The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN AKHIR 2018 SKKP

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SK Kuala Penor official, 2018-12-25 09:13:22

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN AKHIR 2018 SKKP

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN AKHIR 2018 SKKP

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN AKHIR 2018
SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA PENOR, 25150 KUANTAN, PAHANG

TARIKH : 22 NOVEMBER 2018 (KHAMIS)
MASA : 2.15 PETANG
TEMPAT : BILIK GERAKAN

HADIR :

1. En Md. Din Bin Muhammad Arifin.,PKC Guru Besar
2. Pn Haslinda Binti Misran GPK Pentadbiran
3. Pn Zawiah Binti Mohamed GPK HEM
4. En Zaimi Bin Hussin GPK KK
5. Pn Najihah Binti Hashim
6. Pn Rosmuni Binti Wahab
7. Pn Hjh Norhafeshah Binti Abdullah
8. Pn Noorul Atiqah Binti Abdullah
9. Pn Roziah Binti Abdullah
10. Pn Safura Binti Sharif
11. Pn Juliana Binti Zakaria
12. Pn Norizan Binti Bakar
13. Pn Zarina Binti Hamat
14. Pn Sharifah Nawaitul Aqsyah Binti Sy Rahman
15. En Azman Bin Amir
16. En Shahrin Bin Shahdan
17. En Mohd Musaddik Bin Mokhtar
18. En Syed Mudzaffar Bin Sy Badiuzaman
19. En Mohd Faisal Bin Hasami
20. En Rosli Bin Mohd Nasir
21. En Che Rosenizam Bin Che Omar

AGENDA

1. Ucapan Pengerusi
2. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat
3. Perkara-perkara Berbangkit
4. Persediaan Akhir Tahun 2018
5. Perancangan Tahun 2019
6. Hal-hal Lain

AGENDA:

1. Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir pada mesyuarat kali
ini. Mesyuarat diadakan bertujuan menyemak kerja-kerja sebelum bercuti.

2. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat
Disahkan oleh : En Syed Mudzaffar Bin Sy.Badiuzaman
Disokong oleh : En Azman Bin Amir

3. Perkara Berbangkit
Tiada perkara berbangkit

4. Persediaan Akhir Tahun 2018

4.1 Serahan tugas akhir tahun perlu dibuat sebelum cuti persekolahan bermula.
4.2 Semua guru perlu menyatakan alamat terkini semasa cuti persekolahan dan serahkan

kepada PO. Pastikan nombor telefon yang dicatat adalah nombor yang aktif agar mudah
dihubungi ketika diperlukan.
4.3 Buku Rekod Mengajar (BRM) perlu disiapkan dan hantar selewat-lewatnya pada
29/11/2018 (Khamis) di Bilik Gerakan.
4.4 Buku teks yang digunakan oleh guru perlu dihantar semula ke Bilik Boss.
4.5 Segala peralatan dan barangan sekolah perlu dipulangkan ke tempat asal.
4.6 Kerja-kerja memindahkan barangan ke Bilik Guru baharu akan dijalankan pada esok hari
(24/11/2018) dengan bantuan murid.
4.7 Kunci-kunci bilik khas perlu diserahkan ke pejabat sebelum cuti persekolahan bermula.
4.8 Jadual bertugas bagi GPK diperuntukkan sebanyak 3 minggu sepanjang cuti
persekolahan. GPK akan bertugas secara bergilir-gilir bermula dari hari Isnin hingga
Khamis dari jam 9.00 pagi sehingga 1.00 tengah hari.
4.9 Sumbangan PIBG yang masih belum dilunaskan adalah terdiri daripada 14 buah
keluarga.
4.10 Semua fail panitia perlu dihantar dan diletakkan di Bilik Gerakan.

4.11 Guru perlu siapkan takwim, minit mesyuarat panitia masing-masing semasa cuti
persekolahan dan hantar ke pejabat selewat-lewatnya pada minggu ke-3 cuti

persekolahan. Sila pastikan tarikh takwim adalah mengikut takwim persekolahan tahun
2019.

