertuah ,
membuat sesi soal jawab atau sesi selingan yang mampu mencuit hati para
audiens. Ini merupakan perkara yang boleh diaplikasikan sebagai tanda
penghormatan kepada kerana sudi meluangkan masa menghadiri sesi
perkongsian yang dijalankan.

7
ii

BAB 3 : TIPS-TIPS PENGUCAPAN AWAM YANG
BERKESAN

Penyampaian ucapan yang jelas dan menarik akan menimbulkan rasa
bersemangat dan menarik akan menimbulkan rasa bersemangat dan
keinginan kepada pendengar untuk mendengar apa yang diperkatakan oleh
seorang pengucap. Berikut adalah antara tips yang boleh digunapakai untuk
memastikan pengucapan awam yang disampaikan berkesan dan lancar:

• Tampil ke hadapan dengan yakin. Keyakinan diri digabung bersama
ekspresi muka dan body language yang baik akan memaparkan
kewibawaan dan kredibiliti seorang pengucap. Ini juga membolehkan
mesej dapat disampaikan dengan berkesan

• Penampilan diri yang kemas. Tindakan ini mampu memberikan
kesan positif kepada pendengar.Malah , pengucap juga akan rasa
lebih dihormati dan yakin untuk menyampaikan ucapan dan berkongsi
aura yang positif dengan para pendengar

• Persediaan mental dan fizikal. Persediaan fizikal merangkumi
penyediaan bahan ucapan dan keterampilan diri sebelum berucap
manakala persediaan mental pula sentiasa bersedia menghadapi apa-
apa halangan atau cabaran yang bakal berlaku semasa berucap.

• Menyediakan kerangka ucapan.Lebih mudah apabila rangka ucapan
anda dalam bentuk butiran ringkas (point form) untuk membantu
pengucap mengingati apa yang hendak disampaikan. Teknik ini dapat
membantu pengucap dapat berucap dengan selesa dan yakin.

• Bahasa badan yang menyokong lisan. Pergerakan badan , muka
dan tangan boleh menarik perhatian pendengar dengan memberi
kefahaman sepantas kilat kepada pendengar mengenai mesej yang
cuba disampaikan pengucap.

• Cipta hubungan mesra dengan pendengar. Gunakan kemahiran
“eye contact” atau pertentangan mata yang mesra dengan pendengar.
Seeloknya, pandang semua pendengar yang ada dari setiap sudut .
Elakkan daripada memandang ke arah satu objek atau ke satu arah
sahaja.Tindakan ini menunjukkan kekurangan dalam keyakinan diri
untuk berucap.

• Kawal suara dengan bijak. Penggunaan suara ketika berucap
mengikut situasi mesej yang cuba disampaikan. Suara ditekankan
apabila sesuatu yang diperkatakan itu perlu dinyatakan secara
bersemangat. Suara yang lantang pula digunakan bagi mengukuhkan

8
ii

hujah dan memberi keyakinan kepada para pendengar apa yang cuba
disampaikan
• Atasi gugup dan gemuruh di pentas. Gemuruh pentas adalah
perkara yang biasa. Kawal gemuruh dengan baik secara psikologi ,
fizikal dan kaedah rohaniah dan spiritual. Perasaan gemuruh akan
surut sedikit demi sedikit selepas beberapa ketika pengucap berucap
dan akan hilang seterusnya.
• Jangan memegang barang di tangan semasa berucap.
Kebanyakan pengucap akan memegang pensil , nota , buku atau
seumpama dengannya untuk mengurangkan rasa gementar di pentas.
Hal ini boleh menyebabkan pendengar akan memberikan tumpuan
kepada perbuatan pengucap dan bukan mesej yang cuba
disampaikan.
• Jangan bercakap terlalu laju. Jika seseorang pengucap itu berucap
dengan laju , ini akan lagi menyukarkan para pendengar memahami
mesej yang cuba disampaikan oleh pengucap. Kawal kelajuan tutur
kata ketika berucap agar para pendengar dapat mentafsir dan
memahami isi-isi yang dikongsikan oleh pengucap.
• Buat persembahan seolah-olah dalam perbualan seharian.
Berucap sambil mewujudkan perhubungan mesra dengan pendengar
disamping dapat memantau reaksi mereka. Elakkan diri daripada
sentiasa merujuk teks kerana para pendengar mungkin akan merasa
bosan dan tidak fokus pada isi pengucapan. Penyampaian yang lebih
santai dan bersahaja mampu menarik perhatian lebih ramai audiens.

9
ii

BAB 4 : PENUTUP

Kesimpulannya , kita harus mengambil cakna akan kelebihan dimiliki
sekiranya kita mempunyai kemahiran pengucapan awam yang cemerlang.
Kemahiran pengucapan awam ini dapat membantu bukan sahaja dalam
memberi ucapan di khalayak ramai malah dapat melonjakkan keyakinan
dalam diri kita untuk berhadapan dengan sesiapa pun pada masa hadapan.
Kemahiran pengucapan awam ini juga dapat membantu kita untuk bertindak
secara professional dalam menyampaikan sesuatu di khalayak orang ramai.
Akhir sekali, kemahiran pengucapan awam ini dapat membantu kita dalam
menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian kita tanpa mengira masa,
tempat ataupun situasi. Ini telah menunjukkan bahawa kemahiran
pengucapan awam amat penting untuk dikuasai oleh setiap insan kerana
banyak kepentingan dan kelebihannya.

10
ii

11
ii


Click to View FlipBook Version