4.12 Pastikan susun bidang mengikut hari yang telah ditentukan seperti berikut:

Kurikulum : Hari Selasa

Kokurikulum : Hari Rabu

HEM : Hari Khamis

4.13 Mesyuarat Guru Bil 1/2019 akan diadakan pada 26 Disember 2018 (Rabu) bertempat di
Villaku Chenta, Kg Cherok Paloh.

4.14 Hari Pendaftaran Tahun 2-6 dan Hari Pembelian Alatan dan Keperluan Sekolah 2019
akan diadakan pada 27 Disember 2018 (Khamis). Pendaftaran murid diadakan di kantin
sekolah manakala pembelian alatan dan keperluan sekolah dijalankan di Kedai Buku.

4.15 Ketua Panitia akan bentangkan takwim masing-masing ketika mesyuarat Kurikulum,
HEM dan Kokurikulum yang akan dijalankan pada 28 Disember 2018.

4.16 Hari Orientasi Tahun 1 2019 dan pendaftaran Pra sekolah akan diadakan pada 31
Disember 2018 (Isnin).

4.17 Mesyuarat Panitia mata pelajaran akan diadakan dalam minggu pertama persekolahan.

(2-7 Januari 2019).

Tindakan/makluman: semua guru yang terlibat.

5. Perancangan Tahun 2019

5.1 Pembahagian tugas-tugas guru mengikut bidang: pentadbiran, kurikulum, HEM dan
kokurikulum telah dibentangkan oleh Guru Besar. (Rujuk lampiran)

5.2 Pemakaian baju beruniform guru pada minggu pertama setiap hari Rabu diperuntukkan
untuk TKRS. Manakala pada minggu kedua dan seterusnya dibenarkan untuk memakai
baju unit beruniform lain, baju koperat sekolah dan baju koperat KPM.

5.3 Kelas PROTIM untuk murid tahun 4-6 masih diteruskan dan diuruskan oleh Guru
Pemulihan Pn Sharifah Nawaitul Aqsyah binti Sy. Rahman.

5.4 Kelas KAFA akan dibuka dari tahun 1-5 untuk murid-murid yang tinggal berhampiran
sekolah (Kg Hijrah, Kg Penor).
Sebagai permulaan fasa 1, kelas KAFA akan dibahagikan kepada 3 buah kelas.

Tahun 1 dan 2 : menggunakan Kelas Tahun 1

Tahun 3 dan 4 : menggunakan Kelas Tahun 2

Tahun 5 : menggunakan Kelas Tahun 2

Guru KAFA yang sedia ada di SK Kuala Penor adalah seramai 2 orang. Pada tahun 2019
akan ada tambahan seorang guru KAFA .

Guru Besar berhasrat untuk menjadikan KAFA SK Kuala Penor sebagai KAFA SK
contoh di Kuantan.

5.5 Jawatankuasa Pengurusan Bilik Khas diwujudkan. Semua bilik darjah adalah bilik khas.

Bilik Sains : Pn Zarina Binti Hamat

Bilik Gerakan : Pn Hjh Norhafeshah Binti Abdullah

Bilik Guru : Pn Juliana Binti Zakaria

Makmal Komputer : En Shahrin Bin Shahadan

Bilik RBT : En Rosli Bin Mohd Nasir

Bilik Pemulihan : Pn Sharifah Nawaitul Aqsyah Binti Sy. Rahman

Dewan : En Che Rosenizam Bin Che Omar

Surau : Pn Safura Binti Sharif

Bilik PJK : En Faisal Bin Hasami

Bilik Sukan : En Faisal Bin Hasami

Bilik j-QAF : Pn Safura Binti Sharif

Bilik Kesihatan : Pn Noorul Atiqah Binti Abdullah

Bilik Muzik : En Syed Mudzaffar Shah Bin sy. Badiuzaman

Bilik Boss : Pn Sharifah Nawaitul Aqsyah Binti Sy. Rahman

Bilik Pekerja Swasta : Pn Hjh Norhafeshah Binti Abdullah

Bilik Jaga : En Che Rosenizam Bin Che Omar

5.6 Guru Besar berpesan agar semua guru,staf dan kakitangan sekolah agar dapat amalkan
solat zohor berjemaah di surau. Beliau juga menegaskan supaya imarahkan surau agar
mendapat barakah.

5.7 Guru Besar menyatakan hasrat agar 2 waktu terakhir di dalam jadual waktu
diperuntukkan untuk subjek Pendidikan Islam.

5.8 Bermula tahun 2019, Guru Besar mahukan wujudnya suasana islamiyyah di SK Kuala
Penor dimana pada setiap pagi diperdengarkan bacaan ayat Al-Quran.

5.9 Pn Zarina memaklumkan bahawa PPD mengarahkan agar sekolah mewujudkan
jawatankuasa maklumat sekolah.

5.10 Pn Roziah turut memaklumkan agar sekolah mewujudkan jawatankuasa PAK21 dan
jawatankuasa PLC.

5.11 Guru Besar memaklumkan bahawa guru KAFA turut sama terlibat di dalam KGKT SK
Kuala Penor yang mana mereka merupakan ahli bersekutu sekolah.

5.12 Segala urusan jual beli barangan milik guru mesti melalui Kedai Buku.

5.13 GPK Kokurikulum mengingatkan agar semua guru dapat melengkapkan laporan dan
tanda tangan buku PAJSK murid sebelum bercuti.

Beliau turut mencadangkan agar aktiviti Kokurikulum pada setiap hari Rabu hanya
diwajibkan kepada murid Tahun 4-6. Semua guru bersetuju dengan cadangan tersebut.

Cadangan beliau seterusnya aktiviti sukan dan permainan dijalankan pada sebelah pagi
iaitu pada waktu pertama dan kedua setiap bulan minggu ke-3. Dipersetujui oleh semua
guru.

5.14 GPK HEM mengingatkan semua guru berkenaan perkara yang perlu dihantar/kemaskini
sebelum cuti persekolahan bermula.

5.15 GPK Pentadbiran turut mengingatkan semua panitia agar lengkapkan fail dan sediakan
perancangan panitia masing-masing untuk tahun 2019.

Tindakan/makluman: semua guru yang terlibat.

6. Hal-hal Lain
6.1 Guru Besar memaklumkan bahawa sekolah telah menerima sumbangan daripada
beberapa syarikat dan juga orang perseorangan sempena Hari Apresiasi Kemenjadian
Murid SK Kuala Penor.

Sebahagian wang daripada sumbangan tersebut digunakan untuk hadiah Tokoh Murid
dan bayaran bagi pengangkutan membawa peralatan pejabat yang diambil dari pejabat
JASA ke SK Kuala Penor.
Wang tersebut turut digunakan untuk bayaran makan guru-guru lelaki yang bertungkus
lumus memindahkan peralatan pejabat yang diambil dari pejabat JASA.

6.2 Guru Besar memaklumkan kepada semua guru berkenaan Myportfolio. Tindakan Guru
ICT En Shahrin agar menyediakan tapak untuk setiap guru memasukkan maklumat diri
dalam bentuk softcopy.

Tindakan/makluman: semua guru yang terlibat.

Penutup
Ucapan terima kasih Guru Besar kepada setiap guru yang hadir dan memberi kerjasama
sepanjang mesyuarat dijalankan.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 6.10 petang

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………….. ……………………………………………….
( NAJIHAH BINTI HASHIM ) ( MD DIN BIN MUHAMMAD ARIFIN.,PKC)
Setiausaha Guru Besar
Bahagian Pengurusan dan Pentadbiran SK Kuala Penor
Sekolah, SK Kuala Penor


Click to View FlipBook Version